Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

PRINT'09

21 Disember 2009, Isnin
Kami menunaikan solat Subuh pada pukul 6:00 lebih. Masa turun bas, nampak budak SMI Aman. Sarapan pagi, lebih kurang pukul 7:00 pagi. Punyalah ramai orang. Jadi, ana pun beli sandwich, kongsi dengan Zalilah. Air, kongsi dengan Fatimah. Muallimah Hayati beli mi goreng. Harganya RM 2.50. Padahal orang lain beli, RM 1.00. Memanglah muallimah punya mahal sikit sebab ada telur goreng. Tapi takkanlah telur sebiji RM 1.50. Kami teruskan perjalanan.



Akhirnya, kami sampai ke Ulu Yam pada pukul 9:00 pagi. Nampak Muallimah Ainon dan pelajar dari Indonesia. Kami bawa turun barang dan asingkan barang banin dan banat. Jauh juga ye tempat banat, kami kena jalan lebih kurang 500 meter untuk ke tapak perkhemahan kami. Kami ditempatkan di Zon 4, tepi khemah Indonesia. Zon 4; SMIAAK, SMI Al-Azhar Jitra, SM Al-Islah Sg. Petani, PRAMUKA Indonesia, SMAH Ipoh dan SMIH JB.

Sambil angkat barang tu, jumpalah beberapa orang yang ana kenal. Ada yang ana kenal masa Nadwah 2006, Kursus Sarjan 2008, PerNas 2008, Kursus Kawat 2009, I'dad Du'at 2009 dan Kursus Staf 2009. Ana jumpa Maryam (dia selalu ingatkan ana pasal PMR. Kami panggilnya kembar K.Zubaidah walaupun tak sama umur), Kak Ainul Rafiqah (anak Tuan Abd Rahaim), Fadhilah (anak Tuan Zaini), Kak Muthmainnah, Kak Najihah Abd Muhaimin, Kak Najihah Ashaari dan ramai lagi. Setelah semua barang habis diangkat, kami mula mendirikan khemah. Wah, bestnya dapat topi!!! Auni pun tulis nama siap-siap pada topi -topi tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kehilangan terutamanya BANIN.

Sementara mereka mendirikan dan membersihkan khemah, ana dan Auni disuruh untuk membantu SMI Al-Azhar, Jitra, Kedah untuk mendirikan khemah. Hanya 4 orang banat yang datang dari sekolah mereka dan semuanya form 1. Sambil membantu mereka, kami berkenalan. Rupa-rupanya, sekolah mereka sedang membuat program tahfiz. Kemudian, kami mula membuat gajet. Fatimah dan Zalilah pergi cari buluh. Kami buat rak kasut dan pintu gerbang dulu. Bila buluh dah sampai, kami gunakannya untuk membuat tripod. Tapi sebelum itu, kami lap dulu buluh tu...takut terkena miangnya.

Pada pukul 2:30 petang, kami, SMI, dipanggil untuk berkumpul di tapak utama. Tengok sekolah lain, semua pakai baju seragam. Sekolah kita je yang pakai baju warna-warni. Kemudian, para staf dan sarjan diasingkan. Manakala yang selebihnya diarahkan untuk keluar baris. Kami disuruh cabut topi. Ingatkan nak buat apa, rupanya, nak check rambut banin. Banin yang berambut panjang disuruh keluar. Kemudian, kami, para staf dan sarjan diasingkan, siapa yang masuk pertandingan BaSeD dan sebaliknya. Mereka yang masuk BaSeD perlu melakukan pergerakan seperti yang diarahkan seperti Patern 1, tendang sisi, tendang layang, Patern 2 dll dan dipantau oleh Tuan Azrul. Mereka yang melakukan kesilapan akan direject. Ana kena reject masa buat tendang layang kaki kiri dalam Patern 1. Maklumlah tak biasa guna anggota kiri untuk BaSeD. Mereka yang terpilih akan melakukan persembahan pada majlis perasmian esok.

