Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Fitnah Terhadap Wanita Muslimah

Pada suatu dahulu, seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Dijadikan cerita, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi wanita (tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.

Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu, wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji. Wanita (tukang memandikan mayat) itu berkata, "Kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"

Astaghfirullahhalazim, tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal. Orang-orang yang berada di luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.

Setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' di Madinah. Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama mayat tersebut. Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.

Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut, samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. Setelah keputusan ini tidak dapat dibuat, mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.

Selepas mendengar cerita itu, Imam Malik r.a. terus datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab. Ia bertanya kepada juru mandi itu (dari bilik hijab),"Katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?" Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal, "Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"

Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat , "Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang. Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan. Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat..." Setelah hukuman itu djalankan, barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!

* * * * *

Inilah tazkirah yang diberi oleh Auni masa usrah.

Oh ye, orang selalu tanya,
"Abang nti kat mana sekarang?"
"Abang nti dapat mana? Pergi mana?"

"Rumah."
"Tak tahulah macam mana. Tengah fikir lagi."

M.Yong: Abang nti dekat mana?
Ana: Dekat rumah :p
M.Yong: Dia buat apa?
Ana: Tulis buku dia.
M.Yong: ooo, lepas tu, dapat pergi mana?
Ana: Sekarang ni, ada 3 pilihan. Samada nak pergi Jordan, Madinah atau ambil A level.
M.Yong: Dia nak ambil perbankkan kan?
Ana: (angguk)
M.Yong: Kalau Madinah, macam mana?
Ana: Tahun ni, kena hafal Quran dulu, tahun depan baru pergi Madinah. Percuma.
M.Yong: Melalui apa ye?
Ana: hehehe, ana tak tanya lah pulak.
M.Yong: Jordan?
Ana: Jap, ana lupa.
M.Yong: Ish, nti kenalah ambil tahu.
Ana: Hah, ana ingat dah, semalam mak ana kata, ayah ana nak tanya ayah _____.
M.Yong: ooo. Keluarga dia international.

Kisah Kanak-kanak Riang ^o^
lagi..

Waktu balik, nampak K.Humaira' datang, nak ambil Marsha. Tunggu dia dekat depan asrama. "Faiqah, Kak Humaira' dah datanglah, nak jumpalah. Semalam, tak jumpa dia pun."

K.Humaira': Nak tumpang?
Ana: Boleh je, tapi kena tanya dululah, ayah ana dah otw ke belum. (dia hulur h/p). Sarah, awak telefonlah. Tanya dah dekat mana? Kalau tak keluar lagi, cakaplah kita balik dengan Kak Humaira'.
K.Humaira': Ana nak minumlah.
Ana: Dekat kedai ke? (Dia angguk)

Depan pagar sekolah...
K.Humaira': Ya Allah, berpeluh sekali Ibrahim.
Ana: Biar dia duduk atas bumbung je.

Kenapa entah hari ini, dia buang tabiat, tiba-tiba hari ini asyik berpantun. Main balas pantun dengan Kak Humaira'.

Antara yang ana ingat:

Dua tiga lalat,
Saya sangat penat.

Sarah: Haish, abang Ibrahim ni kenapa? Nak jadi Jarjit (upin dan ipin) ke?

Dua tiga kapal berlayar,
Bila nak sambung belajar.

Kak Humaira' pun layan...

Sampai dekat traffic light SMKC, dia ambil masuk jalan kanan. Lepas lorong kedai 41 tu,

Sarah: Eh, kita nak pergi mana ni?
(senyap. walaupun ana dah tahu, tak pe, surprise utk dia.)

Rupa-rupanya, pergi A&W.

K.Humaira': Nti ada duit tak?
Ana: Ada 5 je.
K.Humaira': 5 ke,50?
Ana: hehehe 50.
K.Humaira': Oklah.

Lepas dia order dengan confidentnya,

Sarah: Kak Syaza, kak Humaira' nak duit.
Ana: Owh, dalam keretalah.
Marsha: Meh, ana teman. Tah pape.
Ana: Ingatkan cukup duit, tak pesan apa-apa tadi..hihihi..

Marsha: Hmm, nak duduk mana ni ye? Masalahnya sorang banin ni ha.
(Teringat kisah dia 4 beradik pergi A&W dulu)
Marsha: Baru je belajar pasal nutrition tadi.

Kak Humaira' ambil balik duit, then, ganti duit ana. Terima kasih belanja! lagi! Kami balik lebih kurang dalam pukul 6:45 petang.

.18.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kem Kimia


Rancangan program banat 4N terpaksa dibatalkan last minute, pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas kerana kehadiran kem kimia yang wajib disertai oleh semua pelajar yang mengambil aliran sains tulen...


Kita hanya merancang, Allah lah yang menentukan!



Tapi, bagus juga ada kem kimia.

Petang Jumaat, Kak Humaira' ada telefon, ajak keluar jalan-jalan. Tapi, ana menolak tawaran tersebut..sebab nak kemas untuk kem kimia esoknya.

Ana: salam
Bi'ah: wassalam. ade apa sih.. hikhik...nak ddk homestay
Ana: nti ke?
Bi'ah: yep. ana gi dlm pkl 9 a.m kot
Ana: owh
Bi'ah: gi homestay dulu br gi sklh
Ana: nti ddk homestay, esk je la?
Bi'ah: tido sekali. blk ahad...insyaAllah. tp ingat nk study add math sekali dgn kakak zimah... pas2 wat math dgn nurul and iera
Ana: ooo
Bi'ah: nti gi pkl bape?
Ana: mcm hari skolah. start kul 8

Malam harinya,

K.Humaira': salam,
Ana: wassalam. gi mne?
K.Humaira': ingat nak gi swim malam ni. tetiba ayah kata taknak plak sbb perut kenyang. ehhehe, rasanya alasan je tu, coz ayah sebenarnya nak tengok cite hantu yg dia baru beli tadi. deorang duk tgk hantulah tu... insyaAllah esok ana hantar marsha gi sek. jumpa esok ye..
Ana: esk, mardhi tmpg nti ye?
K.Humaira': Mardi tumpang? tak tau plak...
Ana: dia kte
K.Humaira': oooo
Ana: nti x minat ke citer hantu?
K.Humaira': I'm holly. ngaa
Ana: marsha dia ckp ngan ana. hari tu, tgk 2 citer hantu. x leh tido. ^-^
K.Humaira': betullah tu... duk main jogathon citer hantu...
Ana: ^^
K.Humaira': haa, esok nti pi sek camne? nak tumpang? Ana ok je.. takut org tu yg tak sudi.
Ana: nnti ana tnye ayh ana bleh hntr x

K.Humaira': bukanlah, tanya ayah nti, blh tak nak naik ngan kak humai.. haa, camtulah~
Ana: x pnh ke keta?
K.Humaira': ntahlah
Ana: khadijah pun tmpg skali. sbb die duk rmh mardhi
K.Humaira': oooo. eh, bitau ana camne ek... ha'ah mar tumpang skali.. ana br tanya ayah n marsha. ayah kata, awak hantar deorang esok ye. ok, ana outlu
Ana: k. salam. h/p ok lg kn? ada apa2 ana sms
K.Humaira': hp mantap! Baru isi peluru tadi..ahhaha...bye, assalamualaikum
Ana: waalaikumussalam
K.Humaira': ok, bye!!!!

