Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda, Staff Sarjan & Sarjan 2008


Alhamdulillah pada 17 - 21 Ogos 2008 yang lalu kursus kenaikan pangkat KRSMUSLEH telah berjaya diadakan di D'Amir Chalet, Kg. Baharu, Sitiawan, Perak.

60 pegawai: leftenan muda
50 kadet : staf sarjan
150 kadet : sarjan

Semua peserta telah berjaya ditauliahkan dan semuanya lulus. Peserta banat dari SMIAAK adalah seramai 14 orang; Atifah, Farhana @, Fatimah, Kak Hanis, Hazirah, Haziqah, Hidayah, Khadijah, Mardhiyyah, Marsha, Robiatul Adawiyah, Syaza, Syifa' dan Zalilah. Staff Sarjan pulak; Kak Humaira' & Zakaria. Diorang pergi Pulau Pangkor. Hari ketiga baru diorang datang semula ke Amir Chalet.

Kami bertolak pada 16 Ogos 2008. Tapi bas rosak so sampai lambat, kul 12 tgh hari. Mmg tak mandi. Kami dibahagikan kumpulan campur sekolah. Tapi kalau nak buat ujian, ikut kumpulan sekolah. Hari pertama just buat latihan kawat & BaSeD. Kuliah (pengisian kerohanian) diadakan pada waktu malam oleh Tuan Salleh Senafi. Kami mandi hanya pada waktu hirosah.

Second day, kami lakukan aktiviti air. Kami berkayak & buat rakit. Kayak dalam klam udang je. Ada jugak kumpulan lain yang kayak dalam sungai.

Kami buat semua aktiviti tersebut dalam hujan. Khemah kumpulan ana roboh. Masuk air. Nasib baik ana dah alas semua barang ana dalam beg dengan plastik.. Jadi barang-barang ana selamatlah, tak basah. Kuliah pada waktu malam adalah tentang etika, adab & protokol KRSM oleh Tuan Azrul. Tuan Azrul best. Tak ngantuk. Tuan Azrul ajar kami lagu sarjan.





Kamilah barisan perwira
Putra putri SMI seMalaysia
Anggun segak tampan sungguh bergaya
Semangat sekeras waja

Segak beruniform bangga di hati
Syahid anugerah kemas di sisi
Bukan senang nak dapat anugerah ini
Bagai nak separuh mati

Berhujan
Berpanas
Lembah lurah dituruni
Gunung yang tinggi bersama kita daki
Lautan kita renangi

Kamilah perwira
Harapan SMI tercinta
Harumkan Islam di persada dunia
Kita harapan agama
Kita harapan negara
Kita harapan semua

Lala..Lala..Lala..Lala..


Hari ketiga, kami jalani ujian kawat, BaSeD & ikatan. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. Petang tu, staff Sarjan balik. Best dengar Kak Humaira' cerita pasal staff sarjan. Kami ada kuliah pasal asas orienteering oleh Tuan Syahrilnizam. Lepas tu, ada ujian bertulis.. Senang je.. Then, kena bincang persembahan yang akan dibuat pada malam esok. Staff sarjan yang kena jaga kumpulan kami tak faham apa yang kita bincangkan sebab kita cakap dalam loghat terengganu.

Hari keempat, ada KHIDMAS @ khidmat masyarakat. Kami dibahagikan tugas. Kumpulan ana kena bersihkan dorm. Ada jugak yang bersihkan bilik urusetia. Diorang nampak markah ujian bertulis semalam. Tinggi tinggi jugak markahnya. Masa nak makan malam, Tuan Azrul lawat khemah kami semua. Sekolah kami jadi tumpuan masa tuan Azrul lawat khemah kami. Tuan Azrul ketawa tak henti-henti bila tengok ketua kontijen kami. Kami tak tahu nak buat persembahan apa pada malam tersebut. Fikir..fikir..fikir.. Dapatlah idea.. Kami nyanyi lagu 'Adakah Kau Lupa', 'Gelombang Keadilan' & lagu rumah biru sekolah kami. Ada peristiwa kelakar yang berlaku di atas pentas (pondok). Peristiwa Marsha & Khadijah.

Hari ni, hari last, berdebar untuk pentauliahan. Ketua kontijen kami, Fatimah pun tak cukup tidur. Dia tidur pukul 4 pagi. Kami bergilir iron uniform no.4 & kilatkan kasut boot. Then, robohkan khemah sambil bersarapan. Latihan pentauliahan diadakan pada waktu pagi. Masa tengah hari barulah kita buat majlis pentauliahan betul-betul. Alhamdulillah, semua berjaya ditauliahkan.

Kami balik ke sekolah pukul 4 petang & tiba di sekolah pada pukul 12 tengah malam.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: August 2008
Design by a.a.ghariib