Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

5 Perkara yang Belum Pernah Diberikan Kepada Sesiapa

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.
  1. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.
  2. Ikan di lautan memohon istighfar ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa.
  3. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas dan berfirman kepadanya, "Masanya telah hampir tiba bila mana hambaKu yang taat meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.
  4. Pada bulan ini syaitan-syaitan dirantaikan supaya tidak menggoda manusia ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
  5. Pada malam terakhir bulan Ramadhan, dosa (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan."
Maka sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. pun bertanya, "Wahai Rasulullah, adakah itu Lailatul Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya."


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: 5 Perkara yang Belum Pernah Diberikan Kepada Sesiapa
Design by a.a.ghariib