Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kek Coklat

Bahan-bahan:

1 1/3 cawan gula perang
1/3 cawan susu
6 sudu meja serbuk koko
1/2 cawan + 1 sudu meja mentega
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
1 1/3 cawan tepung
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan susu

Cara membuatnya:
  1. Panaskan 2/3 cawan gula perang, 1/3 cawan susu dan serbuk koko dan kacau sehingga sebati. Tutup api.
  2. Pukul mentega bersama baki 2/3 cawan gula perang. Masukkan bancuhan koko tadi dan pukul sehingga sebati. tambahkan telur dan esen vanila. Kacau.
  3. Dalam bekas yang lain, ayak tepung dan masukkan serbuk penaik dan garam.
  4. Masukkan ia ke dalam bekas bancuhan koko dan akhir sekali, tambahkan 1/4 cawan susu.
  5. Tuang ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven di bawah suhu 375o F atau 180oC selama 18 hingga 20 minit.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

2 Comments
Comments

2 responses:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Kek Coklat
Design by a.a.ghariib