Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Bahasa Arab

24041432H
Salam 'alaikum.
Waktu kelas hafazan tadi, masa Marsha baca dengan muallimah, muallimah ada tanya makna kalimah-kalimah bahasa arab. Lepas Marsha, ana. Alhamdulillah dapat jawab semua.


Perkataan yang dihighlightkan inilah yang ditanya tadi. Ada sesiapa ingin menjawab?^^ Muallimah tersenyum penuh makna.

M.Hayati: Ni mesti baru tengok tadi.
Ana: Taklah, ana memang biasa tengok.^^
M.Hayati: Ayat ini menceritakan tentang apa?
Ana: Cerita tentang orang ramai melemparkan penanya untuk menentukan siapa yang akan memelihara Maryam. Dan Allah sampaikan berita tentang Nabi Isa yang menjadi seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat.

Tengah-tengah mengaji, masa giliran Mardhiyyah, muallimah tanya pasal i'irab. Senang je sebenarnya kalau faham makna.

M.Hayati:
"Mulai hari ini dan hari yang seterusnya, muallimah akan tanya semua benda ni masa hafazan. Alah, dalam qur'an ni dia ada isim, fi'il, maf'ulun bih. Mubtada', khabar. Adalah sikit-sikit isim kaana wa akhawaatuha, isim inna wa akhawaatuha dll yang awak belajar tu. Bukan susah sangat. Dia ulang hok tu le je.

Muallimah suka baca qur'an, jadi macam buku cerita kalau faham makna dia. Muallimah tak hafal satu qur'an ni, tapi kalau muallimah dengar orang baca, muallimah fahamlah makna dia, muallimah tahulah kalau orang tu salah baris dll. Muallimah suka tengok kalimah Arab dia. Dah tu buat apa awak semua belajar bahasa arab? Belajar bodoh je lah. Patutnya awak semua lagi baik dari muallimah sebab awak semua hafal qur'an. Tapi kalau hafal tak tau makna tu, hafal bodoh je lah. Muallimah target, 10 orang mesti dapat straight A.

Muallimah ingat lagi apa yang Irfan pernah cakap, "Kenapa pelajar tak suka bahasa arab? Sedangkan PQS, PSI, Aqidah, Feqah, Hadis, Tafsir, semua dalam bahasa arab." Semalam pun, muzakarah, muallim Qasim sebut, masalah pelajar dalam subjek PSI dan aqidah sebab kurang penguasaan bahasa arab. Kalau ikutkan, senang je PSI sebab jawab bahasa melayu dah. Patutnya awak kena dapat A+. Bukan setakat A+, A++ lagi. Kalau markah penuh dia 100 lebih, boleh je awak semua ni dapat A++ gitu ha. Tapi ye lah, had dia sampai 100% je.

Kalau tak suka sangat bahasa arab, belajar je lah betul-betul untuk SPM ni. Lepas tu kalau awak nak lupakan dia pun takpelah. Biarlah dapat bahasa arab A. Awak semua tinggal setahun je pun lagi dekat sekolah ni. Kalau awak takde tinggal apa-apa kesan dekat sekolah ni, nanti adik-adik yang 10 tahun lagi pun dah tak kenal awak. Masa tu muallimah pun dah tua, dah bongkok. Bila orang sebut nama awak, takde orang pun ingat. Tak naklah macam tu kan.


Sekarang ni, muallimah nak harapkan pada awaklah. Ni baru sebahagian muallimah cakap. Yang lain-lain tu tak taulah nak cakap macam mana bahasa arab diorang. Banin lagilah. (ni ayat mlmh, bkn rekaan ana. Buktikan anda hebat!) Oklah, kalau muallimah sambung, jadi lagi panjang."

Form 5, sahutlah cabaran membuktikan bahawasanya anda MAMPU!


Ana setuju sangat-sangat dengan apa yang muallimah kata. Terima kasih muallimah ajar ana dari dulu sampai sekarang bahasa arab. Mak ayah ana memang wajibkan semua adik-beradik ana belajar bahasa arab. Lepas SPM ni, apa-apa pun kena belajar bahasa arab dulu.^^

Sanah Helwah Hazirah! Barakallahu fiiki fi addunya wa al-akhirah.

Ya Allah, bantulah kami dalam pembelajaran kami untuk menuju syurgaMu.

Ayuh mantapkan bahasa syurga, bahasa ad-diin.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Ku Mohon PadaMu

20041432H
Semalam, ada program bersama alumni sekolah. Program ini dimulakan dengan pembentangan oleh sebahagian daripada batch 6 yang baru sahaja pulang dari Kembara di Negeri Bawah Bayu. [Result SPM] Mabruk 'alaikum.


