Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kem Kepimpinan 2012

07041433H
Assalamualaikum W.B.T.

Pada 22 dan 23 Februari, pihak sekolah telah menganjurkan program kem kepimpinan di Lagoona Resort.


22 FEBRUARI 2012, Rabu
Pergi ke sekolah, ada briefing sedikit pasal program ini. Tengok kertas kerja. Kami berada di bawah AJK Disiplin. Muallimah An jadi AJK Program rupanya. Ingatkan kami duduk bawah muallimah An. Tengah duk dengar pasal perjalanan program ini, muallim Sufian duk tanya pasal KBM. Maaf, bukan tak nak pergi tapi ada halangan lain (seperti yg dibincangkan semalam). Bagi je no hp dulu. Ada sedikit perkara yang dibincangkan dengan muallim.

Bertolak dengan muallimah An. Taklimat tentang program diberikan kepada peserta. Penghulu adalah Sirajul Munir manakala penghuluwati adalah Farhanim. Robiatul tolong tangkap gambar masa ni, ana dan Marsha sibuk memilih dan mengira barang amanah yang akan diberikan kepada peserta.

Dirikan khemah, makan, solat. Kami sentiasa memerhati segala kesalahan yang dilakukan. Waktu untuk modul 1, ice breaking, banin lewat 9 minit, banat lewat 8 minit. Takpe, biarkan dulu. Mereka semua dibekalkan dengan sehelai kertas yang perlu dilengkapkan tempat kosongnya. Contoh soalan, orang yang suka berpuisi _______. Maka, isilah ruangan tersebut dengan nama sahabat mereka yang suka berpuisi ataupun nama mereka sendiri. Ada banyak soalan ni. Salah satu objektif adalah untuk melihat sama ada kita kenal sahabat kita atau tidak. Selain itu, kita juga perlu meneliti semua kriteria tersebut, adakah semua sifat ini wajar dimiliki oleh pemimpin? (Suka soalan pasal suka makan budu, banin dan banat, adik-beradik rupanya)

Ada lagi ruangan pada bahagian bawah kertas yang perlu diisi. Ada 6 rows dan 3 columns. Kena tulis nombor kegemaran, anggota badan yang dirasakan penting dan binatang yang halal dimakan. Akhir sekali, tulis makanan kegemaran. Kemudian, mereka perlu mengajar cara memasak makanan kegemaran mereka. Apa yang ditulis sebentar tadi merupakan resepinya. Contohnya, masukkan 1997 gigi sotong dalam masakan.bla...bla..bla. Apa yang ingin diketengahkan adalah apabila kita disuruh atau diberi sesuatu tugasan tanpa mengetahui tujuan atau matlamat yang hendak dicapai, pasti hasilnya akan tidak menepati apa yang sepatutnya. Hancur. Nama aktiviti ini ialah Master Chef.

Masa ni, alumni ikhwah ada datang, diorang kata diorang stay sampai petang ni. Bolehlah minta tolong diorang uruskan banin untuk slot disiplin nanti.

Minum petang. Solat. Mathurat. Sambil itu, kami, AJK disiplin telah berjaya mencatat kira-kira 11 kesalahan dan sedang memikirkan denda yang berlainan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Boleh musnahkan brg amanah (biskut) ketika berada di luar waktu LDK. Jgn rampas, jgn obvious sgt. Musnahkan kalau dia cuai. (Tersilap hntr kpd Izyan)

Tengok-tengok, alumni ikhwah balik. Muallim kata sebab diorang sibuk untuk menjual untuk projek LKD hijau. Takpelah. Nampaknya, terpaksa handle banin juga. Muallimah An datang ke arah kami, "Tengok ni, satu biskut berjaya dihancurkan."

Riadhah bermodul. Banat, Anis dan Syifa' menang. Muallimah Ifah baru datang, ketua AJK disiplin. Tibalah slot disiplin 1 yang tidak ditunggu-tunggukan. Dikendalikan oleh Marsha petang ini sebab muallimah baru sampai. Tak tahu apa yang dah berlaku sebelum ini. Wow, Marsha, ada gaya macam Sir Malik. Sesiapa yang barang amanahnya yang pertama telah rosak, kami berikan ranting kayu yang ditanda dengan marker.

Makan malam. Kendiri. Wah, masing-masing punya pakaian, smart-smart. Bak kata muallimah Ros, macam nak pergi temu duga. Maghrib. Tazkirah. Isya'. Sambil-sambil itu, bincang nak buat apa untuk slot disiplin malam ni.

Muallimah Ain ada tanya siapa yang ikut ke kembara dakwah nanti, pergi mana, Sabah ke Sarawak?

ana: Kalau banat, sebab 2 orang je kan, jadi dua-dua pergi Sarawak. Kalau ramai lagi, bolehlah bahagi separuh pergi Sabah, separuh pergi Sarawak. Lagipun ada sorang ni dari Hidayah JB, tapi tinggal kat Dungun. Dia pergi Sabah. Dah cakap dah dekat dia, kalau kena bentang kat sekolah, nak ajak dia untuk cerita yang Sabah punya.
m.ain: Oo..Memang dah pakatlah dengan dia. Dah bincang dari awallah maksudnya.
ana: Taklah. Mula-mula masa dapat borang tu, tak terfikir nak tanya dia sebab awal-awal tu diorang kata sorang je yang confirm pergi. Masa nak balik, tergerak nak tanya dia. Bagus juga dia pergi Sabah.
m.ain: Emm.. Betullah tu.

Modul 2, Kemahiran Berkomunikasi yang disampaikan oleh cikgu Fizam. Ada sedikit perbincangan dalam kumpulan.

Slot disiplin 2. Macam lari sedikit dari perancangan asal. Masa ni muallimah An pergi patahkan barang amanah. Mula-mula ana dan Marsha macam tak sanggup, "Macam kejam je." Akhirnya, kami buat juga tugasan kami. Memang slot ini menguji tahap kesabaran dan emosi mereka. Yang banat, ada 5 orang kami 'kerjakan' di luar dewan. Kami kekurangan tenaga untuk uruskan banin.

Akhirnya muallimah An buat konklusi daripada slot ini. Sebelum bersurai, kami letakkan syarat, salah seorang daripada peserta perlu serahkan barang amanah untuk menyelamatkan 4 orang banat yang masih berada di luar dewan. Ada seorang yang bagi rantingnya, maka Robi patahkan.

