Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Akhlak Ibrahim bin Adham

18011432H
Ketika sedang berjalan, Ibrahim bin Adham bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalnya. Lelaki itu bertanya kepadanya tempat letaknya perkampungan terdekat.

Ibrahim segera saja mengarahkan jari telunjuknya ke pemakaman yang ada di dekat situ sambil berkata, "Itulah perkampungan yang sebenarnya, sebuah perkampungan hakiki". Lelaki itu mundur sedikit lalu dengan perasaan kurang senang berkata, "Aku menanyakan tempat letaknya perkampungan, mengapa kamu menunjukkan pekuburan kepadaku? Apa kamu hendak mengolok-olok aku?"

Dengan penuh kemarahan, lelaki itu memukul kepala Ibrahim dengan tongkatnya sehingga darah bercucuran dari kepala Ibrahim. "Pukullah kepala yang telah lama berbuat dosa kepada Allah ini," gumam Ibrahim bin Adham sambil berusaha menghentikan aliran darah dari kepalanya.

Lelaki itu kemudian pergi. Kejadian ini di ketahui oleh orang yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat itu. Ia lalu menghampiri pendatang tadi dan berkata, "Hai lelaki, tahukah kamu maksiat yang telah kamu lakukan hari ini? Kamu baru saja memukul kepala orang yang paling banyak beribadah di zamannya. Kamu baru saja memukul Ibrahim bin Adham, seorang zahid yang terkenal."

Mendengar ini, lelaki itu segera kembali mendatangi Ibrahim lalu meminta maaf. "Aku telah memaafkanmu dan mendoakanmu masuk syurga," kata Ibrahim. "Bagaimana mungkin?" seru lelaki itu dengan perasaan lega bercampur hairan.

"Kerana, ketika kamu memukul kepalaku, aku bersabar, dan balasan bagi orang yang sabar tidak lain adalah syurga. Jadi, tidaklah baik jika aku masuk syurga karena kamu, tetapi kemudian aku mendoakanmu masuk neraka. Ini juga bukanlah sikap yang bijaksana," jelas Ibrahim bin Adham.

Begitulah sifat mukmin sejati. Akhlaknya mulia walaupun dihina dan disakiti oleh orang lain, dan di dalam hatinya, tidak terdetik untuk membalas dendam, sebaliknya mendoakan kesejahteraan terhadap orang yang menganiyainya.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Tarbiyyah Diri dengan Sifat Redha

16011432H
Kenalkah anda 'Urwah ibn Zubair, anak kepada Asma' Abu Bakar dan Zubair Al Awwam. Beliau adalah seorang ulama ahli fiqh dan hadis di Madinah. Sejak kecil, beliau tinggal bersama Aishah, isteri kesayangan Rasulullah. Daripada Aishahlah 'Urwah menimba ilmu hadis, tafsir, fiqh, faraid dan lain-lain. Sehingga apabila beliau dewasa, beliau diakui sebagai salah seorang daripada 7 fuqaha' madinah (al-fuqaha' al-sab'ah) beliau meninggal pada tahun 94H.

Kisahnya bermula pada suatu hari, 'Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abd Malik untuk ke istananya di Syam. Dalam perjalanan, 'Urwah merasakan sesuatu terjadi pada kakinya. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul yang kemudiannya pecah menjadi luka. Tiba di Syam, Khalifah mendatangkan tabib untuk memeriksa luka tersebut dan mengesahkan luka itu adalah satu jangkitan yang jika tidak dihentikan dengan segera ia boleh merebak ke seluruh badan. Dan untuk menghentikan penyebaran luka tersebut ke seluruh badan, kaki 'Urwah perlu dipotong. 'Urwah bersetuju kakinya dipotong. Tabib menyarankan agar beliau meminum ubat bius agar tidak rasa sakit. Namun begitu, 'Urwah menolak kerana ingin terus berada dalam keadaan sedar supaya dapat mengingati ALLAH selalu walaupun terpaksa merasakan kesakitan yang teramat sangat. Akhirnya kaki 'Urwah dipotong dengan gergaji dan beliau sedikit pun tidak mengeluarkan suara kesakitan.

Dalam waktu yang sama, seorang anak 'Urwah yang mengikutinya ke Syam mengalami kemalangan. Seekor keldai telah menendangnya sehingga mati. Dan beliau tidak berkata apa-apa selepas mendengar berita sedih tersebut. Hanya sewaktu pulang ke Madinah beliau berkata, "Ya ALLAH, Engkau memberiku 7 orang anak. Jika Engkau mengambil 1 Engkau masih meninggalkan 6 lagi. Dan Engkau memberiku 4 anggota (2 tangan 2 kaki). Jika Egkau mengambil 1, Engkau masih meninggalkan 3 yang lain."

SUBHANALLAH!! Lihatlah bagaimana tabahnya beliau menerima ujian dari ALLAH. Tidak ada sekelumit pun rasa kesal di hatinya walaupun diuji dengan kecacatan dan kehilangan anak, apakah masih ada lagi tokoh seperti ini pada hari ini yang sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dengan apa sahaja yang diberi ALLAH kepadanya. Ingatlah firman ALLAH,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah :216)

Dan kerana sifat rahmatnyalah ALLAH menentukan sesuatu yang terbaik untuk hambanya meskipun kadang-kadang ia terasa pahit. Memang diakui musibah sememangnya menyakitkan. Namun tidak ada yang lebih menyakitkan daripada musibah yang menimpa hati kita. Musibah walau sekecil mana pun, jika dihadapi dengan hati yang memberontak akan terasa besarnya musibah sehingga terlalu berat untuk ditanggung.
Seorang ulama' pernah berkata, "Seseorang yang tidak dapat bersikap redha dengan ketentuan ALLAH maka tidak ada penawar yang dapat mengubati kebodohannya." Sebaliknya musibah sebesar mana pun jika dihadapi dengan hati lapang, menerimannya setabah mungkin, tidak akan terasa beratnya musibah yang ditanggung. Apabila hati redha dengan ketentuan ALLAH maka mata hati dan fikiran akan dapat melihat jalan keluar daripada kesulitan yang dialaminya dengan jernih. Bahkan, jika sikap redha telah tertanam dalam hati, musibah apa pun yang dihadapi akan terasa manisnya. Abu Bakar bin Thahir pernah berkata: "Reda adalah mengusir kebencian dari dalam hati sehingga hanya kegembiraan dan kebahagiaan yang terdapat di dalamnya."


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Mari Kita Renung2kan

15011432H
Di sini ada satu kisah yang dihantar oleh sahabatku melalui email dan pembaca bolehlah renung2kannya!
(kisah di bawah ini tidak diubah perkataannya, memang dihantar begini.)

Suatu hari, Nasruddin pergi bersama anaknya keluar kota. Dalam perjalanan itu, si anak menunggang keldai sementara Nasruddin berjalan kaki sambil memegang tali keldai yang ditunggangi anaknya. Out of the blue, seseorang menegur.

"Dunia memang sudah akhir zaman. Bagaimana mungkin anak dengan anaknya menaiki keldai sementara ayahnya dibiarkan sahaja berjalan kaki. Sungguh biadab anak tersebut and tak sedar diri!"

Mendengarkan kata2 itu, anak pun berkata kepada Nasruddin.

"Ayah, bukankah saya sudah katakan tadi, naiklah keldai ni. Biar saya saja yang berjalan kaki."

Nasruddin pun bersetuju untuk menurut kemahuan anaknya itu dan juga menurut kata orang yang menegurnya.

Di tengah perjalanan, mereka bertemu dengan sekelompok orang yang kali ini mencela Nasruddin pula.

"Teruk sungguh orang tua ni, membiarkan anaknya berjalan kaki sementara dia dengan enaknya duduk di atas keldai. Orang tua ini sungguh tidak punya rasa belas kasihan pada anaknya."

