Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Minggu Kedua SeBuDaYa CS3

26051432H
Sambungan SeBuDaYa CS3, minggu kedua.

24 April 2011, Ahad
Hari ini, kami, pelajar tingkatan 3 dan 5 mengikuti motivasi yang telah disampaikan oleh makcik Fadilah bersama suaminya, Sir Malik. Manakala, pelajar yang lain mengikuti ceramah ABJZ a.k.a. Anda Bijak Jauhi Zina yang disampaikan oleh Bonda Yong Rafidah Salleh.


Apa benda yang paling jauh daripada kita?
Masa yang telah berlalu.
Adakah kita sudah benar-benar menghayati dan mengamalkan kesemua muwassofat tarbiyyah ini?

Kerana itu semua baru di tangga pertama dalam maratib amal. Sekiranya diri kita masih tak selesai, bagaimana kita mahu melakukan perubahan pada orang lain? Tepuk dada tanya iman.
  • Kenal pasti masalah diri.
  • Kenali diri anda
    -Gunakan minda bawah sedar.
"Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing). Dia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali. Dia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) Yang terkandung di dalam dada." [Q:64:2-4]
  • Fahami dan terima diri anda.
  • Nescaya keunikan diri kita akan terserlah.
  • Kuasa dan kehebatan itu ada dalam diri kita sendiri.
  • Kita adalah JUARA! Jika tidak, kita tak akan ada/hidup di muka bumi ini.
  • Dua kali sehari, gunakan minda bawah sedar untuk bayangkan hari keputusan peperiksaan SPM/PMR.
  • Tengok muka mak dan ayah dapat pahala. Begitu juga dengan langit dan laut.
  • Jangan lihat hebat yang ada pada orang lain, lihatlah kehebatan diri sendiri.
  • Muslim > Mukmin > Du'ah ilallah.
  • Hentikan sabotaj diri.
  • Hargai diri anda, maka diri anda akan dihargai.
  • Block itu bahaya!
  • Kena ada target yang hendak dicapai.
  • Buat jadual harian dan masukkan 10 muwassofat tarbiyyah tersebut.
Why be ordinary when you can be EXTRAORDINARY!!?What
[Irufan no saifu]


Kena hantar pada makcik jadual harian kita pada hari Selasa ini. Setiap orang wajib membeli buku peraduan dan menghantarnya esok. Hadiah bagi tempat pertama adalah wang sebanyak RM100.

KELAS TAMBAHAN BIOLOGI
Nampak gayanya, banin macam tak bawa je makanan. Seperti biasa, untuk subjek biologi, waktu kelas tambahan adalah waktu untuk membuat latihan dan menjawab soalan. Maka banat telah membuat 'pakatan'. Bila tiba waktu untuk bincang jawapan, banat pun jawab, soalan pertama A, JAMUAN.

M.Nadhir: Jamuan bukan huruf J ke?

Begitulah dengan soalan-soalan yang seterusnya. Semua sebut nama makanan seperti Ayam, Cocktail, Donashi, Dorayaki dll. Akhirnya, 'mereka' dapat apa yang cuba kami sampaikan. Maka bila jawapan B, diorang jawab, B, lupa/ B, balik awal/ B, maaf dll.

Ana: Eh, nanti banin fikir, banat ni kalau bab makan, haish.
Marsha: Tak kira, banat takkan bertolak ansur dalam bab ni. Kami akan tuntut!

Bukan apa, kami bukan berkira sangat pasal makanan. Namun, setiap kata-kata itu harus ditunaikan. Bila dah habis perbincangan, muallim pun tanya, (ingatkan muallim faham)

M.Nadhir: Ada apa sebenarya ni?
Banin: Tanya banat.
M.Nadhir: Mardhiyyah, ada apa ni?
Mardhiyyah: Tak, hari tu kata banin pula bawa makanan untuk jamuan.
M.Nadhir: Ha, banin, mana makanannya?
Banin. Lupa. Hari tu, mukhayyam.
M.Nadhir: Macam mana banat? Nak maafkan tak?
Kami: (buat muka donno) Hari Rabu ni.
M.Nadhir: Ha, banin, hari Rabu ni bawa makanan, janji ya.
Banin: Aduuuh...
25 April 2011, Isnin
Ukhti Robiatul Adawiyah menyampaikan tazkirah khasnya yang bertajuk Cinta.
Cinta terbahagi kepada dua bahagian:
  1. Cinta kepada Allah
  2. Cinta kepada makhluk
Cinta kepada Allah adalah cinta yang hakiki.speak bubble2

Seterusnya pelancaran kempen jaga ikhtilat@pergaulan.

