Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

sambungan PRINT'09

23 Disember 2009, Rabu
Hari ini, kena bangun pukul 4:15 pagi untuk latihan qiamullail perdana esok. Lebih kurang pada pukul 9:00 pagi, kami, para banat buat pertandingan BaSeD. Manakala banin, pertandingan obsrace. Masa nak undi tu, kami doa dapat buat persembahan awal-awal. Kami mendapat nombor dua untuk undian. Makbul juga doa untuk buat persembahan awal-awal. Kami lihat persembahan Pramuka terlebih dahulu. Pertandingan BaSeD SRI SMI dijalankan serentak. Ketika sedang membuat persembahan, kami nampak Muallimah Hayati sedang menyaksikan persembahan kami dengan muka yang berdebar. Begitu juga Muallimah Ainon. Ana suka masa persembahan pentas. Masa kami buat aksi 'star' dan gulingan, pelajar Pramuka tangkap gambar dan kedengaran bunyi tepukan. Ternyata persembahan kami mampu mengukir senyuman pada wajah Tuan Azrul..hahaha..(walaupun tak menang). Namun di situ, ada beberapa perkara yang perlu kami, semua peserta BaSeD seluruh Malaysia perbaiki:
  1. Mesti lapor apabila sudah masuk ke padang.
  2. Mestilah menggunakan unsur kemelayuan seperti silat ketika persembahan pentas. Jangan guna unsur budaya lain seperti tinju, taekwondo dan sebagainya.
  3. Tiada semangat SMI. Sepatutnya, tidak perlu sebut nama sekolah pada akhir persembahan.
  4. Untuk bahagian elak guna, hendaklah guna elak guna sukuan. Contohnya, bila kena tumbuk dan sepatutnya tak jatuh, maka tak boleh jatuh. Mesti ikut seperti yang telah diselaraskan. (Kalau nak tambah pergerakan untuk elak guna, boleh tambah untuk bahagian persembahan pentas sahaja.)
  5. Jangan ada unsur khurafat. Contohnya, bila kita tumbuk, tak kena pun, tapi orang tu dah tercampak.
  6. Mesti confident bila buat persembahan. Jangan tengok kawan kita buat ketika sedang buat pergerakan.
  7. Kedudukan tangan dan kaki mestilah betul.
  8. Para juri harap, waktu patern 1 dan 2, semua orang kena buat.
  9. Bila masuk padang, jangan terus berlakon.
Selepas itu, kami semua bersalam-salaman. Tapi, memang kami kagumlah dengan Sekolah ADNI. Mereka baru belajar semua pasal BaSeD masa malam tadi. Mereka berlatih sampai pukul 1:00 atau 2:00 pagi. Hebatlah. Walaupun mereka tidak ingat semua pergerakan, tapi mereka telah buat yang terbaik sebagai orang yang baru belajar.

Dalam perjalanan balik ke tapak perkhemahan, kami pergi tengok SRIAAK. Datang-datang, tengok diorang tengah buat pintu gerbang. Kami pun tolonglah. Kemudian, Fatimah dan Marsha pun datang. Diorang kata, "Orang Indon, rakam suara kami. Diorang suruh kita nyanyi lagu jazaki." Kami turut membina ampaian untuk SRIAAK. Kesian betul diorang. Tapi, diorang punya khemah mewah, satu khemah, 4 orang duduk. Jadi, ada lima khemah. Dahsyat. Manakala, pelajar SMIAAK yang lain meneruskan menyiapkan gajet.

Pada petang harinya, ana dan Kak Sarah pergi hantar barang kepada banin yang diwakili oleh adiknya sendiri. Jadi, ana pun berdirilah jauh sikit daripada mereka berdua. Tiba-tiba, ana nampak beberapa orang pegawai berpakaian lengkap menuju ke tapak perkhemahan banat. Ana pun larilah dari situ, jalan cepat-cepat, balik tapak perkhemahan, tinggal Kak Sarah sorang. Ana beritahulah mereka yang pegawai tu dah start nilai kem kraf sekolah lain. Kami pun membuat sedikit persiapan.

