Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Du'at dan Dakwah
























Du'at adalah prasyarat kebangkitan ummah. Tanpanya, tidak mungkin Islam akan bertebaran, tidak mungkin Islam terjulang dan tidak mungkin Islam kembali menang. Namun, para du'at harus memahami dakwah ini hanya untuk orang yang melaksanakan segala aspek dakwah iaitu mereka yang menyerahkan segala kemampuan yang dimilikinya termasuk jiwa, harta, masa dan tenaga.

Perjalanan dakwah merupakan perjalanan panjang yang penuh rintangan. Banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita telah merasakan pahit getirnya perjalanan dakwah ini.

Sebaliknya orang yang lemah jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan bertahan lama. Penyakit wahan telah menyerang mereka yang rapuh sehinggakan mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai risiko dan sunnah dakwah ini.

Dakwah ini tidak akan menerima kompromi kerana dakwah ini adalah satu. Orang yang menerima dakwah ini akan hidup bersama dakwah dan dakwah akan hidup bersamanya.


"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan
untuk menghadapi mereka dengan
kekuatan yang kamu miliki dan dari
pasukan berkuda yang dapat menggentarkan
musuh Allah, musuhmu dan orang-orang
selain mereka yang tidak kamu
ketahui, tetapi Allah mengetahuinya.

Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah
akan dibalas dengan cukup kepadamu
dan kamu tidak akan dizalimi."


Al-Anfal : 60


Semoga terus tabah dalam berjuang sebagai seorang da'ie...




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Cuti Sekolah Bermula...

Akhirnya...cuti sekolah bermula...

Tapi 8 hari untuk cuti kali ni perlu dikorbankan untuk 2 program besar di bawah anjuran MUSLEH...
  1. I'dad Du'at
  2. Kursus Kenaikan Pangkat Staff Sarjan
Moga2 semuanya berjalan lancar...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: May 2009
Design by a.a.ghariib