Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Ikhlas dan Jihad

Tazkirah yang perlu diberi semasa Mukhayyam Khairiji 2010 kerana telah diamanahkan oleh Ustaz Idris untuk menyampaikannya.

Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”
Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :
“Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh Muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.”

Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :
“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”

Kita juga sering laungkan, ALLAHU GHOYATUNA (Allah adalah tujuan kami!)

Rukun bagi amalan untuk diterima ada 2:
  1. Niat
    *Tengok balik hadis "Niat".
  2. Bertepatan dengan syarak.

Fudhail bin Iyadh ada menyebut:
“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”
Kemudian Fudhail membaca firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.

Antara tanda seseorang itu ikhlas:

1. Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.

Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham berkata :“Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”

Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya.

Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali :
“Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang kuat.

2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima.

Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku?

Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :
“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”

3. Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.

Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”


4. Sama sahaja di sisi beliau sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin beliau lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya.

Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa merasa gelisah ataupun menyesal.

5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt.

6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya.

Kadang-kadang saudara dapat melihat segelintir manusia yang bekerja di dalam medan da’wah, apabila ditegur oleh salah seorang saudaranya dengan perkataan yang menyakitkan hatinya, atau perasaannya dilukakan dengan perbuatan yang menyinggung jiwanya serta orang yang rapat dengannya atau kaum kerabatnya, beliau cepat marah dan melenting lalu meninggalkan amal dan harakah serta mengasingkan diri dari medan jihad.

Ikhlas kepada matlamat menuntutnya agar terus berada dalam da’wahnya, tetap kekal arah tujuannya walaupun dituduh salah, cuai dan melampau oleh orang lain. Ini adalah kerana beliau beramal kerana Allah swt, bukan kerana dirinya, keluarga atau orang tertentu di kalangan manusia.

Da’wah Allah bukan dimonopoli atau menjadi milik seseorang. Ia adalah da’wah kepada semua manusia. Mukmin tidak boleh meninggalkan da’wah kerana pendirian dan perbuatan-perbuatan tadi.

7. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.


Penyakit-penyakit hati yang bercampu-baur dengan ikhlas dan merosakkan niat lebih bahaya dari penyakit tubuh badan. Ia boleh menggugurkan pahala dan menjauhkan orang dari jalan da’wah yang betul. Ia memang wujud dalam diri kita, tetapi kita boleh membendungnya dengan iman dan taqwa. Perkara ini memerlukan kesedaran dari kita, sentiasa muhasabah niat dan membersihkannya dari bercampur dengan penyakit-penyakit hati. Niat yang bercampur-baur merosakkan amalan, mencemarkan jiwa, melemahkan saf dan menghilangkan pahala.

Jihad juga bukan sesuatu perkara yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dari setiap aspek, jiwa dan raga, harta, masa dan sebagainya. Jihad adalah antara perkara yang paling afdhal dilakukan yang disebut oleh Rasulullah SAW.

Seseorang itu tidak sepatutnya bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.

Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kesimpulannya, keikhlasan, jihad dan dakwah itu tidak dapat dipisahkan...Orang yang ikhlas membuat sesuatu perkara tidak akan marah atau merajuk jika ditegur.

-18-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Syeikh Farghali dan Jihad di Palestina



S
yeikh Farghali seorang da’ie, pejuang Islam yang tegas, low profile, tawadhu’, sangat benci terhadap musuh-musuh Islam.

Nama lengkapnya Muhammad Farghali, lahir di Ismailiyah, Mesir pada tahun 1326 H/1906 M. Beliau tumbuh dan dibesarkan dalam didikan Jam’ah Al-Ikhwan Al-Muslimin yang dipimpin Imam Hasan Al-Banna.

Pada tahun 1948, Imam Hasan Al-Banna mengumumkan jihad ke Palestina dalam rangka menyelamatkan negeri para nabi, kiblat umat Islam pertama, tempat berdirinya masjid Al-Aqsha, dari kaum penjajah. Syeikh Farghali dan pasukan Al-Ikhwan Al-Muslimin yang berjumlah lebih dari 10.000 orang berhasil menerobos masuk wilayah Palestina untuk membantu saudara seaqidah mereka yang sedang berjuang melawan tentara Zionis Israel, walaupun pada saat itu pemerintahan Nuqrasyi dan tentara Inggris memperketat pintu perbatasan.

Dimedan Jihad Palestina, Syeikh Farghali tidak hanya memberikan semangat dan motivasi berjuang kepada pasukan mujahidin dari Jama’ah Al-Ikhwan Al-Muslimin, tetapi beliau juga memberikan contoh berjuang yang gigih, dilakukan dengan sepenuh hati, niat ikhlas dalam rangka mencari ridha Allah, mengharapkan mati di jalan-NYa.

Di antara operasi heroik yang dilakukan Syeikh Farghali adalah ketika beliau dengan delapan orang pasukannya, dengan kecerdikan dan kewaspadaan yang tinggi dapat memasuki kamp militer Yahudi sebelum waktu subuh. Setelah berhasil menyelinap dan memasuki kamp Zionis Yahudi, Syeikh mencari tempat yang tertinggi, di tempat tersebut beliau mengumandangkan adzan, membesarkan nama Allah, Allahu Akbar... Allahu Akbar...

Mendengar suara adzan dikumandangkan oleh Syeikh Farghali, tentara Zionis Yahudi terkejut dan sangat takut, mereka menganggap sudah terkepung, sehingga tentara Zionis tersebut lari tunggang langgang dan meninggalkan apa saja yang ada di kamp, sehingga dengan izin Allah kamp tentara Zionis Yahudi dapat direbut secara utuh oleh para mujahidin yang dipimpin Syeikh Farghali, kemudian diserahkan kepada pasukan Mesir.



Jiwa pejuang tetap melekat dalam diri Syeikh Farghali hingga akhir hayatnya, beliau sangat benci kepada kaki tangan penjajah, bahkan pernah menjuluki antek-antek penjajah dengan “budak materi”, “budak hawa nafsu”, “budak syahwat” dan “syubhat”. Beliau tidak takut kepada siapa pun apalagi kepada penjajah dan antek-anteknya, beliau hanya takut kepada yang menciptakan dirinya dan alam semesta yaitu Allah Rabbal’alamin.

Akhirnya, Syeikh Farghali bersama lima orang sahabatnya, Mahmud Abdul Lathif, Yusuf Thala’at, Hindawi Duwair, Ibrahim Ath Thayyib dan Abdul Qadir Audah, dihukum gantung pada hari Jum’at, 7 Desember 1954 akibat pengkhianatan kawannya yang cinta kedudukan dan kekuasaan, Jamal Abdun Nashir. Padahal Jamal Abdun Nashir telah berjanji setia untuk berjuang bersama jama’ah Al-Ikhwan Al-Muslimin untuk menegakkan Islam di muka bumi ini, membantu saudara-saudaranya yang dizalimi oleh musuh- musuh Allah. Akan tetapi dia tidak tahan dengan godaan jabatan dan fitnah dunia, sehingga sampai hati dia gantung saudaranya dalam satu jama’ah, seorang ulama dan pejuang Palestina yang telah berkorban dengan harta dan jiwanya.

Ketika akan dieksekusi, Syeikh Farghali berdiri di depan tiang gantungan dengan teguh dan tegar. Ia tersenyum dan nampak bahagia karena akan menemui Al-Khalik, sambil mengulang-ulang perkataan saudaranya yang lebih dulu syahid, Saya ingin segera menemui-Mu, Wahai Rabbi, agar Engkau ridha.”

