Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Lawatan ke Pesta Buku

14061433H
Assalamualaikum W.B.T.

Dah semakin tua, 9 Jamadil Akhir aku dilahirkan. Setiap hari malaikat maut datang beri peringatan kepada aku. T_T

Terlalu banyak perkara yang bermain di minda sekarang. Beberapa hari yang lepas, berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran IKRAMTeens Terengganu. Boleh baca di sini. Ihtifal 2011 di sini.

Berhasrat untuk menulis berkenaan lawatan ke PBAKL, LKD3, sambungan KD dan beberapa perkara lagi.

2 minggu yang lalu, ana menerima sms dari pegawai perpustakaan SMI, muallimah Marsha.
Nak ikut tak ke pesta buku?
Nak.
Sila beri nama penuh dan IC.

Sebenarnya dah tahu lama dah pasal lawatan ni. Tahu masa kena beri 'motivasi' untuk pelajar form 5. Kalau tak salah ana, hari Isnin, 16 April hari tu, sahabatku menjadi muallimah secara rasmi. Adik ana balik je sekolah, "Kak Marsha jadi guru kelas Sarah." Dia ajar 2 kelas, kelas adik ana (Math dan Sains) dan kelas adiknya (Math, Add Math dan Fizik). "Sarah tak tahu nak panggil kak Marsha ke, muallimah Marsha. Pelik." Bila cerita pada Marsha, dia senyum je.

Jumpa Marsha pada hari Rabu sebab ada pembentangan mengenai kembara dakwah. Kemudian, ikut dia masuk kelas. Tengok dia mengajar Fizik dan Math. Sementara dia mengajar, tolong confirmkan dengan pelajar form 5, siapa yang akan ikut lawatan tersebut.

Ketika usrah, muallimah Yong ada suruh Marsha tolong cari buku untuk perpustakaan SRI. Masa ni lah Marsha tanya kalau ada tempat kosong lagi, ada orang nak ikut tak.

Kami berkumpul pada jam 10 malam 28 April di sekolah. Berkumpul awal sebab diorang kena mengundi 12 orang calon AMT12/13. Kiranya diorang undi awallah sebab esok diorang tiada di sekolah. Ikut diorang ke tempat undi.

Ada 5 orang alumni yang turut menyertai lawatan ini iaitu Marsha (sudah tentu), kak Husna, Izyan, Mardhiyyah dan ana. Manakala guru pengiringnya adalah Sir Malik, muallimah Zuliana dan muallimah Hajar.

Seawal jam 5:00 pagi, tiba di Masjid Besi di Putrajaya. Solat Subuh, uruskan diri dll. Adalah bergambar dengan beberapa orang junior. Kelakar tengok diorang kerumun mesin untuk beli air. Bak kata Afif, mesin gedegang. Kami dah selalu jumpa mesin ni di Al-Amin Bangi. Diorang kata, "Takpe, akan datang, sekolah kita pun ada mesin ni!"

Marsha tanya takde orang ke nak belanja? Kemudian, ada orang nak test masuk RM5.00. Elok je dia masuk, Marsha pun tekan air Oligo. Anis, "Eh, ana belanja orang?" Tak lama kemudian, bila banin datang ke situ, depa pun pi kerumun mesin tu. Ana dan Marsha rasa macam kelakar je tengok budak-budak tu.

Tak sedar Robi sms, [29-04-12 07:47]
Da tolak? slamat b'jln.smoge slmat.mudah sgalanya.jage diri.hehe.


Ada orang tanya nak beli buku apa nanti? Ana tak beli banyak kot. Anis, "Bayar duit bas RM50, belilah banyak-banyak." "Ana ada misi ana ikut lawatan ni tau. (selain beli buku, ada matlamat lain)" Monolog, setakat ni, ada 2 buku yang ingin dicari iaitu Jom Berdakwah dan Komik-M (jangan gelak). "Apa?" "Adalah."
"Kita adalah apa yang kita baca."

Syifa' tanya pasal program LKD. Diorang ingat program LKD ni ada kembara dakwah je.

Berkumpul sekejap untuk taklimat sebab ada beberapa perubahan. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Alumni pun turut dipecahkan mengikut kumpulan. Banat ada 4 kumpulan. Antara ketuanya adalah m.Zu, m.Hajar dan kak Husna. Kumpulan ana ada 7 orang ahli dan ana dilantik menjadi ketua.
-Afiah, Ain Zahidah, Hafidzah, Nurin, Izzati f2 dan Marsha

Sarapan (orang belanja). Singgah Putrajaya. Muallimah Zu ajak turun. Ikutlah muallimah Zu dan muallimah Hajar. Nampak papan tanda yang mengandungi 6 bahasa. Cuba baca bahasa Korea (tapi merangkaklah juga kalau suruh baca, tulis ok). 무슬림 punyalah mengeja mu-seul-lim. Oh, muslim~

Baca mathurat ramai-ramai dalam bas. Sepanjang perjalanan, CD ceramah ustaz Azhar dipasang. Lebih kurang jam 11:00 pagi kami tiba di PWTC. Oh ye, setiap orang dikehendaki untuk mencari sebuah buku untuk perpustakaan sekolah.

