Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Add Math

20111431H
Selesai sudah menjawab soalan add math tadi. Tak tahulah apa yang dah jadi dengan kertas ana tadi. Kertas 2 agak mencabar tapi jawab sahaja mana yang terdaya dan termampu. Minggu ni, tangan dah start mengelupas lagi. Selepas periksa, dapat kertas peperiksaan kimia OTI 3.

Selepas makan, pergi perpustakaan sekejap atas urusan perpustakaan. Kemudian, kami turun ke bengkel untuk buat rojak dengan muallimah Ainon, banat 'sains tulen'. Budak-budak EA tengah periksa masa ni. Datang-datang, diorang tengah kupas kulit buah mempelam dan sengkuang. Dengarlah cerita-cerita tentang mereka di Indonesia.

Diorang pergi Taman Safari Indonesia. Best! (dengar je pun rasa best) Nak tengok binatang, naik kereta. Ada banyak fasa, ada bahagian binatang herbivor, karnivor dll. Kalau dekat tempat karnivor tu, tak boleh buka pintu atau turunkan tingkap. Dia letak papan tanda, kalau buka pintu, kaki kena gigit. Ada sorang tu tak habis-habis cakap, come to mama. Sir Malik kata kelakar, patutnya, come to papa.

Kemudian, ada tempat tu, boleh bergambar dengan baby lion. Sir Malik pun bergambarlah dengan baby lion tu. Belakang tu, tempat bergambar dengan baby tiger. Sir carilah mana Dean, nak ajak bergambar dekat sini. Rupa-rupanya, dia tengah bergambar dengan anak harimau putih. Sir pun suruhlah ----- bergambar dengan baby lion tu. Tapi, tiap-tiap kali dia pergi dekat baby lion tu, mesti dia terkejut, baby lion tu pun terkejutlah. Banyak kali juga. Orang yang jaga dekat situ macam nak marahlah sebab takut baby lion tu marah sebab asyik terkejut dek si dia. Kelakarlah dengar.

Muallimah Ainon pun datang, buang kulit nanas kami pun pergi basuh buah-buah yang telah dibuang kulitnya. Ambil sudu di dapur untuk buang biji jambu batu.Sambil buat kerja, ana cakap pada Marsha, "Tadi, masa add math kan, dengar ayah nti ketawa dengan form 5 dekat sebelah. Kuat sangat. Diorang kata sir cerita pasal ---- tertinggal beg." "Oh, pasal tu, nak dengar ke? ^^" "Ok." Tapi dia tak terus cerita. Pergi tengok orang lain potong buah sekejap. Dirilah tepi muallimah Ainon masa tu. Sekali, muallimah nak suap buah mempelam. Bila dah masuk dalam mulut, terkeluar balik sebab licin, lepas tu, muallimah sumbatlah balik. Secara tiba-tiba. Lepas tu, duduk jauh sikit, malulah.

Lepas ana, muallimah nak suapkan Mardhiyyah pula tapi dia mengelak. Mula-mula muallimah membebellah, dan juga tukang bantu membebel yang lain. "Eh, makanlah. Bertuah tu, pengetua suapkan. Bukan selalu." Muallimah Ainon, "OH, MARDHIYYAH PUASA! Cakaplah dari tadi..dot..dot..dot.." Akhir sekali, gaul semua buah yang telah dipotong dengan kuah rojak resepi ------- dan kacang.


*Clue: Resepi siapa?

Time itulah Marsha cerita pada ana. Kemudian, orang lain pun suruh cerita semula dari mula. Dia pun mulalah cerita kisah tertinggal beg. Nak dengar juga ke? Agak panjang ceritanya. :D Mungkin nanti boleh dengar dari tuan empunya badan. Ada juga yang tertinggal handphone. Yang banat pula, Fuadah, tersangkut masa dekat airport sana sebab tak ada borang. Kemudian, pakcik Zameran pergilah mintakan borang. Katanya, "Dulu pergi, tak payah isi borang pun." "Memanglah, dulu umi yang isikan."

Orang Indonesia, ramai suka bila tengok senarai nama yang melawat mereka sebab ada nama muallimah An. Dan banyak lagi kisah-kisah yang berkaitan dengan Sir Malik yang diceritakan kepada kami sambil memakan rojak tadi (sedulang penuh). Semua pelajar yang ambil biologi tambah Khadijah (tasawur). Semangat Marsha cerita, macam biasalah. Ajuk cakap indon. Memang sedap kalau dengar dia cakap. Maklumlah, dia ada keturunan jawa juga macam ana. Kalau balik kampung suka cakap jawa. Gaya dia cakap memang macam orang jawalah, semangat, ada perkataan tertentu ditekan sebutannya (qalqalah).

Semua budak-budak biologi yang duduk Chukai dan Tasha nak belajar sama-sama esok dekat rumah ----.