Kemudian, majlis diteruskan dengan perkongsian alumni-alumni batch 5 iaitu Ukhti Aminah, Ukhti Sarah, Akh Azri dan Akh Munzir tentang dunia di luar sana. Pengalaman mereka menyambung pembelajaran. Memang banyak cabaran dan dugaan yang perlu mereka tempuhi. Kagum dengan mereka.

Ku mula berfikir keadaan kami, batch 7 nanti. Adakah aku setabah mereka? sekuat mereka?

(Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi.” (Q:3:8)

Ku terbayang akan abangku yang kemungkinan akan pulang pada bulan 6 nanti.

Jemput ke blog kami di TarbiyyatulJannah. [masih baru lagi]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Di Mana DIA di Hatimu?

16031432H
Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

Ketika di ambang maut?

Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"

Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."

Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.

Ketika tiada siapa mengetahui?

Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"

"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."

"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.

"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.

Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.

Ketika kamu tiada jawatan?

Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.

Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

Lalu, di mana Dia dihati kita?

Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?

Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?

ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!

Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?

Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?

Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?

Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.

Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."

Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.

Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"

Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.

Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.

Dan kita akan terus mengemis kasih...

Sumber: iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

'Eidi miilaadi sa'iid Marsha! Barakallahu fi 'umruki.^^


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Solat

09041432H
I want to tell you something!

Very powerful story: it's worth to spend 5 minutes.

Hanya tinggal 15 minit masa tersisa sebelum solat Isya {solat malam}.
There were only 15 minutes left before Solat-ul Isha {The night prayer}.

Dia cepat-cepat berwudhu' {menyucikan wajah, tangan, kepala, telinga, dan kaki} dan kemudian, dia melakukan solat Maghrib {solat senja}.
He quickly made Wudhu {purification washing of the face, hands, head, ears, and feet} and then, performed Solat-ul Maghrib {The dusk prayer}.

Sementara bertasbih {memuji ALLAH}, dia teringat neneknya dan merasa malu dengan cara dia bersolat.
While making Tasbih {praising of ALLAH}, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed.

Neneknya bersolat dengan tenang dan aman.
His grandmother prayed with such tranquillity and peace.

Dia mula berdoa dan pergi ke bawah untuk bersujud dan tetap seperti itu untuk sementara waktu.
He began making Dua{suplications} and went down to make Sajdah{prostration} and stayed like that for a while.

Dia telah bekerja sepanjang hari dan penat, begitu penat.
He had been at work all day and was tired, so tired.

Dia terbangun tiba-tiba dengan suara hingar dan berteriak.
He awoke abruptly to the sound of noise and shouting.

Dia berpeluh sangat.
He was sweating profusely.

Dia melihat sekeliling.
He looked around.

Tempat tersebut sangat ramai.
It was very crowded.

Dia melihat setiap arah itu penuh dengan orang-orang.
Every direction he looked in was filled with people.

Beberapa orang berdiri mengkaku sambil memandang sekeliling, ada yang berlari kiri dan kanan dan beberapa berada di lutut mereka dengan kepala mereka di tangan mereka hanya menunggu.
Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.

Dia merasakan ketakutan dan kebimbangan memenuhi dia setelah dia menyedari di mana dia berada.
Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was.

Hatinya seakan-akan ingin meletup.
His heart was about to burst.

Itu adalah hari kiamat.
It was the Day of Judgment.

Ketika dia masih hidup, dia mendengar banyak hal tentang soalan pada hari kiamat, tapi itu semua sudah lama berlalu..
When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgment, but that seemed so long ago..

Mungkinkah ini sesuatu yang dibuat-buat oleh fikirannya?
Could this be something his mind made up?

Tidak, penantian dan ketakutan itu begitu besar sehingga dia tidak mampu membayangkan ini.
No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this.

Soal siasat itu masih berlangsung.
The interrogation was still going on.

Dia mula bergerak panik dari Seorang demi seorang untuk menanyakan apakah namanya sudah dipanggil.
He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called.

Tidak ada yang mampu menjawab.
No one could answer him.

Tiba-tiba namanya dipanggil dan penyelesaian kerumunan menjadi dua dan membuat jalan untuknya.
All of a sudden his name was called and the crowd split into two and made a passageway for him.

Dua malaikat meraih lengannya dan menuntunnya ke depan.
Two angels grabbed his arms and led him forward.

Dia berjalan dengan ketidaktahuan mata melalui kerumunan.
He walked with unknowing eyes through the crowd.

Para malaikat membawanya ke tengah dan meninggalkan dia di sana.
The angels brought him to the centre and left him there.

Kepalanya membongkok dan seluruh hidupnya sedang melintas di depan matanya seperti sebuah filem.
His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie.