Kemudian, berkemas untuk stay dekat asrama esok. Bawa sekali barang-barang untuk hias board bawah tangga banat tu.

26 Jun 2010, Sabtu
Selepas bersiap, Kak Humaira telefon. Masa tu, dah pukul 7.20 pagi. Dia ajak ana tumpang dia pergi sekolah (yelah, orang baru dapat lesen). Ana pun tanya ayah ana, ok! Balik nanti pun dengan Kak Humaira' juga lah. Tapi, Kak Humaira' kata, Marsha tak siap lagi, baru nak sarapan. Ana pun, bukalah komputer sekejap. :p Memang sekejap sangat.

Kemudian, ana pun keluar, jalan-jalan keliling rumah dulu. Main dengan pokok limau purut. :p Selalu engkau jadi mangsa kalau diri ini sedang menunggu. Bau daun dia kan wangi. Main dengan kucing lah, yelah, tak de kerja lah katakan. Sambil tu, ulang hafazan, minggu depan, muallimah nak tebuk. Tengok jam, eh, dah pukul 8:00 pagi lah. Tunggu, punya tunggu, dalam pukul 8:05 pagi, sebuah kereta kenari meluncur laju masuk ke dalam lorong perumahan ini.

Naik kereta. Boleh tahan juga Kak Humaira' bawa kereta. Dalam 8:10 pagi, dah sampai sekolah. Express.. Masuk, masuk, cikgu tu dah ada dah. Duduk barisan keempat. Nama cikgu ini ialah Noor Hashimah binti Ali Musa. Bagus cikgu ni, selalu kaitkan pembelajaran dengan Islam. Sama macam Muallimah Azlinda. Rasa macam cikgu ni lagi bagus daripada kita semua.

C.Shima: 8:30 baru start tadi, saya charge tau. Jadi, habis 11:00 k!

Lepas solat Zohor, turun untuk makan,

Ana: Eh, Mardhiyyah, tengok, diorang dah hias board lah! Cantiknya.
Mardhiyyah: A'ah la..
Ana: Diorang dah balik ke?

Mardhiyyah: Nti, ana dah tengok dah laman web sps tu.
Ana: Dah boleh guna ke?
Mardhiyyah: Ayah ana guna yang guru-guru punya. Nti, nombor 5. Ana no. 7.
Ana: Menurunlah. Siapa atas?
Mardhiyyah: No 1, _____, No. 2, Marsha, No. 3, _______, No. 4, __________. Wafaa', no. 6.
Ana: Oh, macam mana ni, budak 3 orang tu dah potong kita. Jom, kita potong diorang nanti!

Kemudian, 'lepak' dekat surau.

C.Shima: Faham tak apa yang cikgu ajar tadi?
Kami: Faham cikgu.
C.Shima: Semalam, saya tak naklah duduk asrama, jadi, saya duduk homestay. Hari ini, duduk asrama. Apa yang special dekat sini?
Kami: Keropok. Dekat Kuala Kemaman.
C.Shima: Ye? Petang ni, nak pergi lah. Sekejap, saya pergi makan dulu ye!
Kami: Ok.

Ketika sesi pembelajaran, Cikgu Shima memang peka. Pantang ada orang masuk lambat atau tertidur, mesti ditanyanya.

Lepas waktu Asar, kami baca mathurat seperti biasa. Habis baca mathurat, ana dengar Cikgu Shima tanya Mardhiyyah pasal baca mathurat.

Dekat asrama, Cikgu Shima dan Muallimah Syu dah bersiap-siap nak keluar.

Kami: Nak pergi mana muallimah?
M.Syu: Nak pergi The Store.
C.Shima: Kita nak pergi pantai!

Start siapkan bahan-bahan yang hendak ditampal pada board. Ni, tugasan kumpulan usrah ana dan MTP. Marsha je, asyik cerita pasal hari Khamis hari tu, sebab dia ponteng, tapi, tangan tak bergerak pun buat kerja. Katanya, "Ana, jadi penglipur lara je."

Lepas tu, bersiap-siap untuk kelas malam ni. Belajar sampai pukul 10:00 lebih. Ada latihan yang diberi. Kami solat Isya' dulu, sebelum balik ke asrama. Lepas solat, baca Surah Al-Mulk. Balik asrama, sambung sikit lagi kerja siang tadi.

M.Syu: Ni untuk apa ni?
Mardhiyyah: Kita diberi tugasan untuk hias board bawah tangga banat tu.
M.Syu: Ooo.. Cikgu Shima nak duduk homestay, tapi dia nak ajak muallimah.
Mardhiyyah: Ooo, pergilah. Kitorang tak pe, kakak-kakak ada.
M.Syu: Kita berdua lapar ni, dah suruh budak-budak homestay tu masakkan :p Petang tadi, makan otak-otak 9 keping kat tepi pantai. Makan ringan-ringan je tadi.
Ana: Ooo.
M.Syu: Nanti, esok muallimah baliklah awal-awal pagi. Kalau diorang tanya, muallimah mana, cakaplah muallimah dalam bilik, dah tidur.
Mardhiyyah: Betullah tu, dalam bilik dekat homestay. :)
M.Syu: Lagipun, selesalah sikit, cikgu duduk homestay. Ada air-cond dll.
Mardhiyyah: Ooo, a'ah..
M.Syu: Esok, kena habis kelas awal sebab cikgu tu nak pergi _________ (cbe la teka).
Ana: Oh, sebab tu ke? hihihi
M.Syu: Cikgu tu kata, baju dekat sini murah.
Auni: Murah?
M.Syu: Murah dari KL.
Kami: Oh, memanglah.

