Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Lawatan Form 4 [hari kedua]

24121431H
Sambungan...

25 November 2010, Khamis [hari kedua]
Gheni mangkit pukui 5:30 pagi. Bukan sebab bunyi alarm hp tapi bunyi jiran sebelah. Alarm pun tak sempat lagi nak berbunyi, jarum saat tak sampai lagi. 5:40 baru kejut orang lain. Mardhiyyah sms, "Salam, nadiah. Biasanya utara masuk subuh awal ke lewat dari terengganu?" "Lewat lagi. Semalam pun 5:51 baru masuk subuh masa dekat kedah." 6:10 pagi Solat Subuh, baca mathurat. Eh, senyap dah orang sebelah. Tidur balik ke? Jadi tukang iron lagi hari ni, dah pakat nak pakai baju MaUTaDi hari ni. Mardhiyyah dengan muallimah An dah pakai semalam.

Haziqah sms ajak kami keluar, katanya makanan dah sampai. Jadi, pukul 7:30 kami pun keluar. Masa keluar tu, baru 3 orang rupanya yang keluar, Iera, Haziqah dan Syifa'. Makanlah dulu, kemudian lepak sekejap tepi pantai. "Meh, nak tegok matahari naik." "Matahari naik ikut sebelah sanalah." "Tu lah, pagi tadi kitorang melepak dekat luar. Kitorang sembang-sembang dekat luar. Dahlah Marsha pakai telekung, macam Tanyalah Ustazah. " "Oh, tu lah yang riuh tu, lepas tu ketuk pintu bilik orang." "Siapa nya?" "Marshalah. Ketuk-ketuk. Wafaa' bukalah. Dia pun cakap, bagus." "Tadi banin pinjam seterika dengan kitorang. Mula-mula takut juga nak bagi pinjam. Tapi last-last bagi je lah." "Oh, ye ke. Bilik kitorang ada dua seterika."

Bila diorang semua dah keluar bilik, "Marsha sebiji macam masa MaUTaDi." Kasut je lah yang lain pun. "A'ah, dia kata nak pakai macam masa MaUTaDi hari tu." "Semalam, korang tengok ke sukan?" "Tv tak berapa oklah. Last-last Marsha tengok cerita kartun." "Cerita kartun? Cerita apa? Ada ke, Tv berapa?" "Cerita Toys Story dekat tv 2. Dah tutup lampu, dia khusyuk betul tengok."


Dalam pukul 9:00 pagi, kami pun bertolak, naik bas sekolah. Tertanya-tanya nak ke mana dulu ni ye? "Auni, diorang dah pulang belum seterika?" "Belum." "Syaza kata bilik diorang ada dua seterika." 9:20 pagi, kami sampai di Nusantara Maju Enterprise, tempat jual barang-barang/ubat-ubatan berasaskan gamat. Tengok dia masak minyak gamat. Beli barang yang muallimah Yong pesan. Sekejap je singgah dekat sini. Nak beli apa ye?


10:00 pagi, kami tiba di Kota Mahsuri. Jalan-jalan dekat dalam tu. Tengok sejarahnya. Bergambar dekat model-model rumahnya. Pergi tengok burung-burung, makam mahsuri, telaga dan lain-lain. Masa nak keluar tu, diorang bergambar dekat kedai. "Pandai diorang buat tempat keluar, kena masuk kedai." "A'ah." Yang paling orang suka bila tengok Marsha bergambar, dapat perhatian yang ramai ye.


Pukul 11:30 pagi, kami tiba di Taman Buaya. Hampir sejam juga perjalanan. Majoritinya tewas dalam bas. Sampai-sampai, eh banyaknya kucing comel-comel. Tak, sebenarnya nak cakap, sampai-sampai, pertunjukan nak habis dah. Tapi takpe, pukul 11:40 dia nak bagi makan pada buaya-buaya. "Kotornya air dia, kesian buaya tu." "Kalau dia buat buih, maksudnya dia tengah agresif." "Buaya ni ambil masa 2 minggu untuk hadam makanan. Berjemur bagus untuk dia sebab nak menghilangkan bakteria pada dia. Sebab tu lah dia nganga mulut, nak buang bakteria." Pandai betul Afif dengan Tasha. Masa dia bagi makan tu, "Tengok, yang depan tu tak dapat-dapat. Nganga je." Akhirnya dapat juga. Bila pertunjukan dah habis, "Eh, ada seekor lagi ikan. Tengok, tapi dua-dua malas angkat kaki. Depan mata je." Jalan-jalan di sekitar kawasan ni. Ada 2 ekor buaya yang lain dari yang lain. Seekor tu, ekor kontot. Yang lagi satu tu, tak tau nak cakap macam mana.


Pada jam 12 lebih, kami tiba di tempat pembuatan kristal. Tengok-tengok je dekat situ. Tak beli apa-apa pun.



Pukul 1:00 petang, kami berhenti di Pantai Pasir Hitam. Pantai dekat sini je yang warna hitam. Keterangannya di situ menjelaskan ada kaitannya dengan mineral.


Jalan-jalan dekat sini. Tengok-tengok keychain yang dijual di situ. 1 keychain, RM 1. Kalau 6 keychain, RM 5. Fikir, nak beli tak. Akhirnya habis RM 15 untuk keychain, maksudnya beli 18. Bukan apa, nak bagi semua sepupu ana sebelah ayah ana. Semua sepupu dah 15 orang (maksudnya tak campur adik beradik analah). 3 lagi tu tengah fikir. Masa family gathering hari tu, 21/11, keluarga nenek ana (sebelah ayah), ayah ana pi habaq kat depa semua.

Beli betiklah. Cari Wafaa'. Jumpa dia tengah minum air kelapa dengan Mardhiyyah dan Marsha. Kemudian, ikut Marsha dan Izyan cari barang untuk adik Marsha dan abang Izyan. Fikir nak beli apa untuk adik lelaki ana yang sorang tu. Tadi ayah ana sms, "ibrahim minta hadiah." Diorang makan tengah hari dekat sini. Beli kacang kuda dan aiskrim jagung buatan pakcik tu. Sedap, aiskrim dia. Muallimah sampai dua kali beli.