Kulim hari ini disampaikan oleh ukhti Mardhiyyah; Mampu Berdikari dan ukhti Syaza; Menjaga Waktu. Pada waktu permainan, ada lagi dua permainan untuk program SeBuDaYa ini. Yang ana tengok adalah permainan futsal banat. Dengar macam senang tapi kena pakai kain batik, satu kain, dua orang. Kumpulan Mardhiyyah menang (tak ingat nama kumpulan dia sebab ana tengok dari tingkat atas). Hantar buku peraduan.

KELAS TAMBAHAN MATEMATIK
Muallimah masuk lambat sikit sebab ada mesyuarat. Hari ni, budak-budak tu, adik-adik tingkatan 1 ada MaUTaDi dan Ittihadi. Tengok diorang (banat) main. Masa kelas, muallimah suka-suka je tambah/tolak merit orang. Kadang-kadang macam tak logik. Jadi riuh kelas suruh tambahlah, suruh tolaklah. Haih, macam-macam. Masa nak balik, bagi Wafaa' dua tin sardin mukhayyam hari tu.

KELAS TAMBAHAN KIMIA
Kelas sains teras buat jamuan kecil-kecilan, sambut birthday Fatimah. Kami pula, pelajar sains tulen, turun ke makmal, tunggu kedatangan muallimah. Wafaa' bawa sardin rolls dua bekas dengan air oren satu jag. Bila muallimah datang, pergi serbu muallimah. "Muallimah, bawa makanan apa malam ni?" "Muallimah tak bawa apa-apalah."

Kemudian, masa nak masuk makmal tu, muallimah tak jumpa kunci pula. Akhirnya, buat kelas dekat kelas tingkatan 4. Masa muallimah masuk kelas, muallimah bawa periuk. Banin pun bising, bila nampak muallimah bawa makanan. Makan masa nak dekat habis kelas. Bubur pulut hitam rupanya. Sedapnya! Oishi! Bagi muallimah dan banin sardin rolls tadi.
26 April 2011, Selasa
Tazkirah khas hari ini disampaikan oleh akh Anas dan akh Nuaiman yang bertajuk Mantap Perkara Asas. Malam ni, tak ada kelas tambahan sebab ada ceramah Palestin yang akan disampaikan oleh pakcik Zameran dari pukul 9:00 hingga 10:00 malam.


Pada waktu KRS, guru-guru bermain bersama barisan AJK, AMT MPP dan beberapa orang lagi pelajar. Muallimah main depan asrama, main selipar fighting. Muallimah Norihan, muallimah Rosmawati sekumpulan. Muallimah Syuhada, muallimah Zikhaini dan muallimah Roshayati sekumpulan. Akhirnya, kumpulan muallimah Syuhada menang.victory hand
27 April 2011, Rabu
Hari ni ada apa ye? Ha, tajuk tazkirah khas hari ini diambil daripada motto iKRAM dan telah disampaikan oleh ukhti Anis dan ukhti Syifa' Zameran. Apa ye tajuknya? Ukhuwwah teras kegemilangan. Amat panjang lebar kupasannya.
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.
[Q:49:10]
*Lihat dalam entri mukhayyam dakhili.


Seterusnya, ada program cakna Palestin. Pada awalnya, kami mengalunkan nasyid-nasyid yang berkaitan dengan jihad dan Palestin. Laungan takbir dan kata-kata semangat, seterusnya berarak mengelilingi sekolah dan menuju ke padang futsal dan aktiviti 'melontar' dilakukan. Simbolik. Kemudian, kutipan tabung dana Palestin dari setiap kelas.


KELAS HAFAZAN
Hari ini kena perdengarkan hafazan sebanyak dua muka surat, sebab minggu lepas tak tasmi'. Selalunya, pada hari Rabu, ahli kumpulan kami akan 'berebut' untuk memperdengarkan bacaan hafazan pada muallimah. Dah beratur ikut nombor. Masing-masing 'cop' nombor.

Ada sekali tu, muallimah penat duduk. Muallimah pun jalan-jalanlah sambil dengar hafazan yang dbaca oleh muridnya. Kalau muallimah jalan 'jauh', kena baca kuatlah.

