Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Cuti Sekolah

22061432H
Alhamdulillah. Baru habis peperiksaan pertengahan tahun semalam. Markah, baru tahu untuk tiga subjek; PQS, Sejarah dan Matematik Tambahan.

Cuti sekolah ni, ada kelas tambahan selama lebih kurang 4 hari 4 malam. Bermula hari Khamis sehingga hari Isnin. Dan semua diWAJIBkan untuk tinggal di asrama. Maka, ana dapat berjumpa dengan abang ana lambat sikitlah. Dia balik hari Jumaat. Kena tunggu habis kelas dulu. Hari tu, muallimah Ainon excited sangat bila tahu abang ana nak balik. Katanya (dalam kump. usrah mlmh lah), "Anak saya nak balik! Ana saya yang Irfan tu nak balik. Nanti saya nak suruh dia bagi motivasi banyak-banyak dekat awak semua." Tapi masa ni, tak tahu lagi tarikh sebenar dia balik. Oh ye, warden asrama banat nanti ialah muallimah Ainon. Bestnya!

Cuti sekolah ini juga, ada banyak program yang dijalankan. Antaranya ialah EXCELL (KRJ), Karnival Kokurikulum MGB SIM (MUSLEH) dan Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waren, kursus kawat, BaSeD dan bantu mula (KRS). Semoga mereka yang terlibat berjaya menjalani aktiviti tersebut. Bagi peserta MGB SIM, semoga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Oh ye, cuti ni, ada 3 orang guru SMIAAK yang akan melangsungkan walimatul urus mereka.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Kisah Umar 12 Tahun,

18061432H
Kisah Umar 12 Tahun, Di Penjara Nablus Israel

DIKISAHKAN semula...

Entah mengapa, aku benci mereka, mungkin kerana adik perempuanku mereka siksa dan bunuh secara keji di desa kami. Atau mungkin kerana ayahku mereka siksa dan tangkap bertahun-tahun lalu di desa kami. Atau yang paling memungkinkan, kerana mereka hentam seluruh ibu-ibu di desa kami, termasuk ibuku!

Intinya aku benci mereka dengan sejuta alasanku. Merekalah yang selama ini gembira dengan segala penderitaan kami. Merekalah yang selalu mencari-cari alasan untuk menyiksa, membunuh, memperkosa, atau merampas barang-barang kami. Mereka itulah Kaum yang telah Allah kutuk dan murkai. Mereka Yahudi jahannam! Dengan segala sifat dan keburukan yang mereka warisi dari nenek moyang mereka...

Kini aku akan membalas..

Aku dan dua kawanku akan membalas perbuatan mereka. Tidak susah bagi kami yang bertubuh kecil untuk bergerak tanpa dilihat. Kami bertiga telah terbiasa puasa sehingga badan kami kurus dan gesit. Kami merancang untuk memalukan salah seorang pegawai tentera jahannam itu dengan membakar seluarnya tepat dari bawah kerusi malas santainya. Orang itu adalah komandan rejimen yang berkemah di dalam kota.

Setiap pagi kerjanya hanya mengawasi tentera bawahannya berbaris dan berteriak menyuruh mereka membersihkan kota dari puing-puing bekas pengeboman kota tersebut. Kami tahu jadual ia duduk di kursi malasnya itu.. Pagi ini, lepas solat subuh, sebelum si komandan dan pasukan bangsat itu bangun, kami sudah mengendap-endap ke perkemahan mereka. Kami letakkan bahan-bahan bakaran sepatutnya di bawah kursi komandan itu. Lalu kami pun pergi bersembunyi.

Kedua kawanku, Abdullah dan Amar, pergi sembunyi agak jauh. Sementara aku sembunyi agak dekat dengan kursi komandan itu, supaya senang untuk nyalakan api pada talian kain panjang yang dikambus di pasir terus ke kursi komandan itu. Setelah setengah jam menunngu, salah satu ahli pasukan pun bangun dan mulai membangunkan seluruh tentera kecuali komandan. Sekitar 30 jumlah mereka. Tidak lama kemudian, mereka berkumpul dan berbaris depan khemah komandan.

