Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Sedih?

03121431H
Assalamualaikum. Post ini sekadar ingin meluahkan kekesalan apabila ada pihak yang mereka cerita atau menyebarkan cerita yang tidak benar mengapa abangku tidak berjaya mendapatkan biasiswa. Tak perlulah sampai menyebut butir peribadinya. (nama, dari mana dll) Sungguh pun dia tiada di sini, bersama-sama si 'penyebar fakta'.

Ana pun jarang cerita tentang perkara ini pada orang lain melainkan yang agak rapat dengan diri ini kerana terlalu panjang kisahnya dan begitu rumit. Teringat aku pada ibu bapaku yang terkejar-kejar ke sana ke mari untuk menguruskan hal tersebut. Bukan salah abangku, dia tidak berjaya mendapatkan biasiswa. Tetapi ada kisah lain yang tidak disebut oleh pihak tersebut.

Dia sudah selamat belajar di sana atas tanggungan ayahku sendiri. Tidak usahlah menyebut-nyebut kembali tentang hal itu. Bercakap seolah-olah merendah-rendahkan abangku. Kami sudah cukup bersyukur kerana kami telah melihat hikmah di sebalik semua itu. Allah sudah merancang segala-galanya. Dialah sebaik-baik perancang. Inilah yang terbaik untuk abangku.

Ku tidak sanggup dia diperkatakan begitu. Dialah satu-satu abangku yang mengajarku sejak kecil. Ku pernah bertanya kepadanya, apa perasaannya apabila diburuk-burukkan atau diperkatakan yang tidak elok padanya. (Kerana seringkali juga mendengar suara-suara sumbang yang mengata di belakangnya) Katanya, hanya mampu tersenyum, biarlah apa yang orang lain mahu kata, semoga diberi hidayah oleh Allah. Kalau kita bersabar, kita dapat pahala.

Hanya meluahkan apa yang terpendam dalam diri ini selama ini.

Maaf sekiranya terkasar bahasa.

Aku hanyalah insan biasa, yang dhaif.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

9 Comments
Comments

9 responses:

  1. salam .. betul2 ana pon t'kejut kenapa diungkitkan hal yg silam tu ... seolah2 merendahkan beliau...walaupun ana br msk dlm library td..

    ReplyDelete
  2. @~be'ah ~
    wassalam...hohoho, silamlah sgt.
    hee~ takdelah, cuma terkilan dgn cara dia cakap. kalau nk bg cnth pun, tak usahlah katakan siapa. Taklah terasa sgt, dah lah apa yg dia ckp tu x btol. Mesti dia dgr2 org lain cerita walhal dia tak tahu kisah penuhnya...

    Biarlah, moga2 abangku mendapat kedudukan yg tinggi di sisi Allah, biarpun ada yg cuba merendah2kannya.

    Semoga kita semua peroleh hidayah daripadaNya.

    ReplyDelete
  3. btul ke ap yg die cerita?
    mcm xpercaya.
    hampir hampir percaya.
    maaf =='

    ReplyDelete
  4. @wasabi_lemonz
    Oh, ye, ana rasa ana tak cakap sampai habis. Pada waktu last2 minit dia dapat tawaran untuk biasiswa tapi, ketika itu, sudah terlambat dan dia sudah bertekad mahu ke Jordan setelah melihat begitu susah utk menuju ke arah bidang yg mula2 ingin dipilihnya itu. Ayah ana pernah berkata, sekiranya Allah mahu kita buat sesuatu, Allah akan permudahkan.

    Setelah berbincang semula dgn keluarga, ust, dan pc zameran, dia bertekad mahu melanjutkan pelajaran ke Jordan. Mungkin inilah hikmah dapat tawaran biasiswa lambat. Allah menunjuk kpd abgku agar menuju ke arah ilmu akhirat dahulu.

    Tak ramai yg tahu, dia turut mendpt tawaran, tetapi dia menolak (lgpun terlalu bnyk kerenah yg kami hadapi sblm itu). Sekejap2 kena pergi PJ, kena pergi situ, sini dll. Proses yg menyusahkan.

    Akhir sekali ayahku berkata pdnya, biarlah ayahku menanggung perbelanjaan utk pembelajaran abgku. Pd mulanya, ayahku cuba mendptkan biasiswa utk abgku krn duit yg ada ingin disimpan buatku dan adik2ku nnti yg ingin smbg belajar slps spm.

    Lepas abg ana habis belajar syari'ah dll, barulah dia ambil ilmu 'alat', ilmu utk duniawi. Begitulah rancangnya.

    Kami hanya mampu merancang, tetapi Allah lah sebaik-baik perancang. (Ish, pnjglah pula. Mewarisi sifat abgkukah?)

    ReplyDelete
  5. Dia pergi Jordan atas tanggungan sendiri sbb kalau nak ikut yg kerajaan hntr, kena tunggu thn dpn. Jadi, ambil inisiatif utk pergi thn ini. Awal thn dpn, dlm bln 4, habislah 2 sem utk belajar bahasa arab.

    ReplyDelete
  6. sekolah swasta
    macam biasa.
    biasiswa susah nk dapat etc.
    sekolah swasta bukanlah anak emas.
    sekolah kerajaan,laju laju dapat biasiswa.
    =='

    ReplyDelete
  7. salam..sabar yerk..ana thu cerita sebenarnya..yg x thu tue biarkan saje..tapi ana pun agak kesal bila dengar tue..Allah bersama org yg sabar...

    ReplyDelete
  8. @wasabi_lemonz
    Betul tu. Itu juga salah satu sbb kenapa dia tidak dpt pd awalnya.

    Ketika itu, kerajaan kekurangan wang. Jd, dia kena pilih antara abg ana atau pelajar kerajaan itu.

    ReplyDelete
  9. @ziqah
    ana tak berapa kisah, kalau yg lain tak tahu. tp jgnlah smpai pelajar al-amin pun percaya apa yg diperkatakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Sedih?
Design by a.a.ghariib