Pada jam 2:45 petang, kami tiba di tempat kereta kabel. Nak naik kena pakai sticker. Kalau hilangkannya, kena denda RM 50. Semua berhati-hati. Mula-mula beratur, nampak macam panjang, tapi cepat. Tengah-tengah beratur, nampak sorang budak cina ni. Masam je muka dia, tapi comel. Wafaa' suruh dia senyum, nak tangkap gambar tapi statik je muka dia. Tempat beratur dia berbentuk zig-zag, jadi asyik terserempak dengan orang yang sama. Kali kedua, abang dia, budak kecil lagi lah, tunjuk-tunjuk dekat kamera yang Wafaa' pegang. Wafaa' pun tanya nak tangkap gambar ke? Dia angguk, dah siap posing pun. Kali ketiga terserempak, mak dia perasan yang dia bergambar dengan kami. Mak dia pulak ajar cara nak berposing.^^


Satu kereta kabel naik enam orang. Kami naik berenam, muallimah Iera, muallimah Syu, Afiah, Izyan, Wafaa' dan ana. Mula-mula adik ana nak ikut Afiah n the geng. Tapi bila tau enam orang satu kereta kabel, Afiah naik sekali dengan kami. Tapi bagus jugalah dia naik dengan kami. Sebab dah kenal sangat dah dengan dia, cara nak menggalakkan dia. Sebab apa yang orang lain tahu, dia cepat semput.huhuhu... Masa ni baru tahu Afiah dan Izyan gayat. Afiah, ana 'paksa' juga, ajak dia tengok pemandangan kat tepi tu. Akhirnya dia pergilah juga walaupun kena pimpin tangan dia. Wafaa' pimpin Izyan. Izyan sampai ke sudah dia tak berdiri dekat tepi tu.

"Nasib baik juga nti naik dengan kitorang. Baru nak harapkan nti jaga adik ana. Tengok-tengok nti yang gayat. Ana rasa kalau nti naik dengan diorang tadi, adik ana yang jaga nti." "Hee~ ^_^ Ana memang gayat. Adik-beradik ana kak Afiqah dengan kak Afifah memang berani kalau bab-bab macam ni. Adik ana yang lain pun. Ana dengan Ahmad je macam tu sikit." Setiap kali nampak pemandangan, nak jalan kena pimpin tangan dia. Nak-nak atas jambatan tu ha. Dia pegang tangan che sampai berpeluh-peluh tangan. Hai, Afiah, Afiah. Teringatlah pula waktu mukhayyam. Dah dua tahun sama kumpulan dengan dia. Mesti kena jaga dia baik-baik. Kan, Afiah!

Sampai dekat bahagian atas sekali, ada papan tanda, 'You are now at 705 meter above sea level'. Dekat bahagian ni, kami duduk atas lantai tu macam berkelah. Kumpulan kami berehat di situ bersama-sama Marsha dan Zalilah. Marsha buka jajan dia dan juga kacang kuda. Kumpulan Marsha dan Zalilah yang lain dah balik, dah turun. Jadi, diorang naik kereta kabel dengan 4 lagi orang lain. Kesian Marsha. Afiah dengan Izyan punyalah berebut nak duduk tengah dalam kereta kabel. Turun-turun, Sir Azman tunggu dekat depan tu, suruh kami pi solat dulu. Tak sempat lagi nak makan. Beli air je. Naik-naik bas, adik ana cerita yang dia ikut Mardhiyyah tengok arnab. Marsha pula dok cerita dia tengok rusa. Rusa tu pun datang dekat dia, bau baju dia.


Pada jam 6:20 petang, kami tiba di Kompleks Idaman Suri. Kelihatannya Marsha dan Wafaa' masih mamai ye. Beli beg sahaja di sini. Seterusnya, pada jam 7:00 malam, kami berhenti di HiG. Memang orang beli sakanlah coklat dekat sini. Mula-mula settlekan periuk muallimah Yong dan muallimah Ainon. Barulah kami beli coklat. Masa ni baru tahu Toblerone produk Kraft Food. Tak jadilah nak beli. Lepas dah bayar, pi dekat Mardhiyyah. "Tolong ana pilih coklat. Nak beli aa lagi ni? Mak ayah ana macam berharap sangat hari tu." Tengah-tengah pilih tu, adalah dua tiga kali lampu terpadam. Orang dok kata, 'gimik'. Rupa-rupanya, Daim pun Kraft Food. -.-"

Kemudian cari kedai makan. Nak bungkus. Depa yang lain makan dekat situ. Sementara menunggu makanan siap, Izyan, Wafaa' dan ana pergi kedai belakang. Nak tengok-tengok. Mardhiyyah dan adik ana tunggu makanan. Ada sebuah kedai ni, baik sangat kakak tu. Wafaa' beli keronsang untuk adik beradik dia. 6 biji RM 10. Tapi kakak tu bagi 7 biji. Ana beli t-shirt untuk adik ana. "Wafaa', cuba bayangkan adik ana muat tak kalau saiz ni?" "Kalau nak yang lengan panjang ada dekat sini." "Tak, nak beli baju untuk orang lelaki." Lepas tu, Izyan beli t-shirt labuh untuk mak dia.

Sekali, Bi'ah sms, "Baju... Tolong carikan baju untuk ayah ana, saiz L, bawah RM 10.. yang terokey." Ada jumpa baju RM 5 dekat kedai kakak tadi. Wafaa' pergi tanya Bi'ah okay tak kalau yang tu. Pilihlah untuk ayah dia dan ayah Izyan. Iera dah beritahu pada muallimah yang kami lambat sikit. Diorang pun tak habis makan lagi. Mardhiyyah pun datang dekat kedai tu. Tengok-tengok juga keronsang. "Wow, 6 10 ringgit." "Tadi, ana beli, baik sangat kakak tu, dia bagi ana pilih 7." Baru nak warning Wafaa', kakak tu datang dari arah belakang dia. "Takpelah, akak bagi 7 10 ringgit." Wafaa' terkejut, malu.. "Takpelah akak." "Apasal tak habaq mai kakak tu ada tang tu." "Che baru nak habaq tapi dia dekat belakang nti dah." Nak balik dekat bas dululah, diorang tak habis makan lagi. Teman Mardhiyyah singgah kedai beli roti sekejap. Masa lawatan MaUTaDi hari tu baru tahu dia suka makan roti. Tak sah kalau satu hari tak makan roti.^^