Ana dan Marsha pergi check sama ada air dah disediakan atau belum untuk minum malam. Muallimah Ros, "Dah siap dah. Untuk kita je takde apa-apa. Berlaparlah kita malam ni." Tak lama kemudian, Robi datang, "Ana dah buat kesalahan besar." "Kenapa?" "Yang dia bagi tadi tu yang tipu punya."

Kami bercakap sesama kami. Muallimah An, "Dah banyak kayu saya berjaya patahkan, ni yang 2 orang ni fail." "Banat dah simpan cepat-cepatkan lepas ada yang kena. Nak buat dekat banin, malulah, beza umur pun dekat je." "Betullah juga apa yang awak cakap tu." Robi frust. "Esok jagalah dia, nak balas balik."

Balik bilik, dengar sedikit taklimat untuk aktiviti esok. Tidur.


23 FEBRUARI 2012, Khamis
Bangun 4:30 pagi. Dalam tentatif, qiam pukul 5:00, nak tengok peserta datang ke dewan pukul berapa. Bagus, mereka awal kecuali 4 orang banin. Pukul 5:00 pagi baru kami pergi ke dewan. (Lapar) Qiam jama'ie. Solat Subuh. Mathurat. Tazkirah oleh Hakim. Arahan seterusnya daripada penghulu. Robohkan khemah. Muallim Nadhir dan muallim Qassim kena pergi sekolah hari ni.

Siapa yang barang amanahnya iaitu ranting pun sudah patah, kena cari siput dan perlu memastikannya hidup. Yang ni, diorang letak dalam botol. Ada yang baru je cari dekat laut, letak tepi dia sekeja je, terus Marsha ambil. Terdengar juga diorang bincang nak simpan barang amanah dekat mana. Tau dah lah.

Riadhah. Diorang kena tutup mata, ada seorang ketua kena beri arahan untuk sampai ke checkpoint yang disuruh (ada 2 je pun), setiap kali sampai ke checkpoint tersebut, kena tukar ketua. Bila dah sampai ke checkpoint terakhir, diorang kena berpatah balik melalui checkpoint-checkpoint yang lalu mengikut turutan. Objektifnya adalah untuk menunjukkan kepada kita, walaupun kita diberi amanah untuk menjadi AJK Program misalnya, tidak bermakna dia harus mengambil tahu pasal program sahaja semata-mata. Dia juga kena ambil tahu tentang AJK-AJK lain untuk memudahkan perjalanan program.

Sarapan. Modul 3: Dreams Island. Ana datang lambat sikit, mula-mula Robi yang jaga. Kiranya kami bergilirlah untuk kendiri. Datang-datang je dekat dewan, Robi, "Nti bagi markah dan komen." "Ha?!" "Nanti diorang bentang ni, nti bagilah markah untuk setiap kumpulan dan komennya. Jadi juri."

Terus telefon Marsha, "Marsha, cepat-cepat tolong ana. Tolong ana bagi markah untuk setiap group." Marsha ketawa, "Ok2." Bila nak bagi markah, kami berbincang, saling beri pendapat. Setiap kumpulan ada Perdana Menterinya. Kumpulan first dan second je tak sempat nak catat menteri-menterinya gara-gara nak fokus pada kertasnya (Duduk belakang masa ni, akhirnya, kami beranjak ke depan, baru puas hati).

Ini objektifnya, kata muallimah An,

"Apa yang cube ana nak tengok ialah bagaimana perbincangan antara banin dan banat berlaku. Bagaimana mereka mesti pandai bekerjasama dalam batas syariat. Kita taknak ada masalah komunikasi antara banin dengan banat kerana pimpinan sekolah kita terdiri dari banin dan banat. Kita mesti pandai menjaga pandangan, percakapan dan perasaan supaya tidak timbul masalah "hati" melalui urusan kerja."

Ni antara nama pulau yang diberi:
  1. Neverland
  2. Sweet Reality Island
  3. Pulau Hiperbolik
  4. EF Island
  5. Dreamland
  6. Anggur Island
Selesai pembentangan, boleh tanya soalan kepada kumpulan mereka. Kalau boleh nak tanya setiap kumpulan, tapi masa tak sempat. Bagi peluang pada orang lain. Sempat tanya 2 soalan untuk kumpulan Anggur Island je. Akhirnya, kami dapat putuskan pemenangnya.

Teruskan dengan perbincangan mengikut soalan yang diberi pada setiap kumpulan. Muallimah kata, sekarang bukan waktu LDK, jadi bolehlah buat apa-apa yang patut. 'Rampas' barang amanah. Robiatul tengah bersedia untuk jadi MC majlis penutup, jadi ana dengan Marsha je yang pergi mencari barang amanah yang tidak dijaga dengan baik. Siapa yang tinggal fail atas kerusi, kami buka, cari barang amanah. Memang cuailah tu kalau tinggal fail.

Tapi macam tak puas hati sebab banat je kena. Nampak ada ranting kayu depan sorang banin ni, dia duduk tepi Dean. Fikir macam mana nak ambil. Bila kami datang buat kali kedua, lepas dah tau cara nak ambil, dia dah sorokkan barang amanahnya itu.

Macam tak puas hati tak berjaya ambil yang Farhanim punya. Ingatkan Marsha saje buat-buat cakap dengan dia. Rupa-rupanya dia memang tak sedar barang amanah tu ada depan mata dia. Dush.

"Ana tak nampaklah dekat mana fail biru tu (dalam ni ada banyak biskut banin). Tadi ana nampak ada dengan Ikmal. Sekarang takde pun dengan dia." Marsha kata, "Ana rasa ana tau, bawah timbunan fail kertas tu." Elok masa kami pergi situ, takde orang pun jaga. Ada 3 orang banat je dekat situ. Buka-buka fail, wow banyaknya~ Kami kutip. Banat nampak jugalah nak cover. "Eh, tu biskut yang diorang makanlah." "Ye ke? Takpelah, kalau diorang nak makan, ambil yang lainlah." Cakap dengan Marsha, "Lagipun ni cap lainlah dengan yang disediakan untuk makan."

