Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Salam Ramadhan


Pertama-tamanya ana ingin memohon kemaafan daripada sesiapa sahaja yang pernah ana sakiti samaada zahir atau sebaliknya terutama ayahbonda tercinta. Maafkan atas segala kekhilafan diri ini. Sesungguhnya diri ini hanya insan biasa yang punyai kelemahan dan kekurangan yang tak terkira. Moga- moga Ramadhan kita pada kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya.

Disini juga ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Murabak kepada semua ahli keluarga tersayang, para murabbi yang dihormati, rakan taulan yang sentiasa menyokong dalam perjuangan ini serta sesiapa sahaja yang mengenali diri ini ataupun tidak.

Semoga kehadiran Ramadan buat kesekian kalinya ini menjadikan kita insan-insan yang lebih bertaqwa. Ramadan bulan istimewa, maka hanya orang-orang yang istimewa mampu menghidupkannya dengan sebenar-benar penghayatan dan keikhlasan.

Ibadah puasa diperuntukan kepada orang-orang yang memiliki iman, kerana puasa tanpa keimanan, adalah sesuatu yang sangat-sangat memberatkan. Mari bersama kita renungi dan usahakan yang terbaik, mudah-mudahan ALLAH SWT menerima amalan kita.

Akhir kalam, Salam Ramadhan 1431 H.

-1-ramadhan-1431h-


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Salam Ramadhan
Design by a.a.ghariib