Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kenangan Kursus Kenaikan Pangkat Leftenan Muda, Staf Sarjan & Sarjan 2009

Alhamdulillah doa, kursus kenaikan pangkat leftenan muda, sarjan dan staf sarjan bagi tahun 2009 peringkat sekolah-sekolah Islam seMalaysia telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Kursus ini dijalankan selama 5 hari. Ia bermula dari 4 Jun hingga 8 Jun 2009.

Sarjan: 165 Orang
Staf Sarjan : 61 Orang
Leftenan Muda: 75 Orang

Tahun ni ana telah menjadi salah seorang daripada peserta Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan. Sekolah kami menghantar 8 orang wakil untuk menjalani ujian kenaikan pangkat staf sarjan; Azrul, Akram, M.Hanif, Salahuddin, Syamir, Khadijah, Kak Zubaidah & ana. Manakala leftenan muda pula; Mlm Hafizuddin, Mlmh Huda, Mlmh Nora, Mlmh Roshaslina, Mlmh Sanisah & Mlmh Umi.

4 Jun 2008, Khamis
Kami bertolak pada pukul 9 malam 3 Jun 2009. Kak Asma' Muzani & Kak Afifah Hanapiah tumpang bas sekolah kita. Kami tiba di Perak pada pukul 5 pagi. Bas rosak...Terpaksa menunggu bas dibaiki kerana di kawasan itu tiada teksi. Beginilah dugaan orang yang ingin berjihad.

Akhirnya, kami tiba di Amir Chalet pada pukul 4 petang. Kami, para sarjan, bakal staf diberi sedikit taklimat. Kemudian, kami bergegas menunaikan solat Zohor dan Asar. Pakaian hanya 1 pasang yang dipakai oleh kami iaitu baju t-shirt KRS, seluar no. 4 dan tudung hitam. Makanan pula, kami bawa apa yang patut. Kami turut membawa kad pengenalan bersama dan hanya dibenarkan membawa duit berjumlah RM 10.

Kami bertolak lebih kurang pada pukul 4.45 petang dengan menaiki van. Di jeti, Tuan Rahaim terus membeli 9 tiket untuk dirinya dan kami. Naik feri. Setibanya di Jeti Pulau Pangkor, kami berjalan menuju ke tapak perkhemahan di Teluk Segadas. Tuan Rahaim lah yang menjadi penunjuk arah kepada kami. Itu pun sebab kami sampai lambat ke Amir Chalet. Orang lain kena cari tapak perkhemahan menggunakan kompas. Tapi kami tidak perlu menggunakan kompas. Kami tiba lebih kurang pukul 6.30 petang. Setibanya di tapak perkhemahan, kami melaporkan diri kepada Tuan Zaini, seterusnya dibahagikan ke dalam kumpulan yang ditetapkan. Khadijah, kumpulan 1, Kak Asma', kumpulan 2, ana dan Kak Zubaidah, kumpulan 3.

Ahli kumpulan ana ialah:
  • SMIAA Kemaman; Zubaidah & ana.
  • SMIAA Bangi; Amirah, Awatif & Fatin Naimah.
  • SMIHidayah, JB; Noor Sakinah.
  • SMAIrsyad, Ktn; Nor Izzati.
  • SMAHidayah, Ipoh; Siti Fairuz.
  • SMAIslah, Kedah; Nurul Liyana.
  • SMIHira' Jeram; Nurul Hidayah & Noor Muthmainnah.
Seterusnya, kami memasak bersama-sama. Selepas itu, kami menunaikan solat maghrib. Seusai menunaikan solat maghrib dan mendengar tazkirah, kami makan malam. Sedang kami makan, ada seekor kucing datang dan kami menggelarnya 'tiger' sebab kucing tersebut garang. Ada seorang kakak, dia kena cakar dengan 'tiger' sampai berdarah. Kami masuk dalam kumpulan untuk membuat penilaian dan kemudiaannya meneruskan dengan latihan kawat dan BaSeD untuk dipersembahkan nanti. Fasilitator bagi kumpulan ana ialah Tuan Harun.

Hirosah dan qiamullail seperti biasa. Kami turut diberi tugasan untuk menghabiskan 4 juzu' dalam masa 4 hari serta menghafaz surah ali-imran ayat 102 hingga 105. Kami juga akan bertukar-tukar ketua, setiausaha dan orang yang membawa kompas serta peta pada setiap hari. Lagu tema staf sarjan tahun ini adalah Bingkai Kehidupan.

