Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Sanah Helwah dan Gimik

06111431H
Assalamualaikum. Hari ini penuh dengan gimik birthday. Ana cerita pasal form 2 dulu ya. Masa semalam, ada beberapa orang form 2 datang pada kami, beritahu pasal gimik itu sebab nak minta bantuan pengawas form 4 dalam menjayakan gimik ini. Sungguhpun diri ini bukanlah seorang pengawas, tetapi sahabat-sahabatku yang pengawas adalah antara sahabat yang rapat denganku.

Cadangnya begini, Afiq menulis surat cinta. KONON-KONONNYA. Dan dia ingin mengirimkannya kepada Ain Shamsul Azhar dan Farhahlah yang memasukkan surat tersebut ke dalam beg Ain. KONON-KONONNYA. Kemudian, pengawas form 4 banat buat sport check dan jumpa surat tersebut dan bukti (palsu) menunjukkan bahawa Farhahlah yang terlibat. Sebelum Sir Malik masuk kelas, Marsha tahan Sir Malik sekejap sebab nak cakap pasal ni. Marsha dan Mardhiyyah pun masuklah sekejap kelas mereka.

Marsha: Tadi, pihak pengawas telah mengadakan sport check. Dan malangnya, kami telah menemui sesuatu yang tidak sepatutnya. Antum semua baru form 2. Tak naklah buat masalah macam ni. (menyatakan kekesalannya). Oklah, ana tak nak cakap panjang sebab Sir Malik dah tunggu dekat luar. Nanti, esok kami panggil mereka yang terlibat masa perhimpunan.

Yang Sir Malik pula, tanya kami dekat luar.

Sir: What happen?
Fatimah: Gimik.
Sir: For what?
Fatimah: Birthday.
Sir: Whose birthday?
Haziqah: Somebody.
Fatimah: Someone.
Sir: I see.

Last sekali, sebelum Sir Malik masuk,

Fatimah: Sir, jangan cakap apa-apa eh!
Sir: Hm.

Muallimah Ainon turut bersekongkol. Pagi tadi, muallimah panggil Farhah dan Ain berdiri di depan. Kesian tengok muka diorang. Muka sedih. Tapi lari sikit dari rancangan asal. Lepas perhimpunan, muallimah panggil mereka bertiga. Marahlah kononnya. Tak berapa lama kemudian, orang pun nyanyi dari belakang, Allah selamatkan kamu. Mereka berdua apa lagi, menangislah. Hee..

Muallimah Ainon pula seronok,

M.Ainon: Yes. Saya berjaya buat mereka berdua menangis.

Cara yang kejam..hohoho..

Form 4 juga ada kisahnya. Nanti che sambung. Apa? Nak dalam loghat utara? hehehe... Jangan main-main, che anak orang utara. Sat gi, kalau ada masa, che habaq mai ceritanya. Caranya juga agak kejam.


Sekarang, kita beralih pula kepada gimik form 4. Pemulauan kepada Nurul telah dimulakan daripada petang Isnin iaitu ketika kelas tambahan add math. Semua orang tak layan dia. Masa tu, barisan ana baru tahu pasal itu. Sekejap-sekejap, Marsha dan ana tengok dia. Kesiannya... Marsha pun tanya, boleh tak ada sorang jadi watak baik? Sebab Nurul selalu minta Marsha ajar dia add math. Tapi, nasib baik Syikin ajarkan dia add math masa tu.

Sebelum itu, Nurul ada minta Marsha ajarkan tapi...

Marsha: Owh, ana pun tak faham lagi.

Tapi, bila orang lain minta ajarkan, terus Marsha ajarkan. Katanya, rasa bersalah pula. Ana buat seperti biasa sahaja. Tapi, kalau tak ada apa-apa urusan, cuma mendiamkan diri sahaja. Geng-geng barisan belakang sebelah kiri sekali memainkan paling banyak peranan sebab majoritinya duduk asrama.

Pagi Selasa, Fatini report pada ana perkembangan rancangan ini..hihihi. Katanya, Syifa' dan Iera telah berjaya membuat Nurul menangis. Masa dekat musolla, Iera memaksa Nurul ambilkan tafsirnya, tapi Nurul tak nak sebab dia nak keluar dari musolla. Kemudian, Iera dan Syifa' menghalang dia daripada keluar. Mestilah Nurul rasa bengang, tetapi akhirnya, dia berjaya keluar. Dah keluar tu, Fatimah pula membebel, apa bising-bising ni?

