Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Tugas Kita!

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
(Az-Zariyat:56)

Kita haruslah sedar bahawa kita adalah khalifah Allah di muka bumi adalah untuk memakmurkan bumi ini dengan kalimah tauhid. Khalifah + Ibad = Real Muslimah/Muslim.

"Janganlah kamu meminta amanah kerana sesungguhnya dalam diri kamu sudah ada amanah."
(Hadis)
Apa yang dimaksudkan dengan 'sesungguhnya dalam diri kamu sudah ada amanah.'??? Sedarlah, sebagai seorang muslim, tugas kita adalah untuk menegakkan Islam dengan cara berdakwah, mengajak orang menuju kepada kebenaran yang hakiki. Dalam hal ini, kita haruslah sentiasa mencontohi Rasulullah. Ini bermakna, kita perlu menjadi pemimpin kerana hakikatnya kita adalah pemimpin.

Jangan kita memberi alasan, "Bukankan seorang muslim itu, seharusnya bersifat tawadhu'? Tak perlu sibuk-sibuk berdakwah. Malulah. Kita nak jadi orang biasa je." Kita seharusnya menjadi 'orang biasa yang luar biasa' dan merendah diri mengikut keadaan. Semua orang berpotensi untuk menjadi manusia yang hebat. Manusia yang hebat ialah manusia yang mengetahui potensi diri sendiri.

"Sesungguhnya, Kami telah jadikan manusia itu sebaik-baik ciptaan."
(At-Tin:4)
"Orang yang tidak berjasa ibarat lebihan dunia."
(Hadis)
Bersyukurlah kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam. Jadi, bagaimana kita mahu menyumbang kepada Islam? Berdakwah. Dengan cara yang berhikmah, berbudi bahasa tetapi tegas. Namun, menunjukkan contoh teladan salah satu daripada cara berdakwah.

"Berdakwah dengan peribadi lebih berkesan berbanding berdakwah dengan lisan."
(Hadis)
Ada satu kata-kata yang ana dengar, "Sekiranya Islam hilang daripada remaja, akan hancurlah dunia."

Sama-samalah mencari MARDHATILLAH dengan BERDAKWAH.

MUJAHADAH!

TERUSKAN DAKWAH!!


Menuju MARDHATILLAH...

::22 Jamadil Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Tugas Kita!
Design by a.a.ghariib