27 Jun 2010, Ahad
Bangun dalam pukul 5:15 pagi. Dalam pukul 5:40 pagi, pergi ke surau untuk solat Subuh. Tunggu punya tunggu, macam tak de harapan je untuk banin datang ke surau. Dalam pukul 6:00 pagi, kami solat berjemaah. 8 orang je banat solat dekat surau. Habis solat, baca mathurat macam biasa. Pukul 6:30 pagi, balik asrama kecuali Mardhiyyah dan Khadijah. Mereka berdua dah siap masa tu.
Ana: Cepatlah Wafaa', jom bersiap.
Wafaa': Ye.
Ana: Cepat, nak tampal ni dekat board tu.
Wafaa': Jap je, ana nak naik basikal sekejap.
Ana: Wafaa'!!
Wafaa': Sekejap je (naik basikal). Angkatkan tongkat jap. Betul, ana naik sekejap je.
Ana: (angkatkan tongkat)
Wafaa': (main) Eh, hujan lah pulak (rintik-rintik je).
Ana: Maksudnya, dia suruh nti berhenti. ^_^

7:15 pagi, kami makan pagi di kantin. "Mana cikgu dengan Muallimah Syu ni? Tak balik-balik pun. Kata nak balik awal pagi.??" Sedang kami menjamu selera, cikgu tu datang, kata start 8:15 pagi. Cikgu baru nak bersiap.

Sementara tu, kami ambil udara segar dulu. Jalan-jalan.
Marsha: Jom, kita main 'nasi lemak'.
Ana: Lama dah tak main.
Marsha: Eh, macam mana lagu dia?
Ana: Hentam je lah.
Marsha: (nyanyi)
Ana: Rasanya, macam panjang lagi. Biarlah.

Last sekali, Marsha menang. Kemudian, ana jumpa adik ana, dia ada kelas juga hari ini.

Ana: Marsha, ana balik dengan nti nanti eh?
Khadijah: Ana pun nak balik dengan ntilah.
Marsha: Asal tiba-tiba semua nak balik dengan ana ni?
Ana: Ayah ana memang suruh ana tumpang nti je masa balik.
Khadijah: Marsha, Marsha, ana duduk rumah ntilah.
Marsha: Hah?!

Kemudian, tukar permainan. Wafaa' dan Kak Shaidatul main cakap-cakap dekat telefon. Sebab telefon rosak. Tiba-tiba Mardhiyyah join sekali. Tak berapa lama kemudian, pintu bilik kuliah dibuka. So, kita semua pakat masuk. Siapkan sekejap kerja yang diberi semalam sementara menunggu kedatangan Cikgu Shima.

Kak Mawaddah dengan Kak Husna selalu tolong ajar orang bila orang tak faham. Bagus-bagus. Setelah habis sesi penerangan dan jawab sedikit soalan objektif, kami, form 4, diberi soalan kertas 2. Manakala, form 5, sambung belajar topik form 5.

Kami, banat form 4, duduk dekat kelas kami. Jawab punya jawab. Sampai ke satu tahap tu, dah penat jawab, orang dekat belakang pun bising :p, Marsha pun pasanglah lagu dari h/p dia. Baru senyap sikit. Alasan kami berdua, nak bagi otak kanan bergerak sekejap. Ada beberapa soalan lagi untuk section A yang tak siap lagi. Tanya Muallimah Syu.

Dalam pukul 12:00 tengah hari.

Ana: Eh, Marsha, tengok soalan ni. Jom, kita jawab, yang ni senang je. Kan kita dah pernah buat.
Marsha: A'ah, jom!

Berusaha menyiapkannya walaupun sudah pukul 12:30 tengah hari. Bila dah lengkap soalan tersebut, baru berkemas untuk turun ke bawah. Kami sambung jawab soalan kertas objektif. Bila semuanya sudah habis, Cikgu Shima minta untuk bergambar bersama-sama banat. Oh, ye. Sebelum tu, Muallimah Azlinda ada sampaikan cenderahati kepada Cikgu Shima. Kelakarlah, muallimah tolak anak muallimah masa nak bergambar dengan Cikgu Shima. ^-^

Kami bergambar pada bahagian tempat duduk banin.

C.Shima: Eh, bestnya duduk sebelah sini, sejuk. Patutlah budak lelaki asyik nak tidur.

Bersalam-salaman dengan Cikgu Shima. Katanya, lain kali nak datang Terengganu lagi. Bawa family pula.

M.Syu: Marsha, awak balik dengan siapa? Ni, LCD ni macam mana?
Marsha: Tak tahulah siapa ambil. Rasa kakak ana.
M.Syu: Awak bawa baliklah LCD ni ye?
Marsha: Ok. Syaza, nti tunggu ana tau.
Ana: Ok.

Nak pergi ambil beg dekat asrama. Nampak Kak Humaira' dah datang dan sedang tunggu depan asrama. Lepas dah masukkan barang dalam kereta. Kak Humaira' keluar kereta.

Kak Humaira' cerita pada ana..

K.Humaira': Nti, nti tau tak ana lumba dengan siapa tadi?
Ana: Tak, dengan siapa?
K.Humaira': Dengan Mu'az.
Ana: Dia perasan tak nti lumba dengan dia?
K.Humaira': Ntah, perasan kot. Dia potong ana mula-mula. Ana pun kejar lah balik, nak lintas dia. Last-last, dia lebih jauh ke depan. Sampai dekat traffic light dekat Samamaju tu. Eh, nampak dia. Hahaha...kena berhenti sebab lampu merah. Bila dah hijau, ana masuk lorong yang biasa tu. Dia straight........ikut lorong rumah Muallimah Mazlina. Ana pun jalan je lah. Bila sampai simpang 4, nampak dia belakang lori. Mesti frust, hihihi.. I'm the winner.
Ana: Haih, macam-macamlah, tak de kerja. Dahlah lawan dengan senior banin.
K.Humaira': Ana ni, pantang orang potong ana.
Ana: Eh, jomlah makan sekali.
K.Humaira': Boleh ke?
Ana: Banyak ni.
K.Humaira': Lama pula tak makan dalam dulang.

Masa makan, Kak Humaira' pun nampak Auni.

K.Humaira': Bahayalah Auni, masuk kereta orang lain.
Auni: ^-^ (Mcm mne k.humaira' tau? monolog) Syaza, nti balik dengan siapa?
Ana: Dengan Kak Humaira'.
Auni: (Senyum penuh makna) Kak Humaira', nak balik sekali.
K.Humaira': Amboi, sedap je engkau, habis minyak aku! Tak lah memain je, BOLEH!
Auni: ^_^
K.Zubaidah: Boleh tak ana nak tumpang nti juga?
K.Humaira': Boleh.