Mendengar cakap cakap tersebut, Nasruddin akhirnya mengajak anaknya menaiki keldai itu berdua untuk menutup mulut orang dari mengata mereka lagi.

Setelah keduanya menaiki kelda tersebut, mereka bertemu pula dengan kelompok orang yg sedang duduk- duduk di pinggir jalan. Salah seorang dari orang di situ berkata.

"Hai teman-teman, cuba kalian lihat betapa kejamnya mereka, menunggang keldai yang lemah itu berdua!"

Kerana tidak tahan mendengar kutukan itu, Nasruddin dan anaknya pun turun dari keldai. Keldai itu kemudiannya dipimpin sementara mereka berdua berjalan kaki. Tidak lama selepas itu, mereka berpapasan dengan sekumpulan orang jalanan. Orang yang berada disitu pun berkata kepada Nasruddin.

"Kalian berdua ni memang sudah gila, membiarkan keldai begitu saja tanpa dinaiki sementara kalian berjalan kaki padahal cuaca siang ni sangat panas.

Dengan rasa kesal Nasruddin pun berkata kepada anaknya.

"Anakku, manusia memang hanya tahu mencela. Tidak ada yang selamat dari cercaan orang lain."


Renung2kan dan selamat beramal~


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

My Mum Is Amazing

14011432H

Album : Allah Knows
Munsyid : Zain Bhikha Feat Nadeera Ali

She wakes early in the morning with a smile
And she holds my head up high:
"Don’t you ever let anybody put you down -
‘Coz you are my little angel"

Then she makes something warm for me to drink -
‘Coz it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school - yes, I ain’t no fool
I just think my mum is amazing

Chorus

She makes me feel -
Like I can do anything
And when she’s with me
There’s nowhere else I’d rather be

After school, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait -
To get home to tell her how my day went
Eat the yummy food only my mum makes

Then I wind her up ‘coz I don’t want to bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my mum is amazing

(Chorus)

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away -
Who one day became a princess

I’m so happy - I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I -
To have a mum that’s so amazing

(Chorus)

Then I wake up in the morning - she’s not there
And I realise she never was
And I’m still here in this lonely orphanage -
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving:
How I wish I had a mum that’s amazing
Would be amazing


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Nadwah 2010

11011432H
Alhamdulillah NADWAH KEPIMPINAN PELAJAR MUSLEH 2010 telah di adakan pada 22hb – 24hb NOVEMBER 2010 bertempat di PUSAT PENDIDIKAN AL-ISLAH, Sg Petani Kedah. Seramai 98 orang pelajar baniin dan 94 orang banaat; diiringi 9 orang muallimin dan 10 muallimat telah menghadiri program mewakili semua SMI MUSLEH seluruh negara.

Nyanyian lagu tema (Gelombang Keadilan dan Mujahid Muda) telah diperdengarkan sepanjang program. Program yang berkonsepkan pelaksanaan sepenuhnya oleh pelajar dengan bimbingan muallimin dan muallimat telah memilih sdr Zubair sebagai Pengarah dan Madihah sebagai Timbalan. Semua aktiviti dalam kumpulan telah dijalankan oleh para peserta secara berasingan baniin banaat.

Alhamdulillah, Ucap utama telah disampaikan oleh Ust. Rosli Yusof, YDP IKRAM Kedah bertajuk Kepimpinan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Ceramah kedua telah disampaikan oleh Hj. Aminuddin Shuib, Ketua Pemuda IKRAM Kedah bertajuk Pengurusan Masa Pemimpin Muda - tanggungjawab sebagai pemimpin dan pelajar. Forum Pelajar telah diadakan dengan tajuk: Al Islam walhal dengan ahli panel merupakan wakil-wakil pelajar SMI Aman KB, Al-Amin Gombak dan Hidayah JB. Perbincangan adalah berkisar realiti di sekolah, punca wujudnya masalah dan penyelesaian melalui perkongsian pengalaman. Forum Nadwah pula bertajuk “Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH” dengan ahli panel terdiri daripada Akh. Zubeir (ex-hidayah JB), Us. Syazalie (Ahli DPN IKRAM dan Ketua Pemuda IKRAM P.Pinang) dan Cikgu Azizah (Ketua Wanita IKRAM Barat Daya P.Pinang). Nadwah telah dipengerusikan oleh Akh. Abd. Rahman (ex-Al-Amin Bangi). Perbincangan berkisar tajuk kepimpinan, syarat dan ciri pemimpin, rukun berorganisasi, cabaran dan peranan serta tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin muda.

Pada setiap malam, para peserta telah membuat refleksi dan persediaan untuk aktiviti keesokan hari, program qiamullail, senaman dan perhimpunan pagi dijalankan setiap pagi.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ust. Megat Mohamed Amin b. Megat Mohamed Nor Pengerusi MUSLEH. Beliau telah menyentuh cabaran-cabaran yang dihadapi para pemimpin dan persediaan-persediaan yang diperlukan sebagai pemimpin pelajar. Di antara persediaan asasi kepada semua orang terutamanya sebagai pemimpin ialah birr walidain - ihsan kepada kedua-dua ibubapa (Al-Isra' 23)

Pemenang pembentangan bagi Manifesto Terbaik ialah SMI Al-Amin, Gombak dan Pemidato Terbaik juga dari SMI Al-Amin, Gombak. Nadwah kali telah mewujudkan Majlis Perwakilan Pelajar MUSLEH yang terdiri daripada Zubair b. Amir Nurrashid (SMI Al-Islah, Sg. Petani), Abdullah Azam b. Jailani (SMI Al-Amin, Bangi), Abdullah Mursyid b. Hasanuddin (SMI Hidayah, Johor Baharu), Mohd Afiq Haidar b. Ghazali (SMI Aman, Kota Bahru), Muhd Fariz b. Fauzi (SMI Al-Amin, Gombak), Nurul Fida’ bt. Rosli (SMI Al-Islah, Sg. Petani), Hanifah bt. Jailani (SMI Al-Amin, Bangi), Maryam bt. Che Rahimi (SMI Aman, Kota Bahru), Nur Kamaliah bt. Nagmudin (SMI Hira’, Jeram) dan Khadijah bt. Idris (SMI Al-Amin, Kemaman). Adalah diharapkan agar semua SMI MUSLEH dapat menggerakkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini dengan seberapa segera.

Moga-moga Allah swt memberkati anak-anak kita pemimpin umat masa akan datang - amiin

sumber: http://www.musleh.edu.my

Salah seorang daripada MPP tersebut menghantar kepadaku,

"Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh wamaghfiratuh, andai ada pengganti hebat yang akan memikul amanah ini nescaya akan ana berikan amanah ini kepadanya, ana tak pernah terfikir untuk menggalas beban ini, siang dan malam, ana rasakan sesak dada memikirkannya, ana bukanlah yang terbaik amalannya dalam kalangan kita, tetapi ana di antara yang paling berat tanggungjawabnya, berita yang terbaik bagi ana sekarang ialah mudah menjejak kaki ke syurga Allah, berita terburuk bagi ana ialah mudah terhumban ke neraka Allah, ana sekarang wajib untuk memikirkan bagaimana medium yang mesti digunakan supaya 32 buah sekolah musleh hanya bertutur mengenai taqwa kepada Allah itu, yang disuruh oleh pihak atasan, Rabbi yassir wa la tu'asir, sahabat mulai pukul 5:00 petang 24/11 ana adalah hamba untuk 15 000 pelajar SRI dan SMI. YA ALLAH DIKAU BERIKAN UJIAN YANG SANGAT HEBAT BUAT HAMBA, bantulah hamba dalam memimpin ini bersama ArRijal AdDakwah yang lain, amiin..."
01-12-10 19:00

Amiin..


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Salam Ma'al Hijrah 1432H

01011432H

Mulianya insan kerana mulianya harapan yang dibina.
Harapan yang tumbuh dari keimanan yang benar,
harapan yang dihiasi taqwa dan tawakal
serta disinari cahaya nubuwwah dan petunjuk Ilahi.