KELAS BIOLOGI
Tak kelihatan makanan seperti yang dijanjikan. Maka, gunakan taktik yang sama seperti hari itu. Lepas dah habis bincang soalan, muallim suruh depa pi depan minta maaf dengan kami. Nyanyi lagu 'maafkan kami'. Kami tak suruh minta maaf, kami suruh bawa. Akhirnya, kami menyuruh mereka berikrar untuk membawa apa yang sepatutnya pada hari Isnin akan datang.

Balik kelas, ada dengar banin cerita pada banin yang tak masuk kelas tadi. "Benci goh bio tadi, kena bakor je. Jamuan."

2/5/2011: Depa bawa dah seperti yang dijanjikan. The power of the ikrar. Syukran banin kerana tunaikan janji anda.

KELAS PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH
Belajar bab pasal kahwin. Sebelum habis kelas, muallim suruh semua orang berdiri dan perlu menjawab soalan yang akan ditanya. Muallim pun tulis dekat papan putih:

Muallim tanya setiap orang, bila nak kahwin. Ada sekali tu, muallimah Hayati datang, lalu tepi kelas. Muallim cepat-cepat ambil kertas A4, tutup apa yang ditulisnya itu. Kelakarlah muallim ni. Muallim kata, muallim tanya soalan macam ni sebab nak tengok reaksi pelajar.

KELAS BAHASA MELAYU
Oh, ULBS kumpulan ana hari ini. Rupanya muallimah nak habiskan terus semua ULBS pada hari ini juga. Buat tazkirah je lah, pasal ciri individu muslim. Walaupun tahu pada saat-saat akhir, kami berpuas hati dengan markah yang diberi.

USRAH
Nurul, ana, Auni dan Izyan balik awal. Kami balik dulu ke rumah muallimah. Sementara, pengawas, ada mesyuarat. Balik, kendiri, solat. Dalam pukul 5:30 petang, muallimah pun balik, bawa balik barang-barang untuk memasak. Kami pun sediakan apa yang patut, potong itu, potong ini. Nak buat mi basah dan jemput-jemput. Sedap! Pakcik pun balik. Bercakap-cakap dekat dapur sekejap.

Masa dah nak habis usrah, pakcik pun nak keluar, "Nanti, kitorang nak usrah dekat sini (ruang tamu), awak semua pindah dekat bawah tu." "Kitorang dah nak habis usrah dah." Ada orang tanya muallimah, betul ke muallim kata tangan kita ada informasi. "Betul. Meh sini..." Muallimah pun beritahulah apa-apa yang muallimah tahu. Teringat main masa kecil-kecil dulu, adalah cara dia, tapi akhir sekali, bila kira urat, boleh tahu berapa orang anak kita nanti. Kelakarlah pula. Mengarut je tu.
28 April 2011, Khamis
Hmm... Pagi ni tak ada apa-apa program. Majlis penutup bagi program SeBuDaYa CS3 ini diadakan pada jam 12:00 tengah hari. Ada ucapan daripada YDP AMT dan beberapa orang guru. Kami turut menonton video tentang program yang berjalan sepanjang SeBuDaYa CS3.

Seterusnya, tibalah waktu penyampaian hadiah. Bagi peraduan, tempat pertama dimenangi oleh Izzati Syafiqah dan telah mendapat RM 100. Ana dapat markah 87% dan dapat hadiah saguhati. Seterusnya, peraduan karya kreatif. Tak berapa ingat pemenangnya. Yang ana ingat, Wafaa' menang untuk seloka yang dihantarnya berkenaan warga 5 Tarmizi. Best seloka dia.

Kemudian, penyerahan sijil bagi para LEADERS. Ada juga anugerah bagi LEADERS yang terbaik, seorang banin, seorang banat iaitu akh Abd Muqsit dan ukhti Wan Nur Amira. Hebat! Anugerah bagi individu dan kelas yang dapat mengutip mata merit yang paling banyak juga diberi. Banin, ana tak ingat nama dia. Banat, Sarah Mazlan. Kelas terbaik, 1 Ghazali. Ana rasa, kelas kami paling sikit mata merit sebab kelas kami tak ada orang nak kisah. Takpe, yang penting kebaikan tetap dilakukan, namun bukan tujuan untuk mengumpul mata merit, biarlah Allah sahaja yang menilai. Penilaian yang dilakukan oleh manusia ada kelemahannya.

YDP serta TYDP memotong tali banner sebagai tanda berakhirnya program SeBuDaYa CS3. Akhir sekali, guru AMT memberi ucapan. Barisan AMT 10/11 dikehendaki berdiri di atas pentas untuk pembubaran. Wajah mereka jelas terpapar kesedihan yang dirasai namun ditahan-tahan. (Ini dari pengamatan analah. Maklumlah, ana suka perhati orang.) Betullah, Marsha pun kata macam tu.