Masa ana dan Kak Humaira' nak pergi kereta, Sarah tanya boleh tak dia dengan Syifa' nak tumpang balik homestay. "Eh, dah penuhlah. Apasal ramai sangat nak naik dengan ana hari ni? Tak pelah, lain kali eh?"

Masuk kereta.

K.Humaira': ZUBAIDAH!! OOO ZUBAIDAH!! Cepat, nak balik dah ni!
Ana: Bukanlah, 'abang' kan!
K.Humaira': Eh, ana lupa, siapa lelaki, siapa perempuan?
Ana: Nti kan mak.
K.Humaira': Owh. ABANG! ABANG! CEPAT!!
K.Zubaidah: Haih, ni lah untungnya 'isteri' pandai bawa kereta. Abah boleh duk rilek je.
K.Humaira': Auni! Cepat, nanti kena tinggal lagi.

Dia tutup bonet kuat sangat. "Auni, ni bukan kereta barulah."

K.Humaira': Dekat mana rumah mak ye? Dah lupa pulak.
K.Zubaidah: Dekat situ. Yang ada kereta tu hah.
K.Humaira': K, kita jumpa lagi abang!

Kak Zubaidah pun tutup kuat. "Haish, kuat betullah masing-masing." "Nak buat macam mana mak, kita sekeluargakan pergi PRINT'09, mestilah kuat belaka."

Pergi isi minyak sekejap. Kak Humaira' belanja air. Terima kasih!

Auni: Boleh tahan eh, Kak Humaira' bawa kereta!

Lepas kedai 41 tu, nak belok kiri. Sekali, ada motor dari belakang, sebelah kiri terus pergi straight, laju pulak tu. Budak-budak muda.

K.Humaira': Ish, (terkejut)
(Eh, dah terlepas loronglah. Takpe2, lorong depan boleh juga. Tapi terus juga.)
Ana: Kak Humaira'.
Marsha: Kak Era, Syaza.
K.Humaira': Bukan rumah nti dah dekat situ. Eh, tu rumah lama kan. Terlajaklah pulak. Tu lah, geram dengan motor tadi. Dahlah tak de insurans.
(patah balik)
Marsha: Tau, kalau apa-apa jadi, Marsha dengan Aunilah teruk sebab duduk sebelah kiri ni hah, tak de insurans.
K.Humaira': Orang dah bagi signal dah tadi.
Marsha: (ketawa) Agak-agak, Syaza cakap tak kalau dah jauh tadi. :p
Ana: Ish, Marsha ni, tu dah lebih. Ana senyap tadi, ingatkan Kak Humaira' nak ikut lorong lagi satu.
Auni: Eh, Syaza, abang nti ambil lesen tak lagi?
Ana: Tak. Tak taulah bila dia nak belajar.

Sampai rumah, salam Kak Humaira'..

Ana: Jangan gerak lagi. nak ambil beg.
K.Humaira': Macam cerita tu lah pulak. Orang muka hijau tu. Cerita apa?
Marsha: The Mask.
Ana: (Hmm, benda apalah yang diorang cakap tu. Ambil barang belakang kereta. Tutup. Alamak kuat juga lah. Ringannya. Patutlah orang lain pun tutup terkuat.)
K.Humaira': Hish, kuatnya. ^_^ Kirim salam dekat Sarah, nak sangat bawa dia.
Ana: InsyaAllah..

Antara pesanan Cikgu Shima yang sempat ana tulis berkaitan dengan Islam dan Kimia:

  1. Belajar betul-betul kimia, kita perlukan orang Islam yang pandai dalam bidang kimia untuk buat makanan yang halal umpanya. Kita asyik bergantung kepada orang Cina je.
  2. Form 4, jangan buang masa, belajar betul-betul.
  3. Always take a note.
  4. Kalau nak jawab soalan kimia, anggap pemeriksa itu tak faham.
    Maksudnya biar jelas jawapannya.
  5. Nak berjaya kena rancang,
    nak masuk syurga pun kena rancang!
  6. Berat pengorbanan guru! Bila guru mengajar, tolong dengar betul-betul.
  7. Kalau nak periksa, tak de ilmu, habislah gagal.
    Kalau nak perang, tak de ilmu, habislah kena tembak.
  8. Nak jawab soalan, tak boleh shortcut.
    Samalah, macam dalam Islam, tak boleh shortcut.
  9. Tutuplah aurat kamu sebelum aurat kamu ditutupkan. Kalau tak tutup juga, nerakalah tempatnya. (Ni, tak ingat kaitannya dengan kimia).
  10. Yang kita kena puji hanya Allah!
  11. Jangan jadi burung kakak tua!
  12. Nikmat, kalau Allah nak tarik, sekejap je.

Ana tak bawa kamera, tak ketemuan.
Ish, tak boleh jadi ni, dah naik power.

.17.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Khasiat Bawang Putih


Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin B1 dan vitamin C di samping beberapa jenis enzim. Ia berpotensi bagi mencegah dan mengubati kanser. Penelitian juga menunjukkan bahawa kesan bawang putih terhadap enzim metabolisma bertindak sebagai antioksida dan pencegah tumor.

Bawang putih membantu menurunkan kadar lemak darah, mengurangi risiko sakit jantung, menurunkan hipertensi, meningkatkan daya ketahanan tubuh dan membaiki sistem pencernaan.

.16.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lupa itu baikkah? Atau burukkah?

Apa pendapat anda apabila baca tajuk post ini?
Hmm??

Pernah tak kadang kala kita terlupa untuk melakukan sesuatu yang amat penting?
Pernah tak kita lupa tentang pelajaran?
Pernah tak kita terlupa yang kita ini hanya manusia biasa sahaja?
Semuanya berkaitan dengan LUPA.

Lupa itu positif..
Ye ke?
Bagaimana jadi positif?
Bila kita menghadapi satu musibah yang sangat-sangat buruk
dan kita mahu melupakan benda musibah itu dengan serta merta.
Pada masa itu lah kita meminta supaya kita dapat melupakan musibah yang buruk itu.

Beginilah,
ana ambil dari kisah yang pernah ana baca dalam sebuah buku motivasi.
Si penulis telah kematian ibunya yang tersayang.
Memang itu adalah saat yang menyedihkan.
Tapi,
bukanlah bermakna dia melanda dirinya sendiri dengan perasaan sedih tersebut.
Pada keesokan harinya,
dia lupakan kesedihannya semalam.