"Muallimah, tengok ni." Muallimah excited. Hancurkan. "Kenapa hancurkan, membazirlah. Kenapa tak makan." "Nti nak makan ke bekas-bekas tangan diorang?" "Tau Marsha ni. Logik gok sikit. Ntah ke mana-mana diorang bawa." *Sengih

Saat-saat akhir sebelum majlis penutup, nampak Farhah buka fail dia. Huh, ada ranting, kena hati-hati ni, takut dia sedar. Zup. Terus ambil cepat-cepat. "'Jahatnya' kak Syaza dengan kak Marsha ni..." (sila faham, ini loghat Terengganu) Majlis penutup.

Ada gimik jap untuk Najihah. Birthday dia.

Kami bersalam-salaman dengan peserta. Kami para AJK bebanyak memohon maaf. Masa salam dengan Farhah, "Habis dah barang amanah ana." "Maaf banyak-banyak, tapi kami ni pun kena jalankan tugas kami, amanah tu. Alah, nanti nti pun gitu juga kalau jadi AJK." "Betullah tu."

Oh ye, ada 3 orang peserta yang berjaya mempertahankan barang amanah yang pertama, biskut iaitu Ibrahim, Syifa' Zameran dan (siapa ye, lupa pula). Ingatkan Ibrahim punya biskut ada dalam fail tu juga. Rupa-rupanya dia letak dalam beg. Patutlah dia bawa beg umrah tu ke sana sini. *Ingatkan sebab memang habit adik-beradik kami suka bawa beg.

Baca resolusi peserta. Antara yang ana rasa setuju:
-Tahun depan buatlah program di tempat lain selain Lagoona.
-Banin kurang experience (takde AJK disiplin lelaki)

Banat lepas slot disiplin malam tu, nampaklah mereka macam serik/trauma/berhati-hati (tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk describe).


Ps. Teringat kenangan menghadiri kem kepimpinan 2011 bersama sahabat-sahabat lain. (Ini yg berjaya dicatat, yg tidak dicatat di sini akan ku ingat senantiasa)

#Lately, suka bercakap dengan binatang.



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Daurah LKDIII 2

28031433H
Assalamualaikum W.B.T.






Another version,


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Perjalanan Pulang Dari LKD3

22031433H
Assalamualaikum W.B.T.

Kalau tak nak baca di sini, boleh baca yang ini > Baca sini.
Sambungan daripada Persediaan ke LKD 3,
Sambungan daripada Mukhayyam LKD3 [1st day]
Sambungan daripada Mukhayyam LKD3 [2nd day]
Sambungan daripada Mukhayyam LKD3 [3rd day]

Naik bas. Bajet masa untuk tidur dalam bas dalam 2 jam. Sebab hari tu perjalanan masa pergi hampir memakan masa 2 jam. Rehat. Tengok2, sejam je. Pergi letak barang di tingkat atas. Orang lain ramai yang pergi ke koperasi sekolah masa ni. Duduk2 sekejap. Tanya ustaz pukul berapa nak pergi stesen bas. Ustaz kata, pukul 6:15 petang ni. Huh, kena cepat2 bersiap. Kendiri.

Baru buka hp semula, mak ana hantar,
29-01-12 16:57
Slm. Jgn lupa b'day boy. Nanti kek kita simpan.


Hantar ke Fatimah,
Me 29-01-12 16:57
Alhamdulillah. Ktorg dah habis dah lkd. Mantap. Lah jd wakil akhawat trg, ada projek n bbrp keje yg perlu dilaksanakan. Kirim slm kt mardhiyyah.


Pergi ke koperasi dengan Marsha dan Lah. Hazirah dah pergi dah tadi dengan Robi. Wah, begini koperasi sekolah diorang. Marsha pun buat rakaman, jalan keliling koperasi, nak tunjuk ke Sir Malik. Beli air mineral 2, 1 jeli kelapa. Ingatkan RM3.

pc.koperasi: Ni datang dari mana? Bangi ke?
ana: Kemaman, Terengganu.
pc.koperasi: Ooo.
ana: (Serahkan 3 keping not RM1)
pc.koperasi: RM 3.20
ana: Oh, 20 sen. Jap eh. (Kobek2 dompet, tak jumpa duit syiling)
pc.koperasi: Kalau takde takpelah.
ana: Jap2, duit Rm1 ada, nak?
pc.koperasi: Takpelah. RM3 je dah la.
ana: Terima kasih.

Keluar koperasi, macam rasa kelakarlah pulak. "Hee~ Aku wat gimik pulak tadi." Marsha dengan Lah sengih je.

Berkemas. Maryam pun minta diri, nak balik, dia tumpang rumah Fida'. Adalah cakap something dengan dia. Masa ni, tinggal ana sorang je kat atas (yg dari kemaman). Tiba-tiba, Marsha naik-naik, dia tanya, "nti cakap apa dengan Maryam tadi?" "Dia nak balik, so, ana salam." Mesti ada something.

Ana: Oh, dia ada tanya ana, tak pergi ke Jordan? Ana kata taklah kot. Ana bisik ke dia, kalau nak gi Jordan, kena kahwin dulu.
Marsha: Patutlah. Dia tanya ana, betul ke syaza dah tunang?
Ana: Lah, ke situ pulak dia. Ayah ana pun cakap macam ye tak ye je. Haih, kelakarlah dia ni.

Turun. Nak balik, sempat bergambar dengan Afif dan Farhana Sazali. Ustaz kata, ustaz datang ke stesen bas lambat sikit. Ada perkara yang perlu diuruskan. Sebelum ustaz pergi, ustaz amanahkan pada seorang akh untuk jaga kami semua.

Salam dengan ustazah Norma. Sampaikan salam muallimah Yong.

Dalam van,
Maryam 29-01-12 18:33
Salam. Btul ke nti dh tunang ke?

Me 29-01-12 18:34
Taklah. Ana kata, kalu nk g jordan, ayah ana kata, kahwinlah dulu. Tp x nk lg, ayh ana saje je.

Maryam 29-01-12 18:36
Oo ea? Ingtkn btl2. X pelah, klu nti kahwin, ajk ana tau.

Me 29-01-12 18:38
InsyaAllah..haha (sound effect)

Maryam 29-01-12 18:47
Aha. Teringt sipa' (syifa').. Smptla nti jumpa die lg. Kirim slm kt die. Smga slmt blik. Jgn lupa doa :)


Di stesen bas, kami adakan meeting untuk projek LKD dan sedikit pemberitahuan berkenaan program Transformasi Upper Form. Habis berbincang, hendak ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya'. Ikhwah suruh akhawat bergilir jaga beg.