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).(QS: Al-Ahzab/33: 23) Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka.(QS: Muhammad/47: 4)

Semoga Allah memasukkan Syeikh Muhammad Farghali dan mereka yang dieksekusi di tiang gantung bersamanya ke dalam golongan orang-orang yang diberi nikmat, yaitu para Nabi, Shiddiqin, Syuhada, dan orang-orang shaleh. Amin. (H. Ferry Nur S.Si, Sekjen KISPA)

Mukhayyam!

-15-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Hari Kokurikulum dan LEADERS

Setelah beberapa hari menyepi, ana ingin berkongsi cerita tentang hari kokurikulum dan program LEADERS (bukan KRJ) yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

22 Julai 2010, Khamis
Pada pagi harinya, kami ada perhimpunan pagi seperti biasa. Tazkirah pada hari ini disampaikan oleh Marsha yang berkisarkan tentang dakwah. Memang dakwah tidak akan terlepas daripada tohmahan, fitnah, umpatan, celaan dan sebagainya. Memang akan ada golongan yang menentang dakwatuna. Kerana itulah, sekolah sentiasa menyediakan program tarbiyyah untuk mempersiapkan para daie yang berkualiti, yang teguh dengan dakwahnya. Atas sebab itulah kita katakan tarbiyyah bukan untuk orang yang manja dan tarbiyyah itu bukan mudah.

Kemudian, setelah selesai membaca mathurat, semua ahli kelab menyiapkan dan menghias kawasan masing-masing. Kemas kelas sekejap. Dalam pukul 9:30 pagi, semua pelajar SMI dikehendaki untuk berkumpul di musolla, ada 2 ceramah. Ceramah pertama, berkaitan dengan Palestin yang disampaikan oleh muallim kita, alumni kita dan abang ana.^^ Muallim Irfan dan dibantu oleh sahabatnya, Akh Munzir. Walaupun kebanyakan daripada isinya sudah diketahui tetapi manusia perlukan peringatan selalu kerana manusia itu pelupa.

Apa sumbangan anda?


  • Sebarluaskan mesej al-Aqsa dalam bahaya melalui risalah dan artikel, menganjurkan pameran, kempen selamatkan al-Aqsa, ceramah, penulisan dalam media, penulisan lirik lagu, edarkan poskad, penyiaran dokumentari Palestin, menulis novel, program sembang Palestin dalam media, pembikinan filem dan drama dan banyak lagi.
  • Utamakan produk Negara. Boikot produk Israel dan Amerika.
  • Menghulurkan derma ikhlas untuk kebajikan dan keperluan rakyat Palestin dan Masjid al-Aqsa.
  • Berdoa untuk kesejahteraan para pejuang umat dan rakyat Palestin yang diuji.

Kelemahan Umat Islam sekarang:
  • Tidak kaji sejarah umat Islam.
  • Tidak buat perancangan dengan teliti.
  • Malas.
Baca selanjutnya di Info Semasa..

Ceramah kedua disampaikan oleh Pakcik Zameran tentang iKRAM. Lebih kurang pukul 11:30 pagi adalah waktu rehat 'pagi'. Kemudian, bergegas masuk ke dalam kelab masing-masing. Ana, kelab keusahawanan. Semua sedang sibuk membuat persiapan. Buat air, donat, kuah rojak, kek batik, pisang coklat, waffle dan lain-lain. Pendek kata, lihatlah gambar di atas yang menjelaskan segala-galanya (ye ke?)

Antara permainan yang disediakan ialah teka bilangan gula-gula, potong kulit epal paling panjang, teka rasa, hias donat dan cabutan bertuah. Setakat yang ana tahu, sorang je yang berjaya mendapatkan hadiah untuk cabutan bertuah dengan nombor 013. Itulah dia naqibah ana, Muallimah Yong dan hadiahnya disampaikan oleh Ikmal Haziq.

Waktu kemas semula bengkel yang telah digunakan oleh kelab kami, muallimah An bagi kami, ahli kelab keusahawanan, ambil barang secara percuma. Ambil pisang coklat, beri Kak Humaira', dia nak pergi KL, ambil pelajar Indonesia. Hadiah yang lebih, dijual. Beli bantal kecil, RM 3.00. Pergi duduk di bangku depan asrama sebentar sambil menikmati aiskrim. Nampak Ust. Idris macam nak pergi ke tapak perkhemahan mukhayyam. dup. dap.

Kendiri, solat Asar, baca mathurat, kemudian, pergi siapkan fizik dengan Izyan. Tak sempat semalam. Sambil buat fizik, nampak banin sekejap-sekejap lari dekat koridor. Bawa framelah, tualalah, macam-macam, tak tahulah main apa. Lepas siap kerja fizik, sambung PQS, kemudian, kemas kelas lagi sekali. Sekejap sahaja banin buat sepah. Takpe2.

Dalam pukul 7:00 malam, turun untuk makan malam. Solat Maghrib dan berkumpul dalam keluarga daie. Duduk dekat depan asrama banat, kumpulan Wafaa'. Berbincang tentang salam dan beberapa lagi topik yang lain. Solat Isya'.

Program diteruskan dengan slot ISK oleh Akh Sufian. Dalam pukul 11:00 malam, slot ini tamat buat malam ini dan akan bersambung pada esok hari. Supper dan zzz.

23 Julai 2010, Jumaat
Kringgg... Oh, dah pukul 4:25 pagi. Bersiap dulu sebelum kejut yang lainnya. Tiba-tiba kedengaran pintu di sebelah banin dikuak dan microphone diketuk, banat yang lain terus bersiap cepat-cepat. Qiamullail. Ajak buddies ana duduk tepi ana. Senang nak cucuk kalau dia tidur..hehehe.. Solat Subuh, baca mathurat.

Kemudian, ada nasyid, time ni, semua bersemangat. Bingkai kehidupan + gayanya. Diri depan buddies ana. Asyik dengan buddies saja, kenapa? Nak qada' balik waktu busy, yang mana tiada masa untuk duduk bersama buddies ana sebelum ini. Buddies itu amanah dari pihak sekolah. Kami saling menyokong. Kemudian, sambung sikit ISK. Duduk dengan buddies lagi. Dalam pukul 7:35 pagi, berhenti seketika untuk kendiri dan makan pagi.

Sebaik sahaja keluar dari tandas,

Wafaa': Kenapa dengan jari nti tu?
Ana: Eh, berdarah lagi? Kena ____.. (memalukan saja)

Makanlah guna sudu. Tunjuk dekat buddies ana. dia kata dia tak boleh tengok darah. Tapi ni, sikit je pun.^^ Sambung ISK pada jam 8 lebih sehinggalah jam 10:30 pagi.

Jangan jadi manusia robot!

Adakah kau lupa?

Kemas-kemas tempat penginapan dan bawa turun kerusi ke kantin untuk program Ahad ni. Tunggu punya tunggu. Tak datang-datang. Tinggallah beberapa orang pelajar asrama dan ana, Marsha, Kak Zubaidah. Makanan baru sampai, keropok lekor. Makanlah sesama kami. Dalam pukul 12:00 lebih, Makcik Fadilah pun datang. Balik dengan Marshalah.

-11-sya'aban-1431h-

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Ini Langkahku



Album : Ini Langkahku
Munsyid : Shoutul Harokah

Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman

-10-sya'aban-1431h-

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

MaUTaDi II

Alhamdulillah, telah selesai sudah program MaUTaDi II tengah hari semalam. Program ini berjaya dijalankan walaupun hanya sekali sahaja masuk meeting bersama muallimah. AJK masih sama seperti MaUTaDi 1. Begitu juga guru penasihatnya. Wamakaru wamakarallah, innallaha khairul makiriin..

