Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Perut Punca Segala Penyakit

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:


"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."

(Riwayat ad-Dailami)

Perut merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. 6 punca penyebab penyakit dari perut:

1.Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2.Terlalu berlebihan semasa makan.

3.Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"Jika ada seekor lalat jatuh ke tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandungi ubat dan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit."

(Riwayat Abu Hurairah)

4.Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5.Kurang kesedaran dalm menjaga kebersihan diri. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Bersiwaklah kamu semua, sebab bersiwak itu adalah membersihkan mulut dan Allah reda kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak."
:minimo_10:
(Riwayat Ibnu Majah)

6.Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu, jagalah cara pemakanan kita. Dengan cara itu, kita dapat menghindari diri dari segala penyakit. Kita hendaklah sentiasa mengikut amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu berpuasa kerana berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat."

(Riwayat Abu Hurairah)


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Perut Punca Segala Penyakit
Design by a.a.ghariib