Ku mula terbayang, bagaimanakah nanti, bila kami mula melangkah meninggalkan sekolah ini?

Seterusnya, pengumumah calon-calon AMT bagi sesi 11/12. Mereka yang dimaksudkan adalah Anas, Husni Zaim, Ikmal Haziq, Izzat Muqri, Nu'aiman, Syamil, Aishah, Anis, Izziani, Mutmainnah, Sufia dan Syifa'.

Jangan lupa 10 muwassofat tarbiyyah ini!


KEMAS STOR
Lepas solat dan penerangan tentang buku SPPiM, kami dikehendaki turun ke bawah tangga banat untuk kemas bahagian stor. Nanti nak buat koperasi dekat sini. Alih barang-barang ke luar. Kemudian, ustaz Azman pun suruh banin pula tolong. Baru nak pergi 'lari dari situ', tapi ustaz Khair panggil. Pergi je lah. Nak angkat meja, baru nak angkat, meja tu roboh. Bila nak keluar, tak boleh, sebab banin terus je masuk kawasan tu. Tolong! Terperangkap tiga orang. Terperangkap bersama Wafaa' dan Syifa' kecil. Nak panggil ustaz Khair, ustaz duduk hujung sana. "1 jam kemudian..." kata Syifa'. Padahal beberapa minit je. 5-10 minit. Bila ustaz dah ke sini, "Ustaz, nak keluar." "Boleh-boleh." "Tapi, banin penuh." Ustaz pun tahan diorang dari belakang. Akhirnya bolehlah keluar. Boleh bernafas.^^


BERITA GEMBIRA UNTUKKU

Abang ana nak balik akhir bulan Mei ni. Masa kita mula cuti sekolah. 27 Mei 2011. Tak sabarnya. Tapi masa tu kelas tambahan bermula bagi pelajar tingkatan 5. Jadi, dia akan turun di Kuantan pada malam harinya. Menanti saat-saat itu. Mak ana kata, hari tu dia beritahu, naik 1kg sahaja duduk sana. Unbelievable. Oh ye, sebab kena berjimat, kos di sana tinggi.



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Minggu Pertama SeBuDaYa CS3

19051432H
Alhamdulillah, program SeBuDaYa CS3 a.k.a. Separa Bulan Dakwah dan Tarbiyyah Creative Season 3 telah diadakan sepanjang minggu ini. Program ini berjalan dari 17-28 April 2011.

17 April 2011, Ahad
Maka, pada hari ini, bermulalah program SeBuDaYa CS3. Program ini telah dianjurkan oleh pihak AMT MPP 2010/2011 dan dibantu oleh AJK MaUTaDi dan Ittihadi. Telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Sekolah, Tuan Haji Abdul Malik bin Mohd Isa. Banner SeBuDaYa CS3. Antara program yang akan dijalankan adalah LEADERS, kempen, karya kreatif, kulim, game ukhuwwah, cakna Palestin dll. Mata merit kelas juga perlu dikumpulkan.

Pada hari Khamis yang lepas, 100 keping borang LEADERS telah dijual. Namun, hanya 80 orang sahaja yang akan dipilih. Hari ini turut diumumkan LEADERS2 yang telah dipilih. Tingkatan 5 ada 26 orang, 11 orang ikhwah dan 15 orang akhawat.

Kulim a.k.a. kuliah 5 minit turut diadakan berkenaan 10 muwassofat tarbiyyah a.k.a. 10 ciri-ciri individu muslim. Ikut jadual yang telah ditetapkan oleh AMT MPP dan kulim ini diberi dalam kelas masing-masing bermula pada keesokan hari.

KELAS BIOLOGI
Kelas tambahan biologi petang ni, muallim nak buat analisa soalan periksa TOV kertas 1. Maksudnya, siapa yang salah untuk soalan tersebut, kena angkat tangan dan sebut jawapan yang dijawabnya itu. Oh ye, hari ini, kami bawa makanan untuk jamuan kecil-kecilan seperti yang telah dijanjikan pada minggu lepas. Tapi banin tak bawa apa-apa pun. Takpelah. Biar dulu.