TENTATIF PROGRAM:
15 JULAI 2010
3:45p.m - 5.00p.m : Taklimat
5.00p.m - 5.30p.m : Manisnya Ukhuwwah/Solat/Mathurat
5.30p.m - 6.30p.m : Memasak
6.30p.m - 8.00p.m : Kendiri/Solat/Makan
8.00p.m - 10.30p.m : Solat/One Culture's Night
10.30p.m - 12.00p.m : Duhai Puteriku..
12.00p.m : Tirai Berlabuh

16 JULAI 2010
4.30a.m - 6.15a.m : Qiamullail/Solat Subuh/Mathurat
6.15a.m - 7.45a.m : Kenapa Kita di Sini II?
7.45a.m - 8.00a.m : Sarapan
8.00a.m - 10.00a.m : Permainan di pantai
10.00a.m -10.30a.m : Kendiri
10.30a.m - 12.15p.m : Wanita itu ada batasnya
12.15p.m - 12.30p.m : Penyampaian hadiah/ Penutup


15 Julai 2010, Khamis

Hari ini, ana excited sangat pergi sekolah. Sebab nak habiskan ULBS BM ana, pembentangan BI, One Culture's Night dan MaUTaDi II. Tapi, pembentangan BI ditangguhkan sebab tak sempat. Biarlah. Hari ni, Muallimah Nurul tak datang sekolah sebab neneknya telah kembali ke rahmatullah dan muallimah berada di Melaka sekarang (imbas kembali). Jadi, kami, 4 Nasaie pergi masuk kelas komputer. Sambil-sambil itu, mereka cari video untuk tayangan malam ni. Sementara ana dan Wafaa' siapkan borang feedback program MaUTaDi II. Oh, ajak Kak Humaira' ikut program ni sekali. Lama tak pergi program sama-sama.

Pada pukul 3:45 petang, kami bergegas menuju ke musolla untuk taklimat bagi program ini. Alamak, tengah pening kepala fikir untuk jualan kelab keusahawanan malam ni. Selepas itu, kami duduk dalam kumpulan dalam slot Manisnya Ukhuwwah. Bagi duit pada Fatini, dia pergi beli barang dengan Muallimah An. Pada jam 5:30 petang, kami memulakan sesi memasak. Kumpulan ana bergabung dengan kumpulan Wafaa', masak ayam masak kicap dan sayur goreng dengan telur. Masa ni nak tengok kemahiran memasak adik-adik. Ada yang dah biasa, ada yang lari bila minyak merecik-recik. So, ana dan Wafaa' suruh setiap orang goreng ayam, ada yang letak ayam atas sudip dulu baru masukkan, oklah, ada yang campak ayam, memanglah bertambah-tambah percikan minyaknya. Ish..ish..ish.. Takpe, asah lagi kemahiran ye, adik-adik.^^ Muallimah An asyik berlakon depan kamera je macam muallimah yang masak semua benda tu.

Kemudian, ana pergi potong buah untuk jualan kelab, kira harga dll. Sementara adik-adik MaUTaDi kendiri, Wafaa', ana dan Mardhiyyah menyiapkan buah-buahan untuk malam ini. Lepas masuk maghrib, kami makan malam bersama. Hmm...sedapnya.. Kendiri.

Siapkan gerai jualan. Semua pakat pakai baju batch 7, banatlah. Dalam pukul 9:00 malam, majlis pun bermula. Dapat nombor untuk cabutan bertuah, ana punya, 00310. Lepas tu, beritahu Kak Humaira' pasal nombor tu. Kalau nak lagi, boleh pergi dekat gerai AMT. Dia pun dengan excitednya mengajak kami ke gerai AMT. Baru nak pergi dengan Mardhiyyah, cari Kak Humaira' tak jumpa pulak. Tengok-tengok depan sekali beratur. Rasanya, dia baru je pergi.

Ana: Semangatnya lah. Punyalah cari, tengok-tengok, tu toh kat depan.
K.Humaira': Tengoklah ni, ana tak pakai kasut pun.
Ana: Ish, ish, ish...
Mardhiyyah: ^_^

Beli cocktail. Ana seringgit, Mardhiyyah seringgit. Dapat nombor, 00520. Tiba-tiba, ana berfirasat untuk masuk ke dalam waktu cabutan bertuah."00550" Nampak Bi'ah dan Wafaa' nak ambil hadiah.

Sekali, 00520

Ana: (Eh, macam pernah dengar je nombor tu. Bukan ke nombor kita? Tak kot, Mardhiyyah tak cakap apa-apa pun sebab dia yang pegang nombor tu.)
Mardhiyyah: Hmm...Eh, Syaza, nombor kitalah!
Ana: Owh, ye ke? Pergilah ambil. (excited sebenarnya)
Mardhiyyah: Jomlah, ikut ana.

Ikutlah dia ambil, tapi ana tak naiklah pentas. Kemudian, Mardhiyyah ajak Muizzah turun bawah sebab Iennah minta tolong. Terlompat-lompat dia atas pentas. Pergi cari Muallimah An. Duduk dengan muallimah sekejap. Cakap dengan muallimah, dapat hamper. Muallimah pun ajak kongsi, buat baik. Ehem..ehem.. Pergi tolong dekat gerai kelab keusahawanan sekejap. Akhirnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu bagi mereka yang tidak berjaya dalam cabutan bertuah. Sekarang adalah waktu untuk memberi hadiah kepada orang bertuah pula. Gambar akan dipaparkan pada slide dan gambar siapa yang dibulatkan, dialah orang yang bertuah. Ana ingat pelajar form 4 je. Izzah Nasirah yang setia dengan gerainya dan Izzat yang setia dengan kameranya.

K.Humaira': Kalau tak salah ana, yang Izzat dapat tu hadiah Marsha. Buku Doraemon.
Ana: Hah? Buku Doraemon?
K.Humaira': Ayah ana beli. Ingatkan nak bagi kawan Marsha.
Ana: Macam kelakarlah pulak bagi buku Doraemon. ^-^

Dalam pukul 10:30 malam, kami bergegas menuju ke bilik kuliah. Ada pembentangan video tentang wanita. Kak Humaira' turut memberi sumbangan seperti AJK lain. Terima kasih!

Setelah semua video habis dipaparkan, kedengaran suara-suara yang minta ditayangkan lagi video. Tetapi, memandangkan esok perlu qiamullail dan sekarang dah pukul 12:00 tengah malam maka slot ini perlu ditamatkan.

16 Julai 2010, Jumaat
Kringg... Bangun dalam pukul 4:15 pagi. Qiamullail bersama-sama pelajar asrama. Solat Subuh, baca mathurat. Kemudian, ada slot Kenapa Kita di Sini II? yang disampaikan oleh Pakcik Zameran.

Semasa peserta bergegas ke bilik kuliah, sesuatu yang tidak disangka berlaku. Para AJK masih berada di sekitar musolla untuk memastikan semua peserta sudah masuk ke bilik kuliah. Tiba-tiba, nampak ada salah seorang dari peserta ini jatuh dengan tiba-tiba. Badan dia 'bergoncang' macam meronta-ronta. Tak sedarkan diri. Ye, itulah dia sawan. Panggil pakcik, cari nombor telefon mak/ayahnya.

Bila dia dah sedar, demam dan dibawa pulang ke rumah. Sambil pakcik menyampaikan slot, beberapa orang daripada kami menyediakan barang untuk ke pantai. Mardhiyyah, Marsha, Robi'ah, Kak Humaira' dan ana. Dan akhirnya, kami bertolak ke pantai ketika mereka sedang sarapan pagi. Pada mulanya, kami berjalan kaki. Kemudian, depan rumah teres hijau di tepi asrama, pakcik tumpangkan kami.

