Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Nadwah 2010

11011432H
Alhamdulillah NADWAH KEPIMPINAN PELAJAR MUSLEH 2010 telah di adakan pada 22hb – 24hb NOVEMBER 2010 bertempat di PUSAT PENDIDIKAN AL-ISLAH, Sg Petani Kedah. Seramai 98 orang pelajar baniin dan 94 orang banaat; diiringi 9 orang muallimin dan 10 muallimat telah menghadiri program mewakili semua SMI MUSLEH seluruh negara.

Nyanyian lagu tema (Gelombang Keadilan dan Mujahid Muda) telah diperdengarkan sepanjang program. Program yang berkonsepkan pelaksanaan sepenuhnya oleh pelajar dengan bimbingan muallimin dan muallimat telah memilih sdr Zubair sebagai Pengarah dan Madihah sebagai Timbalan. Semua aktiviti dalam kumpulan telah dijalankan oleh para peserta secara berasingan baniin banaat.

Alhamdulillah, Ucap utama telah disampaikan oleh Ust. Rosli Yusof, YDP IKRAM Kedah bertajuk Kepimpinan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Ceramah kedua telah disampaikan oleh Hj. Aminuddin Shuib, Ketua Pemuda IKRAM Kedah bertajuk Pengurusan Masa Pemimpin Muda - tanggungjawab sebagai pemimpin dan pelajar. Forum Pelajar telah diadakan dengan tajuk: Al Islam walhal dengan ahli panel merupakan wakil-wakil pelajar SMI Aman KB, Al-Amin Gombak dan Hidayah JB. Perbincangan adalah berkisar realiti di sekolah, punca wujudnya masalah dan penyelesaian melalui perkongsian pengalaman. Forum Nadwah pula bertajuk “Menjulang Kepimpinan Pelajar MUSLEH” dengan ahli panel terdiri daripada Akh. Zubeir (ex-hidayah JB), Us. Syazalie (Ahli DPN IKRAM dan Ketua Pemuda IKRAM P.Pinang) dan Cikgu Azizah (Ketua Wanita IKRAM Barat Daya P.Pinang). Nadwah telah dipengerusikan oleh Akh. Abd. Rahman (ex-Al-Amin Bangi). Perbincangan berkisar tajuk kepimpinan, syarat dan ciri pemimpin, rukun berorganisasi, cabaran dan peranan serta tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin muda.

Pada setiap malam, para peserta telah membuat refleksi dan persediaan untuk aktiviti keesokan hari, program qiamullail, senaman dan perhimpunan pagi dijalankan setiap pagi.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ust. Megat Mohamed Amin b. Megat Mohamed Nor Pengerusi MUSLEH. Beliau telah menyentuh cabaran-cabaran yang dihadapi para pemimpin dan persediaan-persediaan yang diperlukan sebagai pemimpin pelajar. Di antara persediaan asasi kepada semua orang terutamanya sebagai pemimpin ialah birr walidain - ihsan kepada kedua-dua ibubapa (Al-Isra' 23)

Pemenang pembentangan bagi Manifesto Terbaik ialah SMI Al-Amin, Gombak dan Pemidato Terbaik juga dari SMI Al-Amin, Gombak. Nadwah kali telah mewujudkan Majlis Perwakilan Pelajar MUSLEH yang terdiri daripada Zubair b. Amir Nurrashid (SMI Al-Islah, Sg. Petani), Abdullah Azam b. Jailani (SMI Al-Amin, Bangi), Abdullah Mursyid b. Hasanuddin (SMI Hidayah, Johor Baharu), Mohd Afiq Haidar b. Ghazali (SMI Aman, Kota Bahru), Muhd Fariz b. Fauzi (SMI Al-Amin, Gombak), Nurul Fida’ bt. Rosli (SMI Al-Islah, Sg. Petani), Hanifah bt. Jailani (SMI Al-Amin, Bangi), Maryam bt. Che Rahimi (SMI Aman, Kota Bahru), Nur Kamaliah bt. Nagmudin (SMI Hira’, Jeram) dan Khadijah bt. Idris (SMI Al-Amin, Kemaman). Adalah diharapkan agar semua SMI MUSLEH dapat menggerakkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini dengan seberapa segera.

Moga-moga Allah swt memberkati anak-anak kita pemimpin umat masa akan datang - amiin

sumber: http://www.musleh.edu.my

Salah seorang daripada MPP tersebut menghantar kepadaku,

"Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh wamaghfiratuh, andai ada pengganti hebat yang akan memikul amanah ini nescaya akan ana berikan amanah ini kepadanya, ana tak pernah terfikir untuk menggalas beban ini, siang dan malam, ana rasakan sesak dada memikirkannya, ana bukanlah yang terbaik amalannya dalam kalangan kita, tetapi ana di antara yang paling berat tanggungjawabnya, berita yang terbaik bagi ana sekarang ialah mudah menjejak kaki ke syurga Allah, berita terburuk bagi ana ialah mudah terhumban ke neraka Allah, ana sekarang wajib untuk memikirkan bagaimana medium yang mesti digunakan supaya 32 buah sekolah musleh hanya bertutur mengenai taqwa kepada Allah itu, yang disuruh oleh pihak atasan, Rabbi yassir wa la tu'asir, sahabat mulai pukul 5:00 petang 24/11 ana adalah hamba untuk 15 000 pelajar SRI dan SMI. YA ALLAH DIKAU BERIKAN UJIAN YANG SANGAT HEBAT BUAT HAMBA, bantulah hamba dalam memimpin ini bersama ArRijal AdDakwah yang lain, amiin..."
01-12-10 19:00

Amiin..


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Nadwah 2010
Design by a.a.ghariib