Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Gurau senda Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bergurau senda dengan orang tua. Akan tetapi baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
laugh
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta," katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah s.a.w.

"Ia tidak mampu," kata perempuan itu.:girl_12:

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta."

"Ia tidak mampu.":girl_12:heinhein

Para sahabat yang berada di situ berkata, "Bukankah unta itu juga anak unta?"opsops

* * *

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu."

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih sembuh," kata Rasulullah s.a.w.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, "Kenapa kamu ini?".bingung

"Rasulullah memberitahu bahawa dalam matamu putih," kata isterinya menerangkan.

"Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.affaff

* * *

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga." "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua."geleng

Perempuan itu lalu menangis. :girl_1:

Rasulullah menjelaskan, "Tidakkah kamu membaca firman Allah ini, "Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.""


Para sahabat Rasulullah s.a.w. suka tertawa tetapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Nua'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurausengihnampakgigi dan tertawaihikhik. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.senyum


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Gurau senda Rasulullah s.a.w.
Design by a.a.ghariib