Setibanya di pantai, kami mencari posisi yang sesuai untuk permainan galah panjang dan bola ragbi. Kenapa kami memilih bola ragbi? Kan 'kasar' permainan tu? Sebenarnya, ada sebabnya, bukan saje-saje kami pilih permainan ini. Kami ingin melihat setakat manakah ukhuwwah adik-adik sekalian. Kami lihat apa yang adik-adik buat, kami dengar apa yang adik-adik tuturkan.

Haziqah bawakan bekal untuk kami. Hari ini, cuaca tak menentu. Sekejap hujan, sekejap reda. Waktu kumpulan ana dan Marsha lawan galah panjang dengan kumpulan Afif dan Fatimah, macam-macam cara yang digunakan oleh mereka untuk melepasi pihak lawan. Yang ana suka tengok, Iennah lah. Punyalah phsyco orang tu dan dia berjaya melepasi halangan. Tapi, sayangnya, dia lupa depan tu, ada lagi pihak lawan yang menunggu. Sentuh. Mati.^^ Ramai yang macam tu. Lupa ada lagi halangan dekat depan. Keputusannya, kumpulan ana dan Marsha menang.

Tiba giliran kumpulan kami untuk main ragbi pula. Di sini, baru kita dapat lihat bagaimanakah ukhuwwah mereka. Mereka main untuk menang atau main untuk merapatkan ukhuwwah. Ayat yang paling ana ingat yang keluar dari mulut peserta ketika itu, "Malaslah main permainan ni, emo lah!" Marsha kata, dia terus tak sedap hati bila dengar kata-kata tersebut. Main sampai muka jadi masam. :( Ana juga sentiasa perhatikan buddies ana. Alhamdulillah, cara dia main memang happy go lucky. Main untuk berseronok, merapatkan ukhuwwah di samping beribadah.

Akhirnya, kami para AJK menunjukkan demo, cara bermain dengan happy go lucky. Time Afif dapat bola dekat gol, tudung dia tak betul. Jadi, dia katalah "kejap-kejap." Kami berhentilah sekejap, ingat dia nak baiki tudung. Sekali, dia sumbatkan gol. "Ish, kurang asam," kata Marsha sambil tersenyum. Semua rasa nak gelak. Bila ana nak golkan bola, macam mana entah, semua terjatuh. Ana dihimpit oleh Marsha dan Marsha dihimpit oleh Haziqah. Tak ke naya ana ni? Tapi tetap happy. Akhirnya seri!

On the way balik ke sekolah, ana, Marsha dan Kak Humaira' singgah kedai nak beli air. Tapi, masing-masing punya gaya pelik-pelik. Marsha pegang cangkul, macam orang kampung. Ana macam pelancong, pakai topi PRINT'09 dan bawa beg galas. Kak Humaira' kata dia macam orang tak betul, sebab bawa baldi macam orang kampung tapi dalam baldi ada baseball dan sarungnya macam orang kaya. So, boleh confused. Abaikan..

Sampai-sampai sekolah, simpan segala macam barang yang telah digunakan. Waktu slot Wanita itu Ada Batasnya oleh Umi Saidah Mamat, ana dan Wafaa' naik motor ke kedai tadi untuk beli air bagi penceramah dan para AJK yang lain. Wah, dah lajulah Wafaa' bawa berbanding dulu. Lepas dah order air, tunggulah dekat meja makan.

Kemudian..
Wafaa': Eh, muallimah.
Ana: Hah? Muallimah?
M.Syu: Orang dah tegur dah tadi. Fewwiit.
Wafaa': Tak dengarlah muallimah.
Ana: Muallimah dari mana?
M.Syu: Baru habis tuisyen. Ajar dekat rumah Mahfuzah tadi.
Wafaa': Muallimah datang rumah dia?
M.Syu: A'ah, kalau Auni, dia datang rumah muallimah.
dan beberapa lagi soalan..

Sampai sekolah, tolong depa sapu musolla. Kemas-kemas. Sediakan minuman dan makanan untuk penceramah. Akhir sekali, sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Time ni, barulah adik-adik tahu, permainan dekat pantai tadi merupakan pertandingan. Galah panjang dimenangi oleh kumpulan ana dan Marsha. Manakala permainan bola ragbi dimenangi oleh kumpulan Robi'ah dan Wafaa'.

Setelah tamat program ini, kami, para AJK membersihkan kawasan-kawasan yang telah digunakan. Kemas semula bengkel yang ditinggalkan barang-barang mereka. Kemudian, dapur dan depan pentas. Ada yang makan tak kemas balik. Jadi, semua AJK berganding bahu membantu satu sama lain termasuklah Afif, pengarah program ini.

Setelah semua kerja dibereskan, kami mengambil peluang untuk berehat sambil menunggu ibu bapa kami menjemput kami di sekolah. Sehingga jatuh tidur. Ana dan Marsha duduk di sofa depan pentas. Mardhiyyah duduk atas tangga dan Kak Humaira' atas kerusi bilik mesyuarat. Pukul 1 petang, Mardhiyyah terjaga, "Eh, macam mak ana!" Tapi bukan. Dia selalu ulang ayat yang sama setiap kali terjaga. Dan akhirnya, dalam pukul 2 petang, Sir Malik datang ambil Marsha dan Kak Humaira'. Pukul 2 lebih, hampir 2:30 petang, Makcik Midah datang, kami pun balik...

Kami sedar, program ini agak kelam-kabut. Iyalah, masuk meeting sekali sahaja. Kekurangan masa. Tetapi disebabkan adik-adik, kami rasa, kami perlu adakan program ini secepat yang mungkin. Jadi, kami memohon maaf banyak-banyak dan terima kasih kepada yang membantu. Semoga antunna dapat sesuatu daripada program ini.

-7-sya'aban-1431h-

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Bersangka Baik

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



YaAllah, tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal 'husnu-zon' setelah banyak 'perkara' yang berlaku...aku pasti ujian-Mu itu untuk 'mengajar serta memberi pengajaran kepadaku..

Ya Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa mereka yang aku sayangi kerana ku tahu KAU 'penjaga' yang terbaik.....
Ameen Ya Rabb..
Ps. Esok puasa sunat!

-6-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

MaUTaDi II Datang Lagi...

Photo by Bi'ah

MaUTaDi 1

Pengenalan Program MaUTaDi

-3-sya'aban-1431h-

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kisah Paderi dan Pengembala Kambing

Penulis baru balik sekolah sebab baru habis usrah. Dan penulis sememangnya balik lambat setiap hari kerana penulis harus menunggu adik Khadeejah habis kelas tambahannya. Kan dia nak dapat 13A n 5A. Kenalah rajin-rajin ke kelas. Balik lambat tiap-tiap hari, termasuklah penulis. Sebenarnya, ana nak berkongsi tentang tazkirah yang telah disampaikan oleh Wafaa' petang tadi.

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang paderi kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Paderi itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh paderi itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan paderi kristian.

Bermulalah soalan, paderi menunjukkan 1 jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan 2 jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Paderi menunjukkan 2 jari pula dan gembala kambing menunjukkan 5 jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, paderi menunjukkan 5 jari, gembala kambing menunjukkan 6 jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Paderi yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu paderi tersenyum puas hati. Paderi mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu paderi menepuk tangan.

Paderi kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Paderi itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara paderi dan gembala kambing. Paderi pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk 1 jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, 2 jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)."

"Hamba tunjukkan 2 jari, bermakna adakah rukun islam ada 2? Gembala kambing memberi jawapan, 5. Betullah... Bila hamba tunjukkan 5 jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan 6 jari, sebab rukun iman ada 6."