Selepas itu, ana jumpa Kak Najihah dan Robiatul. Diorang kena berkawat esok dan dilatih oleh Tuan Saiful dan Tuan Rosfazlin. Dalam perjalanan pulang ke pangkalan, Kak Najihah tengok belakang, ada 3 orang pelajar SMIAAK yang kena reject; Marsha, Kak Ainin dan Kak Mashitah. Balik khemah, siapkan kerja yang patut disiapkan. Kak Solihah pergi letak bahan pameran. Tanya Robiatul, macam mana boleh terpilih. Katanya, tuan pilih semua staf sarjan, yang sarjan, tuan pilih yang sama tinggi. Lepas tu, diorang kena pakai tudung hijau labuh. Nasib baik ada orang bawa, bolehlah mereka berdua pinjam. Kak Husna pun tolong tebuk lubang untuk apulet.

Pada pukul 4:00 petang, kami dipanggil untuk membuat latihan untuk perasmian esok. Dalam perjalanan ke dewan utama, nampak budak SRI mandi sungai dgn muallimah mereka dan muallimah KITA!! Bestnya tengok diorang mandi. Dah berbaris pun masih tak dimulakan latihan, rupa-rupanya, SRI pun turut dipanggil. Hah? Katanya berkumpul pukul 5:00 petang untuk raptai perasmian. SRI kami memang datang lambat sikit lah sebab tengah mandi sungai tetiba kena panggil. Kami berbaris tepi SMIHira' Jeram dan Sekolah ADNI. Memang kami diarahkan untuk berdiri tegak. Tapi kami ni...biasalah...selamba je main sana main sini..goyang-goyang. Huh, Robiatul kena berdiri nun di depan sana. Mereka yang terpilih berlatih sampai pukul 6:30 petang.

Pada malam harinya, kami mendengar taklimat bersama tokoh, Dr. Hatta. Best dengar ucapannya tapi tak selesa duduk sebab tak bawa ground sheet. Balik khemah, ana ditugaskan untuk membuat jadual hirosah untuk khemah ana. Mereka yang akan membuat persembahan esok, tidak perlu hirosah untuk malam ini. Kemudian, ana, Mardhiyyah, Robiatul dan Kak Ain menyiapkan tandas kering (replika kecil). Jadi macam kotak tisu pula. Tiba-tiba, HQ panggil peserta yang masuk BaSeD dan kawat. Lebih kurang pukul 12:00 lebih, baru kami tidur. Ana hirosah bersama Auni pada pukul 4:00 pagi hingga 5:00 pagi. Target tak naklah bangun awal sangat. Bangun pukul 5:00 pagi dahlah.

22 Disember 2009, SelasaPukul 4:00 pagi, ana dan Auni dikejut oleh Mardhiyyah untuk hirosah. Auni cepat-cepat pergi mandi, takut ramai orang. Jadi, ana pun duduk sorang-sorang. Bila dah pukul 5:00 pagi, kejut diorang. Ada juga yang liat nak bangun, dah pukul 5:15 pagi baru nak bangun. "Sekarang, kan tandas dah penuh, tadi tak nak bangun." Muallimah Hayati beritahu kepada kami beberapa perkara yang patut kami tahu. Pertandingan BaSeD katanya tak boleh lebih atau kurang daripada 10 minit. Pendek cerita, sebab tandas ramai orang, muallimah pun suruh semua mandi atau gosok gigi dll dekat sungai.

Pergi solat Subuh dengan baju no.4. Menyeksakan. Makan pukul 6:30 pagi. Pukul 7:00 pagi dah kena berkumpul di dewan utama. Kak Mashitah pegang bendera. Manakala Auni pegang sepanduk. Mula-mula kena berlatih nyanyi dulu. Masih bergerak-gerak, cuma hari ini control sikit. Gerak tangan je. Tetamu kita datang dari Indonesia dan Thailand. Buat latihan yang terakhir. Bila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dr Hj Mohd Puad bin Zarkashi datang, majlis terus dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan KRS. Kemudian, doa dibaca oleh 'Sarjan Munzir' katanya. Kenapalah tak sebut nama sekolah sekali..hehehe. Bila time nak up untuk baca doa atau ikrar, pasukan Brass ATM akan ketuk 'drum'nya. Masa dia ketuk benda tu, semua orang macam 'settok' (tersentak/terkejut). Semua naik serentak. Lawa tapi kelakar tengok. Kemudian, kenalah dengan ucapan. Ni yang lemah semangat ni..hehehe.

