Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Salam Syawal [^_^]


Sempena Hari Raya yang mulia ini, ana ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin'.
:flower:

من العائدين والفائزين
كل عام وأنتم بخير


"Minal 'aai'diina wal faaizzin, Kullu 'aamin wa antum bikhairin.":puteh_12:


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lailatul Jai'zah

Malam ini adalah malam 'Jaizah' iaitu malam penganugerahan. Kita mendapat anugerah daripada Allah setelah sebulan berpuasa. Dan malam tersebut perlulah dihidupkan dengan amal ibadah. Sudah selesai berpuasa bukanlah ertinya tidak perlu beribadah pada hari-hari yang lain, hari-hari yang mendatang. Sekiranya kita terlepas malam lailatul qadar tak apalah. Tapi jangan kita lepaskan peluang pada malam ini. Ramai orang yang mengabaikan malam ini kerana membuat persiapan raya. Seolah-olahnya ada perkara yang lebih penting daripada bertaqarrub kepada Allah. Tidak dinafikan ada yang tidak mempunyai masa yang mencukupi tapi sekurang-kurangnya kita bertakbirlah pada malam tersebut.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Oh Kumbang...


Diceritakan bahawa ada seorang lelaki yang sangat benci pada kumbang kerana mungkin dia pernah dikejutkan oleh binatang yang suka bergumul dengan kotoran itu atau memandangkan bentuknya yang sangat hodoh.

"Ini adalah makhluk yang sangat kotor, bentuknya hodoh dan baunya busuk. Untuk apa Allah menciptakannya?" kata lelaki itu.

"Setiap ciptaan Allah pasti ada manfaatnya."
kata teman-temannya.

"Tapi kumbang selalu merosakkan sesuatu." katanya lagi.

Suatu hari ketika lelaki itu ditimpa penyakit bisul, lalu dibawa kepada doktor untuk mendapatkan rawatan. Akan tetapi setelah beberapa orang doktor mengubatinya, bisul itu tidak sembuh juga, bahkan bertambah besar dan bernanah. Beberapa orang kawan lelaki itu juga telah cuba mencarikan ubat, tapi tetap tidak berjaya.

Suatu hari dia berjalan di sebuah lorong dengan bisulnya yang semakin besar sehingga orang ramai memperhatikannya.

"Wahai saudara! Mengapa pipimu sebesar itu?" tanya mereka.

"Terkena penyakit bisul."

"Sila ke sini aku ingin melihatnya."

Lelaki itu pun mendekat kepada orang yang memanggilnya.

"Sudahkah engkau pergi kepada doktor?"

"Sudah ramai doktor yang mengubatinya dan berbagai ubat telah dicubakannya, tapi tidak sembuh juga."

"Apa yang boleh aku buat jika para doktor sudah tidak mampu mengubatinya?"

"Cubalah tuan, barangkali ia sembuh di tangan tuan," kata si lelaki yang berbisul.

Setelah memeriksa sebentar, lelaki itu berkata, "Ooo...ini senang sahaja ubatnya."

"Apa?" tanya lelaki yang sakit.

"Kumbang."

"Kumbang?" tanya lelaki yang sakit seperti tidak percaya. Dia segera terkenang pada masa-masa lalunya yang sangat membenci kumbang.
:mNo:

"Ha....ha....ha...." teman-teman lelaki yang sakit tertawa terkekeh-kekeh.
:minimo_38:

"Mengapa kalian tertawa?" tanya orang yang mahu mengubatnya itu.

"Bukan apa tuan. Saudaraku yang sakit bisul ini adalah seorang yang sangat benci pada kumbang. Dia pantang melihat kumbang melainkan akan memakinya sebagai makhluk yang buruk, busuk dan tidak ada manfaatnya langsung."

"O...begitu. Sekarang mahu saya ubat dengan kumbang atau tidak? Setahu saya, hanya benda itu sahaja yang boleh menjadi ubatnya."

"Silakan." kata yang sakit.

"Tolong tangkap beberapa ekor kumbang dan bawa ke sini."