Latihan Nasyid

Lama menunggu. Tak datang datang. Kami pun pergi ke khemah Indonesia sekejap. Yana dan kawannya, ajar kami tepuk 'tonji'. Bila tuan-tuan (T.Azrul, T.Rofazlin, T.Saiful) dan puan-puan (P.Madihah dan sorang lagi puan, tak ingat namanya), Kak Zubaidah lapor, kemudian, kami buat sedikit persembahan. Kami mengalunkan nasyid sekolah. Semua nyanyi dengan wajah yang ceria, happy. Kami jamu mereka dengan roti telur, air telur dan gula-gula. Hafidzuddin yang jadi perakam ketika sesi melawat khemah. Dia kata, "Buat tak kenal, buat tak kenal." Selepas itu, ramai orang datang ke khemah kami untuk sesi ziarah. Setiap kali orang datang ke khemah, mesti Kak Solihah yang sambut dan tunjuk demo, cara nak masuk melalui pintu gerbang. "Pertama, Bismillahirrahmanirrahim. Kedua, Assalamualaikum. Ketiga, langkah kaki kanan." Ana tunggu kedatangan Maryam. Bila SMAIrsyad nak balik dari khemah kami, ada beberapa orang yang kenal ana sapa ana. Tapi ada sorang tu, ana lupa nama dia, dia pun beritahulah nama dia. Ana terus panggil Kak Solihah. "Kak Solihah, nilah yang nama Solihah binti Muzir." Kak Solihah rasa seronok. Kak Solihah pun beritahulah dia, yang nama abang Kak Solihah tu Munzir.

Kemudian, ada 3 orang Indonesia (bukan pelajar, ada yang guru dan ada yang bantu guru mereka). Sorang tu, umurnya 20 tahun, tapi macam budak-budak. Best!!! Mula-mula nak masuk pintu gerbang, dia nampak alas kaki buluh, dia ingat perangkap. "Ah, apa ni? Aaa, perangkap. TOLONG!!! PERANGKAP!!!" Dia pun lari (tapi dia datang semula lepas tu). Kami buat tepuk tonji. Bila dia nampak Muallimah Hayati, "Haa, CIKGU!!! Selamat Pagi Cikgu (ikut macam cerita upin dan ipin)." Kuat pulak tu dia cakap. Comel.

Kami bergambar bersama-sama. Akhir sekali, Maryam datang. Ana perkenalkanlah dia kepada mereka yang masih tidak mengenalinya. "Ni, nama dia Maryam. Macam kak Zubaidah kan? Keturunan jawa jugak ni, macam Kak Zubaidah. Bentuk muka je beza." Mereka pun mengiakan. Kami tangkap gambar mereka berdua. Gambar first, tak sama. Kak Zubaidah pun kata, "Tak sama pun. Ok, tangkap gambar lagi sekali. Kali ni senyum, jangan nampak gigi."

Tangkap gambar buat kali yang kedua. Baru sama.

Dapat mandi sungai pada petang harinya. Kak Zubaidah cuba dirikan batu kecil dekat atas batu besar. Banyak dia buat. Bila tanya mana dapat idea ni, dia jawab, "Ayah ana ajar supaya kita boleh belajar untuk fokus." Marsha dan Kak Humaira' pun test juga. Kak Atie dan Kak Solihah, Muallimah angkat diorang (dalam keadaan baring dalam air), lepas tu tenggelamkan, angkat, tenggelam, angkat, tenggelam. Menjerit-jerit diorang, Muallimah pula ketawa. First time rasanya tengok muka Kak Solihah macam takut sangat. Mula-mula, kami mandi di bahagian cetek. Kemudian, kami berpindah ke tempat yang dalam sikit, tempat biasa kami mandi. Kami gunakan tandas kering untuk salin pakaian.