Kemudian, ada pertunjukan pancaragam Brass ATM. Wah, first time tengok depan mata. Selepas itu, perasmian dan pemasyhuran KRS Musleh, kena potong riben. So, baner tu terbuka dan sepatutnya belon tu pun naik dengan baner. Tapi tak naik-naik. Kami di belakang ni pun tersenyum. Tetiba, TMPM tu kena balik sebab ada sidang dewan parlimen negara. Beliau pun mula pergi ke sekolah-sekolah, bersalaman dengan banin yang duduk barisan hadapan. Masa tu, ada pulak wartawan tangkap gambar. Tuan Azrul pun suruh seorang banat berdiri di depan bagi setiap sekolah. Untuk SMIAAK banat, diorang suruh ana pergi. So, terpaksalah pergi diri kat depan tu, tabik TMPM. Mula-mula 'ketor' lutut. Dari jauh, dengar dia cakap dengan pelajar SMI sebelah sana, beliau asyik tanya sekolah lain, "Dari Terengganu ke?" Bila beliau sampai ke sini, ana pun tabiklah dia, beri salam. "Dari mana?" "Kemaman." "Owh, Terengganu?" "Ye."

Dapat rehat beberapa minit. Memang seronok dapat rehat, tapi susah nak duduk dengan seluar no.4 ni. Kemudian, majlis diteruskan dengan pertunjukan BaSeD. Wah, MANTOP... Kemudian, ada penyampaian cenderahati, nyanyi lagu tema (Perjuangan KRS MUSLEH), Jamuan VIP dan TAMAT akhirnya. Ada sesi ta'aruf daripada tuan-tuan dan puan-puan KRSMusleh. Ada beberapa orang yang ana dah kenal. Ada juga yang ana kenal muka tapi tak tahu nama. Yang ana kenal...

T. Abd Rahaim (dah jumpa banyak kali dah)
T. Shahrinizam (tuan yg lemah lembut)
T. Azrul (BaSeD, protokol, ada yg panggilnya paksu)
T. Soleh (sgt menitik beratkan hal kerohanian)
T. Harun (fasi ana masa kursus Staf, baik sgt)
T. Saiful (tuan along, kawat)
T. Zaini (kem komandan staf yg baik, x pernah marah kami)
T. Kamaruzaman (suka buat lawak)
T. Rofazlin (kawat, suka buat lawak)
T. Norkamarul Kalam (sentiasa tng)
Puan Madihah (selalu bersama M.Ainon masa PerNas)
Puan Rosiah (ceria)
Puan Fauziah (sentiasa tersenyum)
Puan Ainon (muallimah, pengetua kami)
Huh, ramai juga ye. Selesai sesi ta'aruf, balik ke pangkalan.

Semua berpakaian kemasMuka serius belaka kecuali sorang..Carilah..

Muallimah Ainon pun datang sekejap. Muallimah cerita pasal banin SMIAAK. "Budak-budak lelaki tu makan banyak pagi tadi, diorang masak nasi." Makan nasi pagi tadi? Kami makan roti je. Katanya, "Budak-budak tu buli Irfan, suruh Irfan ambil buluh. Alamak, adik dia ada kat sinilah. Tapi muallimah kagum dia pandai ambil buluh."

Bersama Tuan Azrul
Tuan Saiful

Puan Rosiah & Puan Fauziah

Ada beberapa orang tuan dan puan datang ke pangkalan kami. Kami jamu mereka dengan jemput-jemput dan air kotak soya. Tiba-tiba, Kak Solihah cakap, dalam kasut dia ada emas putih. Katanya datang daripada sungai. Mula-mula ramai tak percaya. Kak Humaira' pun kata, "Tu bukan emas putih lah, tu sisik ikan." Kemudian, ana dan Kak Humaira' pun pergi ke sungai, memang adalah emas putih. Jumpa dengan Laras dan Rori dekat sungai. Katanya, selepas PRINT'09, mereka mahu pergi tour. Makan angin.

