Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Fizikal Rasulullah s.a.w.

Ali bin Abi Talib menggambarkan ciri fizikal Raslullah s.a.w. "Postur tubuh Rasulullah s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda memiliki perwatakan yang sedang dibandingkan kaumnya. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus terurai. Baginda berambut ikal tidak gemuk dan wajah beliau tidak terlalu bulat. Kulit baginda putih kemerah-merahan.

Baginda memiliki bebola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu. Telapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, baginda seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Antara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Baginda adalah nabi terakhir , manusia yang paling lapang dada, ucapannya paling mudah dipercayai, karakternya paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia.


Siapa pun kali pertama melihat baginda, pasti segan tetapi orang yag lama bergaul dengan baginda pasti mencintai baginda. Siapa pun yang cuba menggambarkan karakter baginda pasti berkata, "Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w. baik sebelum mahupun setelah baginda wafat."

Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Sa'ad & al-Baihaqi



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Fizikal Rasulullah s.a.w.
Design by a.a.ghariib