Abu Hurairah r.a. berkata;
"Setiap kali datangnya tahun baru
membuat aku risau dan resah kerana
semakin singkat umurku,
semakin dekatnya ajalku,
semakin tipisna waktu pengampunan Allah terhadapku,
semakin dekatnya hari perhitunganku..."

[Dicopy dari abangku]
Hijrah..
Satu perubahan..
Menghunus pedang untuk memerangi raksasa bernama nafsu dan syaitan..
Mengadakan sidang parlimen dalam diri..
Merangka strategi perang yang bergelar "azam yang realistik dan sistematik"..
Bukan manifesto kosong.
"Tegakkan negara Islam dalam diri kamu dahulu, baru tertegak negara Islam di dunia...."
(Hassan al-Hudaibi)
Kemudian kita nak complain dunia ni teruk?
Jom tengok cermin dulu..


Muhasabah.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Bulan-bulan Islam

29121431H
1 Muharram bakal menemui kita beberapa hari sahaja lagi. Di kesempatan ini, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."
(Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

"Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

sumber: iluvislam.com


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Hari ini...

26121431H
Hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambahlah lagi usiamu,
hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang mendatang,
hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri,
hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya,
semakin berkurang tempoh untuk beramal,
semakin kubur mempersiap tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
semakin dekat masa amalan dihitung,
dan semakin hampir haruman firdausi atau azabnya jahannam...

Sanah helwah ya Akhi, M I Ghariib.
Semoga Allah merahmati dan memberkatimu.
Kullu 'am wa nta bikhair,
wal iimaan taziid,
Semoga terus tsabat dalam iman dan perjuangan fi sabilillah.
Moga dirimu berjaya dalam pelajaran,
tarbiyyah, dakwah, urusan addin,
dunia dan akhirat.
Kullu sanah enta aqrob ilallah.
InsyaAllah...

"Lau antum ghariib,
ihfazillah sayakun qariib,
is-alillah wa hua yujiib,
ihfazillah wa hua raqiib.
NAHN DA'IE QABL KULLU SYAI'"


Lahirnya seorang hamba Allah pada jam 9:00 am lebih. (Tak ingat 9 berapa)
Dalam keluarga kami,
kami sentiasa mengingati
dua tarikh keramat (tarikh kelahiran) untuk setiap ahli.
(kalau ikutkan thn hijriah, adikku sudah pun berusia 14 thn utk thn 1431h)

Alhamdulillah,
000: A new beginning... again..
000: Permulaan Baru


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lawatan Form 4 [hari ketiga]

25121431H
Sambungan...

26 November 2010, Khamis [hari ketiga]
Mangkit pukui 5:40 pagi. Wah tepat lagi. Pergi bersiap untuk solat, baru nak kejut depa. Mula-mula kejut Wafaa' dulu, baru kejut mereka berdua lepas Wafaa' dah besiap. "Wafaa', ana dah bagi hadiah dekat nti. Ana kejut nti subuh ni." "Ok. ^_^" "Eh, seekor siput yang sebelah sini, yang keluar dari cengkerang dia dan jalan laju tu dah hilang. Ada lintah bulan pulak." "Eee.." Baru ingat nak suruh Izyan jadi imamah. Tapi dah lambat pula. Kitorang solatlah dulu. Dia keluar-keluar dari pancuq, "Nasib baik lintah bulan tu tidur." "Mana nti tau?" "Yelah, dia tak bergerak pun. Lagipun sesungut dia tak keluar pun." "Apa-apalah." Kemudian, gosok baju dan tudung macam biasa, untuk diorang sekali. Hari ni, dah pakat nak pakai baju usrah. Marsha nampak bersungguh-sungguh sekali ajak pakai baju usrah. Meraikan Afif (walaupun baju dia sendiri masih tak siap tempah lagi).


Dalam pukul 7:45 pagi, kami keluar untuk makan. Lepas dah makan, kitorang cakaplah dekat budak-budak form 3 pasal birthday girl ni. Kemudian, depa pun nyanyi 'Allah selamatkan kamu.' Kemudian, kami turun ke pantai. Tapi ana tak main air. Cuma tangkap gambar diorang je. Tengok muallimah An menunjukkan kepakarannya main 'zero point'. Mardhiyyah asyik jatuh je, tak lepas. Tak berapa lama kemudian, depa kata nak naik banana boat. Sorang, RM 15. Adik ana nak naik, che dan Wafaa' pi ambil duit sat. Tak berani nak pi ambil duit dekat bilik, pi tang lain, pi bilik Afif, pinjam duit dengan dia dulu. Sementara depa main banana boat, kami nak balik ke bilik, nak bersiap untuk balik nanti.


Kami balik ke bilik pada jam 9:10 pagi. Dengar bunyi riuh dekat luar. Tengok depa yang naik banana boat tadi semua basah. Pukul 10:00 kami sebilik dah siap. Lepas dah siap semua, pi jalan-jalan ke bilik orang lain sat. Pi bilik Mardhiyyah dan Marsha. Dekat bilik Mardhiyyah, depa masih berkemas lagi. Bilik Marsha, tengah tengok sukan.

Nak dekat pukul 11:00, bas sampai dekat sini. Angkut beg ke bas. Bertolak ke jeti. Dalam bas, kepenatan, ramai tewas lagi. Akhirnya kami tiba di Jetty Point pada jam 11:45 pagi. Letak beg setempat dan kami diberi masa sejam untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Mula-mula, kami pergi ke Dataran Helang. Sebelum sampai ke tempat tersebut, singgah tengok ular sawa. Seekor berumur 2 tahun dan seekor lagi berumur 6 tahun. Depa test sentuh ular, ada juga yang letak ular tersebut atas bahu depa. Macam-macam gelagat mereka. Muallimah An, awal-awal lagi dah lari dari situ. Auni dengan Iera tangkap gambar bersama ular tersebut. "Ya Rabbi, ya Allah..." katanya bila bergambar dengan ular. "Auni macam pelakon." "Ha, sekarang hangpa baru ingat Tuhan." Yang Iera pula, "Ummi..." "Sekarang baru hangpa ingat mak hangpa, tadi tak pun."

Kemudian, kami pun bersiar-siar di sekeliling kawasan tersebut. Bergambar dengan ahli usrah. Robiatul je tak de. Depa dah ke Taman Lagenda agaknya. Marsha tunjuk juga tempat tu, tapi tak pergi pun. Last-last masuk balik dalam Jetty Point tu, fikir nak beli hadiah apa untuk Afif. Ronda-ronda kedai. Dalam pukul 1:15 petang, kami pun pergi kedai makan. 1:45 petang kena berkumpul. Masih tak jumpa barang yang sesuai untuk dia. Lepas makan, beli beg warna maroon untuk Afif. Dia kata, "Suka!" Beli juga coklat untuk Nurul dan Khadijah.

Pukul 2:00 petang, tunggu feri. Dalam 2:40 petang, kami bertolak dari Langkawi ke Kuala Perlis. Cadangnya nak tidur dalam feri tu, tapi cerita yang dia pasang kelakar pula. Marsha pun macam tu. Last-last tak tidur pun. Lama juga dalam feri. Rasanya, kami penumpang yang paling lambat keluar. Nak tahu ending cerita tersebut. ^.^v

Sampai di Jeti Kuala Perlis pada jam 4:00 petang. Solat di masjid Kg Wai Kechil. Barulah kami bertolak balik pada jam 4:50 petang. Sepanjang perjalanan, Izyan baca buku Sinergi, Wafaa' mengulang hafazan dan ana baca mathurat sebelum baca novel.