Jadi, apa yang positifnya?
Bila dia lupakan peristiwa tersebut
kesedihan turut hilang,
dilupakannya...
Dengan melupakan kesedihan,
emosi turut terganggu,
segala kerja
tidak dapat dilakukan dengan baik.

Kita fikir apa rasional lupa lagi.
Walau keluar air mata darah sekali pun,
yang mati tetap mati,
yang hidup harus teruskan perjuangan,
dan berjumpa kembali di syurga Allah,
InsyaAllah..
Sentiasalah doakan mereka setiap hari.

Begitulah,
kita harus melupakan apa yang negatif.
Tetapi sekiranya masih tidak mampu melupakannya,
ambillah perkara tersebut
sebagai motivasi untuk diri kita.
seperti diri ini..
diri ini memang susah untuk melupakan sesuatu
peristiwa yang berlaku..

tetapi,


Lupa juga boleh menjadi negatif.
Contohnya,
dalam pelajaran, hafazan, ibadah dll

Belajar, belajar, lupa.
Hafaz Al-Quran banyak-banyak, lupa.
Eh, dah habis puasa nazar belum?
Dah bayar zakat belum?

Harap-harap dijauhkan daripada lupa ini.

Manusia berasal dari perkataan nasiya dalam B.Arab
maksudnya lupa..
Walaupun manusia ini adalah pelupa,
tapi,
kita harus berusaha mengelakkan
diri daripada lupa^^
Banyakkan mengaji, ucapkan zikrullah, berqiamullail dll

Kebanyakan perkara di dunia ini
ada positif dan negatifnya.

Ana bagi contoh yang mudah,
Makan.

Dengan makan, kita sihat,
banyak kerja boleh dilakukan,
senang beribadah.
Dengan syarat, makan sekadar yang perlu
dan makan makanan halalan toyyiban.

Tapi,
dengan makan juga,
(kalau ikut nafsu/ haram/ syubhah)
kita malas beribadah,
asyik mengantuk,
cepat letih (sebab perut kena buat banyak kerja).

So, fikir-fikirkanlah sendiri,
post ini tidak lain
adalah sebagai peringatan untuk diri ini sendiri
di samping berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat sekalian.

^_^

Ps.
Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen jika sudi untuk berkongsi...
Post ini dirangka sebelum tidur, jadi, maaf jika ayatnya tidak tersusun..
Post tentang kem kimia bakal menyusul! Bi'ah dah siap tulis pasal homestay.

.15.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Mengejek


Masih ana ingat pesanan AMT'08/09 ketika SeBuDaYa 2009 tentang hal mengejek... Setiap hari seringkali kita mendengar suara-suara sumbang. Mencarut, memaki, mengejek dan berbagai lagi. "Lidah bagaikan pedang yang tajam, jika kita tidak menggunakannya dengan baik, ia akan memotong kita."

Banyak kali kita mendengar ucapan sedemikian tetapi adakah kita ingin memahami sepenuhnya makna yang ingin disampaikan? Setiap kata-kata yang diucapkan akan dikira satu persatu di akhirat kelak dan apa yang diucapkan juga menentukan ganjarannya.

"Oi, BADAK!".
"Hei, KECIK!"

Ejekan demi ejekan dikeluarkan oleh lidah kita tanpa berasa bersalah dan malu. Perlu diingatkan di sini bahawa mengejek seseorang boleh membuatkan orang yang diejek tersebut kurang senang untuk berkawan dengan kita. Timbul pula perasaan kecil hati, tertekan dan berbagai reaksi lagi.

Ada juga yang mengejek berniat untuk bergurau. Bergurau juga ada batasnya. Jika bergurau mengenai hal seseorang sehingga menyebabkan dia kecil hati, maka telah SAH bahawa kita bergurau sekadar untuk mendapatkan KEMURKAAN ALLAH.

Mengejek orang lain sama diibaratkan mengejek hasil ciptaan Allah tanpa kita sedari. Segala apa yang kita tuturkan semuanya adalah berdasarkan hati kita. Pokoknya, jika hati baik, maka baiklah tutur katanya dan begitulah sebaliknya.

Jadi, berdasarkan kata-kata seseorang maka dapatlah kita mengenal hati budinya. Selalulah memohon ampun kepada Allah dan jika seseorang kecil hati atas kata-kata kita, mohonlah kemaafan daripadanya.

Ps. I'm following chemistry camp n staying at hostel... See u all tomorrow ^_^!!

.14.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

2 Kemalangan pada 2 hari lepas

Pada 2 hari yang lepas iaitu 23 Jun 2010 bersamaan 11 Rejab, 2 kemalangan (kenderaan) telah berlaku. Dan kedua-dua orang yang terlibat itu merupakan salah dua daripada sahabat ana. Teruk ke? Macam mana boleh terjadi? Teruk sangat ke? 57

Dalam kelas hafazan, Wafaa' beritahu kemalangan yang telah berlaku...

Wafaa': Syaza, ana jatuh motor.
Ana: Hah, jatuh motor? Bila? hah
Wafaa': Baru pagi tadi.
Ana: Pagi tadi? Dekat mana?
Wafaa': Depan rumah ana.
Ana: Depan rumah? Macam mana boleh jatuh?
Wafaa': Depan rumah ana kan berbukit, jatuh dekat longkang.
Ana: Mak nti tak tau ke? Kenapa tak naik dengan mak nti?
Wafaa': Tak. Mak ana dah pergi sekolah dah pun. Ana selalu jatuh bila nak start enjin (tapi, kali ni bukan mse nk start enjin)

Kesian dia. Dahlah kena naik turun tangga.. ^^ Lepas habis usrah, kami bercakap pasal accident. Marsha pun cakap...

Marsha: Eh, kakak ana accident juga.
Kami: Macam mana?
Wafaa': Teruk ke? Ada orang cedera ke?
Marsha: Tak teruk. Tak de pun.
Wafaa': Lah, janganlah guna perkataan accident. Macam teruk je.

Dia pun ceritalah...
Masa Kak Humaira' nak pergi ambil Dean, dia undurlah kereta kenari tu. Sekali terlanggar kereta rush ayah dia.

