Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Ibnu Abbas

Ibnu Abbas ialah sahabat Nabi Muhammad yang pakar mentafsir al-Quran. Nama penuh beliau ialah Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib. Beliau adalah sepupu Nabi Muhammad dan berasal daripada keluarga Hashimiah dalam suku kaum Amir Sak saka'ah. Beliau dilahirkan 3 tahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke bandar Madinah. Semasa baginda wafat, beliau baru berumur 13 tahun.

Ibnu Abbas terkenal dengan kebijaksanaan akalnya semenjak beliau kecil lagi. Beliau bagaikan Kamus Tuhan kerana bijak menghuraikan makna dan intipati Quran sehingga digelar Turjumanul Quran (Pentafsir Quran yang agung). Beliau turut digelar Fata al Kuhul (Pemuda segala pemuda) kerana kebijaksanaannya. Tafsirannya menjadi rujukan umat Islam sehingga ke hari ini.

Ketinggian ilmunya dalam mentafsir Quran diperoleh dari doa Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku! Jadikanlah Ibnu Abbas ini memahami segala ilmu agama Islam dan ajarilah Ibnu Abbas ini tafsir Quran."

Semenjak itu, Ibnu Abbas bijak dan mudah memahami segala isi kandungan Quran. Ramai sahabat-sahabat nabi Muhammad yang lebih senior merujuk kepadanya.

Kamus Tuhan-

::21 Jamadil Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Ibnu Abbas
Design by a.a.ghariib