Akhirnya, pada waktu Maghrib, kami berhenti di R&R (masih di Kedah) untuk menunaikan solat dan makan. Sebelum turun bas, semua banat nyanyi 'Allah selamatkan kamu' untuk Wafaa'. Solat. Kemudian makan. Raikan birthday Wafaa'. Marsha rasanya belanja Wafaa' makan. Kami teruskan perjalanan. Seingat ana, jam 10:46 malam baru di Ipoh, Perak.

Dalam pukul 9:00 malam lebih, adik ana kata, "Diorang tengah kacau kak Hazirah guna sms. Menyamar jadi orang lain." Masa ni, memang sakanlah diorang mengusik Hazirah. Sampai satu tahap tu, Tasha pergi belakang. "Apasal nti bagitau dia?" "Ana tak bagitau pun. Dia tau sendiri." "Pasal nti menyamar tu ke?" "A'ah ^_^" Marsha pun datang belakang. Auni beritahulah yang Farhana Sazali jarang balas sms dia walaupun dia dah beritahu siapa yang sms tu. Ana pun test, nak tengok dia balas tak sms ana. Marsha ceritalah pasal ayah dia pernah kacau kakak dia guna sms. Pada mulanya tak ada niat pun. Tapi bila tahu yang kakak dia tak tahu itu adalah nombor baru ayah dia, ayah dia pun start kacau.

"Marsha, dia balaslah." "Ye ke? Dia kata apa?" Ana pun bacalah sms tersebut. "Dia tau tak siapa yang sms?" "Tau, ana tulis nama ana." "Oh. Padanlah dia balas." "Tak, tapi Auni kata dia jarang balas kalau Auni sms dengan dia." Masa inilah timbul niat nak kacau dia. Bukan ana, tapi Marsha. Kalau bab-bab ni, memang dialah no. 1, pakar. "Macam mana nak start ni? Salam..."

[jangan contohi kelakuan ini!]



Salam. Ingat lagi tak kita jumpa masa nadwah hari tu?
Wassalam. Siapa ye? Tak ingatlah. Ramai sangat yang pergi nadwah.
Awak tak ambil ke no. saya? Yela saya ni bukan famous sangat.
Asif jiddan jiddan. Ada ramai sangatlah orang masa nadwah, tak sempat nak ambil semua no.
Saya tengok awak ni alimlah. Saya nak berubah dan merapatkan ukhuwwah.
Alim? Taklah. Asif jiddan jiddan. Macam mana saya nak merapatkan ukhuwwah kalau saya tak kenal awak.
Malulah nak cakap. Ni first time saya cakap dengan banat. Betul ke awak nak kenal saya?
Astaghfirullah. Baguslah kalau awak nak berubah. Tapi cailah kawan lain especially lelaki. Salam 'alaik.
Saya baru nak berubah tapi awak dah buat saya rasa kecewa sangat.
Baguslah nak berubah tapi bukan ini caranya.
Apa salahnya, bukankah perempuan dan lelaki saling memerlukan?


Waktu ni, terhenti seketika. Mardhiyyah tiba-tiba datang ke belakang. Duduk dekat ana dan Wafaa'. Dia cakaplah 'perkembangan terkini'. "Sebenarnya ana datang sini sebab Marsha suruh dengar kalau ada dengar bunyi hp orang lain berbunyi. Sebab ada orang yang tidak dikenali hantar sms kat dia. Dia syak sama ada kawan Farhana atau dari dalam bas ni." Sms tersebut berbunyi, "Salam. Awak siapa? Dari mana? Azam."

Bila segala-galanya dah habis, Marsha pun datang. "Dah habis dah." Dia pun baca sms tu pada kami.




Saya makhluk asing dari planet Marikh, awak dari planet mana?
Dahlah, tak nak dahlah main-main.






Ana nak nti baca ni betul-betul. First, ana nak minta maaf sebab dah banyak berdusta. Sebenarnya ana ni...



MARSHA yang suka mengusik yang sedang dalam perjalanan pulang dari Langkawi! Maaflah, nampaknya nti dah mantap dengan ujian seperti ini.


Marsha cuba telefon dia tapi dia tak angkat. Ana pun hantar sms kat dia, "Ana bersimpati dengan nti sebab kena kacau dengan Marsha. Dia minta no nti dari ana." Auni pun sms juga pada dia. Last sekali dia jawab, "Tak nak kawan ngan korang! Tak baik buat ana mcm nie." "Cakap ngan Marsha tak baik. Ana tak nak angkat..malu.. :)"

Last sekali, telefon guna hp Auni rasanya, baru dia angkat. "Eh, suara dia macam nangis." "Nti nangis ke?" "Taklah, malu..." Bila Marsha dengar suara dia macam tu, macam nak gelak sebenarnya, "Sorry, sorry.." Rupa-rupanya Azam tu, adik kawan dia. "Siapa yang ada dekat situ?" Sebutlah siapa yang tahu pasal ni. "Mardhiyyah pun ngusik nti jugak." "A'ah, tadi ana ingat nak berhenti dah. Tapi dia kata, sikit lagi, sikit lagi." Mardhiyyah tak de masa kami telefon dia.

Akhirnya kami sampai di sekolah pada jam 6:00 pagi keesokan harinya.

Note:
*Afif *Auni *FarhanaS *Haziqah *Iera *Izyan *Mardhiyyah *Marsha *Sara Natasha *Wafaa' *adik ana *ana *others

Hari pertama.
Hari kedua..

Ps. Muallimah Wan Khadijah kirim salam...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lawatan Form 4 [hari kedua]

24121431H
Sambungan...

25 November 2010, Khamis [hari kedua]
Gheni mangkit pukui 5:30 pagi. Bukan sebab bunyi alarm hp tapi bunyi jiran sebelah. Alarm pun tak sempat lagi nak berbunyi, jarum saat tak sampai lagi. 5:40 baru kejut orang lain. Mardhiyyah sms, "Salam, nadiah. Biasanya utara masuk subuh awal ke lewat dari terengganu?" "Lewat lagi. Semalam pun 5:51 baru masuk subuh masa dekat kedah." 6:10 pagi Solat Subuh, baca mathurat. Eh, senyap dah orang sebelah. Tidur balik ke? Jadi tukang iron lagi hari ni, dah pakat nak pakai baju MaUTaDi hari ni. Mardhiyyah dengan muallimah An dah pakai semalam.

Haziqah sms ajak kami keluar, katanya makanan dah sampai. Jadi, pukul 7:30 kami pun keluar. Masa keluar tu, baru 3 orang rupanya yang keluar, Iera, Haziqah dan Syifa'. Makanlah dulu, kemudian lepak sekejap tepi pantai. "Meh, nak tegok matahari naik." "Matahari naik ikut sebelah sanalah." "Tu lah, pagi tadi kitorang melepak dekat luar. Kitorang sembang-sembang dekat luar. Dahlah Marsha pakai telekung, macam Tanyalah Ustazah. " "Oh, tu lah yang riuh tu, lepas tu ketuk pintu bilik orang." "Siapa nya?" "Marshalah. Ketuk-ketuk. Wafaa' bukalah. Dia pun cakap, bagus." "Tadi banin pinjam seterika dengan kitorang. Mula-mula takut juga nak bagi pinjam. Tapi last-last bagi je lah." "Oh, ye ke. Bilik kitorang ada dua seterika."

Bila diorang semua dah keluar bilik, "Marsha sebiji macam masa MaUTaDi." Kasut je lah yang lain pun. "A'ah, dia kata nak pakai macam masa MaUTaDi hari tu." "Semalam, korang tengok ke sukan?" "Tv tak berapa oklah. Last-last Marsha tengok cerita kartun." "Cerita kartun? Cerita apa? Ada ke, Tv berapa?" "Cerita Toys Story dekat tv 2. Dah tutup lampu, dia khusyuk betul tengok."