Antara soalan-soalan yang ditanya kepada Wafaa...fikir

Marsha: Macam mana nti boleh jatuh?
Wafaa': Ana tak selesalah dengan beg sekolah.
Bi'ah: Oh, jadi tak seimbang ye? Kekgi kena tambah berat..hehehe...
Ana: Fa', bawalah motor masa kem kimia.
Auni: Boleh kita jalan-jalan. ^^
Ana: Kekgi, gi homestay, ajak Nurul masa kita nak hias board tu. Nti tak nak tak pe, biar Auni pergi.
Auni: d^^b
Marsha: Nti bawak pun tak pe tapi jangan bawak dekat longkang. sengihnampakgigi

Sebelum nak naik solat..

Ana: Tak sakit ke masa solat?
Wafaa': Tak berapa sakit. Alhamdulillah kurang. senyum

Lepas solat, nampak kak Humaira' datang sekolah nak ambil Marsha pula. Pergilah jumpa dia.

K.Humaira: Nti tau tak ana langgar kereta orang.
Ana: Tau, Marsha cakap masa lepas usrah. Satu kump. tau.
K.Humaira': Kenapalah ana pergi langgar kereta ayah ana. T.T Eh, nti tau tak, orang pertama tegur ana masa ana sampai sekolah tadi siapa.
Ana: Siapa? soal
K.Humaira': Sarah. Dia yang tanya, apasal lampu belakang (kiri) kereta tu terkeluar? Masa tu baru ana sedar. Ana pun tolaklah masuk balik (boleh pulak tolak balik :p).
Ana: Mesti orang lain fikir, kenapalah dengan kereta depan aku ni.
K.Humaira': Tu lah pasal. Ish, ish, ish.

Begitulah, apa yang berlaku. Tapi, tajuk post ni, macam guna perkataan 'kemalangan', macam teruk je. Tu pun kira oklah. Nasib baik tak guna perkataan 'accident'. Saje bagi suspend.. :p

* * *

Kisah Kanak-kanak Riang...^0^



Ana, Mardhiyyah, Auni dan Bi'ah je belum balik lagi.

Bi'ah: Ana nak post pasal kaki lah kat blog.
Ana: Hah, kaki?
Bi'ah: Semua sakit kaki. (Ok, ana menunggu) 01

Sekali, kelihatan sebuah kereta wira hijau..

Auni: Yeyey, dah datang, ok, ana balik dulu.
Mardhiyyah: Siapa tu Auni?
Auni: Abang ana.
Ana: Eh, bukan lain ke muka abang nti. Dah yang tepi tu siapa?
Auni: Tepi tu, kakak ana?
Mardhiyyah: Abang nti yang mana?
Auni: d youngest one.

Setelah kereta itu berhenti berdekatan dengan SRI..

Auni: Loh, jauhnya parking. :(
Ana: Nak suruh nti excercise la tu..hihihi..
Auni: ^-^

Kami masih tertanya-tanya, betul ke tak apa yang Auni perkatakan tadi. Kami terus perhatikan dia. Kamudian, nampak dia patah balik.

Bi'ah: Eh, tengok, dia patah baliklah.
Ana: Oh, salah kereta. (nmpk pakcik n makcik tu kuar keta)
Mardhiyyah: Betullah cakap kita, tu bukan abang kakak dia.
Ana: Auni, auni, macam mana boleh tak kenal abang kakak sendiri. Auni, kabo doh bukan abang kakak nti tu. Mujur dok masuk lagi.
Auni: Tu lah pasal. Nok tau dok. Dulu masa form 1, ana kan tuisyen dekat SIS. Tapi mse tu, ayah ana datang lambat sangat. Kemudian, nampaklah kereta wira tu. "Eh, ada 2 orang? Owh, kawan ayah ana kot." Ana pun masuk lah kereta. Memang dah masuk dah. Pakcik tu pun pusing. Baru ana sedar salah kereta. "Minta maaf pakcik, salah kereta." jelir
Ana: Lah, tengoklah plat dulu.
Auni: Gelaplah.
Ana: Owh, malam ke?
Auni: A'ah.

Kali ni, datang kereta wira hijau lagi sekali. Dia tak seexcited tadi.

Auni: Jap, biar ana tengok plat dulu......(bagai nak tembus plat kereta ditenung matanya)

Beberapa masa..:p
Auni: Hah, betullah ni. Ana balik dulu, Assalamualaikum.

Ana: Ni, barulah kakak dia.

Begitulah sedikit sebanyak telatah kami sebatch, seform, seusrah, sesekolah... ^_^

Baca pasal kaki..

.13.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Mengapa Mengeluh?



Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya:Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya:Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya:Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya:Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

.11.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Insiden yang berlaku hari ini ^_^

Assalamualaikum, nampaknya sudah lama penulis tak bercerita tentang sekolah penulis. Sebab apa ye? Sebab cuti sekolah lah, nak cerita pasal apa, tak de modal...hihihi... Hari ini merupakan hari ketiga persekolahan untuk penggal kedua.

Hmm.. Penulis merasakan hari ini adalah seperti hari biasa, tiada apa-apa yang menarik melainkan dapat markah periksa. Dah lah KRS hari ini kawat, pakai baju no. 4.

Ana: Mardhiyyah, hari ni, tak bersemangatlah nak KRS.
Mardhiyyah: Kenapa pula?
Ana: Sebab kawat, ana dah hilang keyakinanlah. (>_<")Lagi satu, nanti kena rushing. Do you know what I mean?
Mardhiyyah: Yes, I do. Cewah, speaking.
Ana: Macam tu lah..ana tak suka kalau disuruh. Kalau tak disuruh, ana suka.
Mardhiyyah: ^_^

Ya, memang itulah salah satu kelemahan ana suatu masa dahulu. Kemudian, ana cuba binanya kembali di alam sekolah menengah. Marsha juga pernah meletakkan harapan kepada ana masa KBM, "ana nak nti ke hadapan." Astaghfirullah al-Azim.. Ana tak boleh bersikap negatif...

Waktu sejarah, kena masuk library. Ambil kertas periksa yang sudah lama diketahui markahnya. Ada yang berbincang jawapannya. Ada yang duduk bersembang dengan muallimah dll.

Haziqah: Ana salahlah yang ni.
Marsha: Salah? Ana betul. Ha, ni.
Ana: Gitu lah Marsha bila dapat A-.
Marsha: Hmm.. memang dah. Ana kan..
Mardhiyyah: ^_^

Minta kebenaran daripada muallimah untuk keluar awal (lebih kurang pukul 2p.m.) untuk bersiap, pakai kasut but. Kelas chemistry petang ini dibatalkan. Hmm.. Baik balik awal. Lambat lagi nak sampai pukul 5.45p.m. Lagi pun, kalau balik rumah, macam-macam benda boleh buat.

