Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Bersangka Baik

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



YaAllah, tetapkanlah hati ku utk terus bersangka baik dengan persekitaran sekeliling ku, walaupun ia amat sukar untuk ku mengenal 'husnu-zon' setelah banyak 'perkara' yang berlaku...aku pasti ujian-Mu itu untuk 'mengajar serta memberi pengajaran kepadaku..

Ya Allah kekalkan aku sifat kehambaan terhadap-Mu YaAllah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosa mereka yang aku sayangi kerana ku tahu KAU 'penjaga' yang terbaik.....
Ameen Ya Rabb..
Ps. Esok puasa sunat!

-6-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

4 Comments
Comments

4 responses:

  1. Subhanallah..cukup tertarik dengan topik yang ringkas ni.

    kadang2 orang sekeliling tidak berhunuzzhon dengan kita walau kita berhusnuzzhon dengan mereka..

    Moga Allah kekalkan sifat husnuzzhon dalam diri kita dan serapkan husnuzzhon dalam diri mereka..

    ps: kadang-kadang manusia su'uzzhon yang orang lain su'uzzhon padanya..(boleh faham ke ayat ni?)..sama2 muhasabah

    ReplyDelete
  2. "Assalamualaikum cinta"~ Ukhti, dgrlah lagu ini di mixpod blog ana~ One of my favourites^^ Dan ntilah cinta itu....Moga cinta ini kekal hingga ke akhir hayatku~ Cinta kerna Allah. Dan seterusnya kita akan bertemu di jannahNya. Amin ya Rabb.

    ReplyDelete
  3. @muhammad92
    ye, sama2lah kita muhasabah balik diri kita...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Bersangka Baik
Design by a.a.ghariib