Dalam pukul 9:00 pagi, kami pun bertolak, naik bas sekolah. Tertanya-tanya nak ke mana dulu ni ye? "Auni, diorang dah pulang belum seterika?" "Belum." "Syaza kata bilik diorang ada dua seterika." 9:20 pagi, kami sampai di Nusantara Maju Enterprise, tempat jual barang-barang/ubat-ubatan berasaskan gamat. Tengok dia masak minyak gamat. Beli barang yang muallimah Yong pesan. Sekejap je singgah dekat sini. Nak beli apa ye?


10:00 pagi, kami tiba di Kota Mahsuri. Jalan-jalan dekat dalam tu. Tengok sejarahnya. Bergambar dekat model-model rumahnya. Pergi tengok burung-burung, makam mahsuri, telaga dan lain-lain. Masa nak keluar tu, diorang bergambar dekat kedai. "Pandai diorang buat tempat keluar, kena masuk kedai." "A'ah." Yang paling orang suka bila tengok Marsha bergambar, dapat perhatian yang ramai ye.


Pukul 11:30 pagi, kami tiba di Taman Buaya. Hampir sejam juga perjalanan. Majoritinya tewas dalam bas. Sampai-sampai, eh banyaknya kucing comel-comel. Tak, sebenarnya nak cakap, sampai-sampai, pertunjukan nak habis dah. Tapi takpe, pukul 11:40 dia nak bagi makan pada buaya-buaya. "Kotornya air dia, kesian buaya tu." "Kalau dia buat buih, maksudnya dia tengah agresif." "Buaya ni ambil masa 2 minggu untuk hadam makanan. Berjemur bagus untuk dia sebab nak menghilangkan bakteria pada dia. Sebab tu lah dia nganga mulut, nak buang bakteria." Pandai betul Afif dengan Tasha. Masa dia bagi makan tu, "Tengok, yang depan tu tak dapat-dapat. Nganga je." Akhirnya dapat juga. Bila pertunjukan dah habis, "Eh, ada seekor lagi ikan. Tengok, tapi dua-dua malas angkat kaki. Depan mata je." Jalan-jalan di sekitar kawasan ni. Ada 2 ekor buaya yang lain dari yang lain. Seekor tu, ekor kontot. Yang lagi satu tu, tak tau nak cakap macam mana.


Pada jam 12 lebih, kami tiba di tempat pembuatan kristal. Tengok-tengok je dekat situ. Tak beli apa-apa pun.



Pukul 1:00 petang, kami berhenti di Pantai Pasir Hitam. Pantai dekat sini je yang warna hitam. Keterangannya di situ menjelaskan ada kaitannya dengan mineral.


Jalan-jalan dekat sini. Tengok-tengok keychain yang dijual di situ. 1 keychain, RM 1. Kalau 6 keychain, RM 5. Fikir, nak beli tak. Akhirnya habis RM 15 untuk keychain, maksudnya beli 18. Bukan apa, nak bagi semua sepupu ana sebelah ayah ana. Semua sepupu dah 15 orang (maksudnya tak campur adik beradik analah). 3 lagi tu tengah fikir. Masa family gathering hari tu, 21/11, keluarga nenek ana (sebelah ayah), ayah ana pi habaq kat depa semua.

Beli betiklah. Cari Wafaa'. Jumpa dia tengah minum air kelapa dengan Mardhiyyah dan Marsha. Kemudian, ikut Marsha dan Izyan cari barang untuk adik Marsha dan abang Izyan. Fikir nak beli apa untuk adik lelaki ana yang sorang tu. Tadi ayah ana sms, "ibrahim minta hadiah." Diorang makan tengah hari dekat sini. Beli kacang kuda dan aiskrim jagung buatan pakcik tu. Sedap, aiskrim dia. Muallimah sampai dua kali beli.


Pada jam 2:45 petang, kami tiba di tempat kereta kabel. Nak naik kena pakai sticker. Kalau hilangkannya, kena denda RM 50. Semua berhati-hati. Mula-mula beratur, nampak macam panjang, tapi cepat. Tengah-tengah beratur, nampak sorang budak cina ni. Masam je muka dia, tapi comel. Wafaa' suruh dia senyum, nak tangkap gambar tapi statik je muka dia. Tempat beratur dia berbentuk zig-zag, jadi asyik terserempak dengan orang yang sama. Kali kedua, abang dia, budak kecil lagi lah, tunjuk-tunjuk dekat kamera yang Wafaa' pegang. Wafaa' pun tanya nak tangkap gambar ke? Dia angguk, dah siap posing pun. Kali ketiga terserempak, mak dia perasan yang dia bergambar dengan kami. Mak dia pulak ajar cara nak berposing.^^


Satu kereta kabel naik enam orang. Kami naik berenam, muallimah Iera, muallimah Syu, Afiah, Izyan, Wafaa' dan ana. Mula-mula adik ana nak ikut Afiah n the geng. Tapi bila tau enam orang satu kereta kabel, Afiah naik sekali dengan kami. Tapi bagus jugalah dia naik dengan kami. Sebab dah kenal sangat dah dengan dia, cara nak menggalakkan dia. Sebab apa yang orang lain tahu, dia cepat semput.huhuhu... Masa ni baru tahu Afiah dan Izyan gayat. Afiah, ana 'paksa' juga, ajak dia tengok pemandangan kat tepi tu. Akhirnya dia pergilah juga walaupun kena pimpin tangan dia. Wafaa' pimpin Izyan. Izyan sampai ke sudah dia tak berdiri dekat tepi tu.

"Nasib baik juga nti naik dengan kitorang. Baru nak harapkan nti jaga adik ana. Tengok-tengok nti yang gayat. Ana rasa kalau nti naik dengan diorang tadi, adik ana yang jaga nti." "Hee~ ^_^ Ana memang gayat. Adik-beradik ana kak Afiqah dengan kak Afifah memang berani kalau bab-bab macam ni. Adik ana yang lain pun. Ana dengan Ahmad je macam tu sikit." Setiap kali nampak pemandangan, nak jalan kena pimpin tangan dia. Nak-nak atas jambatan tu ha. Dia pegang tangan che sampai berpeluh-peluh tangan. Hai, Afiah, Afiah. Teringatlah pula waktu mukhayyam. Dah dua tahun sama kumpulan dengan dia. Mesti kena jaga dia baik-baik. Kan, Afiah!

Sampai dekat bahagian atas sekali, ada papan tanda, 'You are now at 705 meter above sea level'. Dekat bahagian ni, kami duduk atas lantai tu macam berkelah. Kumpulan kami berehat di situ bersama-sama Marsha dan Zalilah. Marsha buka jajan dia dan juga kacang kuda. Kumpulan Marsha dan Zalilah yang lain dah balik, dah turun. Jadi, diorang naik kereta kabel dengan 4 lagi orang lain. Kesian Marsha. Afiah dengan Izyan punyalah berebut nak duduk tengah dalam kereta kabel. Turun-turun, Sir Azman tunggu dekat depan tu, suruh kami pi solat dulu. Tak sempat lagi nak makan. Beli air je. Naik-naik bas, adik ana cerita yang dia ikut Mardhiyyah tengok arnab. Marsha pula dok cerita dia tengok rusa. Rusa tu pun datang dekat dia, bau baju dia.


