Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

12 Orang aktivis LL4G Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

Sepang, 6 Jun – Dua belas sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas, tiba di tanahair pukul kira-kira 5.40 pagi ini.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.


Kumpulan sukarelawan itu yang turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta pegawai kementerian yang lain, tiba dari Istanbul, Turki dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan pada jam 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia) Jumaat dan melakukan pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanahair Sabtu petang.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki “Mavi Marmara”, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh.

Bagaimanapun, kesemua sukarelawan negara di atas kapal tersebut selamat tetapi ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan dan dibawa ke Amman, Jordan. (mk)


::23 Jamadil Akhir 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: 12 Orang aktivis LL4G Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air
Design by a.a.ghariib