Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Perhimpunan Perdana Palestin~


Alhamdulillah, semalam, beberapa orang sahabat kita telah menghadiri Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati Shah Alam. Mereka yang dimaksudkan ialah Irfan Bahrin, Munzir, Mohd Haniff, Nazifi, Ridwan Hanif, Asakir, Adli, Humaira', Syafawati dan Syaza.

7 Mei 2010, Jumaat
Ketika majlis ihtifal sedang berlangsung,

Kak Humaira': Jom, ikut ana pergi KL.
Ana: Hah, ada apa?
Kak Humaira': Ada Perhimpunan Perdana Palestin. Abang nti pun pergi jugak.
Ana: Siapa lagi pergi?
Kak Humaira': Sekarang ni, ana, Kak Atie, Munzir, abg nti, Zakaria.
Ana: Semua orang besar-besar? Takpe ke ana ikut? Orang lain dah takde ke?
Kak Humaira': Ana dah ajak dah Marsha, dia tak nak pergi. Kan nti pernah kata dekat ana, kalau ada apa-apa program, ajak nti.
Ana: Ermm..nanti tanya mak ana dulu. Ntilah tanyakan.
Kak Humaira': Ok.
Setelah kami bertanya,
Mak ana: Hmm, nanti beritahu semula. Nak bincang dengan Irfan dulu.
Kami: Ok.

Di rumah...
Parents: Dah nak gi ngan bas ke?
Irfan: A'ah.
Parents: Kalau macam tu, ajak Ibrahim lah. Boleh dia duduk ngan Syaza dalam bas.
Sarah: Tak payahlah ikut Ibrahim, esok, siapa nak mandi kolam dengan Sarah? Tinggal Sarah sorang je. (T_T)
Ana: Tak nak duduk dengan Ibrahim..(hahaha) Nak duduk dengan Abg Irfan.
Parents: Habis tu, Munzir nak duduk dengan siapa?
Ana: Duduklah dengan Zakaria.
Irfan: Dia tak confirm lagi.
Ana: Pandai-pandailah dia.
Sarah: Nak ikut jugak.
Parents: Sarah tak payahlah.

Kemudian, Zakaria memang confirm tak datang. Tambah 3 orang pelajar asrama banin.

Setelah lama berbincang...
Parents: Macam tak worthlah 8 orang naik bas. Baik sewa van, nanti abah tanya kawan abah.

Abang ana telefon Munzir nak beritahu pasal ni. Kemudian, tambah lagi 2 orang. Jadilah 11 orang.

Parents: Dah dapat van. Tempat duduk cukup untuk 10 orang tak termasuk driver. So, Ibrahim kena sacrificelah.
Ibrahim: Alah...
Parents: Bagilah peluang dekat abang-abang, kakak-kakak dulu.
Ibrahim: Hmm...
Parents: Jadi, cakap dekat kawan-kawan lain, sorang kena bayar RM60 bersih. Jimat masa + duit. Kalau naik bas, kena cari PA lain lagi. Pukul 1 petang bertolaklah dari sekolah. Nama pakcik tu, Mohd Noor. Kirim salam pada dia eh.
Irfan: Ok.
Parents: Eh, Munzir banyak cakap tak? Maksud abah, dia peramah tak?
Irfan: Oklah.
Parents: Suruh dialah duduk depan, berbual dengan pakcik tu.
Irfan: Ok (senyum).

7 Mei 2010, Jumaat
Pada jam 12:30 tengah hari, ana dan abang bersiap untuk keluar rumah. Tinggallah Ibrahim seorang diri di rumah. Duduk rumah baik-baik ye! Abang ana membawa satu beg makanan; roti, muffin dan air oren.

Irfan: Ni, beg makanan..
Ana: Nak bawa semua ni ke?
Irfan: Kalau awak tak nak jimat takpe.
Ana: Awak tak jawab lagi soalan saya.
Irfan: Yelah, saya kata, kalau awak tak nak jimat tak payah bawa. Nanti nak cakap macam ni, balik ni, mesti habis makanan ni.
Ana: Ok-ok. Tak bawa cawan ke?
Irfan: A'ah la...
Ana: Nah ambil cawan plastik ni.
Irfan: Yang merah ni banat, yang kuning ni banin.
Ana: Masuk Zohor kul brapa?
Irfan: Ntah, kul 1:07 kot.
Ana: Huh, cepat-cepat kak Humaira' dah kat mana agaknya?