Ana: Izyan, boleh tak nak balik dengan nti?
Izyan: Boleh je.
Ana: Ke, ada orang lain tumpang? Ke, dah penuh?
Izyan: Tak de siapa pun.
Ana: Siapa ambil?
Izyan: Mak ana.
Bi'ah: Ana balik pukul 4p.m. Saja balik lambat sikit. Tak payah susah-susah nak berkejar kemas beg.
Izyan: Lambatnya, nak wat mende gok kat sekolah? Bazir je.
Ana: Ke, nti nak main dengan askar-askar? Main dengan Muslim macam semalam..
Bi'ah: ^_^

Waktu KRS, jadi tak betul dah bila nak lapor. Masalahnya, bukan ana sorang je, Fatimah dengan Zalilah pun jadi gitu. Lama tak sekolah lah katakan. f(^_^) Sekali, 'ketua' kadet syabab tu suruh semua pelajar berlatih ikut kumpulan kemahiran. Hah? Bestnya! Eh, form 5 tak de rupanya. Lagi best nak berkawat sebab orang sikit.

Muallimah Rosma: Hah, cepatlah sorang bagi arahan.

Nak suruh siapa ye? Marsha, Mardhiyyah, ana, Khadijah dah biasa. Nak pilih siapa ye?

Muallimah Rosma: Hah, cepat Fatimah bagi arahan.
Fatimah: Hah? Ana?
Muallimah Rosma: Suara awak kan merdu.
Ana: Alah, kan staf sarjan baru.

Nak tak nak, terpaksalah juga.

Fatimah: Nak panggil apa ni?
Marsha: Kumpulan Muallimah Rosmawati.
Fatimah: Arahan kepada kumpulan Rosmawati sahaja.
Kami: Heh, 'muallimah' lah! Ingat kawan nti ke tu? hihihi

Macam best lah pulak. Semua sporting je. Muallimah pun sama. Asyik tersenyum melihat telatah kami.

Fatimah: Ke kanan.....pusing.
Kami: (diam+tercengang) Eh, salah lah.
Fatimah: Salah ke?
Marsha: Betullah juga. Dia ada dua, tapi kita jarang guna yang ni.
Ana: A'ah.
Fatimah: Hah, betullah juga ana buat. ^o^
Muallimah Rosma: Habis tu, kenapa diorang tak bergerak.
Fatimah: A'ah, apasal tak bergerak?
Ana: Tercengang jap.^^

Macam-macam lagi. Setiap kali nak bagi arahan, dia tanya ana. Lepas buat beberapa pergerakan...

Ana: Fatimah, ajarlah yang baru. (yg mana hanya dipelajari oleh mrk yg ke kursus kawat n staf sarjan. Tapi kursus kawat lebih bnyk kawat baru berbanding kursus staf sarjan.)
Fatimah: Ana tak ingatlah.
Ana: Tak pe, tukarlah orang.

Akhirnya, dia memilih Marsha sebagai penggantinya. Ana suruh dia ajar dari 3 barisan tukar jadi 2 barisan. Macam-macam gaya ada. Ada yang salah kedudukan. Ada yang salah langkah. Macam ballet pun ada.. Hahaha, nak tergelak tengok diorang buat. Kemudian, suruh Marsha ajar diorang pusing separa. Senang je yang ni.

Kemudian, Marsha nak ajar perlahan berjalan. Memang mereka pernah diberi pendedahan sebelum ni, tapi memang susah sikit kalau tak biasa buat. Yang ni pun, macam-macam gaya. Ada yang macam robot. Ada yang give up, dia terus lari. Katanya sebab lambat sangat barisan dia jalan. Memanglah lambat, nama perlahan jalan. Orang susah nak halakan hujung kaki ke tanah.

Ana: Marsha, ajar ni lah dulu, buka barisan ketika berjalan.
Marsha: Ana tak belajar masa dekat sana.
Ana: Oh, ye ke?

Ana dan Khadijah ajar dia sekejap. Kemudian, kami pun ajar orang lain.

Ana: Barisan depan terus je jalan, yang tengah, hentak dua kali dan yang belakang, hentak 4 kali.
Fatimah: Ooo, yang depan terus je.
Marsha: A'ah, buat tak tau je.
Ana: Orang depan ni degil. Ana duk tengah.

Ulang yang ni banyak-banyak kali. Kami berubah-ubah posisi. Kadang-kadang, ana duduk tengah, kadang-kadang depan dan kadang-kadang belakang. Khadijah je tak berubah kedudukannya. Bila time ana duduk depan je,

Fatimah: Heh, orang degil kat depan.
Bi'ah: Kita degillah, Syaza.
Ana: Memang lah.

Kami teruskan latihan sehingga 'mantap'. Selepas kami bersurai, kami bergegas ke bengkel untuk ambil kerja kayu dan fail tingkatan 2 dan 3. Hush, merata kami cari. Sebab banyak sangat kerja kayu yang bertimbun dekat bengkel. Sampai ke tahap kena panjat meja sebab tempat dia tinggi sangat. Yang tingkatan 3 punya je masih tak jumpa lagi. Minta tolong diorang, kalau nampak kerja kayu yang ada perspek pink, bentuknya macam yang Iera punya. Cari punya cari, panjat punya panjat. Sekali Marsha jumpa dekat atas tu, "Ni, bukan nti punya ke?" Belek punya belek. "A'ah la...tak de perspek pun, macam mana ana boleh bayang perspek tu ha? Ok, ana balik dulu. Nanti Izyan tinggal ana pulak. Terima kasih." "Sama-sama. ^-^"

Balik dengan Izyan. Ummuha singgah stesen minyak Petronas lepas jambatan Geliga tu.

Maknya: Angoh, aboh biasa isi minyak ane?
Izyan: Dok tau gok.
Maknya: Gane nok bukok?
Izyan: Tekan ni ummi.. (ummuha tekan) Bukan, bukan hok tu, hok ni lah ummi.

Sementara ummuha pergi bayar untuk isi minyak...

Izyan: (pusing blkg) Eh, mana Auni?
Ana: Hah, Auni? Bakpe, dia balik dengan nti ke?
Izyan: A'ah.
Ana: Tau... Sangkut dengan kak Humaira' kot tadi.. Lah, gane ni?
Izyan: Taulah.. Sian dia. Tapi, takkan nak patah balik kot. Ya Allah, Semoga dia balik dengan Sir Malik.
Ana: Kalau tak?
Izyan: Doh, nok wat mende?
Ana: Citer la ke mak nti.