Marsha minta tolong cari buku Takdir Itu Milik Aku, makcik La pesan. Marsha pun macam tak tahu lagi nak beli buku apa. Ni first time dia datang sini. Anis lagi best, dia bawa beg roda untuk isi buku-buku yang dibelinya. Ramai orang kirim dekat dia.

Kumpulan ana selalu terpecah dua. Depa ni pantang betui nampak novel. Terus lekat di sana. Akhirnya yang jalan bersamaku cumalah Marsha dan Afiah. Masuk dekat Galeri Ilmu, wah, ramainya orang. Terpecah lagi dengan diorang, tinggal Afiah dan Anis sahaja disisiku. Sekali Afiah tepuk, "Bukan tu ke buku yang kak Marsha cari?" Telefon Marsha sat, dia suruh beli 2 buah.

Lepas tu, terus ikut diorang pergi ke booth Gempak Starz. Jumpa Marsha dan muallimah Zu di sini. Ana dan muallimah tunggu je di situ sementara diorang memilih buku. Sebab semua buku ikhtiar hidup tu ana dah ada. Dekat sini, kita tak ambil sendiri buku. Tulis kod buku tersebut dan kuantitinya, hantar ke kaunter, tunggu nombor giliran. Bila dipanggil baru bayar. Muallimah Zu, "Jom kita angkat tangang, biar dia bolok." Bila orang sebut nombor, "Kabo nok angkat tangang." "Amboh eh."

Dah keluar, letak barang, duduk di situ. Ada yang pergi cari surau untuk solat. Kemudian, jalan dengan muallimah Zu ke booth Ana Muslim. Muallimah beli t-shirt dan buku nota untuk Aisyah. Duduk semula di tempat tadi. Marsha tak datang-datang lagi. Rupanya dia ke Telaga Biru dan pergi semula ke Gempak Starz untuk beli buku Jejak Libasan Jaguh.

Bila diorang dah datang ke sini. Kami pula berjalan, ana dan muallimah Zu. Jumpa buku yang ana cari di booth Aqsa Syarif, beli 3 buah buku di situ. Dekat booth apa ye, beli CD Maher Zain album Forgive Me. Baru beli walaupun dah dengar sebelum ni. Teringat Ibrahim je, dia yang minat sangat. RM27+poster. Beritahu dia, dia pun balas.
XD U R DA BEST!

Sambil berjalan dengan muallimah,
"Ramainya manusia. Macam-macam jenis."
"Emm."
Nanti bagaimanalah di padang mahsyar, sarat dengan seluruh manusia dari manusia pertama sehingga yang terakhir. Tapi semua tiada masa untuk kisah pasal orang lain, semua fikir keadaan diri masing-masing. Agak-agak bagaimana keadaan kita di sana nanti?

Kak Maisarah pun ada di sini. Jam 2:30, kami keluar. Hampir 4 jam juga ya di sini.

Antara buku yang kumpulan ana beli,
Matahari, Kamus BI, Kamus Dewan, Komik-M (6 buah), Ikhtiar Hidup (banyak juga).

Letak buku-buku dalam bas. Marsha kata dia pun jumpa buku yang dia kata nak beli sebelum kembara dakwah hari tu. Buku feqah berinteraksi dengan non-muslim. Wah, nanti nak pinjam.



Makan di Putra Mall. (Jumpa seorang budak yang agak terkenal) Ikut Mardhiyyah beli USB dan earphone untuk hp dia. Nak pergi ke bas, nampak Sir Malik dan adik-beradik Marsha di kedai kasut.

"Kata nak beli USB?"
"Dah beli dah dengan kak Husna tadi."
"Kenapa tiba-tiba nak beli earphone pulak?"
"Nak letak bacaan al-Quran dalam hp. Boleh ulang hafazan. Ana takutlah jadi tokoh Hafazan hari tu."
"Tu lah kan. Eh, muat ke nak letak semua?"
"Ana masukkan ikut juzu'lah. Sikit-sikit."
"Wah, nak buat jugalah."
Teringat satu entri kak Jidah di blognya.

Singgah KLCC. Tapi waktu ni, ana tak turun. Kirim barang dekat Mardhiyyah dan Izyan je. Bukan barang sangat pun, roti dan air mineral je. Muallimah Hajar cari buku yang muallimah beli tadi. Cari merata, tak jumpa. Teringat Marsha ada pegang juga plastik buku-buku yang muallimah beli. Check dekat tempat dia, jumpa. Beri pada muallimah. Sms nak confirmkan dengan dia,
Buku aku terima nikahnya tu bkn nti pnye kan?
Bkn. Ana x nak nikah lg

Dan lagi tu nak buat lawak

Terus otw balik ke sekolah. Dekat R&R pun jalan dengan muallimah Zu. "Mana Hajar, kesian dia." Rasa macam rapat je dengan muallimah Zu dan muallimah Hajar. Best. Kenangan sebelum masuk U^^
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Lawatan ke Pesta Buku
Design by a.a.ghariib