Dalam perjalanan pulang, ana dan Wafaa' ajar Marsha loghat utagha. Perkataan awat sahaja dah lama. Cara sebutannya macam await tapi tak berapa jelas sangat huruf 'i' tu. Macam-macam dia sebut, sampai awet, awek pun dia sebut. Sampai Pantai Chenang semula pada jam 9:00 malam. Malam ni, Mardhiyyah nak datang bilik kami. Nak makan sama-sama. Tiba-tiba dengar banin ketuk pintu dan panggil dekat luar, "banat, banat." "Eh, banin panggil kita eh?" "Banat, kunci tinggal kat tombol pintu ni." Wafaa' pun pergilah ambil. "Nak cakap terima kasih tak dekat banin?" "Terima kasih!" "Siapa masuk last tadi?" "Izyan buka pintu tadi." "Ana mana retilah pintu bilik kita ni." "La, habaqlah, nanti ana buatlah." "^.^" Rasa malu sangat. Tapi tak boleh nak berhenti gelak (tapi suara kena control). Pintu bilik kami memang agak susah sikit nak 'diuruskan'.

Mardhiyyah sms, "Ana datang lambat sikit. Nak solat dulu." Jadi, kami punggah dulu barang-barang yang dibeli. Kemas sebab esok dah nak balik. Satu beg untuk coklat sahaja. Satu beg baju dan satu beg untuk dibawa ke atas bas. Tulis balik barang-barang yang telah dibeli beserta harganya. Sedang-sedang asyik mengemas... "Eh, nak tengok cerita hantulah." "Tengoklah." "Tak nak. Tak payahlah kak Izyan.." Wafaa' pun terus buka tv. Buka-buka, tiba-tiba semua rasa lain macam dan Wafaa' pun tutup balik tv :D "Biasanya kan, cerita hantu mesti dia buat tandas buruk-buruk." "Tandas kita buruk tak? hehehe" "Eh, dahlah, tak nak cakap pasal ni." "Nti yang start." Sambil-sambil kemas, Izyan suruh tanya diorang dekat bilik lain, tandas depa ok tak sebab. Bi'ah jawab, "Tandas kitorang tak de siput. Lipas ada." Izyan pun tak jadi nak menumpang tandas depa.

Tak lama kemudian, ada orang ketuk pintu. "Wafaa', cepat buka pintu ni, cepat Faa'." Mardhiyyah datang, dengan bertelekung. Siapkan tempat untuk makan. "Emm, ana nak tanya, nti datang tadi, pakai telekung eh? Kain dia pun?" "A'ah.^^" "Dah, takde banin ke dekat luar tu?" "Ada, sebab tu lah ana suruh Wafaa' buka pintu cepat-cepat." "Diorang nampaklah nti eh?" "Ana tutup muka macam ni." "Ohh, kelakarnya nti ni." "Huh, tebal muka. Ana tak solat lagi sebenarnya. Tandas penuh."

Tengah-tengah makan, Syifa' dan Haziqah datang. Nak minta air masak. Tengok tv sekejap dekat sini. "Biasanya, cerita hantu ni, awal-awal ni hantu dia tak keluar lagi. Episod akan datang baru hantu tu keluar. Eh, dengarlah suara banin dari sini." "Memang pun. Nasib baik nti tak duduk bilik ni." "Memang doh. Kalau ana duduk bilik ni, rasanya ber'perang'lah dengan jiran sebelah tu." "Tu lah yang ana nak kata." "Eh, korang, nanti datanglah bilik kitorang. Tapi, nak naik ketuk kasut dulu tau! Nanti mak marah." "Okay!" Marshalah tu jadi mak. Banyak watak betullah dia ni. Hari tu jadi bapak. "Syifa! Pulang balik botol air masak tu. Kitorang nak juga." "La, bagi jelah ana." "Nurul Syifa' Mohd Nor!" "Nahlah." "Mardhiyyah, esok eh. Esok tau." sambil membuat isyarat ke arah Wafaa'. "Okay." Wafaa' terpinga-pinga. Kemudian, kami pun solat berjemaah. Malam ni, Mardhiyyah pula jadi imamah. Diimport ni dari bilik lain. "Ana takut tak muat beglah." "Nak pinjam beg ana tak?" "Boleh juga." Kemudian, kami pun pergi ke bilik Marsha. Diorang tengah tengok cerita cina. Meriah betul bilik ni dan bilik sebelahnya. Singgah sekejap je.

Balik semula ke bilik, kemas yang bakinya. Lepas dah sudah tu, ana saje baca balik yang ana tulis dekat hp, tempat-tempat yang sudah kami lawati hari ini. "Eh, nak tulis jugalah. Cuba nti sebut balik." Sebutlah balik tempat-tempat yang telah dilawati beserta waktunya. Depa berdua dah lena. Sementara Wafaa' baca buku, ana baca mathurat. Memang terlupa nak baca tadi. Biarlah lewat pun, baca juga. Lebih baik lewat, daripada tak baca langsung. Bagi ana, baca mathurat buat ana rasa selamat sebab kita dah berdoa kepada Allah dan semua doa itu adalah doa yang diajar oleh Rasulullah. Malam ni sunyi je.

Bila dah 12:00 tengah malam je, bunyi riuh mula kedengaran. "Eh, dengaq dak?" "Dengaq, depa bangun balik eh?" Haziqah sms, "Dah tido belum?" "Belum. Tengah baca buku. Orang sebelah dah bangun." "Tau, tadi diorang nak takutkan kitorang, buat macam hantu." Diorang melepak dekat luar pula. Malam ni asyik dengar bunyi orang sms ke hp Wafaa' je. "Siapa pulak ni? Oh, Mardhiyyah." "Kenapa? Dia cakap Happy Birthday ke?" "A'ah." "Nti lahir pukul berapa?" "Sebelum subuh. Kakak ana pun semua sebelum subuh." "Oh, ana ucap esoklah. Kiranya, ana orang firstlah ucap betul-betul pada waktunya." "Apa-apalah Nadiah." Sampai satu masa, terdengar sesuatu yang tak ingin kami dengar. Cepat-cepat tutup lampu, bersiap nak tidur. Akhirnya, kami tidur pada pukul 1:30 pagi. Set jam 5:40 pagi.