Pada jam 6:20 petang, kami tiba di Kompleks Idaman Suri. Kelihatannya Marsha dan Wafaa' masih mamai ye. Beli beg sahaja di sini. Seterusnya, pada jam 7:00 malam, kami berhenti di HiG. Memang orang beli sakanlah coklat dekat sini. Mula-mula settlekan periuk muallimah Yong dan muallimah Ainon. Barulah kami beli coklat. Masa ni baru tahu Toblerone produk Kraft Food. Tak jadilah nak beli. Lepas dah bayar, pi dekat Mardhiyyah. "Tolong ana pilih coklat. Nak beli aa lagi ni? Mak ayah ana macam berharap sangat hari tu." Tengah-tengah pilih tu, adalah dua tiga kali lampu terpadam. Orang dok kata, 'gimik'. Rupa-rupanya, Daim pun Kraft Food. -.-"

Kemudian cari kedai makan. Nak bungkus. Depa yang lain makan dekat situ. Sementara menunggu makanan siap, Izyan, Wafaa' dan ana pergi kedai belakang. Nak tengok-tengok. Mardhiyyah dan adik ana tunggu makanan. Ada sebuah kedai ni, baik sangat kakak tu. Wafaa' beli keronsang untuk adik beradik dia. 6 biji RM 10. Tapi kakak tu bagi 7 biji. Ana beli t-shirt untuk adik ana. "Wafaa', cuba bayangkan adik ana muat tak kalau saiz ni?" "Kalau nak yang lengan panjang ada dekat sini." "Tak, nak beli baju untuk orang lelaki." Lepas tu, Izyan beli t-shirt labuh untuk mak dia.

Sekali, Bi'ah sms, "Baju... Tolong carikan baju untuk ayah ana, saiz L, bawah RM 10.. yang terokey." Ada jumpa baju RM 5 dekat kedai kakak tadi. Wafaa' pergi tanya Bi'ah okay tak kalau yang tu. Pilihlah untuk ayah dia dan ayah Izyan. Iera dah beritahu pada muallimah yang kami lambat sikit. Diorang pun tak habis makan lagi. Mardhiyyah pun datang dekat kedai tu. Tengok-tengok juga keronsang. "Wow, 6 10 ringgit." "Tadi, ana beli, baik sangat kakak tu, dia bagi ana pilih 7." Baru nak warning Wafaa', kakak tu datang dari arah belakang dia. "Takpelah, akak bagi 7 10 ringgit." Wafaa' terkejut, malu.. "Takpelah akak." "Apasal tak habaq mai kakak tu ada tang tu." "Che baru nak habaq tapi dia dekat belakang nti dah." Nak balik dekat bas dululah, diorang tak habis makan lagi. Teman Mardhiyyah singgah kedai beli roti sekejap. Masa lawatan MaUTaDi hari tu baru tahu dia suka makan roti. Tak sah kalau satu hari tak makan roti.^^

Dalam perjalanan pulang, ana dan Wafaa' ajar Marsha loghat utagha. Perkataan awat sahaja dah lama. Cara sebutannya macam await tapi tak berapa jelas sangat huruf 'i' tu. Macam-macam dia sebut, sampai awet, awek pun dia sebut. Sampai Pantai Chenang semula pada jam 9:00 malam. Malam ni, Mardhiyyah nak datang bilik kami. Nak makan sama-sama. Tiba-tiba dengar banin ketuk pintu dan panggil dekat luar, "banat, banat." "Eh, banin panggil kita eh?" "Banat, kunci tinggal kat tombol pintu ni." Wafaa' pun pergilah ambil. "Nak cakap terima kasih tak dekat banin?" "Terima kasih!" "Siapa masuk last tadi?" "Izyan buka pintu tadi." "Ana mana retilah pintu bilik kita ni." "La, habaqlah, nanti ana buatlah." "^.^" Rasa malu sangat. Tapi tak boleh nak berhenti gelak (tapi suara kena control). Pintu bilik kami memang agak susah sikit nak 'diuruskan'.

Mardhiyyah sms, "Ana datang lambat sikit. Nak solat dulu." Jadi, kami punggah dulu barang-barang yang dibeli. Kemas sebab esok dah nak balik. Satu beg untuk coklat sahaja. Satu beg baju dan satu beg untuk dibawa ke atas bas. Tulis balik barang-barang yang telah dibeli beserta harganya. Sedang-sedang asyik mengemas... "Eh, nak tengok cerita hantulah." "Tengoklah." "Tak nak. Tak payahlah kak Izyan.." Wafaa' pun terus buka tv. Buka-buka, tiba-tiba semua rasa lain macam dan Wafaa' pun tutup balik tv :D "Biasanya kan, cerita hantu mesti dia buat tandas buruk-buruk." "Tandas kita buruk tak? hehehe" "Eh, dahlah, tak nak cakap pasal ni." "Nti yang start." Sambil-sambil kemas, Izyan suruh tanya diorang dekat bilik lain, tandas depa ok tak sebab. Bi'ah jawab, "Tandas kitorang tak de siput. Lipas ada." Izyan pun tak jadi nak menumpang tandas depa.

Tak lama kemudian, ada orang ketuk pintu. "Wafaa', cepat buka pintu ni, cepat Faa'." Mardhiyyah datang, dengan bertelekung. Siapkan tempat untuk makan. "Emm, ana nak tanya, nti datang tadi, pakai telekung eh? Kain dia pun?" "A'ah.^^" "Dah, takde banin ke dekat luar tu?" "Ada, sebab tu lah ana suruh Wafaa' buka pintu cepat-cepat." "Diorang nampaklah nti eh?" "Ana tutup muka macam ni." "Ohh, kelakarnya nti ni." "Huh, tebal muka. Ana tak solat lagi sebenarnya. Tandas penuh."

Tengah-tengah makan, Syifa' dan Haziqah datang. Nak minta air masak. Tengok tv sekejap dekat sini. "Biasanya, cerita hantu ni, awal-awal ni hantu dia tak keluar lagi. Episod akan datang baru hantu tu keluar. Eh, dengarlah suara banin dari sini." "Memang pun. Nasib baik nti tak duduk bilik ni." "Memang doh. Kalau ana duduk bilik ni, rasanya ber'perang'lah dengan jiran sebelah tu." "Tu lah yang ana nak kata." "Eh, korang, nanti datanglah bilik kitorang. Tapi, nak naik ketuk kasut dulu tau! Nanti mak marah." "Okay!" Marshalah tu jadi mak. Banyak watak betullah dia ni. Hari tu jadi bapak. "Syifa! Pulang balik botol air masak tu. Kitorang nak juga." "La, bagi jelah ana." "Nurul Syifa' Mohd Nor!" "Nahlah." "Mardhiyyah, esok eh. Esok tau." sambil membuat isyarat ke arah Wafaa'. "Okay." Wafaa' terpinga-pinga. Kemudian, kami pun solat berjemaah. Malam ni, Mardhiyyah pula jadi imamah. Diimport ni dari bilik lain. "Ana takut tak muat beglah." "Nak pinjam beg ana tak?" "Boleh juga." Kemudian, kami pun pergi ke bilik Marsha. Diorang tengah tengok cerita cina. Meriah betul bilik ni dan bilik sebelahnya. Singgah sekejap je.

Balik semula ke bilik, kemas yang bakinya. Lepas dah sudah tu, ana saje baca balik yang ana tulis dekat hp, tempat-tempat yang sudah kami lawati hari ini. "Eh, nak tulis jugalah. Cuba nti sebut balik." Sebutlah balik tempat-tempat yang telah dilawati beserta waktunya. Depa berdua dah lena. Sementara Wafaa' baca buku, ana baca mathurat. Memang terlupa nak baca tadi. Biarlah lewat pun, baca juga. Lebih baik lewat, daripada tak baca langsung. Bagi ana, baca mathurat buat ana rasa selamat sebab kita dah berdoa kepada Allah dan semua doa itu adalah doa yang diajar oleh Rasulullah. Malam ni sunyi je.

Bila dah 12:00 tengah malam je, bunyi riuh mula kedengaran. "Eh, dengaq dak?" "Dengaq, depa bangun balik eh?" Haziqah sms, "Dah tido belum?" "Belum. Tengah baca buku. Orang sebelah dah bangun." "Tau, tadi diorang nak takutkan kitorang, buat macam hantu." Diorang melepak dekat luar pula. Malam ni asyik dengar bunyi orang sms ke hp Wafaa' je. "Siapa pulak ni? Oh, Mardhiyyah." "Kenapa? Dia cakap Happy Birthday ke?" "A'ah." "Nti lahir pukul berapa?" "Sebelum subuh. Kakak ana pun semua sebelum subuh." "Oh, ana ucap esoklah. Kiranya, ana orang firstlah ucap betul-betul pada waktunya." "Apa-apalah Nadiah." Sampai satu masa, terdengar sesuatu yang tak ingin kami dengar. Cepat-cepat tutup lampu, bersiap nak tidur. Akhirnya, kami tidur pada pukul 1:30 pagi. Set jam 5:40 pagi.