Mula-mula jawab biasa-biasa sahaja. Yang Izyan pula, kalau jawab mesti nak lain dari orang lain. Contohnya, orang lain jawab B, Bola, dia akan jawab B, Badak. Lama-lama, orang lain pun nak main juga macam tu. Kalau banin, suka sebut C, cocktail (susu campur buah). Sebab banat ada buat cocktail. Main nama negaralah, nama oranglah dll. Dahlah ada 50 soalan. Last sekali, A, A+.

Meriah sangat kelas hari ni. Antara makanan yang banat bawa; puding roti, cookies, kek tiramisu keju, kek batik, kek coklat dan air cocktail.

Muallim pun suruh banin pula yang bawa makanan untuk kelas hari Ahad minggu depan. Muallim tanya juga, nak tak ajak sekelas pergi main bowling.


18 April 2011, Isnin
Bermula hari ini, ada tazkirah khas yang disampaikan oleh akh Mujahid yang bertajuk Biah Solehah, بيئة صالحة a.k.a. persekitaran yang baik. Antara isinya:
  • Visi sekolah kita adalah untuk melahirkan 4 golongan iaitu, ulama', umara' [pemimpin], azkiya' [professional] dan aghniya' [usahawan].
  • Amalan budaya ana, anta, anti untuk orang yang sefikrah dengan kita.
  • Menghormati tetamu.
    "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya." [Hadis]
  • Penggunaan kalimah2 arab seperti asif [maaf], syukran [terima kasih], lau samahta/ti [excuse me], afwan [sama-sama/maaf] dll.
  • Ucapan jazaka/jazaki selepas orang beri ucapan di hadapan.
    جزاك
    جزاك
    جزاك الله
    جزاك الله خيرا
    ولك ولنا إن شاء الله الجنة
    ولك ولنا إن شاء الله الجنة

    Segala puji bagi Allah
    Dan bagi kamu dan kami, insya Allah, syurga

  • Tidak mengamalkan budaya bersorak seperti orang lain sebaliknya mengamalkan laungan takbir, tahmid, tasbih dll.
  • Jaga kata-kata walaupun ketika sedang marah.


Seterusnya, kempen tutur kata sopan dilancarkan.
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." [Hadis]

Kita hendaklah meminta maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Ada dua jenis kesalahan, pertama menggunakan pensel dan kedua, menggunakan pen (perumpamaan). Kalau kesalahan yang menggunakan pensel boleh dipadam. Kalau pen juga boleh dipadam namun ada kesannya.
"Ilmu itu cahaya. Ilmu tidak akan dapat melekat pada hati yang kotor." [Norisha]
Kulim hari ini telah disampaikan oleh akh Syafiq Akram yang bertajuk, Aqidah yang Sejahtera.

KENALI POTENSI DIRI
Selepas waktu Asar, bermulalah program KPD, Kenali Potensi Diri yang disertai oleh para LEADERS. Namun begitu, pelajar tingkatan 5 mula mengikuti program ini pada jam 5:30 petang, baru habis kelas tambahan Matematik (makan rojak!). Solat Asar, mathurat, masuk kumpulan untuk perbincangan persembahan malam ni. Sekumpulan dengan Farhanim, Mutmainnah, Ain Zahidah, Izziani, Najwa, Syafiqah (F4) dan Syifa' Mohd Noor. Kumpulan kami adalah kumpulan E/R dan diketuai olehku.

Kemudian, kami beriadah. Mula-mula main 'cap kali cap'. Kemudian, 'Zuzz Tang'. Dan akhir sekali, main 'break lap' (main tepuk-tepuk) yang Fathin Nadhirah dan Syifa' Zameran belajar masa pergi kursus kenaikan pangkat staf sarjan. Semua ini perlukan tahap kepekaan yang tinggi.

Kendiri, makan malam, solat Maghrib, tazkirah spontan. Solat Isya'. Slot seterusnya adalah berkenaan Leadership yang telah disampaikan oleh muallim Sufian. Antara ciri pemimpin adalah pemimpin yang kreatif, berani, tidak berseorangan dan lateral thinking (fikir luar kotak).

Seterusnya, persembahan. Kumpulan kami simple sahaja, tunjuk perkara mazmumah dan diikuti dengan perkara mahmudah. Semua kumpulan memberi persembahan yang menarik. Tidur.
19 April 2011, Selasa
Bangun pada jam 5:00 pagi. Buatlah apa-apa yang patut. Selepas solat Subuh, mathurat, kemudian, ada resolusi. Masing-masing beri pendapat dan pandangan tentang program ini. Sarapan.