Note:
*Afiah *Afif *Auni *Bi'ah *Haziqah *Izyan *Mardhiyyah *Marsha *Sara Natasha *Syifa' *Wafaa' *adik ana *ana *others

Hari pertama.
Hari ketiga...

Ps. Muallimah Wan Khadijah kirim salam...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Lawatan Form 4 [hari pertama]

22121431H
Salam. Alhamdulillah 24 hingga 26 hb baru-baru ini, ana telah mengikuti lawatan form 4 ke Langkawi buat kali kedua dalam hidup ana dan kali pertama buat adik ana. Tapi kali pertama ana pergi, ana baru beberapa bulan, tak ingat pun. Seramai 38 orang telah mengikuti lawatan ini termasuk 4 orang guru; ustaz Azman, muallimah An, muallimah Syu dan muallimah Iera.^^ Tahniah diucapkan kepada para AJK yang telah bertungkus-lumus merangka lawatan ini.

23 November 2010, Selasa

Kami dikehendaki berkumpul di sekolah sebelum jam 5:00 petang. Sampai-sampai sekolah, dengar azan. Masa nak turun kereta tu, ayah ana kata, "Tengok, ada je orang bawa beg besar." "Hmm, takpelah pergi 3 beg, balik pun 3 beg (untuk 2 orang)." Ana bawa dua, adik ana bawa satu. Kan senang. Pergilah solat Asar dulu sementara tunggu orang lain.

Lepas solat, tunggu depan asrama banat. "Eh, ana bawa kamera." "Ok." "Dengar tak? Ana bawa kamera." "Dengar. Biasalah tu." "Ni first time ana bawa kamera." "Oh, i see. Yelah, biasanya kakak nti yang suka bawa kamera. Sekarang dia dah ke sana kan." "Oh, ana bawa kamera!" "Apa-apalah Marsha."

Kakak-kakak form 5 pun balik dari SPM kat SMC. Muka semua happy-happy, ceria macam dah habis semua paper (padahal baru start hari ni). Takpe, bagus-bagus. Kemudian bas sampai. Dalam pukul 5:30 petang, kami bertolak dan berhenti di R&R Temerloh pada jam 7:00 malam. Solat dan makan. Dalam bas, meriah betul dekat belakang tu. Bertali arus dengar orang tu kirim salam, orang ni kirim salam. Diorang buka kedai kopi pula malam-malam ni. Adik ana berapa kali terjaga dengar kemeriahan diorang.

Dalam pukul 8:00 lebih tertidur sekejap. Pukul 9:00, tengok masih meriah ye suasana di belakang tu. 9:45 berhenti di Genting Sempah. Nak turunlah sekejap ambil udara. Masa nak turun bas, Wafaa' terkejut tengok banin tidur selubung kepala. Dalam pukul 12:00 lebih, terjaga lagi. Ya Allah, sejuknya (tapi tak lah sesejuk macam pergi Cameron Highlands hari tu). Ingatkan diorang semua dah tidur. Tengok-tengok, riuh sebab sejuk pula. Macam-macam, tutup lubang air-cond dengan langsirlah, tutup dengan stokin pun ada juga. Ish3.

24 November 2010, Rabu [hari pertama]
Banyak kali terjaga. Akhir sekali bangun pukul 5:15 pagi, masa ni berhenti dekat R&R Pekan Gurun, Kedah untuk solat Subuh. Sementara menunggu masuk waktu subuh, ada yang sempat berqiamullail. Kami terus solat berjemaah sebaik sahaja masuk waktu Subuh, 5:51 pagi. Kemudian, keluar menuju ke bas. Sementara menunggu kedatangan banin, kami membaca mathurat bersama-sama dalam bas.

Akhirnya, kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 8:00 pagi. Letak barang setempat dan pergi makan sarapan pagi. Makan nasi lemak bersama air teh. Dan menunggu lagi di jeti. Akhirnya, pukul 9:05 pagi, kami naik feri. Dalam perjalanan ke Langkawi, kami menonton cerita Ahli Nujum Pak Belalang. Setibanya kami di Langkawi, kami naik bas menuju ke tempat penginapan kami di Pantai Chenang Resort dan tiba di sana pada jam 11:00 pagi.

Sebilik, 4 orang. Duduk sebilik dengan adik ana, Izyan dan Wafaa'. Semua orang dah masuk bilik masing-masing. Nak tak nak kenalah masuk bilik yang terakhir ni, sebab bilik kami selang sebuah dari bilik orang lain. Banat yang lain semua berderet. Kami macam terasing sikitlah. Muallimah An pun tanya dekat orang tu, "Budak lelaki duduk dekat kawasan ni juga ke?" Sebab banin tak dapat bilik lagi, depa kena tunggu sat. "Maybelah." Masuk-masuk bilik, "Alamak, Wafaa', macam mana ni? Macam mana kalau banin duduk sebelah ni?" "Janganlah cakap macam tu, ana tak nak."

Check2 tandas, banyak siput. Izyan dah mula mengira berapa kali kena masuk tandas, 5 kali. Kemas barang. Sementara yang lain bersiap, ana offer untuk tolong seterika tudung. "Awat hangpa terlebih rajin ni Nadiah?" Wafaa' memang dah lama cakap utara dengan ana, dari bulan 9 hari tu. "La, che memang suka bab-bab seterika ni." Teringat kisah masa kecil dulu.

Ana suka tengok mak ana seterika baju. Lepas dah guna seterika tu, mak ana simpan dan almari, masa ni dekat hotel. Umur ana 4 atau 5 tahun ketika itu. Ana pun ambil seterika yang masih panas itu. Mak ana, "Jangan Syaza, jangan!" Yelah budak-budak, makin kata jangan makin buat. Pegang guna tapak tangan. Kemudian, hangpa pikirlah sendiri. Mak ana kata, nasib baik tak da parut dah besar ni. Mak ana suka sangat kisah ni. Katanya, patutlah sekarang pun rajin seterika baju.huhuhu...

