Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Anugerah Daripada Sifat Pelupa


Thanks to (◕‿◕✿) Sidratul Muntaha... Ayatnya sendiri, tidak diubah.

Yang dinamakan manusia pasti dilengkapi dengan sifat pelupa. Lupa ada baik buruknya. Mungkin bagi sesetengah orang, pelupa adalah kelemahan bukan kelebihan. Namun bagi diri ini, lupa adalah satu anugerah untuk sesetengah perkara.

1.Lupakan kesalahan orang lain.
Bercakap tentang diri sendiri, biasanya jika saya tak boleh nak pujuk hati untuk maafkan orang yang buat salah dengan kita, hati kita sendiri yang rasa tak tenang. Kepala serabut sebab dalam hati ada titik-titik hitam. Dalam situasi sebegitu saya selalu berharap saya boleh lupakan saja kesalahannya. To forget is to forgive. Mudah-mudahan dengan melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah pula akan mengampunkan semua silap laku kita.

2.Lupa pada memori lampau yang sedih dan bersifat trauma.
Sampai bila nak hidup bersandarkan pada kenangan? Yang dah lalu biarkan berlalu. Yang dah pergi biarkan dia pergi. Yang dah lepas, jangan dikenang lagi. Bukan rezeki kita. Bukan jodoh kita. Bukan milik kita. Indahnya hidup jika boleh lupakan semua hal-hal lampau yang menyakitkan hati atau memalukan. Jangan simpulkan otak dengan ingat perkara-perkara yang menyakitkan hati. Tanamkan sifat pelupa dengan sibukkan diri dan jangan biarkan masa kita berlalu dengan HAZAN.

3.Lupa masalah.
Nasihat S pada saya suatu ketika dulu, jangan lari daripada masalah tapi cubalah untuk selesaikan masalah. Cakap memang senang.Nak tulis pun senang tapi nak realisasikannya tidak semudah makan kacang. Berat bahu memikul berat lagi mata memandang. Orang bermasalah selalunya tercari-cari apakah cara terbaik untuk melupakan masalah. Pergi berseronok ke Genting? Atau jalan-jalan hilangkan tekanan di KLCC? Seorang teman pernah berkongsi pada saya, jika dirinya bermasalah dia tidak suka berseronok keluar. Bukan semakin tenang, tetapi semakin stress dan susah hati. Katanya, ubat terbaik adalah zikir dan mengingati-Nya.

Contoh lupa yang bersifat kelemahan:

1.Lupa pada Tuhan dan tanggung jawab pada agama.
Ketika susah, baru nak cari sejadah atau pegang Al Quran. Padahal masa senang, sampai berhabuk Al Quran jarang disentuh. Tikar sejadah pula sekadar hiasan di almari.Ingatlah Allah ketika senang. Mudah-mudahan DIA tidak melupakan kita ketika susah.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (al-Ra`d:28)

2.Lupa keluarga, kawan, dan orang-orang sekeliling yang berjasa.
Ini biasa kita tonton di drama Melayu. Anak lupa mak. Suami lupa isteri. Isteri lupa rumah. Bila manusia yang dilupakan sudah tidak bernyawa baru rasa insaf hendak mengingat dan menghargai. Hargailah sesuatu yang berdiri di depan mata selagi kita mampu memberi harganya. Apa yang kita ada dan apa yang kita dapat pada waktu sekarang mungkin jauh lebih baik dari apa yang kita angan-angankan. Sebab angan-angan bukan kenyataan tapi lebih pada penipuan. Namun,tanpa angan-angan mimpi tidak jadi kenyataaan. Jadi fikirkanlah.

3. Lupa diri.
Ditujukan khas buat diri ini. Sudah tahu diri itu tidak pandai, belajarlah betul-betul. Sudah tahu diri itu tidak cantik, cantikkanlah diri tu dengan perangai molek. Sudah tahu aurat itu untuk mahram, tutuplah dengan kain betul-betul. Sudah tahu mati itu pasti, beribadatlah bersungguh-sungguh.

4.Lupa yang bawa padah.
Lupa tutup lampu dan paip air sampai bil melambung. Lupa bawa kunci bilik pergi kuliah. Padan muka kena duduk luar sampai room mate balik daripada kelas. Lupa macam mana nak kawal kereta bila ada kucing yang tiba-tiba melintas. Lupa nak makan sebab terlalu sibuk dengan tugasan. Lupa formula bila nak jawab soalan Math and ekonomi. Lupa jalan dan tempat sampai sesatkan diri dan sesatkan orang lain.

Akhir. Pelupa bukan saja bersifat negatif tapi ada positifnya. Bayangkan jikalau semua manusia tiada sifat pelupa. Boleh hancur dunia ini dengan tangisan mereka yang tak mampu melupakan masalah. Juga rungutan manusia yang suka mengungkit-ungkit tentang kebaikan dirinya yang tak boleh dilupakan. Ternyata kejadian Allah itu cantik dan berhikmah. Kan? ^_~

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus: 57)

Ps. Post 4N mungkin sedikit lambat memandangkan esok bermulanya peperiksaan OTI 3. Paling cepat pun hujung minggu ni.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram.

-7-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Anugerah Daripada Sifat Pelupa
Design by a.a.ghariib