Waktu balik sekolah, macam mana entah, boleh cerita pasal waktu sekolah rendah dulu. Cakap dengan Wafaa'. Teringat main dan kawan dengan baninlah, balik lambatlah, masa duduk asramalah, macam-macam. Tapi, yang tinggal hanyalah kenangan. Sebelum tu, cerita pasal abang ana dan kakak Mardhiyyah dan macam-macam lagi. Maklumlah tahun lahir sama. Berdasarkan tahun lahir batch 7, memang pandai bercakap. Pandai bersosial dengan masyarakat.

Hari tu, kakak Mardhiyyah, kak Sakinah kena bedah dan jahit semula kaki babi a.k.a. bab 1 / 134131. Yang Muslim, semua pakai sarung tangan berlapis-lapis. Katanya, rasa macam nak muntah je.

Kalau abang ana, dia cerita baru-baru ni, dia pergi Irbid, dah tengok dah Universiti Yarmouk. "Jumpa Disaster Five." "Ye ke?" "Tak, tapi jumpa Presiden PERMAI, (Cakap bolok. Saje je dia ni.) namanya Afiq...something. Tak ingat nama penuh. Tanya senior, ada tak pelajar nama Irfan Hakimi, dia kata tak tapi Arif Hakimi ada. Tak sempat nak jumpa Hilal Asyraf. Tak silap saya, dia ni ikhwah HALUAN. Kemudian, dekat Amman ni ada anak Abu Urwah tapi perempuan la. Senior, nama suaminya abg shahrul a.k.a abg Sagol. Kalau tanya Izzat Anuar, dia kenal Abg Sagol. Abg Sagol pun kenal dia. Lepas tu ada sorang kawan, kenal masa XPERT dulu.. budak IMTIAZ.. Umar namanya. 2 orang budak Imtiaz, yang Umar tu, 1 team masa XPERT." Panjang lagi ceritanya. Nak dengar ke?

"Jarang jumpa ikan. Tadi bukak FB, ada restoran Sushi, buffett^^ dekat Amman. Bayar 20 JD boleh makan semahu-mahunya.. Setiap Isnin, tapi 20JD tu 10% 'gaji' tau." Kalau tukar duit kita x 4.5. "Wah, mahal lah." "^^, tu le barang sini mahal. Mesir murah dari Malaysia, tapi orang jordan rasanya lebih baik dan sopan.." "Ok. Awak, PPMJ (Persatuan Penuntut Malayisa Amman) juga ke?" "Tak. ^_^ Eh, ya. (ayat bolok lagi) tapi bukan JK." "Awak sorang je ke ahli baru?" "Tak. Join ikhwah dari Irbid. Umar tu dah gi Xpert, mestilah ikut usrah. Awak tu? Tak de xpert hujung tahun ni? Tak nak ke join program KRJ? Produce?" "Ada ke hujung tahun ni?" "Ada, nanti Irfan email."
salam....

untuk produce Gen5 yang telah berjaya menjalani latihan kecergasan di XREK 2009, kemudian menjalani latihan kepimpinan di LEADERS 2010, maka seterusnya mereka akan menempuh cabaran yang lebih dasyat dan mendebarkan iaitu .....

XPERT 2010

maka...
suka untuk ana memaklumkan perihal Butiran XPERT 2010....
Tarikh: 23 - 26 Dis 2010
Hari : Khamis - Ahad
Lokasi: Seluruh Negeri Melaka
Yuran: RM 100 *** ( Untuk peserta & Pengiring )
Tarikh Tutup Pendaftaran : 15 Dis 2010

mohon setiap negeri memaklumkan kepada peserta masing2, kita kekalkan peserta yang sama ke XREK & Leaders tempoh hari.... ayuh.... bergerak... bergerak.... pantassssssssss......

jumpa di Melaka..........

"Oh ya, selimut duvon (8kg) dah dapat yg 2nd hand, warisan dari senior yg dah balik Malaysia. Kalau nak beli 40 dinar. Dapat free, alhamdulillah (tak sure dia beri ke dia pinjamkan :P tapi guna dulu le). Kalau 40 dinar tu, RM 180 jugak atau duit belanja seminggu. Sini banyak strawberry.. plum.. apple.. pear.. oren.. zaitun.. delima.. buah tin.. dan pisang!" Sekarang musim pisang dekat sana. Setakat ni, bila tiba giliran dia masak, mesti masak nasi goreng. Katanya tak sempat nak masak benda lain. Waktu berbuka, kalau makanan tak dimasak lagi, dia suka makan roti 'ufo'. Roti yang besar tu.



Ana rasa hari ini hari yang paling gembira dalam minggu ini walaupun periksa add math. Sedang cuba menyembuhkan dan menghilangkan parut yang masih berbaki di hati.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

2 Comments
Comments

2 responses:

  1. Huissshhh... nak post private message pun berilah warning dulu... :-o Ok, all the best..

    ReplyDelete
  2. @Muhammad
    Semalam nak warning, tapi tak jumpa orang dekat skype. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Add Math
Design by a.a.ghariib