Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Qiamullail MT02 2

28 April 2010, Rabu
Hari ini, kumpulan SPPM kami buat jamuan sambut hari jadi. Jadi, masing-masing bawa makanan dan ana bawa pai epal. Alang-alang buat untuk Sir Azman, (dapat RM10) buat sekali untuk SPPM ni. Lepas SPPM, kumpulan lagi satu beritahu, esok, f.4 boleh join Karnival Kesihatan dan Keselamatan waktu Chemistry sebab gurunya tak dapat hadir ke sekolah pada waktu tersebut...sebab... Mula-mula, rasa bestlah juga..tapi, bila masuk kelas, nampak dekat whiteboard, pesanan daripada si guru untuk baca subtopic yang baru, fahamkan dan buat latihan. Ha! Takpe, siapkan kerja tersebut masa qiam petang ni. Esok, boleh keluar kelas.

Habis kelas biologi, terus buat kimia. Bertungkus-lumus menyiapkan kimia. Sampai ke satu tahap, tak dapat fikir sebab tak faham. Jadi, kami mengambil keputusan untuk segarkan diri dulu. Selepas kendiri, sambung semula jawab kimia. Pukul 4:50 petang, kami berhenti kerana...

Bermulanya program.....

Tepat jam 5:00 petang, kami berkumpul di musolla untuk mendengar taklimat. Buku kimia dikelek ke merata tempat. F.4 kena jaga kebersihan kawasan sekolah. Memandangkan tugas kami sudah selesai, kami meneruskan sesi menjawab kimia sehinggalah jam 6:30 petang. Setelah itu, makan malam, solat dan baca mathurat. (masih setia dengan buku kimia) Sesudah itu ada tayangan berkenaan tanda-tanda kemunculan dajal. Solat Isya'. Pada jam 9:00 malam, slot 1 diteruskan oleh Umi Saidah dengan tajuk, "7 FORMULA INSAN CEMERLANG."

28 April 2010, Rabu
Kumpulan usrah kami hirosah dari jam 12:00 hingga 1:00 pagi. Tidur jam 11:00 tadi. Alhamdulillah, kali ini ada peningkatan, yang tak hirosah masa qiam yang lepas hirosah. Sambung lagi buat kimia dengan Izyan, orang lain tilawah surah Al-Baqarah. Jam 11:30, tukar shift.

Bangun untuk qiam pada jam 4:30 pagi. Kendiri. Solat Subuh, mathurat, kulim dan sarapan. Alhamdulillah, sempat siap kimia sebelum waktu persekolahan.

Pada waktu chemistry, kami dikehendaki untuk mengikuti ceramah polis. Hati dah lapang sebab dah siap kerja yang diberikan.

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::15 Jamadil Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Salam

Memberi salam mengikut hukum asalnya adalah SUNAT dan menjawabnya adalah WAJIB. Perkara pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah :
" Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera"
( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warahmatulLah. Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

"Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah."
(Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )


Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :

1.Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

2.Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai.

Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.”
(Riwayat al-Bukhari)

3.Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
  • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
  • Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
  • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  • Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
  • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
  • Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
  • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
  • Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.

Ada 4 jenis lafaz salam:

1 - Assalamualaikum
> Salam sejahtera ke atas kamu.
> Mendapat ganjaran sebanyak 10 pahala.

2 - Assalamualaikum Warahmatullah
> Salam sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah.
> Mendapat ganjaran sebanyak 20 pahala.

3 - Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
> Salam sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah dan diberkatiNya.
> Mendapat ganjaran sebanyak 30 pahala.

4 - Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh
> Salam sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah dan diberkatiNya dan mendapat keampunanNya.
> Mendapat ganjaran sebanyak 40 pahala.

Pilihlah yang mana satu...

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::13 Jamadil Awal 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pentas Dunia

Dunia ini ibarat sebuah pentas yang amat besar.15

Terdapat ramai pelakon di atas pentas tersebut.
Ada yang berlakon dengan baik dan bagus sekali. 04
Ada yang berlakon dengan tipu muslihat, tidak jujur dan lain-lain. 1279

Yang tua akan dipanggil keluar dari pentas.
Sebaliknya, yang muda dilahirkan
dan akan disuruh naik ke atas pentas
untuk dinilai.

