Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Hijrah Bersama Rasulullah

02031434H
Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.

Post ini sebenarnya telah ditulis pada 1 Muharram yang lalu. Namun, baru dipost pada hari ini, kerana peristiwa hijrah baginda berlaku pada bulan Rabiul Awal.


1 Muharram tiba lagi menandakan tibanya satu lagi tahun baru. Satu lagi tahun sudah berlalu.

Apa yang terlintas di pemikiran kita apabila disebut perkataan hijrah?

Meneliti sirah nabi shallallahu 'alaihi wasallam, banyak 'ibrah wa mau'izah atau pengajaran yang dapat dikutip daripada peristiwa hijrah baginda dari Makkah ke Yatsrib (Madinah) yang memakan masa kira-kira 26 hari.
(sumber Imam Suhaib Webb)

1. Perancangan yang strategik.
Baginda memulakan perjalanan melalui bahagian selatan Makkah. Sedangkan kedudukan Madinah berada di utara Makkah. Tujuannya adalah untuk mengelirukan musuh.

2. Berhati-hati melakukan sesuatu perkara di samping meletakkan pergantungan kepada Allah.
Baginda bersama Abu Bakar telah bersembunyi di dalam gua selama 3 hari walaupun jika difikir tidak logik untuk bersembunyi. Mengapa dikatakan tidak logik? Lihatlah bagaimana kedudukan geografi bumi di tanah arab. Namun, mereka meletakkan pergantungan kepada Allah dengan tawakkal yang tinggi.

3. Gunakan segala sumber yang ada.
-Abu Bakar ra rakan karib, orang dewasa, berhijrah bersama baginda.
-Ali ra pemuda, ganti tempat tidur Nabi saw.
-Seorang bukan Islam, penunjuk jalan.
-Pengembala kambing, hilangkan jejak tapak kaki.
-Asma' ra, seorang wanita, menghantar makanan.

4. Erti teman setia.
Seorang teman yang sejati adalah teman yang mampu membawa kita kepada kebahagiaan akhirat. Susah senang bersama. Persoalannya, adakah kasih sayang kita terhadap sahabat kita benar-benar atas dasar iman dan taqwa?

5. Fungsi pemuda pemudi.
"Aku dibantu oleh pemuda pemudi pada hari itu."
Menunjukkan bahawa rijal berperanan penting untuk menyumbang kepada kebangkitan Islam.

6. Taawun dengan non-muslim.
Rasulullah dibantu oleh seorang jurupandu yang bukan terdiri daripada orang Islam. Hal ini menunjukkan bahawa dibolehkan untuk bekerjasama atau saling menolong atau bermuamalat walaupun dengan orang bukan Islam. Dan bagaimana jurupandu itu boleh bersetuju untuk membantu baginda? Beliau tertarik dengan sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh baginda. Bahkan beliau mendapat upah yang lumayan. Bukankah Allah telah menyebut bahawa Rasulullah membawa rahmat kepada seluruh alam. Tidak disebut baginda membawa rahmat kepada orang muslim sahaja.

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." [Q:21:107]

7. Strategi dakwah.
Baginda berhijrah bukanlah bermakna baginda tidak sayangkan kampung halamannya. Tetapi ada misi besar yang perlu dilaksanakan iaitu memperluaskan penyebaran Islam di samping untuk mendaki tangga maratib amal. Tambahan lagi, itulah apa yang diperintahkan oleh Allah.


Ada 5 hijrah yang berlaku pada zaman Nabi saw:
-Hijrah ke Habsyah I.
-Hijrah ke Habsyah II.
-Hijrah Nabi saw ke Madinah.
-Hijrah sahabat dan kaum keluarga dari Makkah ke Madinah.
-Hijrah kabilah Arab dari Semenanjung Arab ke Madinah (arab badwi).

Telah bercerita kepada kami 'Ali bin 'Abdullah telah bercerita kepada kami Yahya bin Sa'id telah bercerita kepada kami Sufyan berkata telah bercerita kepadaku Manshur dari Mujahid dari Thowus dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam bersabda, "Tidak ada lagi hijrah selepas kemenangan (Makkah) akan tetapi yang tetap ada adalah jihad dan niat. Maka jika kalian diperintahkan berangkat berjihad, berangkatlah." [HR Bukhari]


Agak-agaknya apa reaksi kita bila diajak berhijrah bersama Rasulullah?

Eh, zaman ni Rasulullah mana ada nak ajak kita hijrah sama-sama. Rasulullah kan dah wafat.

Eh, eh, bolehlah nak berhijrah bersama rasul zaman sekarang. Dengan mempelajari dan memahami hadith. Mengamalkan dan menghidupkan sunnah baginda.

Lakukan perubahan, transformasi ke arah yang lebih baik. Itu juga hijrah.


Bagaimana perasaan kita apabila mendengar perkataan hijrah? Apa erti hijrah kepada kita?

Apa perasaan kita bila mendengar nama Nabi saw?

Apa rasa hati bila mendengar sirah atau hadith Nabi saw?

Ketuk hati, tanya iman.


"Orang yang tidak tahu sejarah, tidak ada masa depan."

Jom berhijrah bersama nabi~

#Ps. Dakwah merupakan sunnah baginda yang terbesar ^_~



Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

0 responses:

Berkatalah dengan akal dan jiwa, kerana itu anugerah Pencipta dan ternyata natijahnya akan lebih bahagia. ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2017 Aisyah Ameelah ^_^: Hijrah Bersama Rasulullah
Design by a.a.ghariib