Pukul 1:30 petang, keluar bilik, nak cari makan tengah hari. Nampak banin duduk dekat bilik lain. Huh, lega. Dah order nasi ayam, lama tu, kakak tu datang, kata ayam dah habis. Kenalah order makanan lain. Kami pun order nasi goreng, satu kongsi dua orang. Kalau tak, tak sempat. Makanan sampai 2:20, berdesup makan sebab 2:30 petang nak pergi Island Hopping.

Kemudian, van untuk ke Island Hopping pun sampai. Boleh naik 12 orang. 2 ikhwah, 10 akhawat. Sarah ajak naik awal-awal. Sampai-sampai dekat sana, ada orang tangkap gambar. Lepas muallimah cakap-cakap dengan dia, dia kata nak letak gambar tu dekat pinggan. Disebabkan semua sekali 38 orang, maka 4 buah bot disediakan untuk kami. Ana naik bot yang pertama tu, adik ana suruh naik cepat-cepat.^^ Muallimah Syu, Afiah, Fatin Nabilah, Izyan, Mardhiyyah, Nasyitah, Syifa', Wafaa', adik ana dan ana. Tunggu bot lain sat dan nampak gayanya, depa nak berlumba.

Mula-mula kami pergi ke Pulau Dayang Bunting. Tengok bukit bentuk macam perempuan mengandung, Dayang Bunting. masa pakcik tu tunjuk, "Hah, tu dia Dayang Bunting. Nampak tak? Kalau tak nampak pendek umur." (Macam cerita Ahli Nujum Pak Belalang tadi.) Masa nak sampai tu, bot kami 'kona baring'. Sampai-sampai, tengok banyak monyet dekat situ. Bacalah kisah cinta Si Enggang dan kisah Dayang Bunting ini. Jalan ke tasiknya. Dekat tasik tersebut, diorang naik paddle boat dan solar (apa ye nama dia, lupa). Majoritinya pergi main bot-bot tersebut. Ada beberapa orang sahaja yang duduk memerhatikan mereka dari jauh, tak naik bot-bot tu. Duduk dekat tepi tu sambil makan biskut.

Kemudian, ketika kami hendak pulang, sesuatu telah berlaku...

Seterusnya, kami pergi melihat burung helang. Pakcik yang bawa kami beri makan pada burung helang tersebut. Banyak sangat. Suka tengok yang masih kecil tu. Dan akhir sekali, kami ke Pantai Beras Basah. Masa nak turun ke pantai, kena 'terjun' dari bot, senang kata kena lompatlah. Kesian muallimah Syu jatuh. Kami pun bergambar ramai-ramai dekat situ tapi satu bot dah balik ke jeti tadi. Depa tak turun dekat Pantai Beras Basah ini. Kemudian, waktu nak sampai jeti tu semula, dia 'kona baring' lagi sekali. Habis basah muallimah Syu.huhuhu... Masa nak balik, dah siap dah gambar yang diletakkan atas pinggan tu. Satu RM 10.


Sampai-sampai semula dekat Pantai Chenang, tak terus masuk bilik. Berehat tepi pantai dulu. Letih tapi seronok. Best sangat naik bot. Che keciwi naik bot. Balik bilik sekejap, letak barang. Keluar-keluar ke pantai, nampak muallimah dah mandi laut dah. Main galah panjang. Tengok sunset. Adikku tak habis-habis tangkap anak-anak ketam. Pukul 6:45 petang masuk bilik. Diorang masuk pukul 7:00 malam. Janjinya nak berkumpul untuk makan malam pukul 8:00 nanti.

Masuk-masuk bilik untuk bersiap dan solat. "Eh, pasepa hingaq sangat dekat sebelah tu? Wafaa', dengaq dak?" "Dengaq, banin ke duduk bilik sebelah ni?" "A'ah laa.. Bisingnya, maghrib ni." Kami pun pasang tv, orang azan dengan harapan jiran sebelah senyap sikit. Cuba juga pasang radio ikim tapi tak berapa clear. Bila dengar banin tengah solat, barulah kami solat dengan aman. Kalau masuk pancuq dengaq je suara depa ni. Nak pukul 8:00, kami pun keluar bilik, pi hantar kasut yang Afiah nak pinjam dan ajak Mardhiyyah tunggu depa dekat luar. "Eh, Wafaa', kita tak baca mathurat lagi kan. Jom, baca sementara tunggu depa." Hujan rintik-rintik. Cepat-cepat pergi cari kedai makan. Mula-mula ingat nak bungkus je, tapi nampak gayanya macam nak hujan, makan dekat kedai je lah. Marsha pun kata macam tu juga.

"Balik ni nak tengok sukan. Diorang yang sebilik dengan ana dah beli jajan (alamak! loghat johor pula) untuk tengok sukan malam ni." "Ye ke? Wah!" Akhirnya kami makan di kedai orang Thailand dan banin pun makan di situ. Duduk semeja dengan muallimah An. Makan nasi goreng pattaya. Remote tv muallimah conquer. Sekali, muallimah kata, "Macam mana ni? Pakcik ana nak datang jumpa ana. Ana nak cakap apa, dah 14 tahun tak jumpa." "Lamanya, 14 tahun." "Huh, 14 tahun?" Maksudnya, last jumpa masa umur muallimah 10 tahun? Sambil menunggu makanan, Wafaa' mengulang hafazannya dengan kak Rahil. Kak Rahil beritahulah, kalau nak mengulang, mula-mula baca je dulu ayat yang kita dah hafal. Nanti automatik ingat. Biasanya kak Rahil memperuntukkan masa 2 jam untuk mengulang hafazan. Kagum. Lepas makan, singgah kedai beli air masak sebotol besar untuk esok.