Maka, aku mulakan dengan, Bismillahir Rahmanir Rahim. Api yang ku nyalakan terus merambat cepat melalui talian kain itu.. Tidak lama lepas itu, aku dengar seseorang berteriak melolong kuat. Tak salah lagi, rupanya komandan itu. Dia melompat-lompat memegang seluarnya yang terbakar. Anggota pasukannya pun tertawa. Tanpa sadar aku pun tertawa juga.

"Abdullah, Amar, lari!" Aku berteriak kepada kawanku, kerana mereka sudah tahu persembunyianku dan mengejar aku.

Serentetan tembakan mengikuti kami. Kedua adik-beradik temanku itu rebah tersungkur, penuh kesan tembakan. Aku terpana dan berhenti berlari... Terdengar satu lagi tembakan. Kurasa kakiku seperti terbakar, aku tertembak. Kakiku seperti patah dan lumpuh. Sakit yang belum pernah aku rasakan. Aku terjatuh.. Lepas itu, muncul 3 bayangan tentera, satunya komandan itu. Dengan mukanya yang merah memaksaku berdiri. Meninju perutku dengan kuat. Berkali-kali, sehingga aku jatuh pingsan.

Dipenjara...

Bila terbangun aku berada di ruangan ini. Bersama seorang tua yang sudah lumpuh. Aku bertanya padanya, "Di mana ini?"

"Ini di rumah, kerana kau tidak mungkin meninggalnya lagi. Sekolah, kalau kau mahu belajar.. Dan penjara kalau kau menganggapnya begitu." Orang tua itu menjawab dengan senyum tulus.

Aku tak faham itu semua. Yang aku tahu, ini benar-benar penjara. Kerana aku melihat besi-besi yang menghalangiku keluar. Berhari-hari aku hanya tidur dan melamun. Aku makan berdua dengan bapa tua itu. Kami diberi jatah setengah potong roti basi, yang perlu dibahagi berdua pula.

Aku sudah beberapa hari tidak solat. Kerana aku tidak tahu bagaimana nak berwudhu dengan air kami yang hanya segelas itu? Namun kulihat bapa tua itu selalu melakukan gerakan-gerakan seperti solat dengan duduk pada setiap waktu sholat. "Tok! macam mana nak solat tanpa air?"

"Tayammum le.. nak." Jawab orang tua itu.

"Bagaimana caranya?" Aku tanya. Dia ajar aku cara-cara bertayamum dengan debu pada dinding penjara. Mulai hari itu aku pun solat dengan bertayamum dan berjama'ah dengan datuk itu setiap waktu solat tiba.

Setelah sebulan aku di sel itu, seorang tentera datang. Ia menyuruhku mengikutnya. Kami melalui sebuah lorong panjang. Di kanan kirinya terdapat pintu-pintu.. Aku dengar teriakan dan rintihan dari balik pintu-pintu itu. Sampai pada suatu pintu, tentera yang membawaku itu pun berhenti. Diperintah aku masuk, pintu dikunci.

Selepas 10 minit, datang seorang tentera berwajah muram dengan tas besar nampak berat membuka pintu dan duduk di kursi depan meja di tengah-tengah ruangan itu. Ia bertanya padaku dalam bahasa ibundaku, "Siapa namamu nak?"

Aku jawab, "Umar!"

"Di mana rumahmu?"

"Kamu hancurkan rumah dan seluruh desaku.. Desa tetanggaku 2 tahun lalu!" jawabku marah.

"Lalu kau berniat membalas itu dengan membentuk kelompok-kelompok pemuda yang menggangu tentera kami di lapangan?" Sambungnya.