Sebelem mereka dibenarkan naik,
Mereka harus berjanji untuk mematuhi peraturan
ketika berlakon di atas pentas nanti.
Dan semuanya telah berjanji. 04

Namun, ada yang lupa diri 11
menjadi sombong
dan melanggar peraturan.

Di atas pentas,
masing-masing menunjukkan bakat masing-masing.

Sehingga sampai satu masa,
akhirnya, pentas itu akan dirobohkan
kerana tempoh untuk berlakon sudah selesai.
0628

Kemudian, semua dipanggil semula
untuk naik ke atas pentas yang baru, yang lebih indah.
Semua berada dalam lingkungan umur awal 30-an.

Mendapat ganjaran setimpal dengan bakat yang ditunjukkan. 06

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." (Quran, 51: 56)

"(Ingatlah wahai Muhammad) Ketika TuhanMu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan (Allah) jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri. (Dia bertanya): 'Bukankah Aku Tuhan kamu?' Mereka semua menjawab: 'Bahkan benar, kami menjadi saksi.' Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat kelak: 'Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.'" (Quran, 7: 172)

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::2 Jamadil Awal 1431H::


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pilihan

Seorang lelaki Islam telah ditanya oleh seorang atheis.

Atheis: Kenapa manusia tetap masuk neraka jika mereka berbuat jahat? Bukankah Tuhan yang mentakdirkan manusia baik atau jahat?

Islam: Manusia ada pilihan.

Atheis: Mana ada! Tuhan yang tetapkan segalanya! Dia kejam! Dia takdirkan manusia menjadi jahat, kemudian dia masukkan mereka ke dalam neraka?

Islam: Manusia ada pilihan.

Atheis: Bohong! Segala tindakan manusia adalah takdir Tuhan. Manusia cuma mengikut.

Lelaki itu pun mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke kepala si atheis.

Islam: Tuhan takdirkan saya tembak saudara hari ini. Maafkan saya, saya tiada pilihan melainkan untuk mengikut sahaja.

Atheis: Tidak! Tidak! Kamu ada pilihan! Kamu ada pilihan! [walhal, pistol itu adalah pistol mainan]

Apa yang dapat kita simpulkan daripada perbualan di atas ialah setiap orang mempunyai pilihan sama ada memilih untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Berdasarkan perbualan tersebut, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amalan kita dalam usaha menuju ke syurga Allah.

Memilih untuk berubah menjadi lebih baik, memilih untuk tidak menjadi orang yang bodoh. Sekiranya kita terjatuh sekali dalam lubang, tidak mengapa. Tetapi bodohlah sekiranya kita jatuh berkali-kali di dalam lubang yang sama. Amat bodohlah orang yang memilih untuk mengulangi kesilapan yang sama.

Di sini juga, suka untuk ana sebut, sebagai seorang muslim, kita menjalani kehidupan seharian di atas konsep amar makruf, nahi munkar. Jadi, kita seharusnya saling menegur di antara satu sama lain, dalam konteks sahabat (contoh yang paling mudah). Sekiranya kita tahu sahabat kita melakukan kesilapan, cepat-cepatlah memberi teguran. Jangan pula kita yang menjadi pembela atas kesalahan sahabat kita atau memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

Sedarlah sahabat sekalian, seandainya kita mendiamkan diri sahaja, kita juga yang akan menyesal pada hari akhirat kelak. Sekiranya sahabat kita disoal oleh Allah atas kesalahan tersebut, lalu dijawabnya, dia tidak tahu itu adalah salah atau tiada orang menasihatinya atau mendapat pembelaan daripada kita dia atas kesalahannya. Maka, kitalah yang turut dipertanggungjawabkan di atas kesalahannya.

Bayangkanlah, kita sudah hampir masuk ke syurga. Tetapi sahabat kita menarik kita supaya turut mengikutinya ke neraka kerana tidak menegurnya dan membisukan perkara yang hak suatu ketika dahulu.

Jadilah kita manusia yang soleh wa musleh, baik dan membaikkan orang lain.

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung."
"Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoinig what is right, and forbidding what is wrong. They are the one to attain felicity."
(Quran, 3: 104)

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::27 Rabi'ul Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pesanan Terakhir Syed Qutb!