Sampai sekolah lebih kurang pukul 1:02 petang. Telefon kak Atie nak bertolak dah. Baru nak masuk van, dengar orang azan. "Cepat-cepat masuk van, kita bertolak, nanti solat jama' qasar je."

Pukul 2.13 petang, berhenti dekat R&R untuk solat dan makan tengahari. Hmm... nak makan apa ye? Makan roti je. Ana beli satu jenis, 2 orang kakak ni beli 2 jenis = 4 jenis. Ana dah siap makan, nampak banin pergi ke van. Kemudian, abang ana datang, "Cepat, van nak pergi dah." Kakak 2 orang ni dah kelam kabut, tak boleh nak habiskan dah. Sumbat punya sumbat, habis jugak. Ana tak beli air sebab abang ana dah bawa. Kak Atie lari beli air + gula-gula jap. Masa nak lari ke van, kami fikir, "Mesti banin fikir banatkan, memang lambat!" Sepanjang perjalanan, kami baca buku, bergambar dan zzz... Terjaga semula masa sampai dekat Genting Sempah. Bila masuk KL je, kami bergambar dengan mafla.

Masa nak dekat sampai ke stadium, nampak bendera-bendera Palestin pada kereta lain menuju ke arah stadium. Alhamdulillah sampai lebih kurang pukul 6. Banin ambil gambar sekejap, sementara banat menunggu sahaja di tepi van. Bila banin pergi, banat ikut belakang mereka dan terjumpa Muallimah Maizan, banin pun berhenti dekat situ jumpa Ahmad Marwan. Kemudian pergi ke gerai barangan Palestin, cadang nak beli mafla RM10 sebab yang ana punya, ada orang hilangkan. Tapi, sayangnya dah habis, yang tinggal cuma yang RM15 dan RM40. Huish mahalnya, dari Jordan, kainnya pun tebal sebab tu lah mahal!

k.Atie: Mahalnya tabung tu, RM 500.
Penjual1: Eh, taklah murah je, RM 5.00. Ada titik dekat situ.(maklumlah, k.Atie sememangnya rabun) Takkanlah mahal sangat. (Dahlah dia ckp kuat)
Penjual2: (nak bsrkan titik).
k.Atie: Takpelah dah nampak.
Penjual1: Tambah je, nanti ada orang lain macam dia.
k.Atie: (Malu) Beli satu.

Beli makanan (ringan mcm fish ball) dan minuman sekejap sebelum masuk stadium. Kami terlepas beberapa buah lagu nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid Shoutul Harokah. Turun ke bahagian depan pentas, di mana lelaki perempuan di asingkan. Semua kelihatan bersemangat sekali, ada yang bawa sepanduk, bendera, banner dll.

Program berhenti seketika untuk solat Maghrib secara berjemaah. Cari abang ana sekejap, nak bagi kamera. Solat jemaah pada ruang tengah stadium, bentang sejadah. Seusai solat, kami bergegas memilih tempat duduk pada barisan depan sekali. Sekali nampak abang ana datang ke sebelah sini. Eh, apasal pulak ni? Lelaki duduk sebelah sana kan. Kami semua yang melihat kelakuannya itu tertanya-tanya. Tengok-tengok dia tertinggal kamera dekat situ (dpn tmpt duduk kami).

k.Humaira: Ya Allah, tinggal kamera! (Agak kuat sebab terkejut)
Irfan: (Terdengar. Tersenyum malu, kemudian, membuat isyarat suruh senyap. Buat-buat macam tak ada apa-apa)
k.Atie: Ish, bahayanya dia tu tinggal kamera.
Ana: Mengarutlah dia ni. (Kelakar tgk muka dia)

Jumpa ramai pelajar MUSLEH..tapi ramai di antara mereka lepasan SPM..