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk 1 jari, maknanya dia nak kambing hamba 1. Jadi hamba menjawab, 2 pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk 2 maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab 5 pun boleh. Kemudian dia tunjuk 5, maknanya takkan 5 je...? Oklah hamba boleh bagi 6 pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Lepas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu...walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Ps. Banyaknya kerja perlu dibereskan...
..Esok MaUTaDi, kena siapkan kertas kerja.
...Malam esok, perasmian SeBuDaYa, kena fikirkan jualan untuk kelas (bendahari) dan kelab keusahawanan (penolong).

-2-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Semoga Berbahagia Dunia dan Akhirat


Pagi tadi, tak tahu nak pergi ke sekolah dengan siapa. Dalam pukul 10:30 pagi, buka ym nak tanya Bi'ah nak datang tak sebab telefon banyak kali dah, tak dapat. Kalau datang, nak pergi ambil. Tiba-tiba, Kak Humaira' tegur ana, dia kata dia dekat CC. Dia kata dia boleh ambil. Jadi ana tunggu dekat simpang depan rumah ana, kemudian Izyan pun datang juga tunggu Kak Humaira'.

Berita terkini tentang debat,
Dah 4 kali mereka berlawan, 3 kali menang.
Marsha 2 kali jadi speaker terbaik.
Auni jadi speaker terbaik sekali.
Banin tak de apa-apa. Macam mana ni. Tak pe ada lagi nanti.
Chaiyok!!

Wish all the BEST for debators...

AHMAD MUJAHID MAZLAN

IZZAT ANUAR

MARSHA ABDUL MALIK

NUR AUNI ABDUL WAHAB



Kumpulan usrah muallimah Yong dah berpakat nak pakai baju kurung biru. Sebab Nurul kata pengantin pakai baju biru. :p Mula-mula pergi cucuk udang, korek dan potong tembikai (kerja Afif dengan kak Husna lah ni) dan isi nasi minyak. Kak Humaira' hantar kami sekejap, then balik sebab dia pakai t-shirt. Sarah pun ikutlah dia balik rumah dia. Dahlah kamera ada dengan dia. Habis tak boleh tangkap gambar tembikai tu. :D Mula-mula potong tembikai macam biasa je, kemudian yang separuh lagi tu, kak Husna kata, kita potong dalam dia, lepas tu bawa keluar. Yang lebih-lebih tu, diorang kata diorang nak makan.

Pergi teman Afif dekat asrama sekejap (ye ke sekejap?). Jumpa Nusrah dan adiknya serta Sarah (kakak Faiqah) sekejap. Kemudian, pergi ambil nasi minyak dengan Afif dekat khemah sana, tapi bila bekas tersebut telah diisi, kami tak larat nak bawa. Jadi orang dekat situ tolong bawakan. :p

Lepas tu, rehat sambil tengok persembahan Shoutul Iman. Hebat juga ya budak-budak baru kumpulan ni. Main dengan Jannati sekejap. Oh, ada jual buku 'Tarbiyah di Gunung' (kisah dekat Chemerong). Masuk Zohor.


Pergilah naik ke surau. Sekali, Faiqah tekan loceng.

Faiqah: (suka)
K.Humaira': Heish, ni kenduri kahwin lah.
Faiqah: Sentok orang bawah.
Ana: Mak nti lah sentok dulu.
K.Humaira': Ha? Mak dia sentok ke?
Ana: Taklah, orang cakap je.
K.Humaira': Nanti majlis nti (Faiqah) bukan bunyi loceng je, bomba pun ada.

Masa diorang nak ambil wudhu'. Mak Faiqah pun datang.

Ana: Siapa tau tekan loceng tadi.
K.Humaira': Ntah, siapa tau.
Mak Faiqah: Faiqah lah tu.
Faiqah: Mak, ni anak Sir Malik, COO.
Mak Faiqah: Hmm, macam-macamlah, anak Sir Maliklah, anak pengantinlah, anak siapa lagi?

Lambatnya diorang nak ambil wudhu'. Orang dah siap solat dah. Tinggal diorang jap. Pergi makan dulu dengan Izyan. Kemudian, balik semula ke surau. Hari ni jumpa ramai sempai (senior-senior). Oh tugas kami, kalau ada makanan macam nak habis, pergi isi semula. Bila nak keluar, lalulah depan makmal. Kemudian Izyan tunjuk dekat ana...hah! Air dalam makmal melimpah! Cepat-cepat pusing pergi dekat tingkap belakang sekolah pergi tutup air. Habis baju Kak Husna dan Kak Humaira' basah.

Muallimah Zikhaini bawa anak kembarnya. Comel sangat!^^ Sambut Zalilah n Fatini yang balik ke asrama. Jumpa dengan birthday girl tu. "Best tak, sambut semalam, dekat A&W dengan kembar nti? Bear tu bawakan kek?" Suka sebut ayat tu. Padahal tak pun. Suka menyakat dia je. Fuiyo! Zalilah bawa balik tembikai. "Semalam ada kenduri masuk rumah." Baru pindah katanya. Dia bagi muffin yang dibuat oleh maknya. Sedap!

Sanah Helwah Fatini!~

Handsomenya abang ana :D , pakai baju batik baru. Rupa-rupanya mak ana paksa..hahaha... Jalan-jalan. Tunggu dekat depan sekolah. Alamak, ayah ana baru nak makan. Lepas makan bersembang pulak tu. Lama lagilah tu. Sekarang dah pukul 4:20 petang dah. Izyan pun call mak dia.

Pengantin pun dah nak balik dah. Tolong angkat hadiah.

Muallimah: Meh tolong angkat hadiah ni..
P.Khairudin: Boleh tolong angkat hadiah tak?
K.Humaira': Boleh, tapi kena bagi satu.
P.Khairudin: Tak de masalah.
Kami: (angkat)
Ana: Tak nak tuntut ke?
K.Humaira': Ish, tak naklah.
Kami: (salam dengan makcik Azizah)
K.Humaira': Jaga Najihah eh!
M.Azizah: Ya.
K.Najihah: ^_^ Tak pe. Ana boleh jaga diri ana sendiri. Tak pe ke balik tinggal macam ni je?
K.Humaira': Nti kan tuan rumah, tak pe.

Dalam pukul 4:40 petang, kami sekeluarga pun balik ke rumah. Ya Allah, hari ni tak sihat lagi selepas sihat 2 hari. Kemudian, dah lama tak selesema, tadi baru kena serangan pulak. :D

Updated:
marsha: ada berita gembira dan sedih. yg gembiranya, sek. kita berjaya menyebabkan hidayah jb B gagal ke suku akhir. Yeah.. Yg sedihnya, kami tumbang di suku akhir. Bukan sebab dok hebat, tapi sebab bolok.

.28.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Osaka, Jepun

Semalam, ana baru siapkan menulis biodata yang Faiqah suruh. Ana ada tulis nama tempat (luar negara) yang pernah ana pergi. (3 je, pun) 'Baca selanjutnya Osaka, Jepun di blog ana. (kalu ada) :p' Begitulah apa yang ana tulis. Jadi, ana pun postlah post ini. Faham tak? Ayat tunggang terbalik (sebab ana berketurunan campur)..hahaha.. 4 keturunan tu...

Ni je gambar yang ada.



Kami sekeluarga pergi ke sana pada bulan Disember (nak dekat Krismas) tahun 2003. Bertolak dari KLIA ke Kansai Airport. Pada waktu tersebut, kapal terbang yang dinaiki kami agak lengang. Jadi masa time nak tidur tu, ana dan adik ana tidur dekat tempat duduk yang panjang, angkat je lengan dia dan tidur baring (dengan sesuka hatinya, itu pun atas nasihat ayah ana).

