Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Tips Menghafal al-Quran

08081433H
Assalamualaikum W.B.T.

InsyaAllah, pada kali ini ana ingin berkongsi beberapa tips menghafal Al-Quran. Ada orang minta kongsi. Ini pun yang ana dapat daripada ustazah ana. Banyak sebenarnya, mungkin akan dipost secara berterusan, dari masa ke masa. Kiranya macam bersirilah :D Post lepas, berkenaan tajdid niat~

Seperti biasa, perkara pertama, kita perlu ada niat, iradah (kemahuan) dan qasad (tujuan) untuk menghafal Al-Quran. Bila kita jelas matlamat kita, insyaAllah semua menjadi mudah. Bukankan Islam melatih umatnya untuk melakukan sesuatu secara terancang? Apa hikmah niat sebenarnya?

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan." [Hadis 1]

Apabila kita pasang niat untuk buat sesuatu perkara, kita akan lebih fokus untuk mencapai objektif. Kewujudan niat juga akan meransang kesungguhan dan mendorong sikap berhati-hati. InsyaAllah, bila kita ada niat soleh atau niat yang baik, lillahi taala, kita tidak akan mudah mengalah dan mempunyai keazaman yang tinggi.

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." [Q:28:77]

Maksudnya, kita perlu gunakan ilmu untuk merebut kebahagiaan akhirat. Dengan adanya kesatuan matlamat, akan lahirlah individu muslim yang gigih cipta kejayaan. Genggam dunia untuk memenangi akhirat~

Secara ringkasnya, sebelum menghafal, perlu ada azam dan minat. Menghafal pada waktu dan tempat yang sesuai. Dalam erti kata lain, cari waktu yang di mana kita mudah menghafal. Sebagai contoh, jika dia mudah menghafal pada waktu Subuh, hafallah pada waktu itu.

Di samping itu, adakan mashaf khas. Gunakan hanya satu mashaf sahaja untuk menghafal. Hafal ketika kita berada dalam keadaan tenang dan kosongkan fikiran.

Antara teknik menghafal, kita kena fokus dan recall hafazan. Sentiasa i'adah atau ulang hafazan. Boleh juga gunakan kaedah chunking atau potong. Maksudnya, kalau ayat panjang, potonglah atau berhentilah di beberapa tempat. Adakan partnership, kita tasmi' hafazan dia, dia tasmi' hafazan kita. Dengar cassette alunan ayat suci al-Quran. Dan yang terakhir, tulis semula ayat-ayat yang kita hafal.

*Teringat masa darjah 1, pernah guna kaedah menulis ni. Bila buat macam tu, macam secara automatik terus ingat ayat tu. Allah bagi ilham, muallimah takde suruh pun :D

Antara cara mengekalkan hafazan (buat point je lah ye, lain kali ana hurai):
  1. Jauhi maksiat
  2. Doa
  3. Solat
  4. Istiqamah
  5. Tasmi' pagi, I'adah atau ulangan pada petang/malam.
  6. Jangan baca ketika sedang bosan/ marah/ mengantuk.

Sebagai renungan kita bersama~

Bila bertanya kepada seorang akhawat yang merupakan antara pimpinan penggerak di sana (Palestin),
"Apa yang kamu buat daripada mula kamu bergerak?"

Jawabnya,
"Kami mula mendidik generasi kami seawal umur 5 tahun dengan menghafal al-Quran, setiap hari satu jam, dan bukan sahaja kanak-kanak yang disuruh menghafal al-Quran, malah semua peringkat umur, yang kecil, remaja, dewasa, hatta nenek sekalipun, kami lazimi dengan menghafal al-Quran..."

-Ustazah Rosmawati Abdul Wahab, peserta AQSA2GAZA4-

Kalau rasa tak mampu sangat, sekurang-kurangnya satu hari hafal 3 baris pun dah cukup. Dalam seminggu, 5 hari hafal ayat baru, 2 hari lagi buat ulangan. Dah dapat 1 muka seminggu. Kalau istiqamah, satu tahun dah dapat sekurang-kurangnya 2 juzu'. 15 tahun, habislah satu Quran.


#Best belajar subjek Dakwah Islamiyah tadi. Sebab semua dah dapat masa LKD, adalah beberapa tambahan. Cumanya, kali ini dalam bahasa Arab.

Mode: Siapkan assignment dalam BA.


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

4 Comments
Comments

4 responses:

  1. Rakyat Palestin yang sering ditekan mampu menghafal ayat-ayatNya dalam masa yang singkat. Setiap tahun, ribuan huffaz dilahirkan. Bagaimana dengan kita?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Tips Menghafal al-Quran
Design by a.a.ghariib