"Huh, kau fikir kami se ramai itu eh? Kataku sambil tertawa. "Satu-satunya kelompok yang kubentuk hanya tiga orang saja.. dan kau bunuh dua, aku tertangkap. Aku satu-satunya yang tinggal... seorang anak muda pincang yang ada di depanmu ini."

Tentera itu marah dan menamparku sekuatnya, sambil berteriak, "Jangan Bohong! Katakan! Di mana teman-teman kecilmu itu?"

Aku hanya terdiam sambil meringis dan berzikir. Dia marah dan menendangku berkali-kali setiap tendangan, aku bertakbir keras. Ia semakin marah dan melakukan itu terus menerus hingga dia sendiri letih.

Kemudian berkata, "Mungkin besok kau akan jujur, tetapi hari ini aku ambil oleh-oleh darimu agar kau ingat untuk jujur besoknya."

Dia membuka tasnya dan mengeluarkan sebuh penjepit besar. Didekati aku dan menarik kakiku yang lumpuh. Disepit kuku ibu jari kakiku dan mulai menariknya. Kerana sakit, akupun menjerit dan hampir lupa menyebut nama Allah. Aku berteriak kuat-kuat. Dicabut kuku jari kakiku.

"Itulah akibatnya jika main-main dengan kami, hey!" Katanya.

Akhirnya, aku dibawa ke sebuah sel yang lebih besar dari selku yang pertama. Di dalamnya ada empat orang sedang duduk. Seorang lelaki dan tiga pemuda yang kukira umurnya hanya berbeda dua tahun dari umurku sekarang. Itulah penghuni sel baruku ini. Lelaki paling tua mendekatiku. Dia mencarik bahagian lengan bajunya, mengikat ibu jari kakiku yang sudah tidak ada kukunya, dan masih mengucurkan darah itu.

"Apa yang mereka tuduh kamu?" Dia tanya.

"Mereka menuduhku membuat kelompok kanak-kanak yang mengganggu pasukan mereka di lapangan," jawabku lemah.

"Memang kau buat semuanya itu?" tanyanya lagi.

Aku jawab, "Aku buat bersama kedua temanku, mengerjai komandan mereka, hingga mereka membunuh kedua temanku itu".

Dia berkata, "Mereka memang tuduh kita lebih-lebih. Mereka hanya ingin menyiksa kita. Lebih baik kau tutup mulut dan berzikir untuk menghindari siksaan. Bacalah Al-Qur'an, agar tenang."

"Tapi, aku tak tahu baca Qur'an dan belum hafal banyak surat-surat pendek. Ayahku ditangkap ketika aku kecil dan ibuku meninggal masa pemusnahan desa kami. Aku selamat kerana masa itu aku sedang menginap di rumah keluargaku di bandar" jawabku.

"Kalau begitu, belajarlah denganku dan ketiga anakku, Faiz, Zaid dan Yahya. Dan aku Mustofa," katanya. "Kami berjaya selundup Al-Qur'an ke sini," lanjutnya lagi.

"Baiklah, aku akan belajar darimu, namaku Umar!" kataku.

Sejak itu aku solat, makan, dan belajar Qur'an dengan Ustaz Mustofa dan ketiga anaknya. Ustaz Mustofa ternyata memang seorang guru mengaji dan sudah hafal 30 juz Al-Quran. Ia pun membaca dengan lembut dan tartil. Selama beberapa bulan aku belajar bersamanya. Hingga pada suatu hari aku bertanya pada Ustaz Mustofa tentang lelaki tua yang tinggal satu sel denganku pertama kali.

"Dia adalah guru kami semua di penjara ini. Dia adalah inspirasi anak-anak muda kita. Dia adalah Sheikh Ahmad Yassien, dan baru-baru ini beliau dibebaskan, alhamdulillah." Jawabnya.

Menuju syahid...