Bila ana dengan Lah jaga, ustaz pun datang. Ustaz suruh kami jaga beg ustaz, dalam tu ada laptop. Mathurat. Lama juga menunggu. Hidayah JB pun letak barang di situ. Ustaz datang dulu ke sini, sedangkan orang lain, masih tak kelihatan bayang-bayang mereka.

Sekali, Hazirah call, tanya nak makan apa. Diorang yang lain nak beli burger. Masa tengah cakap dekat hp, ustaz datang, "Kalau nak beli makanan, ada kedai burger belakang nu." "A'ah, ni diorang tengah tanyalah nak makan apa." "Oh, boleh eh by phone." Ustaz cakap dekat diorang, "Nak beli, belilah, orang muda takpelah nak makan benda gitu."

Akhirnya, bas kami tiba. Salam ustazah lagi sekali. Kali ni, Lah duduk sorang2 dalam bas. Ada juga sms dengan Fatimah,
Fatimah 29-01-12 19:50
Salam. Oh dah abis alhamdulillah. Ni ade kat mane?

Me 29-01-12 20:01
Kat stesen bas. Berat jg tnggjwb ktorg. Td bru habis meeting dgn bnn. 10 org je dr kemaman ni.

Fatimah 29-01-12 20:12
Stesen bas mane? Xper berat pun sbb itu tanda ALLAH tau yg antum semua boleh n sygkn antum. (ALLAH x akan bebankan hambaNYA kalau hambaNYA x mampu) insyaAllah. :D. Kirim salam ah semua... Ok lah wslm.

Me 29-01-12 20:24
Sg petani, kedah. InsyaAllah, doakan kami. Wakil dr trg, mujahid n zalilah. Apa2 pkmbgn, diorg yg akn dihubungi.

Fatimah 29-01-12 20:32
Ok...ma'ataufikwannajah.

Me 29-01-12 20:39
Jaga hati, jaga diri, jaga iman. Sama2 kita teruskn dakwah, walau jauh d mata, hati kita sentiasa bsama. Farhana sazali, afif, adilah, maryam, aimi n others kirim salam.

Fatimah 29-01-12
Ok. Wa'alaikumussalam. Ana dah nak antar hp ni. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah-ameen. Kirim salam kat diorg balik n doakan kami agar sentiasa b'sbar.


Hantar ke Izyan pula,
Me 29-01-12 20:42
Esk cutilah. Ktorg bru btolak dr kedah. Smpai kemaman dlm kul 7 pg kot. K lah, nk off hp, jimat bateri.


Berhenti di satu lagi stesen bas. Bas ni tak penuh lagi. Tengok2, ada seorang pakcik duduk tepi Lah. Dahlah tempat duduk kami agak berjauhan daripada yang lain. Kami pun tunggu sekejap, nak tengok siapa yang duduk tepi ustaz. Kalau perempuan, nak minta tukar. Tidak berapa lama kemudian, ada orang perempuan duduk tepi ustaz. Kami pun sms, (guna hp marsha, ana yg taip)
ana: Ustaz, kalu nk mintak tukar tmpt ddk boleh?
ust: Yg tepi ana ni bkn penumpang. Dia naik sbb nk tgk tv je. Kit lg dia turunlah.
ana: Kalu tepi ustaz perempuan, Zalilah nk tukar.
ust: Ok.


Masa ni, tv sibuk memaparkan pasal AJL. Tiba-tiba, ustaz call. Marsha suruh ana angkat. Ustaz kata, trylah tanya kakak yang baru naik tu. Ok, ana cuba. Akhirnya, pakcik dan kakak tu bertukar tempat. Kakak tu kata, "La, kenapa baru minta tukar sekarang, ingatkan ayah tadi." hehe.. Bukan apa, nampak dia tengah asyik lambai adik dia tadi.

ana: Dah beres ust.
ust: Ok.


* * * * *

Sampai di Kuantan dalam 5:45 pagi. Solat Subuh, pergi tunggu bas untuk ke Kemaman. Lama sangat tunggu. Kalau ikut papan jadual bas, hampir setiap 30 minit, ada bas ke Kemaman. Nak dekat pukul 9 pun, bas tak sampai lagi. Minta izin dengan ustaz, nak pergi sarapan. Minta tolong ikhwah jagakan beg kami. Beli surat khabar.

Ada kenangan pahit di sini. Seperti mahu melupakannya. Tapi diriku agak sukar untuk melupakan perkara yang telah berlaku. Lama bermonolog dalam diri, seolah-olah aku bercakap dengan Tuhan.

SPAD. Makcik dalam bas tu tetiba marah kami, walhal dia tak singgah pun di tempat kami untuk kutip bayaran. Mungkin dia juga agak tertekan dengan perkara yang dialami. Tapi memang kena buat begitu, agar tidak berulang kesilapan yang sama. Bukan kami je kena marah, ada lagi penumpang lain menjadi 'mangsa' amarahnya.

Tunggu je, ya Allah, bilalah nak sampai ni. Tak sabar nak turun bas ni. Kami turun berdekatan lorong ke sekolah. Ikhwah nak turun di tempat lain. Jalan, bila pusing belakang, tak nampak dah bayang-bayang ustaz. Rupa-rupanya, Robi kata, ustaz pergi sarapan dekat kedai.

Dalam perjalanan menuju ke sekolah, nampak kereta Sir Malik. Marsha pun lambai ke arah kami. Nak teruskan berjalan ke sekolah, tetiba dengar Sir Malik cakap, "Heh, nak pergi mana tu, mehla orang nak hantar ni. Enjoy walking ha?" Tergelak. Macam-macam sir tanya. "Where are the boys?" "Diorang nak turn tempat lain kot." "Mesti dekat bandar, dekat Centre Pointlah tu."

sir: Tak pakai bedak ke? Nampak berkilat je semua ni.
ana: Mukhayyam kan.
sir: Mukhayyam? Where?
marsha: Celak.
sir: Celak?
ana: Lata Celak.
sir: Lata Celak.

Sir hantar kami ke sekolah.

sir: Syaza, I can send you to your home.
ana: Ok.
robi: Sir, nak tumpang jugak!
sir: Come.