SESI PERSEKOLAHAN
Tazkirah khas hari ini disampaikan oleh ukhti Marsha yang bertajuk Sikap-sikap pada Seorang Muslim yang Baik.
  1. Kebersihan rohani dan jasmani serta persekitaran.
  2. Zuhud.
  3. Muraqabah.
    -Menyedari dan meyakini bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Kulim hari ini disampaikan oleh ukhti Auni. Ibadah yang Sohih.

Petang harinya, tak ada KRS tetapi telah diganti dengan permainan. Main selipar fighting. Kumpulan SEPATU vs TEROMPAH. Kumpulan terompah kalah, kumpulan ana lah tu. Sungguh pun begitu, ramai 'penonton' menyokong kumpulan kami termasuk muallimah An.

"Hidup ini ibarat roda. Kadang kala di atas, kadang kala di bawah. Sekali di duduk di bawah, memang down, tapi dia akan bangkit dengan mendadak." Muallimah An membela kumpulan kami. Sayang muallimah.

20 April 2011, Rabu
Variasi Informasi. Ya, itulah dia tazkirah khas hari ini. Rasanya panjang lagi tajuk dia, tapi sempat 'tangkap' yang ini sahaja. Disampaikan oleh akh Izzat Anuar.
  • Jangan jadi katak bawah tempurung.
  • Sentiasa tahu perkembangan terkini.
  • Daie-ikut arus perkembangan dunia seperti sukan, berita global, ICT dll.
  • Remaja kini sukakan hiburan, nilainya melalui lirik.
  • Tak nak pendakwah menjadi orang yang ditindas/dihina.
Kempen Minggu Kebersihan dan Keceriaan peringkat sekolah dilancarkan.

ESOK MUKHAYYAM DAKHILI
Kami diberi kumpulan mengikut kumpulan usrah. Ada 4 kumpulan besar; syabab MT01, syabab MT02, fatayat MT01 dan fatayat MT02. Bincang peralatan yang perlu dibawa pada keesokan harinya.

Kumpulan ana, Nurul (ketua), Izyan, Khadijah, Mardhiyyah, Marsha, Auni, Robi'ah dan Wafaa'. Ustaz Khair suruh Marsha, Aishah, Fathin Nadhirah, Syifa' Zameran dan ana kendalikan BaSeD esok. Yang MT02, pergi cari kayu pancang.

ISLAMIC RELIEF
Pakcik Zairul telah membentangkan kepada kami tentang Islamic Relief. Satu NGO/organisasi yang memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Bukan setakat di Malaysia semata-mata, juga di negara luar. Banyak pengajaran yang dapat dikutip, antaranya:
  • Sentiasa bersifat qanaah, berasa cukup dengan apa yang ada.
  • Mensyukuri nikmat yang diberikan.
  • Bikin serupa cakap.
  • Kerjasama itu penting.
  • Menukar masalah kepada peluang dan cabaran.
  • Yakinlah setiap perkara yang berlaku itu, mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Ada satu kisah, di Afrika kalau tak salah, seorang perempuan datang kepada mereka, Islamic Relief, mengadu bahawa perutnya sakit. Apabila diperiksa, perutnya dipenuhi batu-batu. Setelah ditanya kepada empunya badan, mengapa kamu makan batu? Jawabnya kerana sudah tiada rumput kering. Subhanallah. Begitu sekali penderitaan yang dialami oleh mereka.

Seterusnya, pakcik Zairul menjemput sahabatnya, ustaz Fitri. Namun begitu, dia tidak mahu dirinya dipanggil dengan panggilan 'ustaz', cukuplah sekadar pakcik kerana katanya, ustaz itu di maqam/kedudukan yang tinggi. Kami cukup kagum dengan watak dan peribadi mereka berdua yang begitu merendah diri.

Pakcik Fitri menceritakan isahnya ketika belajar di pondok. Salah satu ceritanya, pada suatu pagi, mereka terlambat bangun. Ustaz mereka sudah duduk di atas motosikalnya sambil berkata, kalau saya sampai dulu ke surau, jagalah awak semua. Jarak untuk ke surau sekitar 500 meter. Maka pakcik Fitri kata semua berlumba-lumba, lari menuju ke surau, tak sempatlah nak mandi. Semua lari, sampai ada yang tergolek tepi jalan. Tapi kalau fikir, mana sempat nak sampai dulu sebelum ustaz. Jadi semua kena denda. Macam pakcik, lewat 3 minit, kena keliling surau 3 kali. Dalam suraulah. Kena sujud, kemudian kepala ditekan oleh ustaz dan bergerak mengelilingi surau tersebut. Bila dah habis, dahi semua merah. Lama-lama jadi hitam sebab bergeser dengan karpet. Kebetulan esok balik rumah. Bila mak tengok muka, mak kata, "Bagus anak aku tahajjud."