Hasil didikannya akupun kini tidak terlalu banyak mengeluh dalam ruang interogasi. Bahkan aku tidak menjawab apapun pertanyaan-pertanyaan palsu mereka. Biarpun mereka mencabut beberapa lagi kuku-kuku kakiku, aku pun tidak terlalu merasa sakit. Kerana aku tahu, aku memiliki ubatnya, iaitu Al-Qur'an, yang semakinku baca semakin berkurang rasa sakitku.

Hingga pada suatu ketika, di ruang interogasi. Lelaki yang selalu menyiksaku tampil lagi.

"Aku bawa bukti sekarang!. Tiga saksi kami tangkap, melakukan perkara sama dengan yang kau lakukan pada pasukan kami hari itu."

"Mereka kanak-kanak, mengaku berasal dari desa sama dengan tempat yang kau tinggal dulu. Aku akan menyiksa mereka di depanmu sampai kau mengaku, kaulah pemimpin mereka, atau mereka mengaku di bawah pimpinan kau."

Aku hanya diam. Lalu masuklah tiga anak kecil yang umurnya lebih muda dariku sekitar 3 tahun. Mereka semua berwajah ketakutan. Penyiksa itu mengeluarkan belati dari tasnya dan mendekati ketiga kanak-kanak tersebut. Aku hanya melihat dari kursiku dalam keadaan terikat erat. Ia mengitari mereka satu kali dan bertanya kepada yang paling kanan, "Siapa namamu?"

Kanak-kanak itu dengan gemetar menjawab, "H...Hasan."

"Apakah kau kenal abang ini eh, Hasan?" tanya syaitan penyiksa.

Hasan menjawab, "A... Aku tak kenal."

Penyiksa itu marah, menggenggam rambut Hasan dan meletakkan belati dipipinya, dan mulai mengiris pipi itu, sambil berkata, "Berani berbohong hah?"

Hasan berteriak kesakitan. Aku miris mendengarnya namun tetap diam sambil berdoa untuk kekuatan Hasan. Penyiksa itu melepas Hasan setelah kedua pipinya dihiris dengan luka dalam dan mengucurkan darah. Hasan tetap menangis. Penyiksa itu berdiri di tengah dua kanak-kanak lagi sambil merenung mereka berganti-ganti.

Sambil merenung dia berkata, "Belum mahu mengaku mereka anak buahmu, hah? Kurang ajar!"

Aku diam dan berharap ia tidak menyiksa kedua kanak-kanak tadi. Namun harapanku pupus, malah makin parah siksaan kepada dua anak itu, hingga hatiku terhiris. Dan tanpa sadar aku menjerit, "Berhenti! Aku memang pemimpin mereka, aku yang memerintahkan mereka mengganggu pasukanmu," kataku berbohong.

"Ha ha ha, kini kau mengaku setelah melihat anak buahmu disiksa. Padahal aku baru saja nak mula berseronok." katanya bengis. "Tapi tak apa, aku masih banyak waktu untuk menyiksa mereka, tapi kau... Kau akan kami hukum mati besok, kerana pengakuanmu ini!" Syaitan penyiksa berkata lagi. Lalu ia keluar.

Seorang tentera disuruh membawa kami berempat menuju sel kami. Kami bertemu dengan Ustaz Mustofa. Aku ceritakan segala kejadian tadi padanya. "Subhanallah! Kau telah ditetapkan untuk syahid demi menolong kanak-kanak terlantar ini, nak! Insya Allah Jannah Firdaus akan menantimu."

Aku hanya mengangguk. Dan mencari posisi untuk tidur malam itu. Sebelum tidur aku menulis memo. Lalu aku mengulang-ulang hafalanku sambil berbaring.

Akhir kisah..

Pagi itu Umar bangun dan terlihat tenang sekali. Selesai solat Subuh berjama'ah,dia dan lapan penghuni sel sempit itu mengaji Al-Quran berganti-ganti. Dengan hanya satu mushaf dan dengan penerangan yang sangat minimum. Sebelum matahari terbit, datang tiga tentera Yahudi membuka sel dan menarik Umar. Mereka membawa Umar pagi itu. Hingga siang hari, tidak ada tanda-tanda kembalinya Umar.

