Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

J.I.N.

JIN??? Apasal tiba-tiba nak cerita pasal jin?

Bukanlah..

Bukan nak cerita pasal jin.

Habis tu, tajuk atas tu apa?

Oh, itu, J.I.N. bukan jin.
Ada titik tuuuuu, maksudnya, short form.

Hah! Short form? Untuk apa?

Jangan Ikut Nafsu...

Kenapa? Ikuti kisah di bawah...

Dalam sebuah kitab karangan 'Uthman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syakir Alkhaubawiyi menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal menghadaplah engkau." Maka akal pun menghadap ke hadapan Allah, kemudian Allah berfirman, "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akan pun berbalik.

Kemudian Allah berfirman lagi, "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu yang dhaif dan lemah." Lalu Allah berfirman, "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya, "Wahai nafsu menghadaplah engkau." Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi, "Wahai nafsu! Siapakah aku?". Lalu nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Lalu nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah menyeksanya dengan neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah berfirman, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku."

* * *

Dalam kisah ini, dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu adalah jahat dan sentiasa menyuruh kita melakukan kejahatan. Antara sifatnya ialah fakir, jahil, suka kerehatan, zalim dan lain-lain. Di sebalik hati, adanya nafsu dan di sebalik nafsu, adanya syaitan. Kesannya, kita akan menjadi malas untuk beribadah.

Salah satu cara untuk mendidik nafsu adalah dengan berlapar atau dalam erti kata lain, berpuasa. Sebab apa perlu berpuasa???
  1. Dapat jernihkan hati dan tajamkan akal.
  2. Tundukkan nafsu, halang dan hilangkan rasa bangga diri.
  3. Apabila lapar, kita akan mengingati orang lain.
  4. Kurang tidur dan akan jaga malam.
  5. Cegah sakit, sihat tubuh badan.
Oleh itu, hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita kerana sekiranya dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Semoga kita semua dilindungi daripada tipu daya syaitan...

::19 Jamadil Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: J.I.N.
Design by a.a.ghariib