Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Hari Al-Quds


21 Ogos setiap tahun merupakan Hari Al-Quds Sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa yang dibakar oleh Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa yang disucikan. Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh ISRAEL Sang Perampas.

Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu 'Aqidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Qiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya' dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam Hadith Rasulullah.

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis "Israel" yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk meuar-uarkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanah airnya, kesucian dan maruahnya serta umatnya. Amiin.

Apa sumbangan anda?


  • Sebarluaskan mesej al-Aqsa dalam bahaya melalui risalah dan artikel, menganjurkan pameran, kempen selamatkan al-Aqsa, ceramah, penulisan dalam media, penulisan lirik lagu, edarkan poskad, penyiaran dokumentari Palestin, menulis novel, program sembang Palestin dalam media, pembikinan filem dan drama dan banyak lagi.
  • Utamakan produk Negara. Boikot produk Israel dan Amerika.
  • Menghulurkan derma ikhlas untuk kebajikan dan keperluan rakyat Palestin dan Masjid al-Aqsa.
  • Berdoa untuk kesejahteraan para pejuang umat dan rakyat Palestin yang diuji.

Kelemahan Umat Islam sekarang:
  • Tidak kaji sejarah umat Islam.
  • Tidak buat perancangan dengan teliti.
  • Malas.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Hari Al-Quds
Design by a.a.ghariib