Hampir 8000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin

Perhimpunan dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau menjelaskan objektif program LifeLine4Gaza iaitu mempertahankan bumi Al Quds dari penjajah Zionis, memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Konvoi Menerobos Tembok Kematian di Gaza, solidariti NGO-NGO dan rakyat yang prihatin dengan Palestin, dan menjadikan Majlis Kemuncak Projek Pengumpulan Dana untuk Konvoi LifeLine4Gaza . Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti LifeLine4Gaza yang dibuat sebelum ini antaranya ialah siri pengumpulan dana dari aktiviti-aktiviti yang dibuat sejak 2 bulan lalu seperti konsert nasyid amal, jamuan makan malam, ceramah-ceramah Palestin di masjid-masjid dan di surau-surau di seluruh negara.

Presiden Haluan Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman. Di dalam ucapan ringkas tersebut beliau menegaskan bahawa usaha membawa Palestin ini ada hubungkaitnya dengan permasalahan aqidah ummah Islam. Setiap daripada ummat Islam perlu merasai dan prihatin terhadap isu Palestin.

Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk bandar, Bandaraya Shah Alam.

Perhimpunan ini dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg Datuk Mazalan bin Md Noor diwakili oleh Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk bandar, Bandaraya Shah Alam. Beliau menjelaskan kesungguhan dan keazaman yang ditunjukkan oleh gabungan puluhan NGO tempatan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam ini boleh menjadi contoh kepada rakyat Malaysia betapa kita boleh bersatu untuk Palestin dan mengetepikan perbezaan politik dan fahaman peribadi demi bersama-sama dengan rakyat Palestin.

Sesudah majlis perasmian, majlis bermula dengan pidato dari wakil-wakil NGO Jamaah Islah Malaysia(JIM)Tuan Haji Nahar b Mohd Nor, Setiausaha Agung Jamaah Islah Malaysia(JIM), Encik Zulkifli bin Mohd Nani, Naib Pengerusi Muslim Care merangkap Ahli Majlis MBSA diselangseli dengan persembahan multimedia dan nasyid oleh Muadz, In-Heart, Raihan dan Shoutul Harakah.

Turut berucap adalah Syeikh Ziyad Al-Qishawi, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin dan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc. Mereka berdua menyampaikan salam perjuangan dan terima kasih tidak terhingga dari rakyat Palestin kerana sanggup memberikan sumbangan dan doa di atas mala petaka yang dikenakan ke atas mereka selama ini.

Untuk rekod, krisis kemanusiaan selama ini di Palestin membangkit rasa kebersamaan kepada rakyat dan NGO prihatin negara ini yang menggerakkan konvoi Lifeline4Gaza – Break The Siege ataupun Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian. Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG).

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 9 buah kapal dan bot.

Kempen ini diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Lepas naib presiden tu berucap, beliau lalu di hadapan kami bertiga. Agaknya, beliau perasan, nampak wajah kami yang begitu excited, lalu beliau mengucapkan salam kepada kami sambil meletakkan tangannya ke dadanya sebagai tanda penghormatan.

k.Atie: (Terlalu excited) Hello. (serentak dengan ucapan salam naib presiden tersebut.) Eh, apasal hello pulak, waalaikumussalam. Tersilaplah, kan biasanya kalau orang cakap Inggeris kita cakap hello.

Kemuncak majlis ialah penyerahan cek NGO-NGO kepada Naib Presiden IHH. Haluan Malaysia telah menyumbangkan RM800 ribu ringgit, JIM menyumbangkan RM200 ribu ringgit di samping sumbangan cek oleh Muslim Care dan lain-lain NGO. Pada malam itu juga Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman telah melancarkan kad sumbangan RM10 ringgit sebulan untuk diedarkan kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin.

Kami punyalah tunggu lagu Merah Saga dan Palestina Tercinta. Waktu last, baru Shoutul Harokah nyanyi, memang orang bersemangatlah.

"1 kata untuk Palestina!"
JIHAD!

"2 kata untuk Palestina!"
JIHAD FII SABILILLAH!

"3 kata untuk Palestina!"
JIHAD FII SABILILLAH, ALLAHU AKBAR!