Banyak lagi cerita-cerita menarik daripada mereka berdua yang boleh diambil iktibarnya. Tak tertulis di sini.

JUALAN DAN TAYANGAN

Lepas usrah, tolong buat persediaan untuk jualan kelas sekejap. Malam ni, ada tayangan, cerita Despicable Me. Dalam 8:45 malam, baru balik ke rumah. Ana tak tengok tayangan tu, adik-adik ana je yang pergi tengok. Nak beli barang untuk mukhayyam esok.
21 April 2011, Khamis
Giliran ukhti Fatimah pula untuk menyampaikan tazkirah khas pada hari ini di bawah tajuk Jihad.
"Jihad yang paling besar adalah menahan marah dan kawal hawa nafsu."
Kulim disampaikan oleh akh Faiq; Akhlak yang mantap dan ukhti Wafaa'; Tubuh yang cergas.

Hari ini tak banyak sangat aktiviti sebab petang ni ada mukhayyam dakhili pula. Waktu Sejarah, muallimah Zuliana tak datang, jadi muallimah Fatimah Munirah pun ajak turun ke bilik APD. Tengok video Zaman Kegemilangan Islam. Kemudian depa minta muallimah buka video nasyid. Maklumlah, batch kami kalau bab menyanyi memang semangat! Waktu add math, makan kek coklat muallimah Syuhada. Muallimahlah guru pertama yang tambah/tolak merit kelas kami. Kalau tak, sebelum ni kosong je.

Kisah Mukhayyam Dakhili pada entri lain ya!Flower


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

"Kamu Lebih Patut Menjadi Khalifah"

11051432H
DICERITAKAN bahawa pada suatu hari Amirul Mukminin Umar bin Khattab sedang berjalan-jalan seorang diri untuk melihat-lihat keadaan rakyatnya. Tiba-tiba beliau melihat seorang perempuan tua sedang berjalan tertatih-tatih kerana membawa bebanan yang berat. Dia menggendong bakul besar berisi daun-daunan dan benda-benda lain. Amirul Mukminin menghampiri perempuan tersebut dan menawarkan diri untuk membantunya.

"Kalau anak betul-betul mahu menolong, nenek sangat suka dan mengucapkan terima kasih," kata si nenek.

Dengan wajah berseri-seri, Umar pun mengangkat bakul besar nenek itu dan menghantarkannya sehingga sampai ke tempat tujuan. Si nenek yang tidak mengetahui bahawa orang yang menolongnya itu adalah Amirul Mukminin, sangat suka hatinya dan mengucapkan banyak-banyak terima kasih.

"Terima kasih di atas semua pertolongan mu. Semoga Allah memberikan pahala kepadamu wahai anakku! Kamulah semestinya yang lebih patut memegang jawatan khalifah daripada si Umar bin Khattab itu," kata nenek itu.

Mendengar itu, Khalifah Umar diam sahaja sambil beredar dari tempat tersebut.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan kepada setiap makhluk Allah tanpa mengira darjat. Apa yang penting adalah untuk mengharapkan keredhaan daripada Allah S.W.T. yang mana akan menjadi saham untuk diri kita di akhirat kelak.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kata-kata Semangat

08051432H
Projek menulis dan menghias kata-kata semangat untuk ditampal di kelas.
Satu kertas, 2 orang buat.
Idea ni spontan, lakar masa hari Khamis minggu lepas,
dalam kelas, masa guru tak ada.
Kata-kata マルシャ buat.
Hiasan, シャザ buat.

Lakaran kasar.

Hasilnya.
Created by:
マルシャ and シャザ
or
말샤 and 샤사

dibantu oleh : 사랗


Tulisan bahasa asing tu pun spontan je,
マルシャ pandai tulis Jepun.
シャザ pandai tulis Korea.
Sekarang, マルシャ dan シャザ saling mengajar dan belajar.
Namun, pelajaran SPM diutamakan.^^

Hasil kerja orang lain,
tak dapat nak letak semua orang punya
sebab ada lagi orang yang tak hantar:

Izyan dan Wafaa'

Auni dan Robi'ah

Nurhaziqah

Hazimah dan Zalilah

Izzah dan Nurasyikin

Hazirah dan Nurul

Syifa' dan Fatimah

(tahun lepas punya)
by nursyimono


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kebaikan Pisang

07051432H
Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.


