Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Dakwah Bukan Untuk Orang yang Manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas dan manja.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti, yang senang dan mudah diikutinya, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak dikongsi pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah,
Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah dan program tarbiyyah yang lain dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain.
Yang hanya pandai bercakap dan menulis, tapi amal kosong.
Yang hanya tahu compare jemaah itu dengan jemaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam jemaah itu dan ini.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq ke jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang kena contact dan beri info kepada dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia jadi macam boss, hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya berkawan dengan orang yang berduit dan berharta, yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin dan berpakaian comot.


Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa atau ketika kerja nak beri alasan itu dan ini.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah,
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Ana menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
"Ana banyak kerja, ana sibuk, ana penat..."
Adakah ini petandanya ana tergolong dalam golongan yang sering memberi alasan? Golongan yang manja?
"Ya Allah, tabahkan hambaMu ini. Tetapkanlah diriku di atas jalanMu sehingga ku bertemu denganMu, ya Allah."
"Amanah ini bukan hak milik, tapi anugerah dariNya."


Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::20 Safar 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Dakwah Bukan Untuk Orang yang Manja
Design by a.a.ghariib