Salah seorang penghuni sel itu, Ustaz Mustofa, bertanya kepada tukang cuci yang selalu melewati sel mereka, "Ke mana anak muda itu mereka bawa pergi?" tanyanya.

"Mereka bawa ke tengah padang. Telanjangkan dia dan mengikatnya di belakang kuda, sambil memacu kuda itu. Yang lain menembak kaki anak muda itu, fan terus diseret sehingga mati." Jelas tukang cuci itu.

Ustaz Mustofa kagum dan kaget, kemudian berkata, "Inna lillahi wainna ilaihi raajiuun! Sungguh kejam mereka."

Dia memberi tahu khabar ini kepada ketiga anaknya dan kepada ketiga anak kecil di sel itu. Mereka sama-sama mendoakan Umar, as-syahid... Siang itu, setelah mereka solat dan makan, ketika hendak mengaji, mereka mencium aroma yang luar biasa wangi dan semerbak di seluruh ruangan itu.

Terutama wangi yang keluar dari mushaf yang mereka pegang. Sungguh harum baunya, sampai ustaz Mustofa berkata, "Mungkin ini adalah aroma parfium saudara kita Umar. Dia telah dijemput dan dimandikan bidadari hari ini. Itulah, aromanya tercium hingga ke mari."

Kesimpulan:

Satu: Hari itu, bumi kehilangan satu lagi mujahid ulung, mujahid bertamengkan Al-Qur'an, mujahid muda yang berani, dan seorang Hafidz. Kisah ini berlaku pada hari Isnin 22 Desember 2003, Asy-Syahid Al-Hafidz Umar al-Faroouq, 14 tahun, Penjara Nablus, Israel. Islam akan bangkit kekuatannya apabila ramai umatnya seperti mujahid-mujahid ini.

Dua: Kenapa umat Islam kini tiada kekuatan? Renung-renunglah, di sini punca kegagalan umat Islam, penyebab umat Islam diratah. Maka benarlah kata Muhammad SAW di zamannya…

“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang kerumuni kamu bagaikan puak-puak lapar kerumuni makanan mereka.”

“Apakah kerana jumlah kami sikit pada hari itu?" tanya sahabat baginda.

Jawab Nabi SAW, “Ya! Pada hari itu jumlah kamu ramai sangat, tetapi kamu bagaikan buih di lautan, dan Allah akan cabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan lemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”

“Apa itu al-wahnu, ya Rasulullah?” Tanya sahabatnya pula.

“Cinta dunia dan takut mati!” Jawab Rasullah SAW.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Sumber: Ibnu Hasyim


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Selamat Hari Murabbi

13061432H
Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)

Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.

Selamat Hari Guru!!!...

"Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus." [Q:22:54]


-------------------------------
Bonda cerita, terharu sangat pagi-pagi, alumni-alumni hantar mesej pada bonda termasuklah abangku, kak Afifah dll. Yang lagi bonda terkejut, bila Akh Afif Mohd Nor telefon (batch 7), sehingga menitis air mata.
*Bonda- muallimah Yong

Teringat masa orang nak tangkap gambar dengan muallimah Azlinda. Ana dengan Afiah, "Bulat mata muallimah." "Yelah, takut dalam gambar jadi kecik." "Eh, ambil gambar muallimah dengan Syaza. Kitorang sokmo 'gaduh'." "Gaduh? Takdelah gaduh muallimah, main-main je."
-------------------------------

Masih belum terlambat kan Hazimah, Haziqah dan Robiatul Adawiyah?!

Sahabatku,
Perjuangan tak pernah putus kerana diikat dengan rantai iman,
Mujahidah tidak keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwwah,
Istiqamah dalam perjuangan sebagai bukti keimanan,
Semoga ikatan ukhuwwah ini terbina selamanya...

