Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Pintu Taubat Masih Terbuka

Pada suatu hari, ada seorang wanita yang hidupnya bergelumang dosa. Wanita itu berasa menyesal atas kesalahan yang dilakukannya selama ini.

"Ya Tuhan! Adakah masih terbuka pintu taubat untukku?" kata wanita itu merintih kesedihan. Dia berasa bingung dan resah memikirkan bagaimana dirinya diampunkan Tuhan.

Ketika dia duduk termenung di tepi jalan, tiba-tiba dia terserempak dengan Abu Hurairah yang kebetulan baru pulang dari masjid menunaikan sembahyang Isya'. Dia bingkas bangun dan menghampiri Abu Hurairah.

"Abu Hurairah!" wanita itu memanggilnya.

Abu Hurairah segera berpaling ke arah wanita itu.

"Ya, ada apa?" tanya Abu Hurairah.

"Saya telah melakukan dosa besar. Adakah pintu taubat masih terbuka untuk saya?" tanya wanita itu.

"Apakah dosa yang sudah kamu lakukan?" tanya Abu Hurairah.

"Saya berzina dan membunuh anak lelakiku," kata wanita itu berterus terang.

Apabila mendengar kata wanita itu, Abu Hurairah berasa marah. "Habislah kamu! Habislah kamu! Habislah kamu! Demi Allah! Tiada pintu taubat untuk kamu lagi!" tengking Abu hurairah.

Wanita itu tersentak. Wanita itu hampir pitam mendengar kata-kata Abu Hurairah. Lalu, dia beredar dengan perasaan sebak di dada. Tiba-tiba, Abu Hurairah terfikir sejenak. "Aku memberi fatwa sedangkan Nabi Muhammad berada di samping umatnya?" bisiknya di hati.

Keesokan paginya, Abu Hurairah bergegas berjumpa Nabi Muhammad. "Wahai Tuan Pesuruh Allah! Semalam saya terserempak seorang wanita. Dia meminta saya berikan fatwa kepadanya. Lalu, saya pun berkata kepadanya begini..." ujar Abu Hurairah menerangkan peristiwa semalam.

Nabi Muhammad berkata dengan marah, "Demi Allah! Habislah kamu! Habislah kamu! Wahai Abu Hurairah, di manakah pertimbangan kamu mengenai ayat Tuhan ini?" Lalu Nabi Muhammad membacakan ayat Tuhan daripada surah Furqan, ayat 68 hingga 70 yang bermaksud,
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya[68] Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan[69] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[70]

Nabi Muhammad menegur Abu Hurairah kerana terburu-buru memberi fatwa. Muka Abu Hurairah menjadi pucat lesi kerana takut dengan teguran Nabi Muhammad itu. Beliau pun bergegas mencari wanita itu di sekeliling bandar Madinah. Di bandar, beliau merayau-rayau sambil bertanyakan orang ramai mengenai wanita itu.

Abu Hurairah begitu tertekan kerana rasa bersalah kepada wanita itu. Beliau terus mencarinya. Penduduk Madinah berkata, "Abu Hurairah seperti orang gila! Berlari ke sana dan ke sini!"

Hingga tiba waktu malam, Abu Hurairah kepenatan dan mahu berehat sebentar. Azamnya mahu mencari wanita itu tetap teguh. Hatinya tidak tenteram selagi belum berjumpa. Dalam memikir di mana wanita itu berada, tiba-tiba beliau terperasan seorang wanita berjalan sendirian.

"Eh, itulah wanita yang aku cari!" kata Abu Hurairah seorang diri. Tanpa berlengah lagi, beliau terus berjumpa dengan wanita itu dan segera menyampaikan pesanan Nabi Muhammad.

"Benar! Pintu taubat masih terbuka luas untukmu," kata Abu Hurairah.

Lalu wanita itu bersorak gembira dan bersyukur kepada Tuhan. "Saya mempunyai sebuah dusun. Saya sedekahkannya kepada fakir miskin atas pengampunan dosa saya ini," ujar wanita itu dengan gembira.

Wanita itu bersyukur kepada Tuhan. Tuhan mengampuni segala dosanya. Abu Hurairah tumpang gembira. Sekalipun wanita itu bergelumang dosa, Tuhan masih mengampuni dirinya. Rahmat dan pengampunan Tuhan luas tanpa sempadan.

Nabi Muhammad berkata, "Setiap manusia itu pernah melakukan kesalahan. Sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat memohon pengampunan Allah."
Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari arah barat

::19 Jamadil Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Pintu Taubat Masih Terbuka
Design by a.a.ghariib