Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s. telah berkata kepadaku,

Berkata Jibril a.s.,
"Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku bimbing tangannya dan akan ku bawa dia melintasi titian sirat seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail a.s.,
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil a.s.,
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata,
"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi dan solihin."
Oleh itu, perbanyakkanlah selawat kepada baginda kerana mereka yang tidak berselawat kepadanya adalah orang yang bakhil. Namun begitu, kita haruslah lakukan apa yang diperintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Jika kita berselawat kepada nabi, tapi dalam masa yang sama melakukan maksiat, sia-sialah selawat kita. "Kamu kata kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu meninggalkan sunnahnya." Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Bagaimanakah diri kita ini?

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::12 Rabi'ul Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah s.a.w.
Design by a.a.ghariib