Note:
*Afiah *Afif *Auni *Bi'ah *Haziqah *Izyan *Mardhiyyah *Marsha *Sara Natasha *Syifa' *Wafaa' *adik ana *ana *others

Hari pertama.
Hari ketiga...

Ps. Muallimah Wan Khadijah kirim salam...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lawatan Form 4 [hari pertama]

22121431H
Salam. Alhamdulillah 24 hingga 26 hb baru-baru ini, ana telah mengikuti lawatan form 4 ke Langkawi buat kali kedua dalam hidup ana dan kali pertama buat adik ana. Tapi kali pertama ana pergi, ana baru beberapa bulan, tak ingat pun. Seramai 38 orang telah mengikuti lawatan ini termasuk 4 orang guru; ustaz Azman, muallimah An, muallimah Syu dan muallimah Iera.^^ Tahniah diucapkan kepada para AJK yang telah bertungkus-lumus merangka lawatan ini.

23 November 2010, Selasa

Kami dikehendaki berkumpul di sekolah sebelum jam 5:00 petang. Sampai-sampai sekolah, dengar azan. Masa nak turun kereta tu, ayah ana kata, "Tengok, ada je orang bawa beg besar." "Hmm, takpelah pergi 3 beg, balik pun 3 beg (untuk 2 orang)." Ana bawa dua, adik ana bawa satu. Kan senang. Pergilah solat Asar dulu sementara tunggu orang lain.

Lepas solat, tunggu depan asrama banat. "Eh, ana bawa kamera." "Ok." "Dengar tak? Ana bawa kamera." "Dengar. Biasalah tu." "Ni first time ana bawa kamera." "Oh, i see. Yelah, biasanya kakak nti yang suka bawa kamera. Sekarang dia dah ke sana kan." "Oh, ana bawa kamera!" "Apa-apalah Marsha."

Kakak-kakak form 5 pun balik dari SPM kat SMC. Muka semua happy-happy, ceria macam dah habis semua paper (padahal baru start hari ni). Takpe, bagus-bagus. Kemudian bas sampai. Dalam pukul 5:30 petang, kami bertolak dan berhenti di R&R Temerloh pada jam 7:00 malam. Solat dan makan. Dalam bas, meriah betul dekat belakang tu. Bertali arus dengar orang tu kirim salam, orang ni kirim salam. Diorang buka kedai kopi pula malam-malam ni. Adik ana berapa kali terjaga dengar kemeriahan diorang.

Dalam pukul 8:00 lebih tertidur sekejap. Pukul 9:00, tengok masih meriah ye suasana di belakang tu. 9:45 berhenti di Genting Sempah. Nak turunlah sekejap ambil udara. Masa nak turun bas, Wafaa' terkejut tengok banin tidur selubung kepala. Dalam pukul 12:00 lebih, terjaga lagi. Ya Allah, sejuknya (tapi tak lah sesejuk macam pergi Cameron Highlands hari tu). Ingatkan diorang semua dah tidur. Tengok-tengok, riuh sebab sejuk pula. Macam-macam, tutup lubang air-cond dengan langsirlah, tutup dengan stokin pun ada juga. Ish3.

24 November 2010, Rabu [hari pertama]
Banyak kali terjaga. Akhir sekali bangun pukul 5:15 pagi, masa ni berhenti dekat R&R Pekan Gurun, Kedah untuk solat Subuh. Sementara menunggu masuk waktu subuh, ada yang sempat berqiamullail. Kami terus solat berjemaah sebaik sahaja masuk waktu Subuh, 5:51 pagi. Kemudian, keluar menuju ke bas. Sementara menunggu kedatangan banin, kami membaca mathurat bersama-sama dalam bas.

Akhirnya, kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 8:00 pagi. Letak barang setempat dan pergi makan sarapan pagi. Makan nasi lemak bersama air teh. Dan menunggu lagi di jeti. Akhirnya, pukul 9:05 pagi, kami naik feri. Dalam perjalanan ke Langkawi, kami menonton cerita Ahli Nujum Pak Belalang. Setibanya kami di Langkawi, kami naik bas menuju ke tempat penginapan kami di Pantai Chenang Resort dan tiba di sana pada jam 11:00 pagi.

Sebilik, 4 orang. Duduk sebilik dengan adik ana, Izyan dan Wafaa'. Semua orang dah masuk bilik masing-masing. Nak tak nak kenalah masuk bilik yang terakhir ni, sebab bilik kami selang sebuah dari bilik orang lain. Banat yang lain semua berderet. Kami macam terasing sikitlah. Muallimah An pun tanya dekat orang tu, "Budak lelaki duduk dekat kawasan ni juga ke?" Sebab banin tak dapat bilik lagi, depa kena tunggu sat. "Maybelah." Masuk-masuk bilik, "Alamak, Wafaa', macam mana ni? Macam mana kalau banin duduk sebelah ni?" "Janganlah cakap macam tu, ana tak nak."

Check2 tandas, banyak siput. Izyan dah mula mengira berapa kali kena masuk tandas, 5 kali. Kemas barang. Sementara yang lain bersiap, ana offer untuk tolong seterika tudung. "Awat hangpa terlebih rajin ni Nadiah?" Wafaa' memang dah lama cakap utara dengan ana, dari bulan 9 hari tu. "La, che memang suka bab-bab seterika ni." Teringat kisah masa kecil dulu.

Ana suka tengok mak ana seterika baju. Lepas dah guna seterika tu, mak ana simpan dan almari, masa ni dekat hotel. Umur ana 4 atau 5 tahun ketika itu. Ana pun ambil seterika yang masih panas itu. Mak ana, "Jangan Syaza, jangan!" Yelah budak-budak, makin kata jangan makin buat. Pegang guna tapak tangan. Kemudian, hangpa pikirlah sendiri. Mak ana kata, nasib baik tak da parut dah besar ni. Mak ana suka sangat kisah ni. Katanya, patutlah sekarang pun rajin seterika baju.huhuhu...

Pukul 1:30 petang, keluar bilik, nak cari makan tengah hari. Nampak banin duduk dekat bilik lain. Huh, lega. Dah order nasi ayam, lama tu, kakak tu datang, kata ayam dah habis. Kenalah order makanan lain. Kami pun order nasi goreng, satu kongsi dua orang. Kalau tak, tak sempat. Makanan sampai 2:20, berdesup makan sebab 2:30 petang nak pergi Island Hopping.

Kemudian, van untuk ke Island Hopping pun sampai. Boleh naik 12 orang. 2 ikhwah, 10 akhawat. Sarah ajak naik awal-awal. Sampai-sampai dekat sana, ada orang tangkap gambar. Lepas muallimah cakap-cakap dengan dia, dia kata nak letak gambar tu dekat pinggan. Disebabkan semua sekali 38 orang, maka 4 buah bot disediakan untuk kami. Ana naik bot yang pertama tu, adik ana suruh naik cepat-cepat.^^ Muallimah Syu, Afiah, Fatin Nabilah, Izyan, Mardhiyyah, Nasyitah, Syifa', Wafaa', adik ana dan ana. Tunggu bot lain sat dan nampak gayanya, depa nak berlumba.

