Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

“Israel Mengasari dan Mengaibkan Kami”

“Israel Mengasari dan Mengaibkan Kami” – Aktivis Flotilla

ALLENBY BRIDGE Jordan 2 Jun – Beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang ditahan dalam satu serbuan Israel ke atas flotila yang membawa bekalan bantuan ke Gaza sebaik-baik tiba di Jordan hari ini memberitahu bahawa mereka telah dikasari dan dimalukan sebelum rejim Yahudi itu mengusir mereka.

Seramai 124 aktivis dari 12 negara Islam yang kebanyakannya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, menyeberangi Jambatan Allenby dengan menaiki lima buah bas Jordan.

“Israel telah mengasari dan mengaibkan kami termasuk aktivis wanita dan kanak-kanak.

“Mereka sangat kejam dan bongkak, namun mesej kami sampai ke seluruh pelusuk dunia yang menyatakan sekatan ke atas Gaza tidak adil dan perlu ditarik balik segera,” kata penggubal undang-undang Kuwait Walid al-Tabtabai yang turut berada di atas sebuah daripada kapal terlibat bersama-sama aktivis dari negara-negara lain.

Penggubal undang-undang berjambang itu berkata, para aktivis yang mengikuti konvoi tersebut langsung tidak membawa sebarang senjata.

Aktivis Algeria Izzeddine Zahrour berkata, rejim Yahudi itu turut tidak membenarkan aktivis makan, minum, tidur dan menggunakan tandas.

“Ia adalah satu tindakan penculikan yang dahsyat disusuli layanan kejam Israel. Mereka menggari, menolak dan memalukan kami,” katanya.

Aktivis dari Mauritania Mohammed Gholam berkata, Israel memaksa aktivis menandatangani dokumen yang menyatakan aktivis memasuki wilayah mereka secara haram.

“Kami enggan menandatangani sebarang dokumen dan memberitahu rejim itu kami langsung tidak berharap untuk datang ke Israel, tetapi ke Gaza, namun komando mereka menculik kami di perairan antarabangsa,” tambahnya. – (AP/UO)

::20 Jamadil Akhir 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: “Israel Mengasari dan Mengaibkan Kami”
Design by a.a.ghariib