Sampai rumah dalam pukul 12:20p.m.

Me 30-01-12 21:13
Seronoknya, abg ana kn ke mesir, jmpa kwn baik dia n ikhwah lain. Diorg dpt jumpa dgn syeikh yusof al-qardhawi di bookfair mesir.

Maryam 30-01-12 21:23
Yeke? Bestnye! Nk jumpa jgk. Abg nti ckp ap dgn syeikh?

Afif 30-01-12 00:14
Ye ke...wow srnknye!! :D

Keesokan harinya,
Afif 31-01-12 21:17
Salam, korg ana skrg kat upm serdang utk dgr crmh dr naib mursyidul am ikhwanul muslimin, Sheikh Dr Jum'ah Amin...



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Mukhayyam LKD3 [3rd day]

17031433H
Assalamualaikum W.B.T.

Kalau tak nak baca di sini, boleh baca yang ini > Baca sini.
Sambungan daripada Persediaan ke LKD 3,
Sambungan daripada Mukhayyam LKD3 [1st day]
Sambungan daripada Mukhayyam LKD3 [2nd day]

Bangun untuk hirosah. Aimi kata, "Apa kata, kita yang jaga kat khemah ni, bahagi masa." Maka sudah tentu kami bersetuju. Sambung tidur di luar khemah, sebab kumpulan 1 pula nak tidur. Oleh sebab keletihan, tidur je atas tanah, kepala beralaskan beg. Pada jam 1:30 pagi, kami pun hirosah. Kena jaga unggun api bersama Maryam dan kak Madihah. Sambil-sambil tu, kena tadarus al-Quran. Masa dikejut, tiba-tiba Aimi pakaikan wisel pada ana. Dia terangkan apa yang perlu dibuat.(agak mamai)

Ahli kumpulan ana yang lain jaga di pos kawalan, atas batu berhampiran tempat solat. Gelap. Bak kata Afif, "Seperti semut yang hitam, di atas batu yang hitam, pada malam yang kelam." (Maksud ikhlas sebenarnya) Jam 2:00 pagi, kejut kumpulan 3. Baru kami dapat merasa tidur dalam khemah secara proper walaupun berhimpit^^

Qiam jamaie. Mathurat. Nurin dah balik sebab kakinya tercedera, ditemani oleh Aimi. Sedikit tazkirah pendek pagi ni. Kemudian, kami berkemas untuk balik ke pangkalan asal kami.

Robi: Bila balik PQS?
Ana: Heh, PSI lah. (singkatan utk Pusat STAM IKRAM)
Maryam: ^.^
Marsha: :D

Syifa' cakap perkataan apa ye, lupa lah pulak, apa yang pasti, perkataan Terengganu.

Adilah: Bagus, dah maju ke tahap ketiga.

Sarapan. Roti+tuna+separuh bahulu. Sambil makan, diorang tanya bilangan adik-beradik. Kak Madihah, 8 orang. "Campur abang ipar, 9." Ni, adik kak Najihah lah ni. Kak Izyana macam terpinga-pinga sekejap. "Abang ipar 9 orang?" "Bukanlah, campur abang ipar, jadi 9 orang." "Adik-beradik dia pun baru 8 orang, macam mana pulak abang ipar boleh jadi 9?"

Minum air sungai. "Biasa kalau orang kampung, dia tak bagi kita minum air sungai." "Kenapa?" "Sebab dekat situlah tempat diorang qada' hajat." "Nabi kata air sungai air mutlak, hampa nak ikut sapa?" Tu dia, bila kak Madihah mula bersuara, menceriakan keadaan. Berkemas.

Perjalanan balik memakan masa 30 minit. Selesaikan wajibat, takbir 1000x, tasbih 1000x, tahmid 1000x. Indahnya berjalan pada pagi hari, tenang...

Sampai di pangkalan, letak barang-barang kumpulan. Berkumpul. Diberi tahu tentatif berikutnya. "Lepas ni, boleh mandi sungai. Akhwat di sebelah sana, ikhwah di sebelah sini. Bukan apa, ikhwah bolehlah nak berenang kalau mandi kat sebelah sini. Buat muhasabah, masa majlis penutup, ketua/wakil kena cakap apa yang antum dah muhasabah. Pukul 11:00, berkemas dan bersiap untuk majlis penutup. Lepas zohor, dalam pukul 3:00, kita bertolak balik ke sekolah, naik bas."

Maka, semua dengan wajah riang ria, berasa teruja kerana dapat mandi sungai. Hana suruh kami maklumkan pada yang pegang jawatan dalam organisasi dan wakil setiap kawasan, meeting akan dijalankan pada 10:15 pagi.

Sejuk~ Pergi sebarkan pasal meeting. Ana dan Marsha 'panjat' ke kawasan yang lebih atas, pergi ke Aimi, kak Madihah, kak Kam dan kak Hanifah. Riuh. Diorang kena naik awal untuk meeting. Kami pun turun semula. Cadangnya nak naik pukul 10:30.

Pergi dekat Robi, Hazirah, Farhana, Syifa' Hatta, kak Chik, Fida', Maryam, Nadiah, Adilah and so on. Kami 'singgah' banyak tempat. Main sekejap. Main pasal loghat negeri, ada kelantan, terengganu, utara, perak. Salah, kena 'simbah/baling' air. Fida' bagi perkataan senang-senang je, habis dia yang disimbah air. Sekali, kak chik tanya kami maksud labun (cakap kosong). Semua kelu, tak tau. "Marsha, cepat jawab, nti kan kampung Perak." "Ana tak tau sangat bahasa Perak." Semua disimbah kak Chik.

Robi, Hazirah, Farhana dll nak naik dulu. Zalilah memang awal-awal lagi dah naik sebab nak pergi meeting. "Jom naik." "Tak pukul 10:30 lagi." "Tu duk menggigil pun tak mau naik lagi?" Terus berhenti menggigil. Farhana cakap sesuatu, tapi tak dengar. Pergi dekat dia, rupa-rupanya, dia minta tolong basuh botol-botol dan tin-tin untuk kitar semula. Panggil Marsha, Adilah, Maryam dan Fida'. Ajak tolong sama.

