Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Selamatkan Dunia

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Selamatkan dunia ini dari peperangan
Selamatkan dunia ini dari kehancuran
Selamatkan anak-anak dari kebuluran
Selamatkan dunia.. Selamatkanlah ohh...

Kedamaian terbina dari rahmat keamanan
Kebahagiaan terbina dari nimkat perpaduan
Kemajuan tercipta dari usaha pembangunan
Kasih sayang penghubung kita semua ohh...

Mari kita bergandingan
Menuju hidup yang sempurna
Bersamalah kita bina
Masyarakat harmoni

Saling hormat menghormati sesama kita
Tua muda miskin kaya usahlah dibeza
Semua bangsa dan agama

Sifat warga yang berhemah
Amal pekerti mulia
Hindari persengketaan
Kekalkan keharmonian

Anak muda dan remaja
Warga pewaris dunia
Hargai jasa yang tua
Teruskanlah perjuangannya

Memang payah
Untuk membentuk hidup yang sempurna
Akan mudah jika kita berusaha
Demi kejayaan bersama


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

HILANG?!


Mafla ana hilang.. Ada orang tersalah ambil agaknya. Sebab sebelum itu, ana pinjamkan kepada orang lain, kemudian, dia terbuat hilang.

Jadi, majoriti kawan-kawan ana cakap, lain kali, jangan pinjamkan barang kepada orang lain. Kalau pinjamkan barang, memang akan hilang.

Tapi, bila ana fikir balik, bukan orang tu sengaja.. Siapa suka buat hilang barang orang lain. Ana yakin dengan pelajar kelas ana, mereka mampu menjaga barang pinjaman dengan amanah. Sebab itulah ana tak kisah nak bagi pinjam barang ana.

Lagi pun, ana bagi pinjam untuk kebaikan bersama. Mafla tersebut digunakan untuk persembahan kelas juga.

Tak mengapalah.. Ana yakin, sekiranya ana bersabar, Allah akan temukan kembali mafla ana.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Malam Kebudayaan

Malam ini adalah malam kebudayaan iaitu malam terakhir kita bersama dengan pelajar SMP IT Iqro. Pada malam ini, kumpulan shoutul iman, form 2, ikhwah SMP Iqro, form 1, akhawat SMP Iqro & form 4
membuat persembahan.

Majlis ini bermula pada pukul 9.15 malam. Ucapan telah disampaikan oleh Sir Malik, Pak Hari dan Pakcik Zameran.

Mr. Hari


Kemudian, majlis dimeriahkan oleh 4 orang pengacara; Azrul, Ridwan Hanif, Mus'ab & Abd Muqsit dan diteruskan dengan persembahan dari kumpulan Shoutul Iman.

Shoutul Iman


F.2 membuat persembahan permainan tradisional Malaysia seperti guli, congkak, batu seremban dan lain-lain. Ikhwah SMP Iqro membuat lakonan tentang 3 orang lelaki cacat yang diuji oleh Allah dengan kesihatan dan harta. F.1 banat, coral speaking, banin pula menyanyi.

Coral Speaking

Form 1 banin


Akhawat SMP Iqro memainkan alat muzik tradisional mereka dan menyanyi. Kemudian, mereka terlupa liriknya. Akhir sekali, F.4, nyanyi lagu 'Lion King' (We are one).

Selepas penutup majlis, ada sesi bergambar. Bergambar bersama keluarga angkat.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pertukaran Pelajar


Kami telah menerima kunjungan pelajar SMPIT Iqra' dari Indonesia. Mereka telah menghantar 11 orang pelajar, 5 lelaki dan 6 perempuan.

GURU:
Pak Hari Cahyadi
Bu Diah Mustika Sari
Bu Fenny Misdawati

PELAJAR:
Fikri Fadel
Zahfan Asadallah
Hanif Khoirul Sodik
Muhammad Raki
Muhammad Arif

Huriyah Adani
Salma Nabila
Rizkianna
Inkan Kukie Marrisca
Fatin Azzahrah
Anisa Ifandari

Mereka tinggal di Malaysia 10 hari dan pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka.



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

KRS : BaSeD

Hari ni, hari last form 3 KRS sebelum PMR. Minggu ni, KRS buat aktiviti BaSeD. Jadi, ana ambil peluang ini untuk ajar koperal & sarjan BaSeD asas peregerakan level 2.

  1. Siku
  2. Cakar
  3. Tetakan
  4. Blok
  5. Kipas
  6. Sentap


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: August 2009
Design by a.a.ghariib