Seterusnya, kami berdua pergi ke khemah pelajar Indonesia sekejap. Berkenalan. Yang ana ingat namanya, Yana, Adriana. Jadi 'artis' sekejap. Tak putus-putus, mereka tangkap gambar kami. Mereka pun tanya Genting Highland tu tempat apa, KLCC pulak macam mana. Macam-macam soalan mereka. Kami pun minta biodata mereka. Ramai yang umur 13 tahun. Selepas solat Zohor dan Asar, kami berlatih BaSeD. Begitu juga dengan mereka yang masuk pertandingan nasyid. Manakala 3 orang lagi, masuk pertandingan obsrace; Mardhiyyah, Kak Najihah dan Kak Amirah. Tengah berlatih, nampak Muallimah Hayati dari jauh masuk sungai. Haih, muallimah, muallimah, memang suka main air. Dah habis berlatih, ana, Kak Humaira' dan Marsha pergi beli air. Beli air oren dan air sirap limau. Mula-mula, Kak Humaira' tanya dia, ni air apa? Jawabnya, "Meren, merah campur oren." Kami bertiga fikir, macam mereng saja bunyinya.

Dah beli air, Kak Humaira' pun kata, "Kan best kalau kita minum sambil rendam kaki dalam sungai." Jadi, kami pun pergilah sungai. Mula-mula, kami rendam kaki sambil tengok diorang main air. Bestnya... Lepas dah habis minum air, Kak Humaira' pun kata, Marsha ajak mandi sungai. So, ana pinjam baju Kak Najihah yang diguna untuk mandi pagi tadi dan tudung Kak Ain. Sebaik sahaja kami mahu mandi, mereka dah naik kecuali Muallimah Hayati (mana boleh main sekejap je), Zalilah dan Fatimah. Pukul 5:30 petang, baru kami naik. Kami mandi lebih kurang sejam.

Balik tapak perkhemahan, ada beberapa orang pelajar Indonesia datang ke khemah kami. Berkenalan. Kemudian, tanya diorang, boleh tak cakap bahasa Melayu? Jawabnya, boleh. "Buktikan," kata Kak Humaira'. "Nama saya Adriana." Kak Humaira' beritahulah mereka yang dia ada keturunan jawa. "Buktikan." Dia pun bertuturlah dalam bahasa jawa. Ana fahamlah apa yang dia cakap sebab ana pun keturunan jawa. Mereka pun tanya, "Di mana mau dapatkan ini.." "Dapatkan apa?" "Ini..yang diisi dalam mobil. (sambil menunjuk ke arah handphone)." Kami teka macam-maca. Sekali Kak Sarah kata, "Owh, minyak kereta!" Semua orang gelak. Last sekali, ada orang sebut, "Top up." Kami pun beritahulah "Itu kredit." Siapa entah jawab, "Kamu jumpa sama wanita yang cantik tadi, Buk Ainon, kamu boleh tanya padanya." Keputusan obsrace; kumpulan Mardhiyyah johan, kumpulan Kak Amirah, tempat ketiga dan kumpulan Kak Najihah, tempat kedua.

Seusai menunaikan solat Maghrib dan Isya', ana, Kak Humaira' dan Marsha tengok adik-adik SRIAAK berlatih BaSeD. Mana-mana pergerakan yang salah, kami betulkan. Ana (menyerang) dan Kak Humaira' (menanti) buat demo untuk elak guna, kedudukan kaki, tangan. Bila kena serang, ana jatuhlah. Tiba-tiba, diorang tanya, macam mana cara nak jatuh bagi nampak macam real? Senyum je lah. Kami semua dipanggil untuk masuk ke dalam dewan pada pukul 8:30 malam. Akhirnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan, pertandingan nasyid. Pelajar Pramuka, Indonesia buat 3 persembahan untuk kami. Memang pandai menari, tapi, nyanyian mereka susah untuk difahami kerana mereka menggunakan tarian sumatera dll, jadi, nyanyi bukan guna bahasa Indonesia yang biasa kita dengar. Sekolah Menengah Al-Islah Sungai Petani, Kedah, sedap. Kak Atie dan Kak Solihah semangat nyanyi. Kak Humaira' kata, "Dia buat macam konsert dia pulak." Banat tengok persembahan banat.