Uhibbukunna fillah!


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Sanah Helwah ya Akhi...

10061432H
"Alhamdulillah.. 9 pagi, 8 Jamadil Akhir 1413. Allah memberi peluang untuk terus hidup menyambut hari lahir yang ke-19.. Satu lagi hari sudah berlalu, terbuku di sisi Allah. Satu lagi tahun. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Cantik Allah atur jalan hidup ini. Kita yang selalu tersalah langkah.. Ya, setiap hari jadi itu bersejarah.. Ana jadikannya penanda, setiap hari jadi, wajib ada kemajuan. Itu permulaan baru. Tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya." [M I Ghariib]

Syukur, alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk beramal. Pada jam 9 a.m. lebih, 9 Jamadil Akhir 1415, aku masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupanku.

Janji kita di alam roh:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Q:7:172]

Dari Abu Safwan r.a, katanya Rasulullah (saw) bersabda : "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik pula amalannya." [Hadith Riwayat Tarmizi]

Tidakkah kita mahu menjadi sebaik-baik manusia? Mari munajat kepada Allah.
Hidup tenang diperoleh jika senantiasa bersama Allah, dan Allah hanya akan menyertai orang yang senantiasa membersihkan hatinya.

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah. " [Q:28:16]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Pilihanraya AMT MPP 11/12

02061432H
Akhirnya, tibalah hari untuk mengundi calon AMT MPP bagi sesi 2011/2012. Masing-masing memberi ucapan di hadapan pada waktu perhimpunan pagi. Mereka itu adalah Anas, Husni Zaim, Ikmal Haziq, Izzat Muqri, Nu'aiman, Syamil, Aishah, Anis, Izziani, Mutmainnah, Sufia dan Syifa'.

Namun begitu, keputusan masih belum diumumkan lagi.

-------------------------------
Awas! Anda memasuki zon lain!^^

Apa yang ana ingin sampaikan, walaupun sudah lepas, tetapi fikirlah,
"Janganlah lihat apa yang kurang pada orang semata-mata, lihatlah pada kelebihan dan kebaikannya. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang."

Sekiranya kita lihat pada kekurangan orang, maka tiada siapa yang akan menjadi pemimpin kerana kita, manusia, masing-masing mempunyai kelemahan diri. Bukanlah bermaknaYang lemah itu, sama-sama kita baiki, tampung.

Janganlah hanya berkata-kata di belakang empunya badan dan tidak menegur tuan empunya badan jika melakukan kesalahan. Hanya kedengaran desas desus itu dan ini. Bagaimana orang tersebut mahu berubah kerana mungkin dia tidak menyedari kesalahannya. Dan adakalanya, perkara itu tidaklah terlalu besar, namun dibesar-besarkan.

Jagalah juga kata-kata anda. Tersentak rasanya apabila mendapat tahu beberapa orang daripada calon ini dikatakan itu dan ini. Sehingga ada yang menyebabkan mereka menitiskan air mata. Itu perkara yang mereka tahu, ada juga yang tidak tahu.

Cukup!

Muhasabahlah diri anda. Sekiranya anda melakukan kesalahan, segeralah meminta maaf atau anda akan disoal di akhirat kelak.

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam." [Hadis]

Tidak ana tulis melainkan ada mesej yang ingin disampaikan. Semua perkara ini sampai kepada kami, para senior.