Oh ye, masa ni, musim sejuk dekat sana, tapi tak ada salji. Itu pun dah cukup sejuk, habis selesema. Yang bestnya, jalan dia tak berapa sibuk. Nak pergi mana-mana jalan kaki pun seronok. Sekali je, kami naik bas. Banyak daun pokok-pokok tepi jalan gugur. Kami pun kutiplah daun tersebut sebagai kenangan. Tapi ana punya sorang je yang masih terselamat. Ada lagi daun ginkgo tu pada ana. (disimpan dalam buku)

Kalau nak makan, mak ayah ana masak nasi dan lauk dekat bilik hotel je, guna periuk elektrik.
Bila fikir-fikir balik, kelakarlah pulak. Yelah, masa tu tak tahu macam mana nak cari makanan yang halal. Kami bukan pergi ikut apa-apa trip. Jadi, tak ada tourist guide. Ni, dapat tiket free daripada Petronas. Walau bagaimanapun, kami turut mengambil kesempatan untuk makan sushi semasa di sana. Yang paling ana suka masa makan ubi panggang sambil berehat di suatu tempat time pergi jalan-jalan. Makan panas-panas dalam suasana sejuk tu.

Kami selalu 'berjaya' menarik perhatian orang lain. Orang selalu pandang ke arah kami, di mana kami berada. Ana rasa ada dua sebab yang munasabah. Pertamanya, sebab mak ana dan ana pakai tudung. Tapi, mereka sebenarnya suka orang yang ada agama ni sebab katanya mereka ada pegangan dan prinsip hidup. Kedua, sebab tengok muka masing-masing macam muka Cina. Mana taknya, moyang ana (perempuan) orang Cina yang dijaga oleh orang Melayu Islam suatu masa dahulu.

Pernah satu hari, kami pergi pasaraya untuk beli makanan dan air. Bila nak bayar, cashier tu bagi sorang satu lolipop (bkn yg warna-warni). Jadi, pada petang harinya, kami pergi lagi sebab ada barang yang terlupa nak beli. Kami pun menunggu dengan penuh harapan dan muka tak malu. Tak dapat dah. Ketentuan Allah nak ajar kami tak baik ada niat macam tu. :D

Orang-orang dekat sana tak cakap Bahasa Inggeris. Ada yang memang tak reti cakap English. Ada juga yang reti tapi tak nak, diorang tak suka guna Bahasa Inggeris. Time nak beli tiket, ya Allah, lamanya... Sebab kena guna mesin tapi tak reti sebab canggih sangat. Tanya orang yang kerja dekat situ. Lama sangat sebab dia tak reti Bahasa Inggeris. Orang dekat hotel yang kami duduk je cakap Bahasa Inggeris dengan kami. Kami duduk di Hotel Ramada.

Tempat yang paling menarik masa pergi ke sana, Universal Studio. Theme park. Macam Disneylandlah. Kami ke sana dengan menaiki bas pada waktu pagi dan balik semula pada waktu malam. Lama tu.. Kami tak main banyak pun sebab orang ramai. Beratur punyalah panjang. Namun begitu, apa yang ana nampak, orang Jepun memang penyabar. Ada main dekat Jurrasic Park, tengok pertunjukan pirates, dekat Snoopy (main gelongsor air, guna pelampung) dan tengok 4D Shrek. Ini sahaja yang ana ingat.


Petang harinya, ada road show. Best tengok, makcik Jepun tu bagi ana duduk depan. Arigatou Gozaimasu! Time masuk 4D Shrek, mak ana excited sekali. Kemudian nampak semua orang pakai glasses. Eh, bila diorang ambil? Kita tak dapat pun? Biarlah, tengok je lah. Bila dah habis, mak ana kata nak masuk lagi sekali. Tapi, ayah ana tak nak dah beratur. Ana ingat lagi, masa dekat sinilah ana tahu maksud restroom. Itu pun sebab abang ana tanya. Ana jawab, bilik rehat..hahaha.. Dia banyak mengajar ana.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman ana semasa di Jepun. Masa tu, ana belajar beberapa perkataan baru. Arigatōgozaimasu, Ohayōgozaimasu, Sumimasen, Unagi, Bento, Hai, Tamago, Hikōki dan macam-macam lagi.

Budaya mereka bagus dari sudut kebersihan, hormat orang lain, penyabar dll. Tahun lepas, mak ayah ana pergi Jepun lagi, ayah ana kata tandas dekat pasar dia, bersih sangat, tempat duduk dia siap ada pemanas lagi. Ayah ana bukan nak pergi tandas sangat pun, saja nak tengok. Ada gambar ayah ana tangkap (tapi dalam laptop ayah ana).

Kadang-kadang terdetik juga di hati (masa kecik lah), tak payah pakai tudung pun tak pe kot. Bukannya orang tahu. Tutup je lah kepala guna baju sejuk tu. Sementara masih kecik ni. Astaghfirullah al-Azim.. tapi Allah campakkan perasaan malu dalam diri ini. Rasa serba salah ada, takut pun ada, malu pun ada kalau tak pakai tudung. Abang ana pun memang jaga sangat benda-benda macam ni. Start darjah satu, kalau nak keluar rumah, mesti kena pakai tudung senantiasa. Kalau tak, kena bebel dengan dia. Bebel mujur, kena marah ana tak tahan.

Macam tulah, abang ana yang selalu 'jaga' ana. Maksudnya ajar benda-benda yang patut dibuat. Dia telah melaksanakan tanggungjawabnya.

Ps. Esok jangan lupa program dekat sekolah!

.27.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kenapa Tudung Labuh?

Fatimah Syarha

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah


Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
.............................................


Sejak kecil, Abah sangat melarang saya memakai tudung tiga segi yang labuhnya sedikit cuma dari bahu. Tapi kerana biah saya di MRSM yang mewajahkan tudung labuh sebagai jumud, saya protes.

Saya mula bertudung labuh dengan kerelaan sendiri sejak mendaftarkan diri ke Matrikulasi pada 15 Mei 2006. Dimulakan dengan tudung empat segi bidang 60.

Kenapa saya melabuhkan tudung?

Saya takut melihat iklan-iklan dan tayangan di televisyen tentang mahasiswi di IPT. Pakaian ketat, pergaulan bebas. Itulah bayangan saya tentang universiti.

Jesteru, saya mahu tudung menjadi perisai diri, secara tidak langsung sebagai tanda 'Hey, treat me like a proper muslimah!'

Tudung Sebagai Pelindung

Boleh kata setiap hujung minggu saya perlu keluar ke negeri-negeri lain sewaktu menuntut dulu. Pasti, kenderaan awam seperti bas dan keretapi akan saya guna.

Tudung labuh bulat akan saya kenakan bila bermusafir dengan kenderaan awam. Ia banyak menyelamatkan saya.

Dalam bas atau keretapi, selalunya lelaki tak akan duduk disebelah saya. Yang peliknya, dia boleh selamba duduk dengan perempuan lain. Mungkin dia segan pada penampilan saya. Alhamdulillah, selamat.

Kalau naik keretapi waktu puncak di KL Sentral atau lebih lagi di Bank Negara, saya tak risau dihimpit lelaki. Ramai yang akan beri ruang kepada saya, dan mereka tak berani untuk merapat. Alhamdulillah, selamat!

Tudung Labuh Sebagai Pemberi Hormat

Percaya atau tidak, saya dan rakan-rakan pernah diberi tempat duduk di dalam keretapi, hanya kerana kami bertudung labuh dan berjubah, sedangkan lebih ramai manusia sedang berdiri.