Balik-balik, buka tv. Tapi tak berapa tengok pun. Dengan suasana jiran sebelah yang sungguh meriah. Dengarlah juga apa yang dibisingkannya. -_-" "Eh, esok ada cerita hantu, cerita hantu baru. Nak tengok." "Tak naklah. Tak payahlah." "Tengoklah kalau nti nak tengok. Abaikan je adik ana." "Eh, tapi tak boleh tengok. Esok penuh kan satu hari. Sempat ke nak tengok." Buat catatan mengenai penggunaan wang. Banyak mana sudah digunakan, untuk apa.^^ Dalam pukul 11:30 lebih, mereka berdua dah lena. Ana dan Wafaa' tengah dok baca buku. Wafaa' pula, ada je orang hantar sms pada dia, tanya, "dah tido belum? tengah buat apa?" Layan. Akhir sekali, kami tutup lampu pada jam 12:30 tengah malam, set jam 5:30 pagi. 'Sungguhpun begitu, kedai kopi di sebelah masih tidak ditutup bahkan semakin ramai pelanggannya. Takpe, tengoklah satgi hangpa mangkit pukui berapa.'

Note:
*Izyan *Marsha *Muallimah An *Wafaa' *adik ana *ana *others

Hari ke-2..
Hari ke-3...

Ps. Muallimah Wan Khadijah kirim salam...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Berebut Jihad ke Medan Perang!

16121431H
Ketika Rasulullah SAW memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya Khaitsamah. Ketika itu, panggilan seperti tidak menghairankan kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad fi sabilillah. Sebab itu, Khaitsama berkata pada anaknya:

“Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak.”

“Wahai ayahku, demi Allah jangan begitu. Ketahuilah, keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu, Engkau yang harus menjaga rumah dan izinkanlah aku yang pergi ke medan jihad. Tinggallah engkau di rumah wahai ayahku!”

Khaitsamah marah dan berkata pada anaknya, “Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku!”

Saad menjawab, “Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangka ke medan perang, sedang engkau meminta sesuatu yang lain (menunggu rumah). Bagaimana engkau rela aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah?”

Maka Khaitsamah berkata: “Wahai anakku, apabila diantara kita harus ada yang berangkat jihad satu orang, maka dahulukanlah aku sebagai bapakmu yang berangkat.”

“Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku rela mendahulukanmu” Jawab Saad lagi.

Khaitsamah tetap tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian ternyata Saad yang harus berangkat ke medan perang. Dia pun berangkat ke Perang Badar dan gugur sebagai syahid.

Setelah itu, Khaitsamah akan berangkat menyusul anaknya yang sudah mati syahid di medan perang. Tapi, ternyata Rasulullah tidak mengizinkannya. Tapi kemudian, Rasulullah mengizinkannya setelah Khaitsama memohon sambil menangis dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku ingin sekali terjun ke medan perang. Tapi, undian siapa yang harus pergi antara aku dan anakku dimenangkan anakku sehingga dia yang dapat mati syahid. Tadi malam aku bermimpi anakku berkata kepadaku: ‘Ayah, engkau harus menemaniku di surga dan aku telah menerima janji Allah.’ Ya Rasulullah, aku rindu untuk menemaninya di syurga, maka izinkanlah aku. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku.”
Setelah diizinkan, Khaitsamah pun berangkat dengan gembira. Ia bertempur dalam perang Badar hingga mati syahid. Dan, ia pun berjumpa dengan anaknya di syurga merasakan pastinya janji Allah.”


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Salam Aidiladha

10121431H
Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah,
bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar...
Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.

Di hari yang mulia ini, mari kita maknai dengan takbir, tahmid dan takbir...
Agar 'ruh' pengorbanan keluarga Ibrahim a.s mampu memutik 'ibrah...
Memarak semangat pengorbanan untuk agama tercinta ini.

Melangkah dengan ikhtiar yang mapan...
Beriring sangka baik dan kepasrahan yang tuntas kepada Ar Rahman..
Walau hakikatnya, kita terhijab dari mengetahui keberhasilannya di masa depan...
Kerana yang pasti hanya DIA Maha Mengetahui...
Hikmah yang mengintai di sebalik setiap ujian dan cabaran.

Di sebalik payah dan susah, pasti ada penghujung yang indah.
Kepada ALLAH kita berserah, moga lelah hari ini akan berakhir kerehatan abadi...
di Syurga ILAHI, ameen Ya Rabb.

Justeru, jangan sangsi dan ragu, tawakal dan redalah pada TUHANmu.




Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Program kami dan UPSR!

06121431H
Alhamdulillah, rancangan yang direncanakan dua hari lepas dapat dijalankan dengan baik pada semalam. Selepas bacaan mathurat, muallimah suruh banat form 4 berkumpul depan asrama. Nak main bola jaring. Bahagi kepada dua kumpulan, kumpulan nasaie dan saiena. Ana kumpulan nasaie dengan muallimah An (purple). Rasanya, saingannya taklah sehebat macam waktu permainan bola jaring hari Isnin tu. Dengan mudah muallimah shootkan bola. Pada waktu akhir-akhir, kumpulan saiena mula menunjukkan kehebatannya. Akhir sekali, seri!

Kemudian, kami pun (banat) segera menyiapkan segala macam benda untuk jamuan. Buat air, potong makanan, bahagi dan susun makanan. Kemudian, kami pun menjamu seleralah dalam bengkel tersebut sehinggalah pukul 9:45 pagi.

Setelah itu, kami disuruh bergegas ke bilik mesyuarat untuk aktiviti tayangan. Cerita Alangkah Lucunya Negeri Ini. CD yang dibawa oleh Marsha. Kalau bab-bab cerita, CD, serah sahaja pada Marsha. Tapi, kadang-kadang dengar juga ada yang kata tak faham sebab bahasa Indonesia. Sedang-sedang menonton, dipanggil atas urusan lawatan. Bagi duit kelas. HA, SIAPA BELUM HABIS BAYAR LAGI??

Keluar-keluar dari bilik mesyuarat, nampak ramai ibu bapa dekat depan pejabat. A'ahlah, keputusan UPSR keluar hari ini. Masa tu, tak ada perasaan apa-apa lagi. Cari Aqilah sekejap sebab muallimah Ainon nak minta tolong pasal duit hafazan. Selepas itu, jumpa dengan kakak-kakak form 5 sekejap yang sedang membuat hafazan. Tak terus masuk bilik mesyuarat sebab ramai orang lain depan bilik itu kerana bersebelahan dengan pejabat.

