Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Konvoi Mula Berkumpul di Laut Mediterranean

Posted by lifeline4gaza on 28 May 2010
Konvoi Mula Berkumpul di Laut Mediterranean

Setelah belayar sejak lebih 12 jam lalu daripada pelabuhan Yeni Antalya di Turki, kapal Mavi Marmara kini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus. Kapal Mavi Marmara sudah mula bergabung dengan sebuah kapal daripada Greece yang bernama Challenger-2. Mereka menunggu ketibaan 7 buah kapal-kapal lain. Kapal-kapal ini dijangka meneruskan pelayaran terus ke Gaza apabila kesemua 9 buah kapal bertemu di perairan tersebut.

Semangat 11 orang sukarelawan Malaysia yang mengikuti konvoi ini begitu tinggi sekali walaupun ada sebahagian daripada mereka yang tidak begitu selesa apabila mengikuti pelayaran jauh di lautan dalam buat pertama kali. Ketabahan mereka ditingkatkan lagi dengan kerjasama yang sangat erat dengan sukarelawan daripada negara jiran, Indonesia.

Pagi tadi jam 10:00 pagi, sukarelawan-sukarelawan daripada Malaysia dan Indonesia telah mengambil kesempatan bersama-sama Syeikh Ra’id Salah, Ketua Pertubuhan Palestina 1948 untuk mendapatkan nasihat dan berkongsi pengalaman beliau dalam memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjid al Aqsa.

Menurut Sheikh Ra’id, beliau menjangkakan akan berlaku Nakbah ke-2 dalam masa terdekat ini kerana Israel berusaha keras untuk mengusir 1.5 juta penduduk Palestin 1948 dan juga menghapuskan semua generasi 1948 yang kini bertebaran di kem-kem pelarian. Beliau turut memberi amaran tentang perancangan Zionis untuk meruntuhkan Masjid al Aqsa sebelum akhir tahun 2010. Sambil mengemukakan bukti-bukti dakwaan beliau itu, Sheikh Ra’id menyebut bahawa isu Al Aqsa adalah isu al-Quran yang wajib dipikul oleh semua orang beriman.

Semalam dalam satu sidang media bersama-sama wakil-wakil daripada lebih 45 buah negara, Hj Noorazman Mohd Samsuddin yang berucap mewakili NGO-NGO daripada Asia Tenggara telah menegaskan bahawa masyarakat Nusantara terhutang budi kepada negara Palestin kerana mereka adalah merupakan antara negara yang pertama mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. “Menyedari kepahitan hidup dalam penjajahan, rakyat Indonesia dan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membantu rakyat Palestin yang kini dijajah secara kejam oleh rejim Zionis Israel”, kata Hj Noorazman.

Sementara itu pasukan polis laut Gaza telah membuat beberapa latihan bagi menyambut ketibaan konvoi kemanusiaan antarabangsa ini. Latihan tersebut termasuklah bagi tujuan menyelamat kapal daripada sebarang ancaman Zionis. Kapal-kapal bantuan ini dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Sabtu. [Mohd Nizam/LL4G]

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::14 Jamadil Akhir 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Konvoi Mula Berkumpul di Laut Mediterranean
Design by a.a.ghariib