Bila membeli belah, peniaga akan menjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan wang baki. Lucu juga, tapi itulah tandanya dia hormat.

Tudung Labuh Sebagai Warden

Satu hal saya perasan, pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar, saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekali pun.

Tapi bila memaki tudung labuh, berjubah atau baju kurung, saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga, tidak melompat ke sana ke mari.

Ya, tidak dinafikan ada sahaja sebilangan bertudung labuh yang akhlaqnya lebih teruk dari yang tidak bertudung. Tapi sekurangnya dia berani untuk bermujahadah dengan persepsi orang terhadapnya, sekurangnya dia telah selesai bahagian auratnya.

Moga tindak tanduk kita semuanya digerakkan oleh Allah.

.24.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

SPPM is TOMORROW!!


Assalamualaikum.. Kepada semua adik-adik tahun 6, harap sudah bersedia bagi menghadapi peperiksaan SPPM (Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh), subjek diniyyah (agama) pada esok hari. Dan kepada semua yang membaca blog ini, sama-samalah kita doakan adik-adik agar dipermudahkan bagi menjawab semua soalan dan mendapat keputusan yang cemerlang...

:33:
InsyaAllah, Ameen:thumbsup:

:.M::.A::.A::blank::.T::.A::.U::.F::.I::.Q::blank::.W::.A::blank::.N::.A::.J::.A::.H:

Tadi, ana baru baca buku Ana Muslim edisi ke-52, kemudian nampak..


gambar yang dihantar oleh Sarah (dan dibantu oleh ana, yg kartun rajawali jr :p) keluar dalam edisi kali ini. Ingatkan dah tak ada harapan, sebab dah hantar lama dah. Mak ana pun kata, "Jadi, kena dapat result baguslah untuk SPPM, ni dah nak dapat hadiah ni."

Ayahku: Betul ke, Sarah punya nama tu?
Sarah: Betullah. Tengok ni, Sarah Nadiah.
Ayahku: Habis mana nama abah?
Sarah: Sarah dah tulis dah, mungkin panjang sangat kot.
Ana: Ni, budak ni lagi panjang nama dia, ada je 'binti'. Betul tak Sarah.
Ayahku: Sampai hati Sarah lupa nama abah. (suka menyakat)

.22.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

KRS Musleh Memenangi pertandingan Perkhemahan Perdana KRS Malaysia Ke-10





2 Julai 2010, Kem Juaseh, Bahau NS
Alhamdulillah seramai 38 orang peserta Kadet Remaja Sekolah Musleh yang hadir dari pelbagai 14 buah sekolah menengah naungan Musleh mengikuti kali pertama Perkemahan Perdana KRS Malaysia Kali Ke-10 Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Tuan Rumah kali ini adalah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Perkhemahan ini dihadiri dari seluruh kontigen KRS dari setiap negeri di Malaysia termasuk WP Labuan.

Alhamdulillah kami amat semua yang hadir amat berbangga dengan kemenagan 3 pertandingan berikut:-
a) Naib Johan Putera - Orienteering
b) Naib Johan Puteri - Orienteering
c) Naib Johan Puteri -Bantu Mula (First Aid)

Dari keseluruhan pencapaian pasukan. KRS Musleh dimaklumkan dari Ust Soleh, menduduki tempat ke-5 dari pasukan KRS Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia.

Sumber: http://latihankaderduat.blogspot.com/

.21.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Tangan Siapa Lebih Panjang?

Beberapa hari sebelum wafat, Rasulullah s.a.w. menunjukkan tanda-tanda khusus yang belum pernah disaksikan para sahabatnya. Nabi, misalnya, sering berbicara tentang keindahan syurga. Begitu menakjubkan keindahan itu, seolah-seolah saat itu beliau benar-benar menyaksikannya secara langsung. Suatu ketika, sambil bercerita, beliau mengulurkan tangannya seperti hendak mengambil sesuatu, tapi kemudian ditariknya lagi. Para sahabat yang menyaksikannya berasa hairan dan bertanya kepada beliau. ''Aku melihat syurga, dan aku menjangkau setangkai anggur,'' jawab Nabi. ''Jika aku mengambilnya, kalian baru dapat menghabiskannya selama umur bumi ini.''

Pada suatu hari para isteri Rasulullah s.a.w. bertanyakan kepada baginda, siapakah antara mereka yang akan dimatikan oleh Allah seiring dengan kewafatan baginda.

Rasulullah s.a.w. telah memberitahu Ummahatul Mukminin itu, bahawa isteri baginda yang akan kembali ke rahmatullah seiring kewafatan baginda ialah dia yang 'panjang tangannya', dialah yang cepat menemui Rasulullah s.a.w.

Sebaik sahaja mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu, mereka pun bergilir-gilir mengukur tangan-tangan mereka, siapakah antara mereka yang paling panjang. Lalu mereka mendapati tangan Saudah yang paling panjang.

Tetai selepas beberapa ketika Rasulullah s.a.w. wafat, ternyata yang segera menyusul ke rahmatullah bukan Saudah. Sebaliknya Zainab yang lebih dulu menyusul baginda. Dengan peristiwa itu mereka memikirkan semula apakah sebenarnya yang dimaksudkan tangan panjang oleh Rasulullah s.a.w.?

Isteri baginda yang bernama Zainab itu mengikut riwayatnya mempunyai perusahaan sendiri. Beliau pengusaha dan peniaga kulit-kulit binatang. Kulit-kulit tersebut disamak atau direndam dengan bahan-bahan tertentu terlebih dahulu, bagi menghilangkan baunya. Kemudian dijemur dan setelah itu dijual. Perniagaannya sangat maju kerana penggunaan kulit ketika itu sangat meluas.

Oleh itu, beliau tidak terlalu bergantung dengan pemberian suaminya. Justeru, Zainab menggunakan sebahagian besar keuntungannya untuk bersedekah. Maka terkenallah di kalangan isteri Rasulullah s.a.w. yang banyak menghulurkan bantuan ialah Zainab.

Dengan itu fahamlah para Ummahatul Mukminin bahawa yang dimaksudkan panjang tangan itu bukan ukuran fizikal. Sebaliknya membawa pegertian tangan yang banyak menderma, memanjangkan usaha membantu dan berbuat kebajikan untuk meringankan beban orang lain.

''Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya); dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa.''

Dalam Qabasat minar-rasul, Muhammad Quthb mengutip hadis yang dirawikan Ibnu Hiban dan Baihaqi, ''Setiap matahari terbit, pada diri seorang anak Adam ada sedekah. Pintu kebaikan sungguh banyak,'' tutur Rasulullah. "Mengucap takbir, tasbih, tahmid, tahlil, berbuat amar ma'ruf nahi munkar, menyingkirkan duri di jalan, memberi tahu orang tuli, menuntun orang buta, menunjukkan jalan orang tersesat, menolong orang yang butuh bantuan, dan membantu orang lemah sudah bisa dikategorikan sebagai sedekah. ''Semua adalah sedekah darimu untuk dirimu,'' kata Nabi. Bahkan, senyum kepada orang lain pun termasuk sedekah. Hanya dengan tangan yang panjang itulah manusia mampu membangun peradaban. Tak ada peradaban bisa didirikan di atas kejahatan.
*Kalau bahasa Melayu, panjang tangan maksudnya pencuri.

Ps. post yang ke-300.