Kak Shaidatul ada terdengar beberapa orang punya keputusan UPSR. Dia pun beritahu masa tu. Diri ini menyibuk juga ketika itu. "5 orang je dapat 5A." "Ha? 5 orang je?" "A'ah, ramai dapat 3A. Oh, nti pun ada adik tahun 6 kan." "Hm." Dalam hatiku, ada harapan ke. Sebab biasa dia bukanlah antara top 10 pun. Biarlah dia dapat berapa-berapa pun, tapi ana curious sangat. Sarah Mazlan dapatlah macam yang ditargetnya.

Ana pun terus pergi masuk semula bilik mesyuarat sebab dah kurang sikit orang depan tu. Masuk-masuk, cakap dengan Wafaa' result adik dia. Orang lain pun sibuk tanya adik ana punya result. Ana tak tahu lagi masalahnya. Tak berapa lama kemudian, Tasha cakap, adik ana dapat 5A. Bila dengar tu, rasa macam tak percaya. Tanya dia banyak kali juga. Seronok tapi tak percaya. Ye ke adik aku tu? Mendadaknya. Dalam pukul 11:15 pagi, AJK yang berkaitan dengan permainan, pergi keluar dulu. Nak buat persiapan.

Sambil-sambil kami menyiapkan kertas-kertas untuk explorace, Sofia Idris tahun 5 datang, "Kak Syaza, Sarah dapat 5A." "Ok ^_^ " Tak tahu nak kata apa. Percaya sikitlah bila dah dengar dari mulut orang kedua. Sambil-sambil bersiap, pergi dekat kelas dia sekejap. "Sarah, betul ke dapat 5A?" Muka dia muka selamba je. "A'ah." Muka dia macam tak percaya pun ada. Muka selamba dan cool pun ada. Memang sebiji sifat dia dengan abang ana. Cumanya tak rajin je. Tapi, keputusan UPSR kali ini menurun dari tahun-tahun sebelumnya sebab 5 orang dapat 5A daripada 41 orang. SRIAAKertih macam menaik mendadak pula. Dengar-dengarnya 20 orang lebih dapat 5A.

Berbalik kepada explorace tadi, mula-mula ada taklimat dekat kelas oleh Syifa'. Haziqah, jaga checkpoint depan asrama, Villa idaman SMIAAK. Dalam kumpulan, kena ada sorang yang pergi ambil kad yang ditulis nama lagu dan penyanyinya. Orang tersebut perlu menyanyi dan diteka oleh ahlinya yang lain lagu apakah itu dan dinyanyikan oleh siapa. Kebanyakannya lagu Maher Zain. Tapi, tak semudah itu. Sambil dia menyanyi, Syifa' sumbat sagoon banyak-banyak dalam mulut dia. Kumpulan paling sporting adalah kumpulan Izzah.

Seterusnya, ana dan Wafaa' jaga di depan bilik pengawas, Tingginya view, I believe I can fly. Mereka dikehendaki untuk meneka rasa (pejam mata). Ada 3 jenis dan dalam setiap satu jenis itu mengandungi banyak bahan campuran. Dekat sini, kumpulan Nasyitah yang paling banyak betul.

Yang pertama, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
Kedua, bawang merah, bawang putih dan halia.
Ketiga, kicap dan cuka. (Ramai kata sedap yang ni)

Kemudian, Mardhiyyah jaga dekat tepi sekolah, Jom Lepak! Kena putuskan tali rafia untuk dapatkan bendera rasanya menggunakan api. Bahagian ini dimenangi oleh kumpulan muallimah An.

Dan akhir sekali, Nurul jaga di kantin, Santapan Jasad. Setiap kumpulan kena pilih satu botol air yang mana setiap daripadanya mempunyai kandungan yang berlainan. Lumba minum air dan dimenangi oleh kumpulan muallimah An.

Sambil menyiapkan hadiah, mereka yang lain main dulu sambut-menyambut belon air. Siapa yang gagal tangkap dan menyebabkannya pecah dikira kalah dan tersingkir. Sebelum sesi penyampaian hadiah, siapa yang masuk hafazan dengan yayasan hari itu dipanggil oleh muallimah Ainon. Banyak juga peristiwa yang berlaku ketika itu.

Buat majlis penyampaian hadiah dalam bilik mesyuarat. Waktu itu, sempat lagi muallimah Ainon dan muallimah An membuat pakatan mengenakan sorang banin ni. Apa-apa pun, tempat pertama dimenangi oleh kumpulan muallimah An. Kedua, kumpulan Nasyitah dan ketiga, kumpulan Izzah. Selepas itu, kami mengemas bengkel dan solat.

Balik rumah, mak ana skype dengan abang ana pasal keputusan UPSR. Dia pun suspens je. Mak ana pun saja buat dia berdebar. Katanya,
Alhamdulillah.. adik yang tak pernah dapat straight A muncul top 5 dalam UPSR sebagai 5 orang yang dapat 5A daripada 60+ calon Al-Amin.. Semua guru terperanjat.. yalah, dapat nombor belas2 tu biasa baginya, hihi.. tapi UPSR kali ini ana naik saksi yang ana tak pernah tengok dia serajin ni belajar.. Omedetou gozaimas imouto chan. Bertambah rajinlah untuk sekolah menengah..^^

Oklah, nak pergi ihtifal TNI.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Sila tahu...

05121431H
beng4ng deng4n isr4el !! j4h4n4m !!*****ht

Hati-hati!! Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata-kata yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di Wall, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, kerana secara automatik anda akan terus masuk ke fans page ini


Cuba lihat!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu. Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung. Mungkin anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja. Waspada dan segera untuk keluar kerana jumlah anggota mereka setiap jam bertambah, jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page tersebut dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata Isr4EL ada disana juga. Sebarkan hal ini kepada saudara-saudara kita yang lain. Kerana kita bukan pengikut the real terorist. Saya melihat mungkin anggota group ini yang wall/note/tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya. Tolong disebarkan. Syukron.

(sumber dari group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

Daripada fans page tersebut, boleh lihat bagaimana dia highlightkan perkataan tersebut.