Kak Soli semangat

Hidup adalah
tentang sebuah pilihan
yang nanti akan kau jalani
dan kau tunjukkan hasilnya

Jalan jihad disusuri
dalam jiwa yang perlu dihayati
tarbiyyah diserap, diteladani
menjadi panduan
hidup insani

Berkembangnya Islam dahulu,
bukan sekadar diam menunggu
setiap masa sedia penjuru

Cita syahid terus dituju
dalam cinta yang dipandu
tiada yang lain hanya kerana yang satu

Ayuh sahabat
bangkitlah teman,
jiwa tadhiyyah harus disemat
demi Islam 3x di masa hadapan
demi Islam 3x di masa hadapan

Banin tengok persembahan banin. Dalam masa yang sama, banin...
video

Balik tapak perkhemahan, kami, peserta BaSeD, membuat latihan. Manakala, yang lain-lain, ada yang buat gajet, ada yang melihat kami membuat latihan dan ada juga yang tolong kami berlatih. Tengah berlatih tu, Kak Humaira' cedera kat bahagian bahu. Malam ni, ana tak hirosah. Balik, tidur.

To be continue.....

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Stayback

Sebelum kami pergi ke PRINT'09, kami tidur di sekolah pada 19 Disember 2009 untuk memudahkan kami membuat segala persiapan dan latihan. Kami hanya mengambil masa selama 2 hari untuk berlatih bagi Pertandingan Nasyid dan Pertandingan BaSeD.

19 Disember 2009, Sabtu
Hari ini, ana datang lambat sikit atas sebab-sebab tertentu. Pukul 2 petang baru ana datang. Datang-datang, terus berlatih BaSeD. Yang masuk BaSeD; K.Afifah, K.Ainin, K.Aminah, K.Humaira', K.Mashitah, K.Zubaidah, Fatimah, Khadijah, Marsha dan ana. Sementara menunggu waktu Asar, kami fikirkan persembahan pentas untuk BaSeD. Semua orang buat aksi gulingan. Akhirnya, ana dan K.Humaira' yang akan melakukan aksi tersebut masa pertandingan nanti. Manakala Khadijah pula akan melakukan aksi 'star'.

Kemudian, kami balik asrama, rehat. Kendiri. Mengaji. Pukul 7.45, kami sambung latihan dalam kelas form 5. Pada malam harinya, kami tumpukan pada elak guna, patern dan persembahan pentas. Entah macam mana, diorang suruh ana lawan dengan Fatimah. Nak tak nak kenalah juga sebab diorang semua dah 'cop' pasangan masing-masing untuk persembahan pentas. Untuk bahagian ini, kami lawan secara slow motion.

Pada pukul 10.15 malam, kami set masa untuk persembahan penuh. Dapatlah lebih kurang 11 minit. Target lebih daripada 12 minit dan kurang daripada 15 minit. Jadi, kami pun berfikir cara untuk melambatkan sedikit persembahan agar masa lebih daripada 12 minit. Pukul 10.30 malam, kami balik asrama. Tengok video banat form 5 sekejap sebelum tidur.

*Birthday Zalilah

20 Disember 2009, Ahad
Hari ini, semua orang bangun lewat sikit, pukul 6 lebih. Lepas solat Subuh, bersiap. Tengok jam, baru pukul 7 pagi, latihan pukul 7.45 pagi. Kami main game Zuma sekejap. Masa pukul 7.25 pagi, K.Afifah suruh semua bersiap. Rupa-rupanya latihan pukul 7.30 pagi, dahlah tak sarapan pagi lagi. Makan cepat-cepat. Lebih kurang, pukul 8 lebih, Ustaz Khair pun suruh berkumpul. Nyanyi lagu negaraku, nasyid sekolah, lagu KRS dan Syabab Fatayat. Banin tak berlatih lagi untuk BaSeD sebab peserta banin hanya 13 orang sahaja. Jadi, semalam, diorang baru berlatih untuk persembahan nasyid. Kesian pula tengok banin yang ada ni.

Kemudian, kami teruskan latihan. Lepas BaSeD, tengok persembahan nasyid pulak. Yang masuk nasyid; K.Atie, K.Sarah, K.Ain, K.Husna, K.Shaidatul, K.Solihah, Auni, Mardhiyyah, Robiatul dan Zalilah. Sedap juga. Rupa-rupanya, lirik dan lagu tersebut baru direka oleh K.Zubaidah semalam. Memang kreatif. Sekolah kita berlatih 2 hari sahaja. Kalau sekolah lain tu, ada yang berlatih sampai 2 bulan. Tahun lepas pun macam tu juga. Ana dan K.Humaira' tolong angkat makanan yang hendak dibawa ke bilik guru. Hari ini kami baru tahu@upin01 kena buat pameran. Jadi, K.Amirah dan K.Najihah pergi kedai untuk print gambar yang berkaitan dengan KRS dan beli barang-barang yang patut.