Dia membuka mata, tapi hanya melihat dunia lain.
He opened his eyes but saw only another world.

Orang-orang yang lain saling membantu.
The people were all helping others.

Dia melihat ayahnya lari dari satu kuliah ke yang lain, menghabiskan kekayaannya di jalan Islam.
He saw his father running from one lecture to the other, spending his wealth in the way of Islam.

Ibunya mengundang tetamu ke rumah mereka dan satu meja sedang ditetapkan sementara yang lain sedang dibersihkan.
His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared.

Dia memohon kesnya,
He pleaded his case,

"Aku juga selalu di jalan ini ..
'I too was always on this path..

Aku membantu orang lain.
I helped others.

Aku menyebarkan kalimah Allah.
I spread the words of Allah.

Aku melakukan solat.
I performed my Solah{prayers} .

Aku berpuasa di bulan Ramadhan.
I fasted in the month of Ramadhan.

Segala suruhan ALLAH, aku laksanakan.
Whatever ALLAH ordered us to do, I did.

Segala larangan DIA, aku tinggalkan. "
Whatever HE ordered us not to do, I did not.'

Dia mula menangis dan berfikir tentang berapa banyak dia mencintai Allah.
He began to cry and think about how much he loved ALLAH.

Dia tahu bahawa apa pun yang telah dia lakukan dalam hidup akan kurang daripada apa yang ALLAH layak dan satu-satu pelindungnya adalah ALLAH ... Tidak pernah dia berpeluh sebegini dan seluruh tubuhnya menggeletar.
He knew that whatever he had done in life would be less than what ALLAH deserved and his only protector was ALLAH... He was sweating like never before and was shaking all over.

Matanya tetap pada skala, menunggu keputusan akhir.
His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.
At last, the decision was made.

Dua malaikat dengan lembaran kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai.
The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd.

Kaki terasa seperti mereka akan jatuh.
His legs felt like they were going to collapse.

Dia menutup matanya apabila mereka mula untuk membaca nama-nama dari orang-orang yang masuk neraka {Api neraka terburuk}.
He closed his eyes as they began to read the names of those people who were to enter Jahannam{the worst Hell Fire}.

Namanya disebut terlebih dahulu.
His name was read first.

Dia jatuh berlutut dan berteriak bahawa ini tidak mungkin,
He fell on his knees and yelled that this couldn't be,

"Bagaimana mungkin aku pergi ke neraka {Api neraka terburuk}?
'How could I go to Jahannam{the worst Hell Fire}?

Aku melayani orang lain sepanjang hidup saya,
I served others all my life,

Aku menyebar kalimah ALLAH kepada orang lain."
I spread the words of ALLAH to others'.

Matanya menjadi kabur dan dia gementar dengan keringat.
His eyes had become blurry and he was shaking with sweat.

Kedua-dua malaikat membawanya dengan memegang lengannya.
The two angels took him by the arms.

Ketika kakinya diseret, mereka pergi melalui kerumunan dan maju ke arah api berkobar dari neraka {Api neraka terburuk}.
As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward the blazing flames of Jahannam{the worst Hell Fire}.

Dia berteriak dan bertanya-tanya apakah ada orang yang akan membantunya.
He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him.

Dia berteriak menyebut semua perbuatan baik yang telah dia lakukan, bagaimana ia membantu ayahnya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dia baca, dia bertanya apakah tidak ada dari mereka yang akan membantunya.
He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Noble Qur'an that he read, he was asking if none of them would help him.

Para malaikat neraka Jahannam terus menyeretnya.
The Jahannam angels continued to drag him.

Mereka semakin hampir ke neraka.
They had gotten closer to the Hellfire.

Dia menoleh ke belakang dan ini permohonan terakhirnya.
He looked back and these were his last pleas.

Bukankah Rasulullah [SAW] {Pesuruh ALLAH Muhammad Rasulullah saw} berkata;
Had not Rasulullah [S.A.W.] {Messanger of ALLAH Muhammad Peace be upon him} said;

"Betapa bersihnya seseorang itu yang mandi di sungai lima kali sehari, demikian juga solat dilakukan lima kali membersihkan seseorang dari dosa-dosa mereka?"
'How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does the Solah performed five times cleanse someone of their sins'?

Dia mulai berteriak,
He began yelling,

"Solatku? Solatku? Solatku?."
'My prayers? My prayers? My prayers.?'

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka pergi ke tepi jurang neraka {Api neraka Terburuk}.
The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam{The Worst Hell Fire}.

Bahang api neraka yang membakar wajahnya.
The flames of the Fire were burning his face.

Dia menoleh ke belakang buat kali terakhir, tapi matanya sudah hilang harapan dan tiada apa lagi yang tinggal untuknya.
He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him.