****Teruskan, menekan dan mengutuk isr4el laknatullah!!!!
****faham-faham je la semua. facebook ni kan hak milik isr4EL .

Yang terkini;
Israel Page:28,568 people like this.

Jangan share post ini direct ke fb sudahlah.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Seniku, Bisnesku.

05121431H
Alhamdulillah, pada minggu lepas, siap sudah beg sandang yang ditempah oleh sahabatku. Makan masa sebulan juga sebab agak sibuk dengan peperiksaan dan pembelajaran serta program MaUTaDi. Suka sangat berbisnes biar kecil-kecilan sahaja pun. Start daripada darjah 6, ana jual nama-nama yang dibuat menggunakan benang. Masa form 2, mula buat tali hiasan, boleh jadi macam rantai kekunci. Form 3, berehat sebentar, cuma menjual kek/cupcake sahaja. Ketika form 4 pula, jual beg tempat letak handphone pada cuti pertengahan tahun untuk mengutip dana Palestin. Satu beg, RM3 sahaja. Dapatlah beberapa ringgit. Boleh tahan juga. Selepas RAZ tempah beg sandang ini, (sebab nak bawa ke Langkawi) ramai pula orang nak tempah. Tapi, setakat ini masa tidak mengizinkan.

Oh ye, tengah-tengah tahun hari tu, ustaz Khairuddin ada belajar cara nak buat rantai kekunci guna benang, buat nama orang. Kemudian, ustaz tanya ana senang ke susah. Sudah tentu ana jawab senang sebab dah 5 tahun buat benda ni. Jadi, ustaz pun bagi pinjam CD yang ustaz beli supaya ana dapat belajar buat (kiranya upgrade lagilah ni) dan tolong buat agar dapat ustaz membuatnya. Komisen, sudah tentulah dapat. Setakat ini, rasanya macam masih tak terbuat. Hari tu, buat sample sahaja. Nanti ana jual ye ustaz! (Tapi tak sempatlah nak jual dekat sekolah tahun ini.)

Sememangnya diri ini sukakan seni. Tapi bukan seni melukis. Suka juga sebenarnya cuma tidak mahir dan kurang kreatif dalam bab itu.^^

Sekadar berkongsi.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Sedih?

03121431H
Assalamualaikum. Post ini sekadar ingin meluahkan kekesalan apabila ada pihak yang mereka cerita atau menyebarkan cerita yang tidak benar mengapa abangku tidak berjaya mendapatkan biasiswa. Tak perlulah sampai menyebut butir peribadinya. (nama, dari mana dll) Sungguh pun dia tiada di sini, bersama-sama si 'penyebar fakta'.

Ana pun jarang cerita tentang perkara ini pada orang lain melainkan yang agak rapat dengan diri ini kerana terlalu panjang kisahnya dan begitu rumit. Teringat aku pada ibu bapaku yang terkejar-kejar ke sana ke mari untuk menguruskan hal tersebut. Bukan salah abangku, dia tidak berjaya mendapatkan biasiswa. Tetapi ada kisah lain yang tidak disebut oleh pihak tersebut.

Dia sudah selamat belajar di sana atas tanggungan ayahku sendiri. Tidak usahlah menyebut-nyebut kembali tentang hal itu. Bercakap seolah-olah merendah-rendahkan abangku. Kami sudah cukup bersyukur kerana kami telah melihat hikmah di sebalik semua itu. Allah sudah merancang segala-galanya. Dialah sebaik-baik perancang. Inilah yang terbaik untuk abangku.

Ku tidak sanggup dia diperkatakan begitu. Dialah satu-satu abangku yang mengajarku sejak kecil. Ku pernah bertanya kepadanya, apa perasaannya apabila diburuk-burukkan atau diperkatakan yang tidak elok padanya. (Kerana seringkali juga mendengar suara-suara sumbang yang mengata di belakangnya) Katanya, hanya mampu tersenyum, biarlah apa yang orang lain mahu kata, semoga diberi hidayah oleh Allah. Kalau kita bersabar, kita dapat pahala.

Hanya meluahkan apa yang terpendam dalam diri ini selama ini.

Maaf sekiranya terkasar bahasa.

Aku hanyalah insan biasa, yang dhaif.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Menggetarkan, Menyentuh Qalbu Menambah Cinta!!

02121431H
Bila kita berjauh jarak dengan sang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya mampu menjumpainya melalui doa-doa yang kita lantunkan, memohon syafa’at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Sang Nabi Tercinta, Kekasih Allah, peribadi mulia panutan alam? Ratusan orang menitiskan air matanya setelah menatap langsung baju baginda yang bersahaja dan sudah robek, sandal baginda, keranda baginda yang tak terhalang apa pun. Allahu Akbar! Terasa dekat denganmu ya Rasulullah… Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad….

(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kenikmatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada sang Nabi Agung, sang kekasih Allah …)

Allahumma shalli ‘ala sayyidina wa maulana Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam…

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Yaa Allah… betapa sederhananya baju sang pemimpin dunia yang suci nan agung!!)

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Bahagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah sobek)

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

Jejak Kaki Rasulullah SAW


Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

Peninggalan gigi dan rambut Nabi. Itu giginya jelas ya?

Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.

Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelasa

Busur Panah Nabi SAW

Bendera Rasululullah SAW

Ini lebih jelasnya.

Salah satu serban/tutup kepala Rasulullah SAW

Topi Besi Rasulullah SAW

Baju dan barang-barang Rasulullah SAW

Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH
(Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW)


Keranda dan makam Nabi panutan alam, Nabi Muhammad SAW

Di dalam inikah Sang Nabi Agung nan Mulia berbaring? Allahu Akbar! Makam raja saja, makan Sunan Sunan Gunung Djati saja, kita tidak bebas masuk dan melihatnya. Ini makam Rasulullah sang kekasih panutan umat manusia, Allaahu Akbar! Bila keranda ini disingkap dan kita boleh melihat tubuhnya yang suci berbaring, terbayangkah bagaimana kita menatap wajahnya?

Sumber: http://moeflich.wordpress.com/


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: November 2010
Design by a.a.ghariib