Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Peristiwa-peristiwa Dalam Bulan Ramadhan

  • Allah menurunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah (langit pertama) ketika Lailatul Qadar.
  • Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril. (13 tahun sebelum hijrah)
  • Khadijah meninggal dunia pada usia 65 tahun. (3 tahun sebelum hijrah)
  • Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Hamzah Abdul Mutalib dan 30 orang pengiring ke Saif Al-Bashr bagi menyiasat 300 orang tentera Quraisy yang berhimpun di sana. (1 Hijrah)
  • Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan agar masjid orang munafiq iaitu Masjid Dhirar dirobohkan. (1 Hijrah)
  • Zakat fitrah mula disyariatkan sebagai tanda kemenangan orang-orang terhadap yang berpuasa melawan hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta. (2 hijrah)
  • Peperangan Badar al-Kubra terjadi. (2 Hijrah)
  • Persiapan dimulakan bagi menghadapi serangan yang kemudiannya berlaku dalam bulan Ramadhan iaitu Peperangan Khandak. (5 Hijrah)
  • Zaid bin Harithah dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah Al-Rabiah, permaisuri di kawasan itu walaubagaimanapun pihaknya telah merompak rombongan Zaid sebelum itu. Fatimah Al-Rabiah telah dibunuh ketika berhadapan dengan tentera muslimin. (6 Hijrah)
  • Ghalib bin Abdullah Al-Laithi r.a. mengetuai 130 gerombolan tentera Islam menentang Bani 'Awal dan Bani 'Abd bin Thalbah.
  • Nabi memerangi kaum musyrikin Makkah bagi membebaskan Makkah daripada unsur syirik dan kekufuran. Peperangan ini juga berpunca daripada pencabulan terhadap Perjanjian Hudaibiyah. (8 Hijrah)
  • Baginda mengutuskan beberapa orang sahabat untuk menghancurkan berhala-berhala yang terkenal ketika itu. (8 Hijrah)
  • Baginda dan tentera Islam pulang daripada Peperangan Tabuk (perang terakhir Rasulullah) yang berlangsung selama 50 hari. (9 Hijrah)
  • Raja imyar tiba di Madinah dan mengisytiharkan keislaman mereka. Mereka telah menjadi tetamu Nabi dan baginda kemudiannya menuliskan hak dan kewajipan mereka. Catatan ini merupakan dokumen penting dalam sejarah perundangan Islam. (9 Hijrah)
  • Baginda mengutus rombongan yang diketuai Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari. (10 Hijrah)
  • Baginda bertahannuth selama 2 hari, tidak 10 hari sebagaimana kebiasaan yang baginda lakukan pada bulan Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah pentanda utama baginda akan kembali ke rahmatullah beberapa bulan berikutnya. (10 Hijrah)
  • Al-Jami'ah Al-Azhar yang akan menjadi pusat keilmuan yang ulung selesai dibina. (361 Hijrah)
  • Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera salib yang menguasai Palestin dan Syam. (585 Hijrah)
  • Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Perancis yang dpimpin oleh Louis the 9th. Louis telah dipenjarakan di Mansurah, Mesir. (647 Hijrah)
  • Peperangan Ain Jalut berlaku. Saifuddin Al-Qatz berjaya mengalahkan tentera Tartar yang telah menghancurkan Baghdad daripada bergerak ke Mesir bagi menawan Kaherah yang ditadbir oleh kerajaan Mamluk. (658 Hijrah)
  • 29 umat Islam Palestin yang sedang sujud sajdah ditembak mati oleh rejim haram Yahudi pada pagi Jumaat di Masjid Madinah Ibrahim Al-Khalil. (1414 Hijrah)


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Peristiwa-peristiwa Dalam Bulan Ramadhan
Design by a.a.ghariib