Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Ibunda Rasulullah Selepas Aminah

Sebaik sahaja mendengar berita tentang kematian insan yang disayangi, Rasulullah bergegas ke rumahnya. Insan itu adalah Fatimah binti Asad, isteri kepada Abu Thalib. Baginda amat menyayangi Fatimah yang menjaganya hampir 20 tahun selepas datuknya, Abdul Mutallib meninggal dunia ketika beliau berusia 8 tahun.

Baginda mendekati jasad Fatimah yang terbujur kaku dan duduk di bahagian kepalanya lalu berkata, "Semoga Allah menyayangimu, wahai ibuku. Engkau adalah ibuku selepas ibuku. Engkau lapar, namun, engkau tetap memastikan aku kenyang. Pakaianmu compang-camping, namun, engkau tetap mencarikan baju yang terbaik buatku. Engkau menahan diri dari makanan yang enak, namun, engkau memberi makanan enak untukku. Dengan itu semua, engkau hanya mengharapkan redha Allah dan akhirat."

Semua orang yang hadir berasa hiba mendengar kata-kata Rasulullah. Ternyata, baginda amat menyayangi ibunya itu kerana telah menjaga baginda dengan baik sepanjang tempoh baginda tinggal bersamanya.

Selepas baginda diangkat menjadi rasul, Fatimah menjadi antara orang terawal yang memeluk Islam dan mencurahkan baktinya pada perjuangan menegakkan Islam.

"Wahai Rasulullah, air mandi Fatimah sudah pun disiapkan," kata seorang sahabat kepada Rasulullah.

Jenazah Fatimah segera diangkat ke tempat mandi. Rasulullah menyinsing lengan gamisnya, lalu mencurahkan air yang dicampur kapur itu dengan perlahan-lahan ke tubuh Fatimah. Selesai dimandikan, jasad Fatimah dikafankan. Kemudian, Rasulullah menanggalkan gamisnya, lalu menyelimutkan jasad Fatimah dengan gamis itu. Selepas itu, Fatimah disembahyangkan.


Baginda menggali liang lahad yang menempatkan jasad Fatimah dengan tangan baginda sendiri dan berbaring di dalamnya lalu berdoa, "Allahlah yang menghidupkan dan mematikan. Tapi, Dia tetap hidup dan tidak mati. Ya Allah, ampunilah ibuku Fatimah. Ajarkanlah kepadanya dalil-dalil. Luaskanlah kuburnya lantaran hak nabimu dan para nabi yang datang sebelumku. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang paling penyayang di antara para penyayang."

Selepas pengebumian selesai, beberapa sahabat mendekati beliau.

"Wahai Rasulullah, kami tidak pernah melihat engkau melakukan seperti apa yang engkau lakukan tadi," kata seorang sahabat kepada beliau.

Sahabat-sahabat yang lain mengangguk. Mereka berasa hairan melihat perbuatan Rasulullah ketika menguruskan jenazah orang yang banyak berjasa kepadanya itu.

"Wahai sahabat-sahabatku, sesungguhnya Fatimah binti Asad adalah orang yang paling kuhormati selepas bapa saudaraku, Abu Talib. Aku pakaikan gamisku kepadanya supaya dia dipakaikan dengan jubah syurga. Aku berbaring dengannya dalam liang lahad supaya dimudahkan urusannya," jawab Rasulullah.

Para sahabat mengangguk-angguk mendengar kata-kata baginda itu. Mereka dapat rasakan bagaimana kasihnya baginda kepada ibuunya itu.

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::30 Jamadil Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Ibunda Rasulullah Selepas Aminah
Design by a.a.ghariib