Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kisah Paderi dan Pengembala Kambing

Penulis baru balik sekolah sebab baru habis usrah. Dan penulis sememangnya balik lambat setiap hari kerana penulis harus menunggu adik Khadeejah habis kelas tambahannya. Kan dia nak dapat 13A n 5A. Kenalah rajin-rajin ke kelas. Balik lambat tiap-tiap hari, termasuklah penulis. Sebenarnya, ana nak berkongsi tentang tazkirah yang telah disampaikan oleh Wafaa' petang tadi.

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang paderi kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Paderi itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh paderi itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan paderi kristian.

Bermulalah soalan, paderi menunjukkan 1 jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan 2 jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Paderi menunjukkan 2 jari pula dan gembala kambing menunjukkan 5 jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, paderi menunjukkan 5 jari, gembala kambing menunjukkan 6 jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Paderi yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu paderi tersenyum puas hati. Paderi mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu paderi menepuk tangan.

Paderi kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Paderi itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara paderi dan gembala kambing. Paderi pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk 1 jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, 2 jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)."

"Hamba tunjukkan 2 jari, bermakna adakah rukun islam ada 2? Gembala kambing memberi jawapan, 5. Betullah... Bila hamba tunjukkan 5 jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan 6 jari, sebab rukun iman ada 6."

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk 1 jari, maknanya dia nak kambing hamba 1. Jadi hamba menjawab, 2 pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk 2 maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab 5 pun boleh. Kemudian dia tunjuk 5, maknanya takkan 5 je...? Oklah hamba boleh bagi 6 pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Lepas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu...walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Ps. Banyaknya kerja perlu dibereskan...
..Esok MaUTaDi, kena siapkan kertas kerja.
...Malam esok, perasmian SeBuDaYa, kena fikirkan jualan untuk kelas (bendahari) dan kelab keusahawanan (penolong).

-2-sya'aban-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

6 Comments
Comments

6 responses:

  1. Aduh kelakar bangat sih, tp dalam unsur humour pun masih ada benda yg kita boleh ambil pengajaran...best2! Kirim salam kat wafaa'. NgAaa...

    ReplyDelete
  2. salam..
    best2 crita nie...;>

    ReplyDelete
  3. @Mankind of the world
    itulah Islam...
    Da kirim salam dekat Wafaa'
    da tgk da pun...

    ReplyDelete
  4. cerita yang menarik.. pernah jumpa tapi dalam versi yang lain.. 'koleksi kisah lucu Nasaruddin'...

    Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi!

    ReplyDelete
  5. @muhammad92
    Benarlah, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi!
    Islam akan tetap terbela!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Kisah Paderi dan Pengembala Kambing
Design by a.a.ghariib