Kelakar melihat gelagat Adilah sepanjang kami membersihkan botol-botol dan tin-tin tersebut. Nak dekat pukul 11:00, kami pun siap dan naik untuk bersiap ke majlis penutup nanti.

Hari ni banyak duduk di dorm Marsha. Bersama kami ada Naimah, Khadijah, Aisyah, Nurin, Syahirah, Fida' dll. Solat.

[kredit to hazirah]

Majlis penutup telah tiba. LKD3, "Meraih Ukhuwwah, Menuntut Amal, Melakar Sejarah." Nasyid-nasyid perjuangan dialunkan, 4 buah lagu, lagu IKRAM, 3 lagi, lagu tema setiap batch LKD.

Kemudian, ketua-ketua kumpulan berucap di depan, diikuti Amir dan Amirah, fasi serta murabbi. Semua yang ditulis di bawah ini adalah ringkasannya,

"LKD3 wadah perjuangan dakwah."

"Semoga kita sentiasa hadir dengan jiwa yang baru, semangat yang jitu, matlamat yang satu, bersama bergandingan bahu untuk menjadi kader du'at yang padu." -Aimi-

"Orang yang mengikuti jalan dakwah, dia tak bawa hati dia sorang2, tetapi juga hati sahabat2nya."

"Pemimpin yang hebat datang dari rakyat yang hebat."

"Berilah peringatan, sesungguhnya kamu pemberi peringatan. Nahnu da'ie qabla kullu syai'. Peranan dakwah mesti kita ambil." -ustaz Idris-

"Sekali kita telah melangkah kaki, tetapkanlah kaki antum di sini. Janganlah berpatah balik." -kak Izyana-

"Ukhuwwah tidak mengenal usia. Yang mengikat ukhuwwah kita adalah iman." -ustazah Normah-


Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ust. Rosli.

"'Aku tidak berminat untuk menulis buku-buku besar. Tetapi aku mahu membina generasi-generasi muda.'-IHAB- Kita adalah generasi musleh, yang berbuat kebaikan dan mengajak orang kepada kebaikan. Jagalah 4 perkara/permata iaitu akal, agama, malu dan amal soleh. Ada 3 bentengnya, yang perlu dijaga, masjid, zikrullah dan tilawatulquran. Kami meletakkan target untuk dicapai - 80% penduduk M'sia=Islam. MARI MELAKAR SEJARAH!"


Ustaz ada cerita pengalamannya mengajak orang ke arah Islam. Subhanallah~

Setelah habis majlis penutup, kami menunaikan solat Zohor, seterusnya, sesi bersalam-salaman. Masa ni baru jumpa dengan semua orang. Moon asyik tanya, "Nama apa ni? Marsha eh?" Dekat sini pun ada juga rupanya orang tertukar nama kami, ingatkan dekat sekolah je.

Berjalan kaki untuk ke bas. Ramai yang pergi beli air di warung tepi jalan. Maryam, "Syaza, nah, ni air bertenaga nti."(tumpang beg dia sblm ni) Ada yang kata haus, so, offer air tu. Sahabat-sahabat dari al-Islah pun kata, "Sedap juga kalau minum air ni dengan ais." Cadangan diterima. Dia pun pergi beli ais dekat warung tersebut. Tuang air 100plus ke dalam plasik. Nikmat, share2.

Naik bas.

Maka, dengan itu, tamatlah program mukhayyam LKD3'12. Namun, perjalanan kami tidak terhenti setakat itu sahaja...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Mukhayyam LKD3 [2nd day]

14031433H
Assalamualaikum W.B.T.
Link
Kalau tak nak baca di sini, boleh baca yang ini > Baca sini.
Sambungan daripada Persediaan ke LKD 3,
Sambungan daripada Mukhayyam LKD3 [1st day]

Hirosah bersama kak Madihah. Pada jam 5:00 pagi, semua sudah bangun untuk qiam fardi. Dalam 5:30 pagi, dapat tiada air di tandas. Maka kami pun angkut air yang diimport daripada dapur. Agak lambatlah untuk menunggu giliran untuk menggunakan tandas. Pagi ni baru sempat cakap dengan Adilah.

Ana: Ingat ana tak? Kita jumpa masa gi kursus kawat dulu.
Adilah: Tak. Siapa eh?
Ana: Syaza lah. Kan kita kena denda sama-sama malam tu :)
Adilah: Eh, jap. Muko dio mace Nurin. Awok Nurin eh?
Ana: Dok eh. Nurin mana ni? Dari Al-Amin Kemaman tu ke?
Adilah: A'ah, yang jupe masa PRINT'11.
Ana: Oh, tu junior kitorang.
Adilah: Awoklah Nurin kan?
Ana: Dok. Hok tu orang lain lah.
Adilah: Maryam, diolah Nurin kan?
Maryam: Ni Syaza lah.
Adilah: Awok tipu sayo. Betul ni Nurin.

Lah gelak je kat tepi. Adilah pun cerita insiden bersama Nurin dan Fatimah. Lah kata, Adilah ni memang famous masa PRINT'11 sebab dia kutip semua orang punya nametag, penuh tudung dia.

Solat Subuh, mathurat. Tazkirah selepas Subuh adalah berkisarkan tentang Niat.

Niat membezakan antara ibadah dan adat. Orang yang berniat lillahi taala, dia akan buat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

"Katakanlah: 'Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Ilah (Tuhan) kamu itu adalah Ilah (Tuhan) al-Wahid (Yang Maha Esa)." Sesiapa mengharapkan perjumpaan dengan Rab (Tuhan)nya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rab (Tuhan)nya.'" [Q:18:110]


Sarapan disediakan oleh kumpulan 4 (kumpulan Marsha). Makan roti+sardin. Pagi ini ada 2 aktiviti-semuanya game ukhuwwah. Mula-mula, main kotak ajaib. Kena ikut sahaja apa yang disuruh, selepas berjaya, kena laungkan kalimah yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Ada yang kena takbir, tahmid, tasbih, akhirnya, kumpulan ana kena istighfar. Setiap kali berjaya, kami beristighfar^^.

