Sekiranya anda berminat untuk mengetahui apa-apa berkenaan dengan blog, bolehlah pergi ke Bloggers Tutorial ^_^
Followlah blog ini sekiranya berbaloi untuk difollow. Sebarang ulasan adalah amat amat amat amat diharapkan.

Kembalilah Kepada Fitrahmu

29091434H
Bismillah,
Assalamualaikum W.B.T.

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

"Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni."

Kadangkala,
dosa dianggap suatu perkara yang remeh.

Benarkah kita meminta diampunkan dosa dengan sesungguh-sungguhnya?
Benarkah kita berusaha untuk tidak mengulanginya kembali?
Benarkah taubat kita itu?
Benarkah? Benarkah?

Diberi satu analogi begini...

Seorang yang membuat kesalahan,
ditangkap dan bakal dihukum mati keesokan harinya,
walau sehebat mana tawaran kemewahan kepadanya,
tawaran berbentuk material, makanan yang enak,
segala yang berbentuk duniawi,
semua akan ditolaknya.
Jika ditanya apa yang diinginkannya,
apa jawabnya?
PENGAMPUNAN.

Letakkan diri kita di situ.
Kita sang pendosa.
Seorang hamba.
Yang mengampunkan kita adalah Raja kepada segala raja.
Maka bersungguhlah memohon keampunan.


"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'" [Q:39:53]

Itulah rahmat yang luas yang meliputi seluruh kemaksiatan.
Itulah seruan supaya kembali.
Seruan kepada para pendosa.

Ayat tersebut menyeru mereka kepada harapan, cita-cita dan kepercayaan
kepada keampunan daripada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya.
Dia mengetahui kelemahan mereka.
Dia mengetahui faktor dalaman dan luaran yang mengusai mereka.

Allah mengetahui keadaan setiap makhluk.
Maka Dia menghulurkan bantuan,
melapangkan rahmat baginya,
dan Dia tidak menyeksa mereka kerana kemaksiatan mereka
sebelum Dia menyediakan jalan untuk mereka
memperbaiki kesalahannya dan meluruskan langkahnya di atas landasan yang benar.
Pada saat manusia berputus asa,
mereka mendengar seruan kasih sayang
dan sapaan kelembutan daripada ayat tersebut.

Tidak ada antara dirinya yang berdosa
dan sapaan kasih sayang yang lembut
serta naungannya yang mendayu
kecuali TAUBAT
dan kembali ke pintu yang terbuka tanpa penjaga yang menghalanginya.
Pintu yang tidak memerlukan permintaan izin bagi sesiapa yang ingin memasukinya.

Bertaubatlah.
Kembalilah kepada Tuhanmu.
Berserah dirilah.
Kembalilah sebelum tamat masanya.
Kembalilah...


Semoga beroleh manfaat^^
Like if you like, do comment too~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Aisyah Ameelah ^_^: August 2013
Design by a.a.ghariib