5 Jun 2008, Jumaat
Setelah menunaikan solat subuh dan mendengar tazkirah, kami melakukan senaman ringan. Barulah sarapan. Setiap kumpulan dilepaskan bersama fasilitator yang telah ditetapkan untuk mencari bearing yang diarahkan mengikut giliran. Kami bertolak pada pukul 9 pagi sambil membawa barang-barang kami seperti khemah, beg galas, botol-botol air, parang dan lain-lain kerana kami akan bertapak di Teluk Nipah pada malam ini. Ana rasa tidak terlalu letih sebagaimana selalu yang ana rasa masa mukhayyam khairiji yang dianjurkan oleh sekolah ana sendiri. Sedangkan mukhayyam sekolah tak perlu bawa pun barang-barang macam ni. Ramai yang kata beg ana berat tetapi ana rasa itu pun sudah cukup ringan untuk ana. Mungkin sebab dah biasa bawa beg sekolah yang berat daripada ana sekolah rendah. Kak Muthmainnah lah yang selalu memberi semangat kepada kami semua. Akhirnya kami tiba di puncak bukit kira-kira 200m lebih kurang pada jam 12.30 tengah hari. Kemudian, bergambar bersama-sama kumpulan ana. Dari puncak, kami ditunjukkan oleh Tuan Harun arah tuju kami yang seterusnya. Jauhnya.....

Kami turun dari puncak dan mencari jalan keluar dari arah pantai. Kak Sakinah hampir terjatuh ke dalam gaung dan terus berpaut pada akar pokok. Namun, dia lebih bimbangkan pancang khemah yang terjatuh dalam gaung daripada dirinya. Ketika dia jatuh, ana tengok mukanya tenang je. Minta tolong pun, suara lembut je. Mungkin sebab maksud namanya sendiri 'ketenangan'. Sampai ke suatu tempat itu, kami berhenti berehat. Sebahagian daripada kami pula terus mencari jalan. Pada masa ini, kami bergabung tenaga 4 kumpulan mencari jalan keluar. Kumpulan 1 banat je yang masih tidak sampai. Kumpulan Khadijah lah tu. Ana ditugaskan untuk menjaga beg diorang. Sambil menunggu, ana tertidur. Bangun-bangun, dah pukul 2.30 petang. Hampir 2 jam, kami terperangkap di situ.

Akhirnya, kami patah balik dan ikut jalan lain. Ana pijak kayu tiba-tiba kayu tu jatuh, rupanya kayu tu dah reput. Nasib baik ana sempat pegang Liyana dan terus lompat ke bangunan lama tersebut. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya keluar. Kumpulan kami adalah kumpulan yang paling depan. Sampai ke pantai, kami makan tengah hari, roti. Sementara itu, banin menunaikan solat Zohor dan Asar kira-kira pada pukul 3.30 petang. Kami, para banat, jamak ta'khir. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pantai Pasir Bogak. Kumpulan 2 mengikut jalan pantai, manakala kami mengikut jalan darat.

Setakat ini, kumpulan kami mendahului. Sampai ke suatu tempat, Tuan Harun pergi beli air 100 plus dan memberinya kepada kami. Kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba, kumpulan Syamir lintas. Kami lintas balik. Sampai dekat Tortoise Bay, kami berehat. Masa ni lah banin lintas balik. Kami berhenti lama sikit sebab kak Izzati kena gigit pacat. Jalan naik, turun, naik, turun. Berbukit-bukit. Akhirnya sampai ke Teluk Nipah pada pukul 4.45 petang. Kami ikut shortcut. Kami sampai serentak dengan banin. Solat Asar dan Zohor. Kemudian, terus dirikan khemah.

Kumpulan 1 paling lambat, mereka sampai pada pukul 7 malam. Itu pun dengan menaiki van. Selesai solat maghrib dan Isya', ana & Liyana memasak. Ada yang kemas khemah dll. Kami masak nasi, sardin, daging dan kentang putar. Sekejap saja. Bincang pasal persembahan. Kumpulan ana nyanyi je. Tidur. Ya Allah, nikmatnya tidur.

6 Jun 2008, Sabtu
Hari ini, balik Amir Chalet. Tuan Harun cerita pada kami, ada seorang tu, masa hirosah, dia berdiri bawah pokok belakang khemah kami, pegang Quran, tutup mata. Rupanya orang yang tidur itu ialah ******. Yang pasti, bukan ana. Pagi ini, banin buat persembahan kawat dan BaSeD. Giliran banat, tak sempat. Kami kemas barang-barang dan terus pergi ke tepi Pantai Teluk Nipah.