Sebelum majlis berakhir, resolusi membantu perjuangan Palestin telah dibacakan oleh pimpinan Pemuda dan Mahasiswa yang prihatin diketuai oleh Saudara Anaqi bin Salleh, Presiden Kelab Siswa Haluan dan Saudara Abdullah Omar bin Ahmad Fuad, Presiden Karisma-JIM. Rayuan ringkas kutipan yang penuh semangat dikendalikan oleh Dr. Azizan Ahmad, Naib Presiden 3 Haluan. Alhamdulillah, jumlah kutipan semasa Perhimpunan Perdana Palestin ialah RM123,869.00. Sebelum bersurai majlis dibacakan dengan doa penutup oleh Ustaz Daniel Salehi, pengajar Sek Menengah Ibnu Khaldun.

Waktu nak keluar sesak sangat. Abang ana telefon, beritahu diorang dah ada dekat van. Singgah beli air sekejap. Kak Atie kata nak beli mafla yang RM40 tu tapi memandangkan banin dah tunggu, kami bergegas mencari van. Eh, pakcik dah alih van. Kemudian, kak Humaira' nampak van dulu sebab lampu van terbuka dan nampak abang ana. Tengok-tengok, banin pun bukan semua ada dekat situ. Kalau tau macam ni, pergi beli mafla sekejap.

Hmm..biarlah. Duduk je dalam van menunggu banin. "Tak caya esok sekolah..hehehe.." Yang kak Atie, asyik cakap pasal mafla, kak Humaira' pulak sedap minum air...sekali..."Air nak habis dah!" Tuang air oren yang abang ana bawa.. Tak lama kemudian, "Air nak habis lagilah!" "Memanglah, takkan semakin bertambah kot bila dah minum."

Pukul 12:00 tengah malam bertolak balik. "Tidur, tidur, esok nti sekolah, kita berdua, kerja." Lebih kurang jam 3:00 pagi, pakcik berhenti, tutup enjin. Kami bertiga terus terjaga sebab panas....dan bunyi dengkuran kedengaran. Keluar van, pukul 4:00 pagi baru masuk semula van untuk teruskan perjalanan. Dalam hati, ada kot pukul 6:00 pagi baru sampai.

k.Humaira': Eh, laparlah pulak. Nti, tolong ambil roti abang nti jap.
Ana: (bagi) Banyaknya. Esok puasalah.
k.Atie: Nti tak nak makan ke?
Ana: Tak naklah.
k.Atie: Kenapa?
Ana: Tak nak puasa esok. (sebab tak laparlah)

Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di Al-Amin pada jam 6:00 pagi. Nampak pelajar asrama tengah solat Subuh. Pakcik Noor hantar ana dan abang ana balik rumah. Sampai rumah, 6:15 pagi. Siapkan kerja B.A.(baru ingat ada kerja masa dlm van), bersiap, gosok baju, buka internet, transfer gambar dari kamera ke dalam komputer. Pergi sekolah bersaing dengan kak Humaira'.

Alhamdulillah, ana dan Asakir tak tertidur dalam kelas. Walaupun baru balik dari Shah Alam.

Lifeline 4 Gaza
Tak mati pun kalau boikot
Selamatkan Gaza atau Palestin?


Perhimpunan Perdana Palestin..~
Perhimpunan Perdana Palestin
Bab 020: Perhimpunan Perdana Palestin

Jihad fisabilillah Allahuakbar!!!

::25 Jamadil Awal 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

5 Comments
Comments

5 responses:

  1. Bila buat post ni? Cepat k0t! Woh detail abis! Malu gue.. Eh,eh, Syaza.. byk gak k0t nti... dah b'jangkit e... Ana buat masa ni biar dululah blog ana tu xde post br... Nti kira wakillah ye post psl PPP ni. Ahaks!!! =^^=

    ReplyDelete
  2. Semalam.. Sememangnya nti harus malu pd ana.. :p hehehe... Gmbr x nk ltk lg, nk tunggu kak atie pnye gmbr...

    ReplyDelete
  3. Ana tgk video yg abg ana rakam...
    yg kelakarnya,
    ada org bawa bendera terengganu (bkn sek ktelah)
    ni mesti kes x de bendera (desperate)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Perhimpunan Perdana Palestin~
Design by a.a.ghariib