Malam ini merupakan malam kebudayaan. Kami duduk bahagian depan sekali, tepi banin, maksudnya bahagian tengahlah. Mua'dz, Razlan, Razin dan Dakmie, menghiburkan kami dengan persembahan mereka. Razlan tu kata, bahasa Melayu dan Indonesia, ada perkataan yang sama, tapi berlainan makna. Contohnya, lucu. Kemudian, dia panggil sorang orang Indonesia, dia tanya, "Bahagian ini dipanggil apa?" sambil menunjukkan bahagian belakang badan. "Oh, punggung." Kami terkejut. Kami turut melihat persembahan daripada Indonesia. Lagu Abege dan Lagu Tombo Ati BEST!!! Diorang buat acapella. Esok, kami kena bangun pukul 4:00 pagi untuk qiam perdana.

24 Disember 2009, Khamis
Ana, Mardhiyyah dan Robiatul hirosah dari pukul 2:30 hingga 3:45 pagi. Tapi last-last, Robiatul sorang je yang hirosah sebab kami berdua tertidur. Maklumlah, ana kurang sihat masa hari tu. "Sorry, Bi'ah." Kami makan nasi goreng dan air teh susu serta roti kaya. Kami bersiap, memakai baju no.4 dan merobohkan khemah sebelum Majlis Penutup. Inilah keputusan pertandingan SMIAAK:

Banin:
  1. Tempat ke-3 Nasyid (hebatnya banin)
  2. Johan Obsrace (KUMP. ABG ANA)
  3. Tempat Ketiga Obsrace (KUMP. SALAHUDDIN)
Banat:
  1. Johan Kem Kraf
  2. Naib Johan Nasyid (asalnya seri, johan tapi sekolah lagi satu tu, dia tambah 1 mata sebab suara mereka lagi mantap.)
  3. Johan Obsrace (KUMP. MARDHIYYAH)
  4. Naib Johan Obsrace (KUMP. KAK NAJIHAH)
  5. Tempat ke-3 Obsrace (KUMP. KAK AMIRAH)
Masa nak bersalaman dengan sekolah-sekolah lain, Muallimah beritahu keputusan PMR. Seronok sangat rasa bila dah tahu keputusan. Time bersalaman dengan orang lain, diorang suka sebut nama Marsha. Macam-macam orang kata ke dia. "Sedap nama Marsha." "Wah, Marsha." "Marsha. Huh, romantiknya nama." dan macam-macam lagi. Nak tergelak rasa. Bas baru nak bertolak datang ke sini. Mesti sampai lambat. Jadi, kami bercadang nak mandi sungai dululah. Mardhiyyah belanja orang air limau ais sebab dapat 9A.

Bila Kak Zubaidah balik ke tapak perkhemahan kami, dia berkata, "Abah dah balik. Wah, abah suka semua anak abah dapat 9A." Kemudian, bermulalah permainan mak, ayah kami. hahaha. Macam budak kecil. Mula-mula, ana dan Marsha rendam kaki dulu sambil minum air kotak laici. Selepas itu, barulah kami tukar pakaian untuk mandi sungai. Bila Kak Zubaidah nak masuk tandas, kami pun cakap, "Abah, abah salah tandas tuh." "Oh, a'ah ek. Abah tukar pakaian dekat tepi ni jelah." "Abah, kenapa abah pakai tudung." "Oh, ni bukan tudung. Ni skarf. Fesyen." Ana dan Marsha kongsi nasi, makan dekat sungai. Barulah mandi. Kami ajar Kak Sarah cara nak terapung, tapi tak menjadi. Masa tu, tinggal kami, SMAl-Hidayah Ipoh dan SMAIrsyad.