Salah satu malaikat mendorong dia masuk
One of the angels pushed him in.

Dia mendapati dirinya di udara dan jatuh ke dalam api.
He found himself in the air and falling towards the Flames.

Dia baru saja jatuh lima atau enam kaki ketika satu tangan memegang lengannya dan menariknya kembali.
He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.
He lifted his head and saw an old man with a long white beard.

Dia menyeka beberapa debu dari dirinya dan bertanya,
He wiped some dust off himself and asked him,

"Siapa kamu?"
'Who are you?'

Orang tua itu menjawab,
The old man replied,

"Aku solat kamu."
'I am your prayers'.

"Kenapa kau begitu lambat! Aku hampir di neraka!
'Why are you so late! I was almost in the Fire!

Kamu menyelamatkan aku pada saat-saat akhir sebelum aku jatuh dalam."
You rescued me at the last minute before I fell in'.

Orang tua itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya,
The old man smiled and shook his head,

"Kamu selalu melakukan saya pada minit terakhir, adakah anda lupa?"
'You always performed me at the last minute, did you forget?'

Saat itu, dia berkelip dan mengangkat kepalanya dari sujudnya.
At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah{prostation} .

Dia berpeluh.
He was in a sweat.

Dia mendengar suara yang datang dari luar.
He listened to the voices coming from outside.

Dia mendengar Azan {panggilan untuk solat} untuk solat Isyak {solat malam}.
He heard the Adhan{call for prayer} for Solat-ul Isha{the night prayer}.

Dia segera bangkit dan pergi berWudhu' {penyucian mencuci muka, tangan, kepala, telinga, dan kaki}.
He got up quickly and went to perform Wudhu{purification washing of the face, hands, head, ears, and feet}.

Pass this on to your friends and family...

Maybe, you can help someone open their eyes.

And who knows?

Maybe, this is a good deed that can help you during the day of judgement.

INSHA-ALLAH

by: G-dah


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Semoga berjaya!

08041432H
Alhamdulillah, baru selesai menghadiri kem PQS dan kimia pada hari Jumaat dan Sabtu. Petang Sabtu, mereka yang akan mengikuti kursus kenaikan pangkat staf dan sarjan akan bertolak pada jam 6:00 petang dari Kuantan. Dalam jam 4:00 petang, mereka bertolak dari sekolah. Tak sempat nak ajar.

Jadi, banat ambil inisiatif, minta kak Humaira' tolong ajarkan dengan bantuan slide-slide yang telah dihantar oleh Farhana Sazali dari Al-Amin Bangi. Masa waktu rehat tengah hari, ajar dua benda lagi yang mereka tidak tahu. Ajar elak guna level 1 dan asas pergerakan BaSeD level 2. Panggil Wafaa' (sarjan baru), suruh dia beritahu apa-apa yang patut mereka tahu. Ajar ikatan anduh tong.

Mereka semua bertolak dari sekolah dalam jam 4:30 petang dan dihantar oleh Ustaz Azman, Muallimah Hayati, kak Humaira' dan Sir Malik.

Guru pengiringnya adalah Ustaz Khairuddin.
Bakal Staf: Anas, Hakim, Ikmal Haziq, Syifa' Zameran dan Fatin Nadhirah.
Bakal Sarjan: Syamil, Amir Aiman, Firdaus, Syafiq Hasan, Zaiful, Afiah, Najwa, Qurratul Ain dan W.N.Nadhirah.

Marsha: Marilah kita sama2 doakan kawan2 kita yang sdg berjuang habis2an kat setiawan sana tu. Moga segala urusan dipermudahkan dan tiada lagi benda pelik2 berlaku yg berkaitan ngan sekolah kita(pasal krs laa...)

Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Selamat berjuang! Naikkan semula nama sekolah kita. Sama-sama kita doakan. La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'ana.

Kami pentingkan kualiti bukan kuantiti.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Syafakillah!

27031432H
Sahabat kita, Haziqah telah mengalami keretakan tulang pada buku lalinya. Kena masa buat latihan sukan, main bola jaring.

Mula-mula ingat terseliuh sahaja. Start masa rehat tengah hari, dia kata rasa sakit sangat kaki dia. Waktu kelas tambahan, muallim tak masuk. Duduk dekat luar, tengok orang main bola jaring. Dia pun duduk atas kerusi dekat luar. Dia kata sakit sangat. Kami buka stokinnya. Dah semakin membengkak!


Sama-samalah kita mendoakannya. Syafakillah ya ukhti. Semoga cepat sembuh.

Sahabat yang merindui nti.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: March 2011
Design by a.a.ghariib