Ada sekali tu, Syifa' tolak Nurul. Kemudian Nurul pun cakaplah, "Apa, nti ingat ana ni binatang ke?" Ada juga Nurul cerita kepada Robi'ah.

Bi'ah: Padan muka!
Nurul: Padan muka siapa?
Bi'ah: NTILAH!

Terus Nurul masam mencuka. Dan muallimah An juga turut memainkan peranannya. Keseluruhannya, 5 kali dia menangis pada hari Isnin dan Selasa itu. Tetapi, rancangan ini tidak mampu untuk kami teruskan sehingga hari Khamis kerana semua orang berasa kasihan kepadanya. Akhirnya rancangan ini diketahui olehnya pada Selasa malam Rabu itu.

Ketika usrah di rumah Auni, Nurul jadi pengerusi majlis dan penyampai tazkirah. Dan tajuk tazkirahnya mengenai Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti. Pada akhir tazkirah pun, dia cakap, "seperti yang ana lalui semalam, 5 kali ana menangis." dan cerita semua peristiwa yang dialaminya. "Ana rasa, hari tersebut adalah hari yang paling pahit dalam hidup ana." Muallimah Yong pun ketawa je. "Bagus juga sekali-sekala buat macam tu. Barulah dapat melatih ketahanan emosi kita. Mungkin sekarang, kita ada kawan-kawan yang baik sebab ada biah solehah. Nanti tak lama lagi, u all akan ke U, macam-macam orang kita jumpa. Tak semua boleh dijadikan kawan. Masa tu pun, semuanya bergantung ke atas kita. Tak ada cikgu dah nak beritahu dekat kita pasal kawan-kawan ni. Masa u all dekat sini semakin singkat. Tapi, janganlah buat selalu, kesian kawan kita, sampai kering air mata nanti."

Esoknya itu, ada rancangan lain pula sebelum nak keluarkan kek. Selesai sahaja ULBS dan pembentangan BM, ana duduk tepi dia. Mula-mula nak buat rancangan lain, tapi dia syak.

Nurul: Eh, nti pun berkomplot dengan diorang juga ke?
Ana: Kita kan baru habis bentang ULBS.
Nurul: Oh, ye ke.
Ana: Eh, dia syaklah.
Aqilah: Ye ke. Nantilah ana cakap kat muallimah An.

Masa muallimah nak suruh orang yang baru uat ULBS tandatangan,

M.An: Nurul! Kan ana suruh nti jumpa ana tadi!
Nurul: Tak sebab...
M.An: Sini, tandatangan. Lepas ni jumpa ana.

Habis je waku BM,

M.An: Nurul, jumpa ana!

Muallimah pesan dekat kami, 10 minit lepas dia jumpa muallimah, semua masuk bilik guru. Macam-macam muallimah cakap dekat dia.

M.An: Nti nak tak hadiah ni?
Nurul: Kalau muallimah nak bagi, bagi je lah.
M.An: Ana memang sakit hati kalau orang cakap macam tu dengan ana.

M.An: Nti bincang baik-baik dengan pakcik nti, boleh tak kalau nti duduk je rumah pakcik nti tahun depan. Sebab nti asyik buat masalah dekat asrama.

Dan macam-macam lagi. Menurut Nurul, last sekali, dia tahankan juga dirinya daripada menangis. Tapi, makin tahan, makin nak menangis. Akhirnya, tumpah juga air matanya. Kami pun datang, Allah selamatkan kamu! Guru-guru semua tengok dia.

Marsha: Tepi-tepi, ana nak tengok juga. Tengok kek.
M.An: Kejap-kejap, nah hadiah dari ana. Jadilah seperti dia. Senyum selalu, jangan asyik nangis.

Begitulah sedikit sebanyak kisahnya. Akhir sekali, ana minta maaflah pada dia. YEAY~DIMAAFKAN, sayang 'anak sedara' ana ni...

Nanti, che cari masa untuk update pasal MaUTaDi pula ye!