Seterusnya, main tirai ukhuwwah. Kumpulan 3 bergabung dengan kumpulan 2, manakala kumpulan 1 bersama kumpulan 4. Permainan kali ini agak mencabar sebab kategorinya agak luas. Mungkin dia boleh tanya nama ayah/ saiz kasut/ tinggi/ berat/ jenama hp/ bilangan adik-beradik/ bulan kelahiran dll. Macam-macam gelagat, paling suka tengok kak Kam. Alhamdulillah, kumpulan kami berjaya mengutip ramai tawanan. Permainan terakhir untuk aktiviti pertama ini, kami perlu membawa segelas air di atas kain batik melepasi garisan yang dibuat. Kali ini, tidak mengira kreativiti sebaliknya kerjasama dalam kumpulan. Kumpulan yang terakhir, kena buat persembahan.

Bila dengar kena buat persembahan bagi kumpulan terakhir,
k.Madihah: Takpe, kumpulan kita ada Amal. Yang lain pakat duk belakanglah, petik jari.
Bincang pula nak buat persembahan apa,
k.Chik: Ceh, takkan nak target kalah kot. Ni dah bincang awai-awai. Dahlah kumpulan kita je yang berdiri ni.
Syifa': Semangat betul kumpulan kita.

Akhirnya, alhamdulillah, kumpulan 2 berjaya menjuarainya~ Sementara menunggu kumpulan lain, kami menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kumpulan kami iaitu menyiapkan borang untuk penilaian bagi setiap kumpulan, yang mana aspek-aspek tersebut akan dinilai oleh fasi-fasi. Kumpulan kami juga yang buat peraturan.

Salah satu resolusi yang ana ingat, daripada ketiga-tiga permainan sebentar tadi,

"Apa yang ana perasan, ketiga-tiga permainan tadi, semua ada kaitan dengan rukun usrah iaitu taaruf, tafahum dan takaful. (Dia teranglah sikit-sikit) Jadi, ana rasa ta'ajub." (Orang semua suka bila dia sebut ta'ajub, ni Marshalah ni)


Aktiviti kedua juga game ukhuwwah. Pertama, kena bina piramid menggunakan diri kita, perlukan 9 orang, fikirlah, gunalah apa cara sekali pun. Seterusnya, permainan kedua, kena kutip daun-daun yang bernombor. Tapi, semua kena tutup mata, kecuali nakhoda yang akan memberi arahan daripada atas kerusi. Maka, kami kena sentiasa bersama nakhoda tersebut, kena angkatlah kerusi yang diduduki oleh nakhoda.

Mula-mula tak tahu nak pilih siapa jadi nakhoda. Adilah, dari kumpulan 4 ni pun, tolong kirakan, siapa yang akan jadi nakhoda, akhirnya, kak Chik jadi. Bila Hana beritahu yang kita semua akan angkat nakhoda masing-masing, semua kumpulan macam, fuh, lega, semua nakhoda ni ringan-ringan belaka.


"Berdasarkan game piramid tadi, dapatlah disimpulkan bahawa, segala perkara yang kita lakukan, perlulah dimulakan daripada dasarnya. Untuk kita sempurnakan maratib amal kita, kita kena selesaikan diri kita dahulu sebagai individu muslim, barulah kita boleh sampai ke puncaknya. Kalau basenya tidak kukuh, mustahil kita dapat sampai ke puncak. Manakala permainan kedua dapat diumpamakan begini. Panduan kita adalah al-Quran dan asSunnah, maka kita kena ikut untuk berjaya. Daun-daun yang dikutip adalah buah-buah amalan kita, kadangkala amalan kita diterima, kadangkala tidak. Sepanjang perjalanan kita, banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi, macam main tadi, terlanggar pokok, batu."


Kami dengar sedikit tazkirah yang disampaikan oleh kak Kam berkenaan Keyakinan Terhadap Allah. Kemudian, kami syura untuk melantik organisasi LKD. (Marsha dan ana ada juga tercalon, alhamdulillah, ada org yg lebih baik dpt jwtn tsebut)

Amirah: Hana
Timbalan: Syifa' JB
Bendahari: Aqilah Dashuki
S/U: k.Madihah
AJK Tarbiyyah: Syifa' Hatta
AJK Multimedia: Dalila Kahar
(Lupa jwtn apa lg satu): k.Hanifah

Diberi masa untuk membuat persiapan sebelum ekspedisi seterusnya. Kalau tak salah, kumpulan 1 masak untuk tengah hari, nasi goreng. Sementara itu, duduk dalam dorm, Maryam dan Adilah ajar Syifa' loghat Kelantan, ana ajar loghat Terengganu. Lebih kurang je pun. Tak lama kemudian, Marsha dan Robi pun turut serta. Lah sempat masa last-last je.

Robi: Bahasa Terengganu ni banyak hiperbola.

Kelakarlah tengok Syifa' yang kadang-kadang macam kebingungan.

Syifa': Oh, dia banyak singkatan ek. (Org Johor, biasanya ada perkataan ek kat blkg ayat.)
Robi: Dia dok dengo lagi hok ni, amboh gi gi.

Adilah pun ada nak test cakap macam orang Johor, tapi jadi macam orang Indon pula. Dia nak sebut seh, jadi sih pula. Tiap-tiap kali Dalila gi ke Syifa', mesti Adilah kata, "Shh..diam-diam, saing dia datang doh."

Ada je orang tanya kami, kenapa tak cakap bahasa terengganu. Maka jawapan kami, kekgi orang dok pahang. Hatta perkataan sokmo pun ada yang tak faham :) Lagi pun kami ni pandai mengadjust, siapa yang cakap loghat Terengganu, automatik kami pun akan cakap begitu, kalau sebaliknya, kami cakap bahasa standard lah. Bagi ana, loghat utara ana boleh, loghat selatan pun boleh, pantai timur memanglah kan. Yang agak asing sedikit, loghat orang Peraklah.

Makan nasi goreng. Siap ada kordial sarsi lagi. Sekejap-sekejap bancuh dalam cawan, Amalina aka Amal lah yang dok tolong bancuh untuk kami, "Hari ni kita belajar bancuh air. Pastikan sukatannya betul ya." Solat Zohor.