Mula-mula kami pergi ke Pulau Dayang Bunting. Tengok bukit bentuk macam perempuan mengandung, Dayang Bunting. masa pakcik tu tunjuk, "Hah, tu dia Dayang Bunting. Nampak tak? Kalau tak nampak pendek umur." (Macam cerita Ahli Nujum Pak Belalang tadi.) Masa nak sampai tu, bot kami 'kona baring'. Sampai-sampai, tengok banyak monyet dekat situ. Bacalah kisah cinta Si Enggang dan kisah Dayang Bunting ini. Jalan ke tasiknya. Dekat tasik tersebut, diorang naik paddle boat dan solar (apa ye nama dia, lupa). Majoritinya pergi main bot-bot tersebut. Ada beberapa orang sahaja yang duduk memerhatikan mereka dari jauh, tak naik bot-bot tu. Duduk dekat tepi tu sambil makan biskut.

Kemudian, ketika kami hendak pulang, sesuatu telah berlaku...

Seterusnya, kami pergi melihat burung helang. Pakcik yang bawa kami beri makan pada burung helang tersebut. Banyak sangat. Suka tengok yang masih kecil tu. Dan akhir sekali, kami ke Pantai Beras Basah. Masa nak turun ke pantai, kena 'terjun' dari bot, senang kata kena lompatlah. Kesian muallimah Syu jatuh. Kami pun bergambar ramai-ramai dekat situ tapi satu bot dah balik ke jeti tadi. Depa tak turun dekat Pantai Beras Basah ini. Kemudian, waktu nak sampai jeti tu semula, dia 'kona baring' lagi sekali. Habis basah muallimah Syu.huhuhu... Masa nak balik, dah siap dah gambar yang diletakkan atas pinggan tu. Satu RM 10.


Sampai-sampai semula dekat Pantai Chenang, tak terus masuk bilik. Berehat tepi pantai dulu. Letih tapi seronok. Best sangat naik bot. Che keciwi naik bot. Balik bilik sekejap, letak barang. Keluar-keluar ke pantai, nampak muallimah dah mandi laut dah. Main galah panjang. Tengok sunset. Adikku tak habis-habis tangkap anak-anak ketam. Pukul 6:45 petang masuk bilik. Diorang masuk pukul 7:00 malam. Janjinya nak berkumpul untuk makan malam pukul 8:00 nanti.

Masuk-masuk bilik untuk bersiap dan solat. "Eh, pasepa hingaq sangat dekat sebelah tu? Wafaa', dengaq dak?" "Dengaq, banin ke duduk bilik sebelah ni?" "A'ah laa.. Bisingnya, maghrib ni." Kami pun pasang tv, orang azan dengan harapan jiran sebelah senyap sikit. Cuba juga pasang radio ikim tapi tak berapa clear. Bila dengar banin tengah solat, barulah kami solat dengan aman. Kalau masuk pancuq dengaq je suara depa ni. Nak pukul 8:00, kami pun keluar bilik, pi hantar kasut yang Afiah nak pinjam dan ajak Mardhiyyah tunggu depa dekat luar. "Eh, Wafaa', kita tak baca mathurat lagi kan. Jom, baca sementara tunggu depa." Hujan rintik-rintik. Cepat-cepat pergi cari kedai makan. Mula-mula ingat nak bungkus je, tapi nampak gayanya macam nak hujan, makan dekat kedai je lah. Marsha pun kata macam tu juga.

"Balik ni nak tengok sukan. Diorang yang sebilik dengan ana dah beli jajan (alamak! loghat johor pula) untuk tengok sukan malam ni." "Ye ke? Wah!" Akhirnya kami makan di kedai orang Thailand dan banin pun makan di situ. Duduk semeja dengan muallimah An. Makan nasi goreng pattaya. Remote tv muallimah conquer. Sekali, muallimah kata, "Macam mana ni? Pakcik ana nak datang jumpa ana. Ana nak cakap apa, dah 14 tahun tak jumpa." "Lamanya, 14 tahun." "Huh, 14 tahun?" Maksudnya, last jumpa masa umur muallimah 10 tahun? Sambil menunggu makanan, Wafaa' mengulang hafazannya dengan kak Rahil. Kak Rahil beritahulah, kalau nak mengulang, mula-mula baca je dulu ayat yang kita dah hafal. Nanti automatik ingat. Biasanya kak Rahil memperuntukkan masa 2 jam untuk mengulang hafazan. Kagum. Lepas makan, singgah kedai beli air masak sebotol besar untuk esok.

Balik-balik, buka tv. Tapi tak berapa tengok pun. Dengan suasana jiran sebelah yang sungguh meriah. Dengarlah juga apa yang dibisingkannya. -_-" "Eh, esok ada cerita hantu, cerita hantu baru. Nak tengok." "Tak naklah. Tak payahlah." "Tengoklah kalau nti nak tengok. Abaikan je adik ana." "Eh, tapi tak boleh tengok. Esok penuh kan satu hari. Sempat ke nak tengok." Buat catatan mengenai penggunaan wang. Banyak mana sudah digunakan, untuk apa.^^ Dalam pukul 11:30 lebih, mereka berdua dah lena. Ana dan Wafaa' tengah dok baca buku. Wafaa' pula, ada je orang hantar sms pada dia, tanya, "dah tido belum? tengah buat apa?" Layan. Akhir sekali, kami tutup lampu pada jam 12:30 tengah malam, set jam 5:30 pagi. 'Sungguhpun begitu, kedai kopi di sebelah masih tidak ditutup bahkan semakin ramai pelanggannya. Takpe, tengoklah satgi hangpa mangkit pukui berapa.'

Note:
*Izyan *Marsha *Muallimah An *Wafaa' *adik ana *ana *others

Hari ke-2..
Hari ke-3...

Ps. Muallimah Wan Khadijah kirim salam...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Berebut Jihad ke Medan Perang!

16121431H
Ketika Rasulullah SAW memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya Khaitsamah. Ketika itu, panggilan seperti tidak menghairankan kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fi sabilillah. Sebab itu, Khaitsama berkata pada anaknya:

“Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak.”

“Wahai ayahku, demi Allah jangan begitu. Ketahuilah, keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu, Engkau yang harus menjaga rumah dan izinkanlah aku yang pergi ke medan jihad. Tinggallah engkau di rumah wahai ayahku!”

Khaitsamah marah dan berkata pada anaknya, “Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku!”

Saad menjawab, “Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangka ke medan perang, sedang engkau meminta sesuatu yang lain (menunggu rumah). Bagaimana engkau rela aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah?”

Maka Khaitsamah berkata: “Wahai anakku, apabila diantara kita harus ada yang berangkat jihad satu orang, maka dahulukanlah aku sebagai bapakmu yang berangkat.”

“Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku rela mendahulukanmu” Jawab Saad lagi.

Khaitsamah tetap tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian ternyata Saad yang harus berangkat ke medan perang. Dia pun berangkat ke Perang Badar dan gugur sebagai syahid.

Setelah itu, Khaitsamah akan berangkat menyusul anaknya yang sudah mati syahid di medan perang. Tapi, ternyata Rasulullah tidak mengizinkannya. Tapi kemudian, Rasulullah mengizinkannya setelah Khaitsama memohon sambil menangis dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku ingin sekali terjun ke medan perang. Tapi, undian siapa yang harus pergi antara aku dan anakku dimenangkan anakku sehingga dia yang dapat mati syahid. Tadi malam aku bermimpi anakku berkata kepadaku: ‘Ayah, engkau harus menemaniku di surga dan aku telah menerima janji Allah.’ Ya Rasulullah, aku rindu untuk menemaninya di syurga, maka izinkanlah aku. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.”
Setelah diizinkan, Khaitsamah pun berangkat dengan gembira. Ia bertempur dalam perang Badar hingga mati syahid. Dan, ia pun berjumpa dengan anaknya di syurga merasakan pastinya janji Allah.”


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Salam Aidiladha

10121431H
Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah,
bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...
Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.

Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir...
Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah...
Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini.

Melangkah dengan ikhtiar yang mapan...
Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman..
Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan...
Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui...
Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran.

Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah.
Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...
di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.

Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu.




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: 2010
Design by a.a.ghariib