Always Remember This!
Kita hendaklah meminta maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Ada dua jenis kesalahan, pertama menggunakan pensel dan kedua, menggunakan pen (perumpamaan). Kalau kesalahan yang menggunakan pensel boleh dipadam. Kalau pen juga boleh dipadam namun ada kesannya.
"Ilmu itu cahaya. Ilmu tidak akan dapat melekat pada hati yang kotor." [Norisha]

Nantikan keputusannya dengan penuh debaran.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Potato / Ubi Kentang

01061432H
A kindergarten teacher has decided to let her class play a game. The kindergarten teacher told eache child girl Boy in the class to bring along a plastic bag containing a few potatoes. Each potato will be given a name of a person that the child hates, so the number of potatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hatesangry. So when the day came, every child brought some potatoes with the name of the people he/she hated. Some had 2 potatoes, some 3 while some up to 5 potatoes.
Seorang guru tadika telah memutuskan untuk membiarkan kelasnya bermain satu permainan. Guru tadika itu menyuruh setiap murid girl Boy di dalam kelasnya untuk membawa beg plastik berisi beberapa biji kentang. Setiap kentang akan diberikan nama orang yang dibenci, jadi jumlah kentang dalam beg plastik seseorang murid itu bergantung pada jumlah orang yang dia benciangry. Jadi ketika hari itu tiba, setiap murid membawa beberapa kentang dengan nama orang-orang yang dia benci. Ada yang mempunyai 2 kentang, ada yang 3 sementara ada yang sampai 5 kentang.

The kindergarten teacher then told the children to carry with them the potatoes in the plastic bag wherever they go (even to the toilet) for one week. Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleasant smell let out by the rotten potatoes. Besides, those havng 5 potatoes also had to carry heavier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended.
Guru tadika itu kemudian menyuruh mereka membawa bersama mereka kentang dalam beg plastik ke mana pun mereka pergi (bahkan ke tandas) selama satu minggu. Hari demi hari, kanak-kanak mula mengeluh kerana bau yang tidak menyenangkan dan busuk. Selain itu, mereka yang ada 5 kentang juga harus membawa beg yang lebih berat. Setelah 1 minggu, mereka merasa lega kerana permainan itu akhirnya sudah berakhir.

The kindergarten teacher asked:
"How did you feel while carrying the potatoes with you for one week?"What
Guru tadika itu bertanya:
"Bagaimana perasaan anda ketika membawa kentang bersama anda selama satu minggu?"What

The children let out their frustrations and started complaining of the trouble that they had to go through having to carry the heavy and smelly potatoes wherever they go. Then the kindergarten teacher told them the hidden meaning behind the game.
Kanak-kanak mengeluarkan kekecewaan mereka dan mula mengeluh kerana mereka harus membawa kentang yang berat dan berbau ke mana jua mereka pergi. Kemudian guru tadika itu memberitahu kepada mereka makna tersembunyi di balik permainan tersebut.

The kindergarten teacher said:
"This is exactly the situation when you carry your hatred :face33: for somebody inside your heart. The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go. If you cannot tolerate the smell of rotten potatoes for just one week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred :face3: in your heart for your lifetime?"

Guru tadika berkata:
"Inilah situasi yang berlaku apabila anda membawa kebencian :face62: anda pada seseorang di dalam hati anda. Bau busuk kebencian akan mencemari hati anda dan anda akan membawanya ke mana-mana anda pergi. Jika anda tidak boleh bertahan dengan bau busuk kentang hanya satu minggu, cuba anda bayangkan apa rasanya mempunyai bau kebencian :face3: di dalam hati anda untuk seumur hidup anda?"

Moral: Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others love is the best attitude to take. "Learn to FORGIVE and FORGET".
Pengajaran: Buanglah kebencian kepada sesiapa sahaja dari hati anda agar anda tidak perlu membawa dosa untuk seumur hidup. Memaafkan orang lain love adalah sikap terbaik untuk dilakukan. "Belajarlah untuk MAAFKAN dan LUPAKAN".


Jangan biarkan hidup anda diselubungi kebencianangry dan kesedihanRain. Jangan biarkan orang lain mengawal emosi anda. Hiduplah dengan penuh ceria dan gembira.:m:

Ana juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua atas segala kesalahan ana. Sebagai bukti maaf ana diterima kalian, tekan butang 'like'.^_-

Kisah ini didapati daripada AMT 08/09.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: May 2011
Design by a.a.ghariib