Mereka lalu memburu kumbang dan setelah dapat dibawa kepada lelaki yang mahu mengubat itu. Dia membakar kumbang itu dan abunya ditampalkan pada bisul si sakit. Tidak lama kemudian penyakit itu pun sembuh dengan izin Allah berkat diubat dengan kumbang.

Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolongnya. Dia berkata dalam suatu majlis kesyukuran yang diadakannya,
"Ketahuilah saudara sekalian. Sesungguhnya Allah Ta'ala ingin memberi tahu saya bahawa pada makhluk yang paling dipandang hina itu terdapat ubat yang paling mujarab. Kalaulah aku tidak diuji dengan penyakit bisul oleh Allah, nescaya aku tetap membenci kumbang buat selama-lamanya."

Sesungguhnya, setiap ciptaan Allah itu ada kegunaannya. Cuma manusia sahaja yang cetek ilmunya dan melihat ciptaan tersebut hanya dari segi fizikal.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat



MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.

Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.

Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.

Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.

Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.

Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.
“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.

Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.

Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”

Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.

Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,

“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”

Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,

“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kematianku...”

*Artikel asal oleh Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro)


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Puasa

Lagu ini, kumpulan usrah kami reka pada tahun lepas untuk persembahan MABIT SMAT..

Mereka pun bertanya
Ada apa dengan berpuasa

Mereka pun menjawab
Puasa bagus
Dapat merehatkan perut kita yang penuh
Di akhirat bahagia
Tak kena seksa
Di dunia mulia


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Antara Ibadat & Adat Puasa

ADAT

  • Puasa baru sahaja bermula tetapi hari raya pula yang diuar-uarkan sehingga suasana Ramadhan tenggelam dek promosi raya.
  • Lebih kepada pengisian juadah berbuka seumpama pesta makanan.
  • :bofu_12::bofu_07:
  • Pada awal Ramadhan, surau dan masjid penuh tetapi bilangan jemaah semakin berkurangan hari demi hari.
  • Sibuk membuat persiapan hari raya dengan membeli belah dan membuat kuih raya pada akhir Ramadhan. Bunyi mercun dan percikan bunga api mengalahkan sambutan Tahun Baru Cina. Surau dan masjid semakin lengang.
  • Syawal menjadi bulan merdeka daripada kekangan nafsu. Ada yang mengadakan pesta semahu-mahunya. Halal dan haram bercampur dek kemeriahan raya. Roh Ramadhan tenggelam dalam sekelip mata.
Puasa itu perisai dan sedekah itu memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api.
:littlegirl1:
(Al-Hadith)

IBADAT

  • Mewujudkan suasana beribadah di bulan Ramadhan dengan pelbagai tawaran dari Allah.
  • Lebih tertumpu kepada tarbiyyah ruhiyyah dengan melatih jiwa dan mendidik nafsu.
  • Melaksanakan solat terawih dengan mengimarahkannya di surau dan masjid.
  • Menyibukkan diri dengan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan bagi mencari Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
  • Berasa sedih akan pemergian Ramadhan dan Syawal disambut sebagai tanda kemenangan mengekang hawa nafsu dan insan telah kembali kepada fitrah.
  • :crab1:
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah dan amal ibadatnya dilipat gandakan."
:sleep:
Jadi, fikir-fikirkanlah, samada kita berpuasa sebagai satu ibadah atau hanyalah adat semata-mata...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Sayur Kobis Elakkan Kanser


Sayur kobis bukan sahaja sesuai dimasak lemak atau digoreng mahupun dibuat ulam, tetapi dikatakan mampu mencegah daripada serangan penyakit kanser. Kobis sememangnya sayur yang enak dan baik untuk kesihatan tubuh kerana mengandungi vitamin A, B1 dan C, mineral, kalsium, kalium, fosfor, sodium dan sulfur.

Peluang 66% untuk selamat daripada kanser usus besar jika mengamalkan makan kobis. Sebaik-baiknya kurangkan makan kobis yang dimasak gulai lemak. Ada juga sebahagian orang yang menjadikan kobis sebagai topeng muka (masker).


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: September 2009
Design by a.a.ghariib