Muallimah Hayati datang sekolah dengan Muallimah Maheraini dan seorang lagi adiknya. Dengar macam-macam cerita. Nak dekat tengah hari tu, Mak Kak Shaidatul bawa makaroni goreng. Lepas makan, ana, Mardhiyyah, Robiatul, Auni dan K.Solihah siapkan sepanduk. Kemudian, datang pula K.Husna, K.Shaidatul dan K.Ain. Pukul 2 petang, baru kami solat Zohor dan makan Nasi Ayam.

Banat yang lain, kemas dan lipat semua khemah kecuali khemah Muttaqin sebab ada najis kucing. Khemah yang itu, kami serahkan kepada banin untuk uruskannya. Ana pun beritahu abang ana, suruh banin kemas khemah tu. Kemudian, banat yang lain cari kayu. Lepas Asar, sekolah mula menjadi riuh dengan kedatangan pelajar SRI yang akan ke PRINT'09 juga. Lebih kurang pada pukul 6 petang, banat pun record nasyid tersebut. Pukul 6.30 petang, kami siapkan untuk pameran.

Pada malam harinya pula, kami berlatih BaSeD sekejap. Tengah berlatih, tiba-tiba muallimah panggil nak angkat barang, check barang dll. Sambung siapkan untuk pameran. Selepas itu, Muallimah Yong pun datang bawa makaroni goreng juga.

Semalam, ustaz kata, bas datang pukul 11 malam. Tunggu punya tunggu, pukul 1.40 pagi baru bas datang. Ana duduk tepi Zalilah. Naik bas, terus tidur. Hampir setiap R&R bas tu berhenti.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Result PMR

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya keluar juga keputusan PMR. 7 orang pelajar di sekolah ana berjaya mendapat 9A; Auni, Izzat, Mardhiyyah, Marsha, M.Firdaus, ana dan Wafaa'. 5243
Manakala 8 orang berjaya mendapat 8A...1804 Apa-apa pun, TAHNIAH kepada semua pelajar form 3 yang telah berusaha dengan sebaiknya untuk PMR. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan oleh para guru dan sahabat handai.. Semoga sentiasa diberkati Allah.3510

Ana masih belum mendapat maklumat yang lebih lanjut kerana ana baru sahaja pulang 46 daripada PRINT'09 (Perkhemahan Internasional 2009).. InsyaAllah selepas ini, ana akan ceritakan pengalaman kami ketika PRINT'09. Sekarang masih kepenatan 27 dan sedang menunggu gambar PRINT'09.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pinggan lawan Pinggan

Beberapa orang sahabat termasuk Anas bin Malik sedang berkumpul bersama-sama Rasulullah s.a.w. di bilik ummul mukminin Aisyah r.anha. Kemudian, datang satu pinggan penuh dengan makanan yang dikirimka oleh Ummu Salamah, madu Aisyah. Isinya roti dan daging.

Rasulullah s.a.w. menyuruh para sahabat makan makanan itu. Sementara Aisyah sendiri sedang sibuk memasak makanan, tetapi telah didahului oleh makanan yang dihantar oleh Ummu Salamah.

Tidak lama kemudian makanan yang dibuat Aisyah itu pun masak. Aisyah menghidangkan makanan yang dibuatnya sendiri dan mengangkat pinggan yang dihantar Ummu Salamah. Tiba-tiba Aisyah memecahkan pinggan milik Ummu Salamah hingga berkecai.

"Sila makan. Ibu kamu itu cemburu," kata Rasulullah s.a.w.

Kemudian baginda mengirim pinggan Aisyah kepada Ummu Salamah sebagai gantinya. Pinggan diganti pinggan.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Umamah Mendapat Rantai

Nama penuhnya Umamah binti Abi al-Ash bin Rabi' al-Quraisyah al-Abasyamiyah. Beliau adalah anak perempuan Zainab binti Muhammad. Bapanya bernama Abu al-Ash bin ar-Rabi'.