1. Sebagai sumber tenaga

Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. Ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.


2. Penderita anemia

Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.


3. Penyakit usus dan perut

Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.


4. Mengubati luka akibat terbakar

Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. Ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.


5. Kecantikan wajah

Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. Jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.


6. Atur berat badan

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. Jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. Malah menu ini juga memang sangat menyihatkan.


7. Kecantikan semula jadi

Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'banana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. Bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.


8. Menambah nafsu makan

Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga.

sumber: typewritererror.blogspot.com


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Ke Kerteh

04051432H
Hari ini, Auni, Izyan, Mardhiyyah, Marsha, Wafaa' dan ana ke Kerteh untuk menziarah Haziqah. Pada mulanya, kami rancang nak tumpang mak Wafaa' tapi makcik Ros ada kursus. Kemudian, rancang nak naik bas. Tapi, malam semalam, Mardhiyyah telefon, dia kata muallimah Ainon nak ikut, jadi muallimah ambil kami semua esok (hari nilah).

Pukul 9 pagi, lepas muallimah ambil Wafaa', muallimah ambil kami semua di rumah Mardhiyyah. Dalam kereta, macam-macam cerita. Muallimah bawa kek gula hangus. Sedap! Masa dekat Kerteh, singgah stesen minyak. Marsha isikan minyak. Kemudian, muallimah isi angin pada tayar kereta.

Tunjuk rumah lama ana pada Mardhiyyah. Dekat rantau dan perumahan panalex. Tunjuk sekali Restoran Bangkok sebab ada orang tanya. Kemudian, Mardhiyyah dengan Wafaa' yang tunjuk jalan ke rumah Haziqah, tapi diorang macam ingat-ingat lupa. Muallimah tak pernah pergi. Marsha kata, "Ana ingat rumah dia bila dah sampai je."

Mula-mula nak telefon, tapi muallimah kata, "Takpe, kita round-roundlah dulu." Lepas dah lalu dekat surau tu, muallimah pun suruh tanya, "Jalan Gelugor berapa?" Baru je nak telefon. Tiba-tiba Mardhiyyah, "Tu!" Nampak kereta Unser mak dia.

Sampai-sampai, dia dah tunggu depan rumah dah. Seronoknyalah Hasbullah. Amalina ada juga. Lama juga dekat rumah dia. Sampai pukul 12 tengah hari juga. Kemudian, masa nak balik, muallimah hantar kami ke Mesra Mall. Muallimah kena balik sekolah sebab ada kursus KRS. Nanti, balik dengan bas.

Mula-mula pergi kedai Popular. Beli buku. Kemudian, masuk TMC, ikut Auni beli barang kek, nak buat blueberry cheese tart. Wafaa' dan Marsha beli aiskrim, Izyan dengan ana beli coklat. Kemudian, kami makan di food court sana, kongsilah. Kemudian, ana, Marsha dan Wafaa' jalan bertiga, nak beli sesuatu untuk Syifa' sebab dia tak dapat ikut. "Wafaa', jom beli donut, apalah maknanya pergi MM tapi tak beli donut kan." "Belilah." "Kita kongsi eh. Tapi, nti pilihlah" "Ok." Beli 2 biji donut. Dua biji je lah. Kami ni mana ada duit. Sebiji untuk Syifa', sebiji lagi untuk kami bertiga. Makan sementara tunggu yang tiga orang lagi tu. Masa Marsha nak makan, nampak mereka bertiga datang. "Marsha, cepat, diorang dah datang." Dia pun cepat-cepat sumbat dalam mulut.

Masuk TMC sebelah sana pula. Beli plastik sampah dan bakul sampah untuk kelas. Kemudian, barulah kami keluar, tunggu bas. Lama juga tunggu. Sekali, Izyan buka kotak donut tu, "Boleh ke beli satu je?" "Kenapa tak boleh pula?" "Ni, kotak dia panjang." Kami bertiga pun senyum je lah. Izyan dan Mardhiyyah pun taulah satu lagi hilang ke mana. Nasib baik Auni tak dengar.

Dalam pukul 3:30 petang, barulah bas sampai. Naik bas SP Bumi, RM 3.50. Dalam pukul 4 lebih, sampai sini. Beli ink marker sekejap dekat Kedai Men Men.

Haziqah kata, Ahad ni nak datang.
Ibu kirim salam pada ahli 5 Tarmizi.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: April 2011
Design by a.a.ghariib