Sebelum bertolak, kami, akhawat Al-Amin Kemaman berbincang untuk melantik wakil kawasan. Setelah menolak, melantik, bertanya dll, akhirnya kami semua sepakat untuk 'melantik' dengan main 'lat-tali-lat-ta-li-tamplom'. Lah jadi wakil kami semua^^

Dipendekkan cerita, petang harinya kami meneruskan ekspedisi kami, mendaki ke bahagian atas. Angkut segala barang yang diperlukan. Alat-alatan perkhemahan semuanya ada 6 set sahaja, sedangkan ada 7 kumpulan, maka perbincangan diadakan. Hana kata, 2 kanvas untuk ikhwah, 2 untuk akhawat dan 2 lagi untuk tempat solat. Sambil berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan selama 1 jam, kami perlu bertaaruf dengan lebih mendalam lagi bersama sahabat yang berjalan seiring dengan kita. Sebab kena berjalan secara berpasangan. Maka, ana berjalan dengan Nadiah dari Gombak.

Setibanya di tapak perkhemahan, kami mendirikan khemah, cari kayu api secukupnya, buat tandas dan memasak. Sedang mencari kayu api, nampak pokok cili, ada juga ya dalam hutan ni, tunjuk ke Marsha. "Ha, bolehlah, diorang tengah masak tu." "Heh, tapi yang ni rasanya orang yang tanam, nampak tu, dia pacak kayu kelilingnya." Marsha mengangguk tanda mengiyakan.

Nampak Lah dan yang lain bertungkus-lumus menyiapkan tandas. "Kalau ikut ana, kat situ boleh je buat tandas. Tapi diorang tak biasa kut. Ikut je lah." Sebelum bertolak tadi, ada yang tanya pasal tandas yang kita perlu buat sendiri. Kami pun cerita pengalaman mukhayyam kami tanpa tandas. Cerita pada Moon dan sahabatnya dari Bangi, terkejut diorang.

Petang ni, makan nasi berlauk makanan tin. Kak Izyana makan bersama kami. Sambil menjamu selera, kak Izyana membuka bicara, tenang sahaja bicaranya, santai,


"Kita semua tahu kan bagaimana kehidupan Ikhwanul Muslimin sebelum ni kan. Selalu ditangkap. Dapat bayangkanlah macam mana keadaan penjara. Dengan biliknya yang kecil, tandas pun ada dalam tu. Jadi, apa yang diorang buat bila masuk penjara? Diorang berebut nak tidur tepi tandas."


Pada mulanya ana tak faham. "Macam mana?" "Maksudnya, diorang berebut nak tidur tepi tandas supaya sahabat-sahabatnya dapat tidur dengan selesa. Jadi, sebab tu lah ana tak sanggup nak tengok korang makan lambat dari orang lain." Sebab patutnya, kami makan pada 'pusingan kedua' nanti, tapi kak Izyana pergi cari dulang lain, ajak kami makan sama-sama.

Maryam, "Habis tu, kalau semua nak tidur tepi tandas, macam mana?" "Mungkin diorang buat turn. Kenapa?" "Iyalah, kalau semua orang berebut nak buat benda yang sama macam mana?" "Kita kena tengok juga keadaan. Takkanlah semua orang nak tumpu pada satu kerja je kan."

Tanya juga kak Izyana, "Dulu, batch pertama punya tapak perkhemahan, dekat sini juga ke?" "Kitorang berkhemah dekat atas lagi. Patutnya kita pun pergi dekat situ, tapi ustaz Nizam dah kata, sebab ada kegiatan pembalakan, jadi dekat sini je lah."

Basuh dulang. Ada yang dah 'terjun' sungai (taklah terjun, masuk je). Kemudian, bersiap untuk solat. Mathurat. Ada beberapa orang dalam kalangan kami, dalam 6-8 orang yang mendapat tugasan untuk menjaga api dan memastikan unggun api yang dibuat dapat bertahan sekurang-kurangnya 2 jam sementara kami ke slot yang seterusnya. Unggun api ini perlu bertahan selama 12 jam.

Slot seterusnya adalah tazkirah mengenai tokoh terkemuka. Pertama adalah tentang Umar al-Tilmisani yang disampaikan oleh seorang akh. Manakala kisah perjuangan syeikh Abdul Qadir al-Audah disampaikan oleh kak Hanifah. Banyak intipati-intipati yang menambahkan semangat dan ilmu kami. Fida' jadi pengerusi majlis.

Ustaz Nizam tanya apa sebenarnya yang antum dapat/faham tentang LKD ini. Ramai yang menyuarakan pandangan masing-masing sehinggalah akhirnya, ada yang berjaya memberi erti yang sebenar, seperti yang ustaz harapkan.

Boleh baca di sini objektif LKD.

Kawasan di sini gelap gelita, kami hanya diberi bekalan lilin sahaja. Yang ada bersama kami hanyalah ustaz Nizam, ustaz Taufiq dan fasi-fasi. Seterusnya, ada sesi muhasabah dalam kumpulan. Balik ke khemah. Lah, api sudah padam. Bertungkus-lumus menghidupkan semula api.

Dalam kumpulan, macam-macam benda yang kami dengar. Bersyukur dapat datang ke sini dengan mudah. Ada yang sejak awal lagi sudah diuji. Adalah beberapa perkara yang ana perkatakan, dan diakhiri dengan kata-kata ini,

Ukhuwwah itu indah bila semuanya kerana Allah. Dan ana sentiasa ingat pesan abang ana, "Bahawa sesungguhnya mukmin itu bersaudara, jika ada terlaga, jangan persoalkan ukhuwah, persoalkan iman kamu! Kerana orang yang beriman itu bersaudara!"

Adalah beberapa cadangan yang diutarakan. Apa yang penting, semua berharap agar kita sentiasa 'keep in touch' bukan 'touch & go'.

Nak tumpang tidur di khemah kumpulan 1 dan 4. Sementara menunggu, duduk bersama Syifa' dan Maryam. Diorang tanya nak belajar bidang apa nanti. Sambil tu, ada juga cakap pasal blog dan penulis buku. Maryam kata, dia kenal siapa penulis blog Angel Pakai Gucci. Dengar-dengarnya, akh Mus'ab kata, dia kenal siapa Hlovate. Tanya Syifa' siapa abang dia (sbb terdgr perbualan dia dgn Maryam td, rasa mcm kenal). Rupa-rupanya abang kami bertiga ni bersahabat.

Syifa' ambil kain batik dan bentang tepi khemah. Tidur, separuh badan atas kain batik, separuh lagi atas khemah.

Nikmatnya ukhuwwah~

Sambungan Mukhayyam LKD3 [3rd day]


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: February 2012
Design by a.a.ghariib