Ibunya meninggal dunia pada tahun 8 Hijrah. Manakala bapanya pula meninggal dunia pada tahun 12 Hijrah. Peristiwa kematian Zainab memilukan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu, Umamah masih kecil. Selepas ibunya meninggal dunia, Umamah mendapat perhatian sepenuhnya daripada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sayang dan kasih kepada Umamah.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. mendapat seutas rantai emas dihiasi batu-batuan yang menarik dari Habsyah. Rantai itu dihadiahkan oleh Raja Najasyi kepada Nabi Muhammad s.a.w.

"Siapakah yang layak menerima hadiah rantai emas ini?" :what: tanya baginda kepada isteri-isterinya.

Pada masa itu, semua isteri baginda berkumpul di rumahnya. Sementara Umamah sedang bermain-main di luar rumah. 04

Kemudian isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. pun berkata, "Wahai nabi Muhammad, kami semua tidak pernah melihat rantai secantik 11 ini."

Rantai emas itu dikembalikan ke tangan Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda berkata,
"Saya akan kalungkan rantai yang cantik ini kepada wanita yang saya cintai dan kasihi."
Mendengar penjelasan itu, Aisyah menjadi cemburu. Aisyah cemburu 03 dan takut 05 sekiranya baginda mengalungkan rantai itu kepada isterinya yang lain.

"Saya harap Nabi Muhammad tidak kalungkan rantai itu kepada isteri yang lain selain daripada saya. Hanya saya yang layak menerima rantai itu," bisik Aisyah di dalam hatinya. 10

Tiba-tiba, Nabi Muhammad s.a.w. bersuara, "Di manakah Umamah binti Abi al-Ash?"

"Dia sedang bermain 04 di luar," jawab salah seorang isteri Nabi Muhammad.

Kemudian, Nabi Muhammad s.a.w. bergegas ke luar rumah sambil di tangannya memegang rantai emas itu.

"Umamah, ini ada hadiah daripadaku. Pakailah rantai ini. Rantai emas ini sesuai untuk kamu,"
kata Nabi Muhammad kepada cucunya sambil mengalungkan rantai emas ke leher cucunya.

Para isteri baginda hanya menyaksikan :look: tindakan suami mereka yang mengalungkan rantai kepada Umamah. 05

Kemudian, Aisyah pun berkata, "Alhamdulillah, senang rasanya hati apabila Nabi Muhammad menghadiahkan rantai itu kepada Umamah."

Keadaan rumah yang senyap sunyi sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi ceria. :hippie: Para isteri baginda gembira melihat Umamah memakai rantai emas itu.

Akhirnya, Umamah meninggal dunia semasa zaman pemerintahan Khalifah Muawiyah tanpa meninggalkan warisnya.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Keikhlasan Itu Lebih Penting

Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati,

Sentiasalah melaraskan kedudukan hati kalian di landasan iman dan taqwa;

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".
(Surah AR-R'ad:28)

Hati, sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesihatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu.

Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sihatlah jasad dan mulia peribadi.


Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.

"Dalam Islam, sesuatu jawatan tidak boleh dipinta dan tidak boleh diperoleh melalui rasuah, tetapi apabila diberi sesuatu jawatan, terimalah dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah."

(Tariq Ziyad)

Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;

  1. Takutkan kemasyhuran.
    Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah". Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?". Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia".
  2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak diterima Allah jika ada riyak menyusup tanpa disedari.
  3. Beramal diam-diam secara sembunyi.
  4. Tidak asyik mengharapkan pujian.
  5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji.
  6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.
  7. Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.
  8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata.
  9. Sabar di sepanjang jalan hidup.
  10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.
  11. Menghindari ujub dan bangga diri.
  12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.
Merenungi hakikat ikhlas ini, membuat diri kita merasai betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hambaNya. Kadangkala di sepanjang jalan hidup kita terasa seperti tercampak dan terbuang. Namun sedarilah alam yang luas Allah bentangkan sebagai rahmat. Asalkan kita mengambil Islam sepenuhnya sebagai sebaik-baik cara hidup. Pasti Allah akan permudahkan segala urusan kita dalam apa jua keadaan. Justeru itu, kita mestilah menyerahkan sepenuh hati untuk dididik dan dibersihkan di dalam wadah amar maaruf nahi munkar. Akan terasalah nanti betapa Maha Suci kasih Allah Rabbul 'Izati. Semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya...