Di sini, che juga ingin kongsi dengan hangpa semua sedikit sebanyak loghat utara yang biasa digunakan di kampung che dan pernah che dengaq:

acaq, aci, aih, aiyaq, ajaq, akai, apum, awat, balun, bataih, belah, belahak, blemoih, boh, botoi, buaih, buluq, capoi, cemerkap, cemuih, cenge', coki'a, cup, daun selom, deghaih megheyup, dendan, depa, geghek, ghalit, ghona-ghoni, ghosek, gulai, habaq, hangat, hingaq, jege, jegheluih, jelan, jengkek, jengoi, julin, kaih, kecek, kedarah, kedara, kedhagah, kelentong, keraih kedekiang, ketayap, ketegaq, koi, kupang, kuruih kedengkiang, lagu, lekaih, lena, lencun, ligan, loghat, loklaq, luku, mai, mamai, mamun, mangkit, manih melecaih, masam piang, meghelam, meghelip, megheloh, meghelop, meghemut, meghenyeh, meghudum, melehaq, melengkaq, melewaq, meleweh, menakan, mot, mottan,mutu, ndoi, nyiok, pasai kat aku, phait bedengung, pak pandiaq, panaih lit-lit, panchoq, pi, pulun, ranggi, sagat, sakan, sat, segan, seghebeh, seghiau, sejuk gedi/ dik-dik, selekeh, selului, selumbaq, sempoi, sengau, siru, tak ketahuan, tang, terpele'ot, tertomoi, tibai, tidoq, tonyoh, tungin.

Hampa cari sendiri makna yang hangpa dak faham. Banyak lagi sebenarnya. Cara sebut pun lain pada sesetengah perkataan cuma lebih pendek harakatnya :D Contohnya, jauh. Oh ye, lagi satu, kebanyakan perkataan yang ada ng, dibuang g. Contohnya, burun.

Awat? Ada orang nak cuba terjemah ka?

Mak ana orang utara, ayah ana orang selatan, ana, duduk tengah. Jadi, boleh macam-macam loghat. Bahasa Jawa sikit, Cina sikit, India sikit, Melayu sikit sebab keturunan campur-campur. Ada keturunan Acheh juga. Dalam keluarga, ada pula sorang orang Siam, orang Australia dan Singapura. Universal betul. Nak belajar bahasa Arab betul-betul.

Masing-masing begitu kreatif. :D

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

14 Comments
Comments

14 responses:

  1. birth day spe? ain ke farhah? maaf ana cuti so x tau..

    ReplyDelete
  2. Form 2 dah cam ni,form 4 caner pulak..

    ReplyDelete
  3. adikku..~ kalaula ana ade kat situ.., ana akan join gimik tu..^_^

    semoga dirahmati..

    ReplyDelete
  4. @Sabrina Abina
    Sekurang-kurangnya, form 2 menangis sekali sahaja.
    Form 4, lebih kurang 6 kali juga 'budak tu' menangis. :D

    ReplyDelete
  5. @muhammad92
    Semoga adik MaUTaDiku itu dirahmati Allah selalu...

    ReplyDelete
  6. kalau ana jadi korang,takut bila birthday nak dekat. takut jadi cam ni.. hehe ;)

    ReplyDelete
  7. berkenaan loghat utara tu..kebanyakan huruf G yang hilang dipercayai..orang terengganu yang rampas.. sampai pinggan jadi pinggang, ikan jadi ikang dll..

    sekadar maklumat tambahan yg didapati mase Kem Komander dulu2 (khemah sblah org utara)

    ReplyDelete
  8. @muhammad92
    a'ah, mmg org selalu dok kata mcm tu.

    "hangpa lah pi ambil g kami..."

    ReplyDelete
  9. abangku seorang sahaja lahir kt kg utara...tapi, susah betul nk dengar dia ckp mcm org sana. Lebih kpd org selatan pula.

    ReplyDelete
  10. Ni di Amman, ada kawan-kawan dari Kedah, jadi boleh je cakap utagha dengan diorang...

    Ps. Birthday ana hari cuti... hujung tahun.. huhu.. nasib baik..^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Sanah Helwah dan Gimik
Design by a.a.ghariib