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusara ku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rinduNya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana
fajar sedang memancar

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::25 Rabi'ul Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Qiamullail MT02

1 April 2010, Khamis
Kami dipanggil ke musolla untuk mendengar taklimat tentang qiamullail MT02. Dalam program ini, kami semua dikehendaki untuk 'puasa bercakap'. Kumpulan ana, kumpulan usrah Muallimah Yong, diberi tugasan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan makanan. Afif seorang je tak datang sebab kena quarantine, positive influenza A. Bila dah habis sesi taklimat, Robiatul dan Marsha dipanggil oleh Kak Zubaidah. Robiatul kena ganti Marsha jadi AJK makanan. Ana kena jadi S/U dan Auni jadi bendahari. Mengejut tuh....

Kemudian, kami adakan perjumpaan dalam kumpulan usrah sekejap. Bincang, nak tugas sediakan makanan bila dan semua perkara kami bincang siap-siap. Nanti dah tak boleh cakap. Ana dan Robiatul dah pergi belajar dengan makcik tadi cara nak masak air guna periuk kat dapur tu. Seusai mengerjakan solat Asar dan bacaan mathurat, kami beriadah. Main basikal Fatimah. Gendong Marsha dengan Izyan. Orang lain buat BaSeD tanpa suara. Lebih kurang pada pukul 5.40 petang, kami bergegas ke dapur untuk menyediakan apa-apa yang patut. Ana dan Izyan isi air dalam tong. Yang selebihnya, tadah air dan bahagikan makanan untuk banin, banat dan orang yang berpuasa.

Selepas Maghrib, dengar tazkirah daripada Kak Mawaddah Lokman yang begitu mantap tentang dakwah. Seusai solat Isya', Mardhiyyah suruh rasa dahi dia. Panas. Demam. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Mazlan yang berkisar tentang dakwah. Kisah ghulamuddakwah atau lebih dikenali sebagai kisah ashabul ukhdud. Walaupun sudah banyak kali mendengar kisah ini, tetapi masa seronok atau tidak bosan mendengar kisah ini lagi. Kira-kira pukul 10.20, kami diberi masa untuk berehat sebentar sebelum slot ini diteruskan. Tiba-tiba, Mardhiyyah kata dia nak buat air untuk supper. Kami tak benarkan, Marsha dan ana pun ganti dia.

Ana dan Robiatul ajarlah cara nak buka api. Ajar sahaja, tak berani nak buat. Kemudian Marsha pun buatlah, tapi dia tersilap tekan. Kami tak sedar lagi masa tu. Dia, ana dan Robiatul pun intailah ikut lubang tersebut, nak tengok api nyala tak lagi. Tiba-tiba nampak api keluar dari lubang tersebut menyambar ke arah kami. Api biru tuh...terasa bahang panasnya. Kaget. Alhamdulillah ana dengan Robiatul selamat, kami tunduk dan terus menjauhkan diri daripada periuk tersebut. Tengok-tengok, Marsha tak bangun-bangun lagi. Wafaa' dan Nurul terkejut bila dengar bunyi api menyambar tadi menunggu sahaja di tepi itu. Kami takut jadi apa-apa pada dia. Robiatul pun bangunkan dia, dia masih menutup mukanya. Bahang api tersebut telah memberi kesan pada bahagian mukanya terutama matanya. Habis bulu mata dia rosak, ada yang bercantum, ada yang 'rapuh'. Sedih tengok muka dia. Tapi Marsha yang ana kenal seorang yang kuat dan tabah. Ana bimbang juga tengok dia macam tu, lagi-lagi ana ni ketua usrah, tapi dia kata, jangan beritahu orang lain (dlm program tu lah). Itulah yang dikatakan sebagai ujian sebagai hambaNya hatta sekecil-kecil perkara sebegini pun, masih tetap diujiNya.

Teruskan membancuh air. Bila rasa air Vico tersebut, rasa macam ada benda yang kurang. Baru ingat, patutnya bancuh dengan susu tapi sebab Marsha tak beli susu, bancuh dengan gula je lah. Lepas ana angkat banat punya tong air, diorang pun beritahu air banin macam manis sikit lah. Ana suruh diorang tambah air, tapi diorang kata dah bagi kat banin dah. Memang diorang nak tambah air tapi tak jadi bila tengok orang dah turun. Takpelah, nanti makan dengan biskut gula, jadi tak berapa manislah tu. Mardhiyyah jumpa ana, dia kata nak tugas buat air esok. Ana masih tak benarkan. "Sami'na wa ato'na pada ketua." Gunakan kuasa veto. "Ana tak nak layanan special." Akhirnya, ana benarkan dia jerang air sahaja. Bab bancuh membancuh, biar orang lain. Sebelum tidur, Mardhiyyah suruh Marsha tidur dengan meletakkan kain yang basah atas matanya.

