Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kagum dengannya...

Hahaha, berlakon
Katanya:
Mungkin ramai yang dah dengar khabar, hamba Allah yang lemah ini telah berjaya mencapai 15A straight dalam SPM 2009.

Perkara ini sesuatu yang patut dibanggakan. Oleh pihak sekolah, bukan oleh saya. Segala kurniaan itu dari Allah. Ia pinjaman, maka saya pulangkan kepada-Nya. Cuma sekolah boleh berbangga, bukan bererti takabbur, tetapi izzah dengan pendidikan Islam mampu melahirkan prestasi akademik yang baik.

Kalian bagaimana?

Saya ditemu bual saudara Khairizal dari Skuad Cakna Sinar Harian Kemaman, jadi pada Khamis, 18 Mac, artikel tentang pelajar 15A dimuatkan dalam Sinar Harian Terengganu, muka surat T9. Separuh muka. Gambar pun besar hehe. Cikgu Malik dan ayah saya yang turut ditemu bual pun ada dalam gambar.

Tapi bagi saya yang penting bukan publisiti yang empunya diri, tapi publisitikan Al-Amin yang tercinta. Saya tak perlu jadi glamour. Tapi Al-Amin dan pendidikan Islam yang perlu dipromosikan.

Pada hari akhbar ini disiarkan, bertali arus orang sms kepada ayah ana mengucapkan tahniah. Kak Humaira' cerita, ada orang telefon rumahnya nak masukkan anaknya ke SMIAAK.

Dalam banyak-banyak cerita yang 'dikutipnya', akhirnya keluar cerita pasal puasa. Bukan riya' sebab bukan dia yang cerita dirinya selalu berpuasa tetapi ayah ana yang tiba-tiba cakap pasal ini apabila melihat abang ana kebuntuan idea. Sememangnya abangku tidak pandai berlakon. Masa saudara Khairizal ingin mengambil gambarnya, Sir Maliklah yang semangat ajar dia berlakon. "Say, yes!" n so on. Akhirnya keluarlah gambar di depan pejabat. Rasanya inilah gambar dia paling ceria.

Kami sekeluarga turut menumpang gembira dapat seorang abang sepertinya.

Baca selanjutnya daripada blognya tentang 15A? or 15A's? dan Novelku...
*p/s: jangan lupa utk tinggalkan komen di sana atau di sini. ^_^

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::4 Rabi'ul Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Kagum dengannya...
Design by a.a.ghariib