.20.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Golongan Anti-Hadith

Alhamdulillah, hari ini dah dapat nombor, kedudukan dalam kelas yang baru. Apa yang ana pernah tulis tentang nombor dalam kelas pada post yang lalu, belum ditambah lagi dengan beberapa subjek seperti BI. Ingatkan dah tak ada harapan dah untuk naik dari nombor 6. Di bawah ini keputusan yang baru:
  1. Izzat
  2. Marsha
  3. ana
  4. Mujahid
  5. Wafaa'
  6. Mardhiyyah
  7. Auni
  8. Izyan
  9. Hanifuddin
  10. Khadijah
Kalau nak tulis sampai habis, alamatnya penuhlah page ni. Kelas ana ada 38 orang.

Ana: Marsha, jom kita potong budak ni nanti.
Marsha: ^_^

Begini kisahnya...

Pada waktu PSI, kami belajar mengenai dalil berdasarkan sunnah. Tapi, ada golongan yang anti-hadis yang hanya berpegang kepada al-Quran semata-mata. Ana teringat kisah ini yang pernah didengari daripada kaset dan abang ana pernah menulisnya pada blognya.

Ana: Abang Irfan, boleh tak nak copy dari blog awak pasal Anti-Hadis?
M I: (fikir. tgh mkn sbnrnya.) Bagi taulah sumber dari mana.
Ana: Ye, memanglah.
M I: Ok.
Ana: Terima Kasih. ^-^

* * * * *


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Satu kisah pengalaman yang dikongsi oleh seorang Ustaz.

Dalam satu kursus, Ustaz ini diajukan soalan oleh seorang wanita.
"Assalamualaikum Ustaz."
"Waalaikumussalam."

"Ustaz, saya solat senang saja Ustaz!"
"Macam mana tu?"
"Saya solat, menghadap kiblat, kemudian rukuk, lepas tu sujud. Habis."
"Habis tu baca apa?"
"Tak payah baca apa-apa. Lepas tu, saya solat tiga waktu je Ustaz."

"Masya-Allah, mana sah solat begitu?"
"Saya ikut Quran Ustaz. Dalam Quran kata, solat menghadap kiblat, rukuk dan sujud sahaja. Tiga waktu je yang Quran sebut. Mana ada Quran suruh baca apa-apa dalam solat."

"La ilaha illallah, kita kena ikut hadith sekali, macam mana Rasulullah buat!"
"Hadith kan susah kita nak tahu sahih tak sahih Ustaz, kalau kita pegang dengan Quran cukuplah Ustaz, Quran tu kan kalamullah, cukuplah al-Quran sahaja. Kita nak beramal kena ada dalil sahih."

Tahulah Ustaz itu dia sedang bercakap dengan salah seorang golongan anti-Hadith. Panjang juga Ustaz itu terdiam.
"Okeylah, Cik, beginilah."
"Apa dia Ustaz?"
"Bila Cik meninggal nanti, Cik minta, jenazah Cik, tak payah diurus, tak payah disolat, tak payah dikebumi. Sebab mana ada ayat Quran cerita cara urus mayat."
Ustaz itu tersenyum puas melihat ekspresi hamba Allah yang bertanya itu.

Penulis sudah lama mendengar tentang golongan anti-Hadith ini sejak sekian lama, tapi baru-baru ini penulis terjumpa sebuah buku yang ayah penulis dapatkan dari sahabatnya. Rupa-rupanya buku yang diguna golongan anti-Hadith. Nampak macam ilmiah, dengan hujahnya, disokong dengan kajiannya, dengan teori yang bukan calang-calang, Bahasa Inggeris lagi, tetapi bila ia menyokong idea yang batil, maka batillah ia.

Risau penulis memikirkan masyarakat kita yang cetek pengetahuan agama. Sedang tujuan hidup di muka Bumi pun ramai tak tahu, inikan pula disua dengan hujah-hujah yang nampak macam bijak padahal memperbodohkan.

Okey, cuba fikirkan. Tahukah anda, yang Bulan tercipta dari keju? Apa? Tak mungkin? Apa bukti anda kata yang Bulan itu tidak diperbuat daripada keju? Ada bukti saintifik? Apa? Manusia pernah ke Bulan? Semua orang tahu misi Apollo tu penipuan Amerika Syarikat. Mereka sembunyikan fakta ini agar pengetahuan sains yang mereka percaya selama ini tidak diperbodohkan. Ia satu konspirasi. Malah, perbandingan foto menunjukkan persamaan menakjubkan antara keju yang berlubang-lubang dengan permukaan Bulan. Jumlah albedo (tahap pemantulan cahaya) juga sama, iaitu 0.39, membuktikan yang Bulan itu terdiri daripada keju Parmesan. Warna keputihan itu pula akibat terdedah dalam suasana vakum selama berbillion tahun.

Nah, anda faham? Jika anda jahil, rasa-rasanya hujah di atas meyakinkan tidak? Mungkin anda akan mengatakan mungkin juga Bulan itu terdiri daripada keju. Ini satu perenggan. Jika sebuah buku?

Itulah serangan pemikiran.

Berbalik kepada soal anti-Hadith di atas, jika Hadith tidak dijadikan sumber panduan, apa gunanya Rasulullah diutuskan?

Apa gunanya Imam Bukhari mengumpul hadith, di mana sebelum hadith itu diiktirafnya sebagai hadith sahih mutawatir,

beliau memastikan hadith itu diriwayatkan sekurang-kurangnya 3 orang sahabat,

diriwayatkan dari setiap sahabat, sekurang-kurangnya perlu 3 orang tabi'in setiap sahabat,

yang mana para tabi'in ini tidak saling bertemu antara satu sama lain,

dan dari setiap tabi'in perlu ada sekurang-kurangnya 3 orang tabi' tabi'in yang meriwayatkannya,

di mana kesemua 39 orang yang disebutkan (sahabat, tabi'in, tabi'tabi'in) semuanya boleh dipercayai, tidak pernah berbohong dalam meriwayatkan hadith.

Perbuatan dalam solat juga disebut dalam hadith, seperti mana yang dilakukan Rasul SAW, disaksikan oleh para sahabat, dan direkodkan dalam puluhan, bahkan ratusan hadith secara terperinci. Tetapi hal ini dipertikai mereka yang jahil tanpa bukti. Maka jauhlah mereka daripada cara rasul SAW. Kalau mereka kata hadith-hadith tak boleh dipercayai, habis Rasul SAW solat macam mana? 3 waktu sehari? Rukuk sujud sahaja?

Kalau tidak, adakah mereka mendakwa diri mereka lebih betul daripada Rasul SAW?

Inilah hakikat ramai dalam masyarakat kita yang masih cetek ilmu agama tetapi apabila mendengar idea baru yang sensasi, terus mengikut tanpa ilmu atau dalil yang benar. Kemudian merasakan diri mereka benar dan orang lain salah. Pada hal niat sebenar ialah mengikut nafsu dan mencari jalan pintas.

Kalau tidak masakan dakwaan sekarut 'Rasul Melayu' dan 'Kerajaan Langit Ayah Pin' menjadi ikutan ribuan mereka yang mengaku Islam?

Penipuan yang bodoh, jerat yang bodoh, akan menjerat pelanduk yang bodoh. Yang terang lagi bersuluh akan dilanggar oleh yang buta. Itulah sunnatullah.

Maka siapakah yang akan mengambil tanggungjawab mencelikkan ribuan zombi yang buta ini? Sedang yang celik sibuk berbalah mangga atau mempelam, telur atau ayam dulu, maka yang buta terus-menerus ditimpa satu-demi satu kecelakaan sambil meraba-raba.

"Sesungguhnya telah Allah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika mana Dia membangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan menyucikan (jiwa) mereka dan mengajar mereka (mengenai) kitab dan hikmah, sedangkan sebelumnya mereka dalam kesesatan yang nyata." (Quran, ali-Imran, 3:164)

sumber: Muhammad I Ghariib

.19.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: July 2010
Design by a.a.ghariib