Macam manalah boleh tertinggal dia. Ana tak tahu pulak Auni balik sekali, sebab Izyan tak cakap apa-apa dekat ana.

Izyan: Ummi, Auni tertinggal.
Maknya: Eh, ye ke? Doh, hok jalan tadi, bukan dia? Gane angoh dok sedo tadi. (suka)
Izyan: Baru pusing belakang sat ni. Doh, gane? Sian dia.
Maknya: Kita gi sekolah balik lah.
Izyan: Nak gi balik?
Maknya: Kekgi nangis kering Auni.

Sepanjang perjalanan, Izyan dan maknya masih tertanya-tanya macam mana boleh tertinggal Auni. Tapi, masing-masing tergelak. Kelakarlah pulak.

Maknya: Memang angoh dok sedo ke tadi?
Izyan: Dok.
Maknya: Ni, Syaza?
Ana: Dok tau pulak dia balik sekali.
Maknya: Hehehe, sian pulok dia. Jalan lambat kot. Sakit kaki kan. Kita kabo lah kita isi minyak jap tadi.

Sekali, lalu dekat bumper, dengar bunyi...

Maknya: Bunyi bende tu?
Izyan: Bonet, ummi saloh tekan masa nak isi minyak tadi.
Maknya: Oh, ye ke? Kekgi, angoh gi check dah tutup ke belum. (suka)

Sampai dekat sekolah..
Nampak Auni duduk tepi longkang dengan Bi'ah. Nampak dia tersenyum. Setelah dia masuk ke dalam kereta,

Auni: Jauh dah ke?
Ana: ^_^ Lepas jambatan Geliga.
Auni: ('-'*)

Bila fikir balik, Allah telah campakkan perasaan gembira, nilai positif dalam diri ini.. Bukan semua sangkaan kita tepat kerana kuasa bukan terletak di tangan kita sepenuhnya.

Dalam post ini juga, ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa di seluruh dunia. Tapi, setiap hari adalah hari bapa, hari ibu, hari guru dan apa-apa yang patut...


Ps. lupa itu positif atau negatif... sekadar bertanya walaupun sudah tahu jawapannya... ^.^

.10.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

LL4G ke Istanbul untuk Penyelarasan Misi Seterusnya

LL4G ke Istanbul untuk Penyelarasan Misi Seterusnya

KLIA, 21 Jun - Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman dan Pengerusi Biro HALUAN Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin telah berangkat ke Istanbul, Turki malam tadi. Turut menyertai mereka ialah dua orang krew ASTRO Awani.

Tujuan pemergian mereka adalah untuk menyelaraskan misi konvoi ke Gaza yang akan datang. Mereka juga akan mengadakan pertemuan dengan keluarga-keluarga para syuhada’ yang terkorban dalam serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan MV Mavi Marmara pada 31hb Mei yang lalu. Pertemuan ini adalah mewakili rakyat Malaysia daripada gabungan NGO-NGO di bawah Lifelife 4 Gaza (LL4G) Malaysia. Sumbangan sebanyak 1 ribu Euro kepada setiap keluarga juga akan diserahkan di dalam pertemuan tersebut.

Mereka dijangka kembali ke tanahair dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Khamis, 24hb Jun 2010 jam 5:40 pagi.

.9.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

5 Sukarelawan Mavi Marmara Masih Dalam Keadaan Kritikal

huruf pertama

Lima orang sukarelawan yang cerdera parah akibat serangan brutal tentera komando Zionis Israel ke atas kapal kemanusiaan Mavi Marmara pada 31hb May lalu masih dirawat di sebuah hospital di Ankara, Turki. Salah seorang dari mereka masih dalam keadaan sangat kritikal dan tidak sedarkan diri.

Demikian menurut kenyataan Ketua Pasukan Medik kapal Mavi Marmara, Dr. Mevlit Yurtseven, yang telah dikeluarkan oleh Sahabat Al-Aqsha, sebuah NGO di Indonesia yang turut menghantar sukarelawan menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu. Menurut Dr Mevlit, sukarelawan yang masih tidak sedarkan diri itu mengalamai kecederaan parah di bahagian otak akibat tembakan di kepala. Manakala empat orang lagi mengalami kecederaan di kepala, dada dan juga perut.

Dalam serangan tentera komando ke atas sukarelawan-sukarelawan yang tidak bersenjata di atas kapal Mavi Marmara itu, sekurang-kurangnya 50 orang tercedera. 7 orang daripada mereka berbangsa Arab manakala 2 lagi daripada Indonesia. Manakala masih ramai lagi dilaporkan masih hilang dan tidak pulang ke tanahair masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Arief Rachman, iaitu sukarelawan MER-C yang turut berada di atas kapal Mavi Marmara, telah menyerahkan laporan perubatan ke atas Surya Fachrizal kepada Dr Mevlit. Surya, seorang petugas media yang cedera parah setelah ditembak di bahagian dadanya kini masih terlantar di sebuah hospital di Amman, Jordan. Sejurus selepas kejadian, beliau telah dibawa ke Hospital Universiti Rambam di Haifa, Israel.

Manakala seorang lagi sukarelawan Indonesia yang tercedera, Okvianto Emil Baharudin, telah selamat menjalankan pembedahan lanjut di sebuah hospital di Indonesia bagi membuang sejumlah 12 serpihan peluru dari dalam lengannya. Beliau ditembak oleh komando Israel ketika mengambil gambar peristiwa serangan tersebut.

.8.rejab.1431h.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pramugari Koma Di Tanah Suci

Ana baru selesai membaca kisah ini di blog Hami Asraff dan perlu dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian sebagai modal untuk akhirat kelak.

* * dicopy dari blognya * *


Assalamualaikum w.b.t
Memang aku dah tak berkesempatan untuk update blogku. Aku ada buka Facebookku. Ada seseorang menghantar sebuah kisah yang membuatkan aku berfikir banyak kali. Berfikir akan betapa banyaknya dosa-dosaku selama ini. Nauzubillah. Di bawah ni kisahnya. Aku copy 100 %. Moga ada pengajaran bersama.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah....
Pagi tadi ana baru menerima email dari seorang teman tentang peristiwa seorang pramugari yang koma di Tanah Suci Makkah ketika ingin menunaikan fardhu haji....
Marilah kita membaca kisah ini dengan mata hati kita...
moga dapat menjadi iktibar buat kita semua...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.

Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini."

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah. Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah... Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT"

.4.rejab.1431h.

Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: June 2010
Design by a.a.ghariib