Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Konvoi berjaya membuka mata dunia

Posted by hasbui on 12 Jun 2010

KONVOI Freedom Fortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar disertai 50 negara termasuklah Malaysia. Rombongan itu melibatkan lebih 700 sukarelawan, manakala beberapa orang dari Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang dikepung oleh rejim Israel. Walaupun sudah menjangkakan terdapat halangan samada dipenjara atau dibunuh oleh rejim Zionis Israel, namun atas semangat kemanusiaan, mereka sanggup mempertaruh nyawa masing-masing. Ikuti temubual wartawan SALMIYAH HARUN bersama Setiausaha Krisis Management Team Life Line For Gaza, Solehuddin Shuib merangkap Pemangku Pengerusi Biro Haluan Palestine.

Konvoi Freedom Fortilla ini telah dijangka akan berdepan dengan halangan yang cukup getir dan berisiko tinggi. Mengapa misi ini tidak diiringi dengan anggota keselamatan contohnya dari PBB?

SOLEHUDDIN SHUIB: Misi ini kita sudah war-warkan awal lagi adalah misi keamanan, dan sukarelawan yang menyertainya adalah aktivis keamanan yang cintakan keamanan dan bercita-cita ingin membantu rakyat di Gaza yang sedia maklum, dipenjara, dikepung secara terbuka. Oleh kerana sekatan-sekatan yang dibuat oleh Israel, jadi ini merupakan inisiatif yang harus dimulakan. Kita hendak meroboh benteng-benteng yang ada agar dapat diangkat, kerana usaha-usaha seperti ini sekali gus akan membuka mata dunia, yang mana mereka akhirnya akan bangkit ke atas sikap rejim Israel. Sikap kita pula sebagai rakyat Malaysia haruslah mengambil sikap takut kepada Allah, daripada inilah juga kita telah melahirkan hero-hero yang berjuang untuk kemanusiaan. Inilah antara perkara yang saya rasa rakyat Malaysia patut menyokong usaha-usaha yang baik ini.

Siapa tidak kenal dengan Israel yang bertindak luar kemanusiaan. Mereka sanggup membunuh kejam hatta orang awam mahupun sukarelawan. Jadi bagaimana nak menanganinya?

Kita sedia maklum perang itu adalah tipu helah. Dalam konteks ini sebagai ikhtiar dan usaha kita mahu menutup keangkuhan rejim Israel pada hari ini. Jadi dengan usaha yang kecil ini sedikit sebanyak akan membuka mata dunia. Walaupun kita mengetahui sikap zalim Isreal yang boleh bertindak membunuh sukarelawan kita bahkan sukarelawan sudah tahu risiko itu sama ada hidup atau terkorban dalam misi ini. Mereka yang mengikuti misi ini sudah bersedia menghadapi segala bentuk kemungkinan. Jadi mereka terkorban dalam keadaan yang mulia kerana niat mereka kerana Allah Taala membantu muslim di sana. Ini adalah kerja yang sangat mulia tidak ada sesiapa yang boleh halangnya. Ia akan dikenang sepanjang sejarah.

Terdapat cadangan supaya perlu ada serang balas terhadap tentera rejim Israel yang bertindak membabi buta terhadap Konvoi Freedom Fortilla…

Kita sedia maklum Israel jadi kuat kerana adanya Amerika yang mempunyai kekuatan tentera yang hebat serta kekuatan pelobi yang ada di Amerika. Kekuatan pelobi daripada Yahudi yang ada di Amerika cukup kuat. Kita berusaha langkah demi langkah bermula dengan diri kita memberi sesuatu yang jelas kepada masyarakat kita daripada dulu langsung tidak prihatin dengan nasib rakyat seagama di Palestine. Kini sudah mula prihatin. Dalam gerakan ketenteraan tidak boleh bawa kemana pun. Perang sekarang ini adalah perang media. Jadi kita kena jelaskan isu ini sejelas-jelasnya dan seluas-luasnya kepada masyarakat kita di samping memberi kesedaran kepada mereka agar faham isu yang sebenarnya. Kita ambil satu contoh dalam isu boikot barangan Yahudi, kita hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hari inilah peluang masyarakat kita mendapat penjelasan hakikat yang sebenarnya.

Sekiranya konvoi ini gagal, apakah ada misi seterusnya?

Saya difahamkan oleh kerana ada usaha-usaha pada hari ini nampaknya Mesir bersikap lunak akhirnya membenarkan bantuan disampaikan dengan membuka Pintu Rafah. Saya difahamkan juga ada beberapa kapal dari Arab sedang melakukan usaha yang sama. Jadi usaha yang kita buatkan ini sebagai permulaan dan akan ada siri-siri seterusnya daripada pelbagai negara sama ada umat Islam atau bukan Islam dari seluruh dunia. Sehinggalah sekatan yang dikenakan selama ini akan dapat dirobohkan.

Apa harapan Saudara kepada seluruh masyarakat di peringkat antarabangsa?

Pertama sekali harapan kita tidak mahu melihat isu ini bersifat emosional, kerana bersifat emosional ini tindakannya bukan berdasarkan ilmu atau membuat keputusan yang tepat. Jadi kita sebagai orang Islam, kita bertindak mengikut panduan-panduan dan kaedah-kaedah yang diajar agama kita. Daripada konvoi ini insyallah menjadi satu titik untuk kita bermuhasabah dan banyak perlu kita baiki diri kita, keluarga, dan masyarakat agar menjadi sebuah negara muslim contoh, akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kuat dan menjadi model kepada negara-negara lain.


::29 Jamadil Akhir 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Konvoi berjaya membuka mata dunia
Design by a.a.ghariib