Mula-mula, banin berkayak. Banat, rappelling atau lebih dikenali sebagai abseiling. Sementara menuggu giliran, kami membaca al-Quran. Sebahagian daripada kami memberi sokongan. Ana antara orang yang akhir melakukan aktiviti ini. Seronok juga. Selepas itu, kami pula yang berkayak pada pukul 12 tengah hari. Mula-mula, buat water self confidence dulu. Masa kumpulan ana nak naik, tiba-tiba kena tarik ombak, kemudian terdampar. Habis, 'berterabur'. Ana berkayak dengan kak Sakinah. Bila dah turun dekat laut, ada orang kata, kena pusing pulau dekat situ iaitu Pulau Giam. Kami pun berkayaklah. Dah habis pusing pulau, dalam perjalanan balik, ana dah mula pening. Ada juga di antara kami yang terdampar. Kemudian, dihantar oleh bot nelayan. Pendek cerita, kami sampai ke tepi Pantai Teluk Nipah. Tengok jam, dah pukul 4 petang!! Rehat, makan, bersihkan diri dan solat.

Pukul 5.30 petang, kami pun bertolak balik. Kumpulan ana, paling awal naik van. Pergi ke jeti. Naik feri. Kami diberi masa untuk membeli barang. Ana dan kak Zubaidah, tak beli apa-apa pun sebab ana dah bekal air kotak. Hampir sejam menunggu, akhirnya bas sampai. Balik ke Amir Chalet. Setibanya di situ, ana cari bakal sarjan SMIAAK. Mereka mengadu macam-macam pada kami bertiga. Kemudian, kami terus mendirikan khemah. Khemah kami betul-betul tepi tandas, tepi kolam udang. Kami dirikan 1 sahaja khemah untuk menyimpan segala jenis barang. 2 khemah lagi, dihampar untuk dijadikan tempat solat dan tempat tidur.

Malam tersebut, ana dan Liyana hanya perlu memasak lauk sahaja kerana nasi putih sudah dibeli di jeti tadi. Perjumpaan kumpulan pada malam ini adalah perjumpaan terakhir buat kumpulan kami kerana malam esok, Tuan Harun ada urusan lain. Malam ni, kami bermain hot chair. Caranya mudah sahaja. Contohnya Tuan Harun sebut nama ana, orang lain akan memberitahu pandangan mereka tentang diri ana. Semua orang kena. Ana, majoriti yang ana ingat, orang kata ana ni baik, lembut dan suka tolong orang. Memang itulah maksud nama ana. Cuma pesanan daripada kak Muthmainnah, "Bagus:girl_4: suka tolong orang, tapi jangan sampai orang pijak kepala nti." Maksudnya jangan sampai orang ambil kesempatan atas diri ana.

7 Jun 2008, Ahad
Hari ini, ana jadi setiausaha. Ana kena tulis Write setiap aktiviti yang dijalankan serta waktunya. Dalam pukul 9 pagi, kami buat persembahan BaSeD dan kawat. Seterusnya, kami membuat latihan BaSeD. Pada petang harinya, kami berlatih kawat pula. Kemudian, berbincang mengenai kawat formasi.

Malam ini, kami ada kuliah tentang protokol KRS di Dewan Cina. Selepas balik semula ke tapak perkhemahan, ana pergi ziarah adik-adik form 2 yang bakal naik pangkat sarjan. Macam-macam benda yang diadukan kepada ana. Malam ini pun, malam terakhir, ana tidak terlalu sibuk, barang memang sudah dikemas dan ana tidak perlu masuk ke kumpulan kerana fasilitator kami tiada.

8 Jun 2008, Isnin
Hari ini hari terakhir. Ya Allah, penatnya bila nak bangun pagi. Pagi ini, kami, bakal staf melakukan persembahan kawat formasi. Kemudian, kami bergegas menuju ke Dewan Cina untuk majlis pentauliahan. Dipendekkan cerita, ana pun ambil sijil. Ana dapat kepujian. Kak Zubaidah pun dapat kepujian. Khadijah dapat cemerlang. Banin, ana tak pasti.

Mula-mula rasa mengantuk. Tapi bila teringat adik-adik tu belum sijil, ana terus menunggu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum balik, kami adakan sesi fotografi. Kami, para staf, bergambar bersama-sama. Begitu juga dengan kumpulan ana. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di masjid. Inilah waktu yang ana tunggu-tunggukan. Ana nak mandi setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk mandi melainkan ketika mandi laut. Akhirnya, kami tiba di Kemaman pada pukul 12 tengah malam.

p/s: kalau nak tahu tempat-tempat yang ana sebutkan dan berapa jauh kami berjalan, bolehlah tengok map pada laman web google...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Hargai Sahabat ANDA JIKA...

