Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Mari Kita Renung2kan

15011432H
Di sini ada satu kisah yang dihantar oleh sahabatku melalui email dan pembaca bolehlah renung2kannya!
(kisah di bawah ini tidak diubah perkataannya, memang dihantar begini.)

Suatu hari, Nasruddin pergi bersama anaknya keluar kota. Dalam perjalanan itu, si anak menunggang keldai sementara Nasruddin berjalan kaki sambil memegang tali keldai yang ditunggangi anaknya. Out of the blue, seseorang menegur.

"Dunia memang sudah akhir zaman. Bagaimana mungkin anak dengan anaknya menaiki keldai sementara ayahnya dibiarkan sahaja berjalan kaki. Sungguh biadab anak tersebut and tak sedar diri!"

Mendengarkan kata2 itu, anak pun berkata kepada Nasruddin.

"Ayah, bukankah saya sudah katakan tadi, naiklah keldai ni. Biar saya saja yang berjalan kaki."

Nasruddin pun bersetuju untuk menurut kemahuan anaknya itu dan juga menurut kata orang yang menegurnya.

Di tengah perjalanan, mereka bertemu dengan sekelompok orang yang kali ini mencela Nasruddin pula.

"Teruk sungguh orang tua ni, membiarkan anaknya berjalan kaki sementara dia dengan enaknya duduk di atas keldai. Orang tua ini sungguh tidak punya rasa belas kasihan pada anaknya."

Mendengar cakap cakap tersebut, Nasruddin akhirnya mengajak anaknya menaiki keldai itu berdua untuk menutup mulut orang dari mengata mereka lagi.

Setelah keduanya menaiki kelda tersebut, mereka bertemu pula dengan kelompok orang yg sedang duduk- duduk di pinggir jalan. Salah seorang dari orang di situ berkata.

"Hai teman-teman, cuba kalian lihat betapa kejamnya mereka, menunggang keldai yang lemah itu berdua!"

Kerana tidak tahan mendengar kutukan itu, Nasruddin dan anaknya pun turun dari keldai. Keldai itu kemudiannya dipimpin sementara mereka berdua berjalan kaki. Tidak lama selepas itu, mereka berpapasan dengan sekumpulan orang jalanan. Orang yang berada disitu pun berkata kepada Nasruddin.

"Kalian berdua ni memang sudah gila, membiarkan keldai begitu saja tanpa dinaiki sementara kalian berjalan kaki padahal cuaca siang ni sangat panas.

Dengan rasa kesal Nasruddin pun berkata kepada anaknya.

"Anakku, manusia memang hanya tahu mencela. Tidak ada yang selamat dari cercaan orang lain."


Renung2kan dan selamat beramal~


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

2 Comments
Comments

2 responses:

  1. Dalam satu riwayat lain, dikatakan Nasruddin berkata, "habis, aku naik keldai salah, anak aku naik keldai salah, naik berdua salah, tak naik pun salah, tak kanlah kami nak suruh keldai naik atas kami pulak?"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Mari Kita Renung2kan
Design by a.a.ghariib