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada RabbMu dalam redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu"



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Wajibkah Pakai Telekung???

Jika dilihat semula syarat sah solat, cuma 5 perkara:
  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung.

Jadi, wajibkah?

Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah.

“Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
[ Al-Hajj : 7]

Apa yang penting dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi diri ana sendiri, jika solat sehari-harian di rumah, ana lebih selesa bertelekung. Cuma apabila di luar rumah, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

“Eh, betul ke ni.. Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”

Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, sempurnakah pemakaian kita sebenarnya? Tutup auratkah kita?

:what:

Apa yang menghairankan ana ialah apabila seseorang itu mengatakan bahawa tujuan dia memakai telekung adalah untuk menutup aurat sedangkan pakaian yang biasa dipakainya tidak menepati kriteria menutup aurat. Adakah dirinya menganggap bahawa Allah hanya melihatnya ketika dia sedang solat?


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Rabi'ah Menasihati Ayahnya

Rabi'ah Al-Adawiyah dilahirkan pada tahun 713 Masihi. Rabi'ah adalah wanita yang mulia dan suka melakukan amal ibadat. Dia juga dikenali dengan nama Ummul Khair.

Sejarah hidup Rabi'ah begitu menarik. Sejak kecil lagi Rabi'ah sudah menunjukkan perbezaan yang ketarapada dirinya berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Semasa kecil, Rabi'ah begitu comel girl03 dan pintar idea . Kecerdasan dan kepintarannya diakui oleh bapanya sendiri iaitu Ismail.

Pada suatu hari, semasa makan tengah hari itu, Ismail sudah siap menghidangkan makanan di hadapan Rabi'ah.

"Mari makan Rabi'ah," pelawa bapanya.

Pada mulanya, Rabi'ah hanya memandang tepat pada makanan yang terhidang itu. Dia hanya diam membisu.

Kemudian, bapanya bersuara, "Mengapa kamu tidak mahu makan makanan itu?" :crab1:

Rabi'ah yang masih kecil itu pun berkata, "Saya tidak mahu makan makanan yang tidak tahu sumber halal atau haramnya. Saya sanggup berlapar daripada makan makanan yang datang daripada sumber yang haram."

Ismail tersentak mendengar kata-kata anak perempuannya itu. Bapanya terkejut mendengar Rabi'ah petah berkata-kata tentang halal dan haram.

"Pandai sungguh Rabi'ah membezakan antara yang halal dan haram. Kanak-kanak sebaya dengannya sudah tentu tidak sebijak Rabi'ah," bisik Ismail sendirian.

Kemudian, Ismail berkata kepada Rabi'ah, "Hanya makanan ini sahaja yang dapat ayah sediakan untuk anak ayah. Sekiranya ayah tidak dapat menyediakan makanan yang halal adakah kamu akan memakan makanan ini?"

Lantas, Rabi'ah pun menjawab, "Wahai ayah, saya sanggup manahan lapar daripada diseksa oleh Allah dalam api neraka. Biarlah saya dan adik beradik saya yang lain bersabar menahan lapar ini."

"Kata-kata yang diucapkannya memang benar. Sepatutnya saya berusaha mencari makanan yang halal bagi anak-anak. Bukannya memberi mereka makanan daripada sumber yang haram," kata Ismail dalm hati.

Begitulah kisah Rabi'ah yang lebih sanggup berlapar daripada memakan makanan yang datang daripada sumber yang haram. Dia akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 801 Masihi bersamaan tahun 135 Hijrah. Jenazahnya dikebumikan di Baitulmuqaddis.

:look:

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Cara Tidur yang Dilarang dalam Islam

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.aw. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan RasulNya.”

(Hadis Riwayat Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a. berkata, Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Tidak Rugi Membaca Al-Quran

zwani.com myspace graphic comments

A Beautiful Hadith

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Apabila mayatnya dikafan, lelaki itu berada di antara kain kafan dan si mati.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah. Kedua-dua malaikat Munkar dan Nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal dunia itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tetapi lelaki kacak itu berkata, "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga."

Selepas dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Munkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak itu mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi."
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari nabi dan malaikat."
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Sebarkanlah hadis ini kepada semua ....kerana
Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pengetahuan dariku walau sepotong ayat"
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
May Allah bestow this favour on all of us.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: December 2009
Design by a.a.ghariib