Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kerana Satu Hadis

09061432H
Kathir bin Qays menceritakan; "Ketika saya sedang duduk bersama Abu al-Darda' di Masjid Damsyik (Syria, datang seorang lelaki, lalu berkata, "Wahai Abu al-Darda', saya datang kepada tuan dari Madinah, kota Rasulullah s.a.w. kerana satu hadis. Sampai kepada saya bahawa tuan telah meriwayatkan hadis dari Nabi s.a.w." Abu al-Darda' bertanya, "Adakah kamu datang kerana urusan niaga?" Lelaki itu menjawab, "Tidak." Abu al-Darda' bertanya lagi, "Adakah kerana ada urusan yang lain?" Dia menjawab, "Tidak." Lalu Abu al-Darda' berkata, "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Para malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Seorang penuntut ilmu akan dimintakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi hinggalah hidupan yang ada di air. Sesungguhnya keutamaan seorang berilmu dibandingkan dengan ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang. Sesungguhnya para ulama' adalah pewaris nabi-nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka hanya akan mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, maka dia telah mengambil satu bahagian yang sangat besar."

(Sunan Abu Daud, Kitab al-'Ilm. Sunan al-Tirmizi, Kitab al-'Ilm'an Rasululillah s.a.w. Sunan Ibn Majah, Muqaddimah. Sahih Muslim dengan lafaz yang sama pada, "Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga..." Tetapi berbeza lafaz selepasnya. Lihat, Sahih Muslim, Kitab al-Zikr wa al-Du'a wa al-Tawbah wa al-Istighfar)

Sumber: Majalah i


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: Kerana Satu Hadis
Design by a.a.ghariib