Ana dan Zalilah duduk dekat celah batu (kawasan air deras), ada ruang antara kami berdua. Tiba-tiba, Kak Atie hanyut, then, tersangkut di celah ruang kami. Ana tahan dia dengan kaki ana, takut nak lepaskan dia sebab dia hanyut secara meniarap dan kepalanya di bahagian depan. Kalau ana lepas, nanti kepala dia masuk air. Jadi, kami tersepit sekejap. Jadi bising jap kat situ. Budak SMAIrsyad kata, "Hai, macam-macamlah budak-budak Al-Amin ni." Marsha pula buat gaya terjun dari atas batu ke dalam sungai. Bila dia dah terjun, baru orang tau, sebenarnya cetek je. "Ni sorang lagi." Kami nyanyi macam-macam lagu dalam sungai; nasyid rekaan kami, Merah Saga, ArRuhul Jadid, Bingkai Kehidupan, Gelombang Keadilan@Generasi Baru dll. Buat musik guna air. Ana, tak termasuk golongan itu. Kerana apa? Kerana mulut ana tak boleh nak nyanyi dah. Kenapa? Sebab ana dah menggigil. Sejuk yang teramat. Muallimah Hayati ketawa.

Lebih kurang, pukul 4:00 petang, kami angkat barang kami ke tempat bas berhenti hari itu. Kami hampar tikar di tempat itu, jadi macam berkelah dengan keluarga yang besar. Makan makanan yang ditinggalkan oleh Fatimah (dia balik dengan SRIAAKL). Kak Humaira' jadi mak. Tanya Kak Zubaidah, "Itu, siapa?" sambil menunjuk kepada muallimah. "Oh, itu, atuk." Muallimah terkejut. Dia pun kata, "Takpelah, tak naklah libatkan muallimah." "Kalau itu atuk, nenek mana?" "Ooo, nenek tu, Ust Khair." "Itu? (C.Mustaza)." "Itu, abang abah. Eh, tak, tak, tukar, tukar. Tu, tok su." "Ooooo" Kemudian, kami nampak Kak Solihah jumpa dengan Munzir dan Mujahid. "Abah, abah. Nape kakak jumpa dengan budak laki tu?" "Oh, tu memang adik-beradik dia dengan isteri lain." "Abang tak bagitau saya pun." "Sebenarnya, abah ada 34 orang isteri. Semua dah cerai (termasuk cerai mati). Begini ceritanya, bila abah dah bercerai, abah nak anak perempuan tu je."

Kemudian, Kak Zubaidah pergi dekat tempat beg barang, jumpa Khadijah. Dia macam terasing dari keluarga kami so... "Abah, ni anak dengan isteri mana ni?" "Entahlah, abah pun dah tak ingat." "Abah, kenapa nenek tak pakai tudung?" "Sebab dia dah tua..hmm..macam mana abah nak cakap ni." Sekali, ada orang jawab, "monopaused." Then, Ust. Khair pun datang dekat kami. Kak Humaira', "Hai nenek." "Hah, ko panggil aku nenek?" Baca surat khabar, ada berita tentang kedaifan keluarga Zubaidah. "Abah!! Kita masuk surat khabarlah. Kami pun datang tengok. Ada gambar suasana dalam rumah. Kak Zubaidah, "Ni, bantal busuk abah ni. Fuyyo, masuk surat khabar." Muallimah Ainon jumpa dengan kita. Kesian muallimah, muka letih. Penat jadi AJK lah tu. Akhirnya bas datang pada pukul 6:00 petang. Ada beberapa orang abang-abang dan kakak-kakak form 5 yang tak balik sebab pergi program dekat SMIAAGombak.

Dalam bas, tengok cd 'Lawatan Kem Kraf dan Persembahan Nasyid Banin'. Kami berhenti dekat R&R Temerloh untuk solat dan makan. Jumpa dengan SMAIrsyad, Kuantan. Masa nak beli makanan, jumpa Kak Zubaidah, "Nape abah guna dompet ni? (warna pink)" "Nak buat macam mana, abah kan tak de duit. Anak-anak abah ada banyak duit." Akhirnya, kami tiba di sekolah pada pukul 12:00 tengah malam. Bila nak balik, Kak Humaira', "Abang, saya balik dulu ye."

Jumpa lagi, InsyaAllah.

::18 Muharam 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: sambungan PRINT'09
Design by a.a.ghariib