2 April 2010, Khamis
Bangun setelah dikejut oleh Robiatul untuk hirosah pada pukul 1.30 pagi. Ada 6 orang lagi yang tak hirosah lagi. Robiatul katalah, kejut Nurul, Mardhiyyah tak payahlah sebab dia tak sihat. Ana tanya dia, "Mana Nurul?" "Tu, belakang nti." Peliknya, belakang ana Mardhiyyah. Oh, mungkin maksud dia tepi Mardhiyyah tu. Robiatul pun kejut dia, "Nurul, Nurul bangun." Mardhiyyah pun bangun. "Eh, siapa ni?" "Mardhiyyah." "Oh, takpelah tidur balik." "Tak nak." "Tidur." "Tak nak." "Tidur." "Tak nak." "Bi'ah, biarlah dia. Mardhiyyah nak jaga jugak ke?" "Ana jaga dekat sini je lah." Kejut Wafaa' pulak. Dia pun jaga dengan ana dekat depan, tempat solat banin sampai pukul 1.45 pagi. Sorang tak boleh bangun. Dua orang lagi tidak ditemui dalam kegelapan itu.

Habis waktu, kejut kumpulan Nasyitah. Tidur, bangun semula pukul 4.00 pagi. Bersiap untuk qiamullail. Turun bawah sekejap jerang air dengan Mardhiyyah. Tadah air dulu, kemudian, ajar dia cara masak air. Kali ini, ana diri jauh-jauh. Mardhiyyah pun berhati-hati. Teruskan qiam. Rasa seronok qiam kali ini, aktivitinya santai dan tak rasa mengantuk masa qiam kali ini berbanding sebelum-sebelum ini. Solat Subuh diimamkan oleh abang ana. Rakaat pertama, baca surah As-Sajadah, dia suka baca surah ni masa solat Subuh. Sujud tilawah. Manakala rakaat kedua, baca surah Al-Insan. Tak mengantuk sebab ambil peluang ini untuk mengukuhkan hafazan terhadap kedua surah ini. Best kalau orang baca surah yang kita dah hafal. Macam masa qiam tadi pun, baca surah Al-Baqarah.

Selepas mathurat, dengar tazkirah. Pukul 7.15 pagi, dengar sorang banin tu dia cakap, "Sarapan-sarapan." Kami, kumpulan usrah Muallimah Yong dengar, "Impian yang tak tercapai." sebab pada waktu pagi, sarapan tidak disediakan. Waktu orang gotong-royong, kumpulan kami beriadah sebab tugas kami hanya berkaitan dengan makanan dan tidak ada kawasan angkat. Hari ini, ada peningkatan, ana gendong 3 orang naik basikal. Melalut. Lebih kurang 7.40 pagi, Ustaz Khair kata, "Kalau dah habis kemas, bolehlah balik." Kami, "Hmm, boleh balik, maksudnya dah boleh berbuka puasa." Walaupun sudah berbuka, suasana di sekolah tetap sunyi seperti semalam. Kesian Marsha, mata dia semakin bengkak. Harap cepat sembuh. Syafahallah.

Cari abang ana, nak pinjam handphone, dia tak balik, terus pergi KL nanti, ada Latihan Kader Du'at. Lepas dah jumpa dia, tanya dia, "Awak ke yang ganti Muallimah Azlinda, ajar kita chemistry nanti." "Tau." Orang tanyalah, bukan beritahu. "Awaklah tanda kertas chemistry?" "Yelah!" Hush, debar. Cerita balik perbualan tersebut pada Wafaa' yang menemani ana ketika itu dan 'budak-budak sains tulen' yang lain. Ana balik pukul 8.30 pagi.

Semoga berada di bawah naungan hidayah Allah, InsyaAllah.

::18 Rabi'ul Akhir 1431H::

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: April 2010
Design by a.a.ghariib