  • Sahabat anda bersifat ceria sama ada terhadap dirinya atau terhadap anda. Jika anda berasa ceria setiap kali bersama-samanya, hargailah dia.Yay
  • Sahabat anda sentiasa memberi ketenangan dan tidak pernah menyukarkan hubungan persahabatan.:puteh_2:
  • Sahabat anda sentiasa berbaik sangka malah menegur apabila anda mulai buruk sangka. Dia menegur kerana sayang akan persahabatan kalian.
  • Sahabat anda tidak gemar mengata. Apabila duduk berbual atau berbincang, dia tidak pernah mengata tentang orang lain.
  • :minimo_32::mNgumpat:
  • Sahabat anda ikhlas dalam apa jua keadaan. Ikhlas ketika berbual, ketika menegur, ketika memuji dan seumpamanya.
  • Sahabat anda sentiasa jujur dalam persahabatan dan tidak pernah ada niat buruk sama ada ketika bersama-sama atau tidak.;)
  • Sahabat anda memiliki tutur kata yang sopan dan mulia. Tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.
  • Sahabat anda berfikiran positif dan rasional. Tidak bertindak melulu dalam perkataan dan perbuatannya malah setiap kata-katanya ada sebab dan musabab yang dapat diterima.
  • Sahabat anda memiliki hati dan niat yang baik. Jika dia menegur atau menasihati anda tidak ada niat selain untuk kebaikan bersama-sama, bukan untuk mendapat pujian atau perhatian.
  • Sahabat anda memiliki pendengaran yang baik. Perkara ini mampu mengelakkan daripada tersilap dengar dan pentafsiran daripada kata-kata yang didengarinya.:phonehappy:


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Alhamdulillah PMR dah selesai ^_^

Alhamdulillah, bersyukur kerana telah melalui fasa kedua form 3 iaitu PMR. Fasa pertama adalah sesi pembelajaran. Sekarang, kami hanya menunggu fasa yang ketiga pula iaitu menanti keputusan PMR keluar.
belajaryippielulus

Walaupun kita baru sahaja habis PMR, tidak bermakna kita sudah merdeka. Malah semakin banyak ujian yang akan kita hadapi. Sementara menunggu keputusan keluar, kita perbanyakkan solat hajat, tahajud, qiamullail dan paling penting berdoalah kepada Allah. Jangan asyik tidur sahaja.. 26

Kami diberi cuti 2 hari + 2 hari hujung minggu + hari deepavali = 5 hari cuti!! Harap semua dapat menghabiskan masa cuti dengan perkara yang bermanfaat.

Ana doakan semua orang mendapat keputusan Flying Colours. Biar semua muka macam ni:
:puteh_2::puteh_12:awwGrad

Bukan muka yang ni:

:crab1:sedihnangisstress10T_Tnohappysniffsniff

Masih teringat lagi, ada pelajar perempuan di Sekolah Geliga tu tanya kami (Masa tu, jalan dengan Marsha)

Dia: Kenal Mujahid tak?
Ana: (Marsha tak jawab) Kenal. Kenapa? Macam mana kenal dia?
Dia: Ada pergi satu program tu hari tu.
Ana: ooo
Dia: (macam masih ingin bercakap sesuatu tetapi dibatalkan)

Ana: Marsha, kenapa nti tak jawab?
Marsha: Ntilah. Lagi pun dia tengok nti kan.
Ana: Hmm, yelah.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

GOOD LUCK 4 PMR

Assalamualaikum.. Kepada semua form 3, harap sudah bersedia bagi menghadapi peperiksaan pada esok hari. Dan kepada semua yang membaca blog ini, doakan ana dan sahabat-sahabat ana agar dipermudahkan bagi menjawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang...
InsyaAllah.



::Ameen::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Bangunlah Form 3!!!?

Studylah wahai sahabatku, tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekadar bongkah batu karang
Trust yourself wahai sahabatku, 9A kan ku genggam
Walau berjuta halangan merintang
Tetaplah Form 3 pasti cemerlang

Tanam di hati ilmu yang diberkati
Berpadu dengan jiwa rabbani
Kejayaan kita bukanlah sekadar mimpi
Akan ku jadikannya realiti
Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan semangatmu semakin meninggi
Kejayaan kita bukanlah sekadar mimpi
Akan ku jadikannya realiti


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Titian Kejayaan

Munsyid: Rass

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu
Ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri
Peribadi
Dengan ikrar janji
Kata ditepati

Kejayaan....diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman-berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: October 2009
Design by a.a.ghariib